Anda di halaman 1dari 6

MPU2071

PENGURUSAN KOKURIKULUM

KERTAS KERJA AKTIVITI PERTANDINGAN MELUKIS POSTER


BADAN BERUNIFORM SECARA ATAS TALIAN

NAMA AHLI KUMPULAN ANGKA GILIRAN

NORHALIZAH BINTI 2020012420138


MULEH
STANFORD SIBANGAN 2020012420147

AL FAREEZ BIN ASLIE 2020012420123

TARIKH PELAKSANAAN:
28 FEBRUARI- 10 MAC 2021

TEMPAT:
LOKASI MASING-MASING

ANJURAN:
DENGAN KERJASAMA ,
SMK LIMBANAK PENAMPANG
SMK DATO PETER MOJUNTIN PENAMPANG
SMK SRI NANGKA TUARAN
1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti Kokurikulum bagi Badan Beruniform tidak dapat dilaksanakan secara


bersemuka pada masa ini disebabkan oleh halangan pandemik covid-19. Oleh itu, bagi
memastikan pelajar sentiasa aktif dan tidak ketinggalan dari segi kokurikulum, aktiviti
pertandingan melukis poster yang bertemakan Badan Beruniform boleh dilaksanakan bagi
menggantikan aktiviti Kokurikulum secara bersemuka, Hal ini selaras dengan hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan seorang modal insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penglibatan pelajar dalam
bidang ko-kurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk
menyeimbangkan tahap sosial mereka ketika melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba menerusi aktiviti/pertandingan semasa perkhemahan
ini bakal diaplikasikan oleh mereka untuk mengharungi kehidupan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan disiplin dan kemahiran
berfikir secara kreatif yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan
keyakinan diri serta menguji kemahiran pelajar. Aktiviti ini juga menyelitkan nilai-nilai murni
seperti semangat berkumpulan dan kerjasama yang akan dizahirkan berdasarkan penglaman
murid itu sendiri melalui sebuah lukisan digital. Selain itu, matlamat yang kedua adalah
bertujuan untuk memastikan keterlibatan murid dalam aktiviti kokurikulum berterusan dan
tidak terhenti walaupun keadaan semasa memberi halangan yang cukup besar dalam
pelaksanaan aktivit kokurkulum.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengalaman dalam


menyertai program atas talian.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam pelbagai situasi.
3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan
menghargai sesuatu.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti sedemikian..
3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Pelajar yang terlibat:


Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 hinggan Tingkatan 5

4.2 Sekolah yang terlibat:

o SMK Limbanak Penampang


o SMK Dato Peter Mojuntin Penampang
o SMK Sri Nangka Tuaran

5.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

5.1 Tarikh: 28 Feb – 10 Mac 2021


5.2 Tentatif program seperti di dalam Lampiran 1

6.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Pemilihan tempat adalah berdasarakan lokasi masing-masing. Hal ini


disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan untuk menganjurkan pertandingan
secara bersemuka. Beberapa kebaikan menganjurkan pertandingan secara atas talian
ini adalah dapat menjimatkan kos perbelanjaan dalam menganjurkan pertandingan.
Selain itu, pertandingan atas talian ini memolehkan pelajar lebih fleksibel dalam
melaksanakn aktivit pertandingan ini.

7.0 PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM

Tidak ada majlis perasmian dan penutupan secara formal yang dilaksanakan
disebabkan oleh keadaan semasa. Namun, jika berkesempatan, perasmian dan
penutupan akan dilakukan oleh pengetua daripada sekolah masing-masing.

8.0 BORANG PENYERTAAN PESERTA

Borang penyertaan adalah melalui pengisian Google Form yang akan


diperbanyakkan oleh pengelola aktiviti bagi setiap sekolah.
9.0 HADIAH

Hadiah adalah merupakan sijil dan hadiah wang tunai

Kategori Lelaki:
1) Pemenang Tempat Pertama :Wang Tunai RM 30 dan sijil penyertaan
2) Pemenang Tempat Kedua :Wang Tunai RM 20 dan sijil penyertaan
3) Pemenang Tempat Ketiga :Wang Tunai RM10 dan sijil penyertaan

Kategori Perempuan:
4) Pemenang Tempat Pertama :Wang Tunai RM 30 dan sijil penyertaan
5) Pemenang Tempat Kedua :Wang Tunai RM 20 dan sijil penyertaan
6) Pemenang Tempat Ketiga :Wang Tunai RM10 dan sijil penyertaan

10.0 PERATURAN

1) Lukisan poster pertandingan adalah bertemakan “PERKHEMAHAN BADAN


BERUNIFORM”
2) Peserta perlulah mengikuti ketetapan masa pertandingan iaitu bermula dari 28
Februari sehingga 10 Mac 2021. Penyertaan dan pengahantaran poster selepas
tarikh pertandingan adalah tidak dilayan.
3) Pelajar boleh menggunakan perisian digital seperti Adobe Photoshop, Paint dan
lain-lain dalam menghasilkan poster. Jika pelajar tidak mempunyai perisian
tersebut, pelajar boleh menggunakan mana-mana sumber yang mereka ada.
4) Seorang pelajar hanya boleh menyertai dan menghantar satu hasil karya poster
sahaja.

11.0 AHLI JAWATAN KUASA PENGELOLA

SMK Limbanak: Cik Norhalizah Binti Muleh dan AJK Unit Kokum SMK Limbanak.
SMK DPM : En. Stanford Sibangan dan AJK Unit Kokum SMK DPM.
SMK Sri Nangka: En Al Fareez Bin Aslie dan AJK Unit Kokum SMK Sri Nangka.
12.0 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan adalah daripada unit kokurikulum sekolah masing-masing.
Anggaran perbelanjaan bagi pertandingan ini adalah RM150 termasuk sijil
pertandingan.

13.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam
program bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar demi
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,
kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM PERTANDINGAN MELUKIS POSTER BADAN


BERUNIFORM TAHUN 2021 PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH: 28 FEBRUARI 2021- 10 MAC 2021

1) Bermula daripada 28 Februari 2021 pelajar boleh mula mendaftar bagi menyertai
pertandingan ini.
2) Pelajar boleh menghantar karya mereka pada bila-bila masa sepanjang tarikh
28/2/2021 – 10/3/2021
3) Borang penyertaan secara online akan diedarkan kepada pelajar bermula
28/2/2021 tepat jam 8 pagi.
4) Tiada masjli perasmian dan penutupan.
5) Penyertaan pada 10 Mac 2021 akan ditutup tepat jam 11.59 malam.
6) Link penyertaan adalah seperti berikut https://forms.gle/QoJvswBaMfrKTzSu6
7) Lampiran poster untuk diperbanyak adalah seperti berikut

Anda mungkin juga menyukai