Anda di halaman 1dari 7

PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGKON


KOTA MARUDU

1.0 PENDAHULUAN:

Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi adalah pertandingan yang dilaksanakan


dalam Karnival STEM, Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum
dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi dilaksanakan untuk meningkatkan minat


murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui
pemerhatian terhadap alam semulajadi. Pertandingan ini juga mampu mencungkil
kreativti dan penerokaan melalui penceritaan bergambar. Disamping itu, pertandingan
ini juga diharap dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan
menterjemahkan keunikan alam semulajadi dalam bentuk fotografi.

2.0 OBJEKTIF:

2.1 Mengembangkan bakat dan minat murid dalam bidang fotografi dengan
menggunakan teknik serta medium yang betul bagi menghasilkan foto alam
semulajadi yang bermakna.

2.2 Merangsang minat, rasa ingin tahu, dan keinginan murid untuk meneroka
konsep dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
melalui pemerhatian terhadap alam semulajadi.

2.3. Menggunakan rakaman gambar sebagai satu kaedah pemerhatian dalam


memahami keunikan alam semulajadi.

2.4. Mengukuhkan pengetahuan peserta dalam bilik darjah melalui pemerhatian


terhadap alam semulajadi.

2.5. Mengembangkan potensi kreatif murid terhadap kepentingan menghargai


alam semulajadi.

3.0 TEMA: KEHIDUPAN DAN ALAM SEMULAJADI

Alam semulajadi meliputi matahari, air, udara, bumi dan kitaran fizikal yang
menyokong kehidupan (seperti kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air) serta
sistem biologi dan ekologi (benda hidup yang saling berinteraksi).
4.0 SYARAT UMUM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada PIBG dan murid-murid Sekolah Menengah
Kebangsaan Langkon sahaja.

4.2 Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:


a. Kategori Khas (PIBG SMK Langkon).
b. Kategori Sekolah Menengah Rendah (Murid tingkatan 1, 2 dan 3)

4.3 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

4.4 Peserta perlu mengetengahkan unsur kehidupan dan hubungannya dengan


alam semula jadi dalam gambar yang diambil.

4.5 Gambar yang dihantar perlulah asli, terkini, hasil karya peserta dan tidak
pernah menyertai mana-mana pertandingan.

4.6 Suntingan atau ubahsuai minima terhadap foto menggunakan sebarang


perisian komputer adalah dibenarkan. Namun demikian, teknik cantuman
gambar (‘collage technique’), ‘super impose’, ‘trick photographs’, dan gambar
yang dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.

4.7 Penyelaras berhak untuk menolak penyertaan sekiranya didapati hasilkarya


adalah tidak asli atau diambil dari mana-mana sumber.

4.8 Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR) atau
kamera telefon bimbit.

4.9 Gambar yang dihantar akan menjadi hak milik SMK Langkon dan pihak
sekolah berhak menggunakan gambar-gambar ini bagi tujuan
pendidikan.

4.10 Penyelaras tidak bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan berkaitan


dengan subjek di dalam gambar.

4.11 Karya fotografi mestilah disertakan dengan penerangan ringkas berhubung


dengan tujuan, teknik dan mesej sains dalam gambar berkenaan dan
dihantar melalui ‘google form’ yang disediakan oleh penyelaras.

4.12 Pertandingan ini akan berlangsung mengikut tempoh dan tarikh yang
ditetapkan oleh penganjur.

4.13 Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama yang
tertera pada sijil berdasarkan butiran dalam borang pendaftaran dalam talian.

4.14 Keputusan hakim pertandingan adalah muktamad.


5.0 PROSES PENILAIAN PERINGKAT SEKOLAH

5.1 Saringan dan penilaian karya fotografi akan dilaksanakan oleh


penyelaras.

5.2 Semua penghasilan karya fotografi akan diverifikasi oleh penyelaras


untuk memastikan bahawa penghasilan karya memenuhi syarat
penyertaan dan prosedur pendaftaran.

5.3 Penghasilan karya yang diterima akan dinilai dengan kerjasama dalam
kalangan guru PSV atau pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang
fotografi.

6.0 KRITERIA PENILAIAN

Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut (Instrumen dilampirkan):

a. Komposisi (30%)
Penghasilan foto mestilah mempunyai daya tarikan yang
tersendiri dengan mengambil kira segala aspek yang
sepatutnya ada termasuk subjek, latar dan perspektif yang
bertepatan.

b. Kualiti (20%)
Penilaian kualiti berdasarkan fokus, ‘exposure’, kontras dan
pencahayaan yang bersesuaian .

c. Penyampaian
Hasil karya yang menyampaikan mesej yang jelas dan
mudah difahami.

d. Penceritaan (20%)
Karya mestilah berdasarkan kepada keaslian yang memberi
impak dan kefahaman kepada sesiapa sahaja.

e. Mount of Frame (10%)


Kaedah penghasilan foto berdasarkan kepada
keseimbangan keseluruhan karya.

7.0 PROSEDUR PENYERTAAN

7.1 Semua pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat melalui borang


pendaftaran secara dalam talian.

7.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan
lengkap dan betul.
7.3 Peserta diminta untuk menggunakan akaun emel moe untuk mengakses
borang dalam talian.

7.4 Penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak


lengkap atau lewat.

8.0 HADIAH PERTANDINGAN

8.1 Hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori sekolah menengah
(sijil, wang tunai dan piala).
8.2 Hadiah utama bagi kategori khas (gold bar 1g).
8.3 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan atau pertikaian tidak
akan dipertimbangkan.

9.0 PERTANYAAN

Jika ada pertanyaan berkenaan pertandingan, sila hubungi:

PN AGNES LIONG
Tel: 019-8032021

PN PHILESSIA MAISON
Tel: 011-58091105

Guru Penyelaras
BORANG PENJURIAN
PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI (MENENGAH DAN KHAS)

Kriteria Markah Kod:


Bil
Pemarkahan maksima Markah
1 Komposisi (30 Markah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Daya tarikan 10

Kedudukan
Subjek 10

Latar 5

Perspektif 5

2 Kualiti (20 Markah) 1 2 3 4 5


Fokus 5

Exposure 5

Kontras 5

Pencahayaan 5

3 Penyampaian (20 Markah) 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20


Mesej 20

4 Penceritaan (20 Markah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Impak 10

Keaslian 10
5 Persembahan (10 Markah) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Mount of 10
Frame
JUMLAH 100

JUMLAH KESELURUHAN

Rumusan Hakim:

Tandatangan Hakim

Anda mungkin juga menyukai