Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS CERPEN 2022

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN PENULISAN
KREATIF MBMMBI –
MENULIS CERPEN
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI – MENULIS CERPEN 2022

1.0 PENGENALAN

Cerpen merupakan cerita pendek berbentuk formal dan tidak formal yang
menggariskan perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis.
Pertandingan ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk
berkongsi pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif
melalui penulisan cerpen mengikut tema yang telah ditetapkan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid dalam bahasa


Melayu.

2.2 Menyediakan wadah kepada murid untuk menonjolkan bakat menulis


dengan menggunakan bahasa yang tepat, teratur, gramatis secara berseni
dan kreatif.

2.3 Menyemai minat murid terhadap bidang penulisan bahasa Melayu.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya
tiga (3) cerpen terbaik pada peringkat negeri akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan
menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori seperti berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI – MENULIS CERPEN 2022

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di


sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

5.2 Setiap murid hanya dibenarkan menghantar satu (1) cerpen sahaja.

5.3 Setiap cerpen mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap
dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak borang
penyertaan yang tidak lengkap.

5.4 Cerpen mestilah karya murid sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-
mana penerbitan dan tidak diplagiat daripada sumber-sumber lain. Karya
plagiat atau terjemahan akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

5.5 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif dan menyentuh


sensitiviti bangsa/kaum dan agama mana-mana pihak.

5.6 Tema bagi setiap kategori pada peringkat negeri akan ditentukan oleh JPN
masing-masing. Manakala tema bagi setiap kategori pada kebangsaan
akan diberikan oleh pihak KPM dalam masa dua (2) minggu sebelum
pertandingan.

5.7 Format penulisan cerpen:


5.7.1 Cerpen mestilah dilengkapi dengan tajuk sahaja. Sebarang
penyataan maklumat peribadi perlu dilengkapkan dalam borang
penyertaan.

5.7.2 Cerpen mestilah ditaip menggunakan fonts Times New Roman,


bersaiz 14 dan dalam jarak langkau 1.5 sahaja.

5.7.3 Cerpen yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk portable
document format (pdf) kepada pihak penganjur mengikut kaedah
yang telah ditetapkan.

5.7.4 Had perkataan mengikut kategori pertandingan:


i. Sekolah rendah : 250 hingga 350 patah perkataan
ii. Sekolah menengah rendah : 400 hingga 500 patah perkataan
iii. Sekolah menengah atas : 750 hingga 1,000 patah perkataan
iv. Tingkatan enam : 1,000 hingga 1,300 patah

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI – MENULIS CERPEN 2022

5.8 Penyuntingan cerpen adalah tidak dibenarkan di semua peringkat


pertandingan setelah dihantar.

5.9 Setiap cerpen yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan
pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan cerpen-cerpen
yang memenangi pertandingan ini. Walau bagaimanapun, hak cipta kekal
menjadi milik penulis.

5.12 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak
yang berkaitan.

6.0 ASPEK PEMARKAHAN

6.1 Butiran penilaian adalah seperti berikut:

6.1.1 Isi Kandungan 50 markah


6.1.2 Bahasa 50 markah
Jumlah 100 markah

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Peringkat negeri dan kebangsaan dinilai oleh tiga (3) orang hakim
termasuk ketua hakim.

7.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

7.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

7.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep KPM.

7.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

4
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI – MENULIS CERPEN 2022

8.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:


Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Naib Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Keempat : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Kelima : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan

9.0 TINDAKAN

Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

10.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

Kertas konsep ini sah untuk tahun 2022 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan
yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas
sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian
memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI – MENULIS CERPEN 2022

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS CERPEN
TAHUN 2022

A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap/Tingkatan :
Tajuk :
Pautan cerpen :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan guru
:
besar/pengetua

Cap sekolah :

No. telefon :

6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI – MENULIS CERPEN 2022

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN PENULISAN
KREATIF MBMMBI –
MENULIS CERPEN
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
7
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS CERPEN 2022

BORANG MARKAH
PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS CERPEN
BAHASA MELAYU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022
Kategori : SEKOLAH RENDAH / MENENGAH RENDAH / MENENGAH ATAS / TINGKATAN 6

ISI KANDUNGAN (50 MARKAH) BAHASA (50 MARKAH)


PESERTA KETEPATAN PERSOALAN PLOT WATAK TEKNIK SUDUT GAYA KEINDAHAN INOVASI & JUMLAH
TEMA PERWATAKAN PENULISAN PANDANGAN BAHASA BAHASA KREATIVITI MARKAH
MENARIK PENGOLAHAN
CERPEN
(10) (10) (10) (10) (5) (5) (25) (15) (10) (100)

___________________________________ ____________________________ ________________


Nama Hakim Tandatangan Hakim Tarikh
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI – MENULIS CERPEN 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM


PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS CERPEN
TAHUN 2022

Giliran Peserta Markah Peserta Kedudukan Catatan

Tandatangan:...................................... Nama Hakim :.........................................

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI – MENULIS CERPEN 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM


PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS CERPEN
TAHUN 2022

KEDUDUKAN PESERTA
Giliran
Agregat/ Keputusan
Peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata Panel Hakim

10

11

12

13

14

15

Tandatangan

Tandatangan :..................................... Nama Ketua Hakim :...............................

4
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI – MENULIS CERPEN 2022

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN


PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF MBMMBI - MENULIS CERPEN
TAHUN 2022

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA / NAMA PESERTA / NEGERI


JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
KEEMPAT
KELIMA

PENGESAHAN
HAKIM NAMA TANDATANGAN
HAKIM 1
HAKIM 2
HAKIM 3

Disahkan oleh,

........................................................................
( )
Nama Ketua Hakim

Anda mungkin juga menyukai