Anda di halaman 1dari 33

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA

PERINGKAT NEGERI
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN 2022

SEKOLAH RENDAH

TEMA :
“MINDA SEJAHTERA, KERJAYA CEMERLANG”

ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL MURID, SEKTOR PEMBANGUNAN
MURID, JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KELOLAAN :
MAJLIS GURU KAUNSELING KUALA LUMPUR

1
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Senarai Kandungan Halaman

1. Garis Panduan Penghakiman Umum 3

2. Peringkat Pertandingan 3

3. Tarikh Pengelolaan 3

4. Pertandingan Sekolah Rendah

a. Pertandingan Folio Kerjaya 4

b. Pertandingan Kuiz Kerjaya 11

c. Pertandingan Melukis Poster 14

d. Pertandingan Model Kerjaya 19

e. Pertandingan Ikon Kerjaya 24

f. Pertandingan Mewarna 28

2
GARIS PANDUAN PENGHAKIMAN (UMUM)

1. Setiap pertandingan akan diadili oleh tiga orang hakim (di peringkat daerah) dan
empat orang hakim (di peringkat negeri).

2. Untuk pertandingan peringkat daerah, hakim adalah terdiri daripada guru


Bimbingan dan Kaunseling dari daerah yang lain yang telah dilantik dan telah
menghadiri Bengkel Hakim yang telah ditetapkan oleh Pihak Jabatan Pendidikan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Untuk pertandingan peringkat negeri, hakim adalah terdiri daripada pegawai PPD,
JPWPKL, KPM, Guru Bimbingan dan Kaunseling atau personel yang difikirkan sesuai
oleh pihak penganjur. Keputusan hakim adalah muktamad.

4. Semua hakim mengadili pertandingan menggunakan garis panduan Karnival


Pendidikan Kaunseling Kerjaya yang telah ditetapkan. Tambahan syarat dan
peraturan yang tidak termaktub di dalam garis panduan tidak boleh
digunapakai sepenuhnya.

PERINGKAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan di peringkat sekolah.

i. Dijalankan secara dalaman di sekolah yang bertujuan untuk memilih pemenang yang
akan mewakili sekolah bertanding di peringkat daerah.

ii. Pemenang yang mendapat Johan di peringkat sekolah sahaja yang layak untuk
dipertandingkan di peringkat daerah.

2. Pertandingan di peringkat Daerah.

i. Semua pertandingan akan dipertandingan mengikut kategori.

ii. Pemenang setiap pertandingan yang mendapat Johan dan Naib Johan layak
mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri Kecuali Pertandingan Kuiz
Kerjaya. Pemenang Kuiz Kerjaya yang mendapat Tempat Johan hingga kelima
layak mewakili daerah ke peringkat Negeri.

3. Pertandingan di peringkat Negeri

i. Pemenang yang mendapat Johan setiap kategori peringkat negeri akan mewakili
negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bertanding di peringkat
kebangsaan.

3
TARIKH PENGELOLAAN

1. Pertandingan dilaksanakan dalam empat peringkat iaitu:

Bil PERINGKAT TARIKH


1 Sekolah Julai
2 Daerah Julai-Ogos
3 Negeri Ogos

4
FOLIO KERJAYA
(SEKOLAH RENDAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA


PERINGKAT NEGERI

TEMA:
“MINDA SEJAHTERA, KERJAYA CEMERLANG”

5
OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan kesedaran murid mengenai peluang-peluang kerjaya dalam
pelbagai bidang berdasarkan Inventori Minat Kerjaya Holland (R.I.A.S.E.K).

2. Memberi kemahiran untuk mengaitkan hubungan mata pelajaran yang dipelajari


dengan kursus-kursus yang ditawarkan di institusi-institusi pengajian tinggi dengan
kerjaya pilihan.

3. Menambah pengetahuan murid mengenai aliran pendidikan yang menjurus ke arah


dunia pekerjaan.

4. Menggalakkan murid meneroka alam kerjaya.

5. Menarik minat murid terhadap kerjaya yang berasaskan Inventori Minat Kerjaya
Holland

SYARAT PENYERTAAN

BAHAGIAN A

Aspek yang dinilai :

1. Halaman ( i )
 Nama dan kelas murid
 Gambar murid
 Nama dan alamat sekolah.
 Kerjaya Pilihan murid
(bidang kerjaya yang dipilih dikelaskan mengikut R.I.A.S.E.K dan mesti sama
dengan kerjaya pilihan murid pada bahagian C)

2. Halaman ( ii )
 Kandungan

3. Halaman ( iii )
 Penghargaan
 Pengesahan Pentadbir

BAHAGIAN B

1. Pengenalan tentang TIGA (3) jenis kerjaya yang dipilih berdasarkan ENAM (6) bidang
Inventori Minat Kerjaya Holland(semuanya 18 jenis kerjaya).

2. Setiap pekerjaan hendaklah disertakan dengan huraian ringkas dan sokongan gambar.

6
BAHAGIAN C

1. Penerangan terperinci mengenai SATU (1) kerjaya pilihan berdasarkan enam bidang
Inventori Minat Kerjaya Holland. (kesemuanya ENAM (6) jenis kerjaya yang berasingan
(yang lain) daripada kerjaya yang dipilih untuk bahagian B).

2. Tahap kelulusan dan hala tuju selepas Tahun 6, Tingkatan 3 dan SPM untuk menceburi
diri dalam kerjaya pilihan tersebut.

3. Senaraikan mata pelajaran penting yang berkaitan dengan pekerjaan pilihan.

4. Latar belakang dan persekitaran kerjaya pilihan.

5. Keperluan dari segi kemahiran, personaliti dan minat kerjaya yang berkaitan.

6. Perkaitan nilai-nilai murni dalam kerjaya pilihan.

BAHAGIAN D

1. Kesimpulan / Rumusan
i. Kepentingan mengetahui minat dan kecenderungan dalam bidang pemilihan
kerjaya.
ii. Pandangan murid mengenai kerjaya pilihan.
iii. Perkaitan sahsiah dan amalan baik menuju ke arah kerjaya pilihan

SYARAT KHAS PENYEDIAAN FOLIO KERJAYA

1. Terbuka kepada EMPAT (4) orang peserta TAHAP 2 (tahun 4, 5, 6) dari setiap sekolah
(warganegara Malaysia). Setiap daerah menghantar 2 orang wakil (pemenang Johan
dan Naib Johan di peringkat daerah) ke peringkat negeri.

2. Reka bentuk
i. Muka depan dan belakang folio adalah dari jenis kertas keras.
ii. Maklumat muka depan folio perlu ada logo dan alamat sekolah yang lengkap.
iii. Ketebalan kertas untuk isi kandungan folio antara 80 gsm – 120 gsm).
iv. Saiz A4 (potrait)
v. Mesti dalam satu ‘Comb binding’.
vi. Bahan maujud TIDAK dibenarkan (Contoh : kayu, manik, riben, benang, stiker,
prada, kapas, daun, tisu, bahan yang berlaminate)
vii. Penggunaan bahan 2D sahaja.
viii. Mesra pembaca.

3. Ciptaan
i. Hasil ciptaan sendiri atau karya asli.
ii. Hasil karya hendaklah ditaip DENGAN JELAS menggunakan komputer dengan font
Times New Roman dengan sekurang-kurangnya saiz 12 atau ditulis tangan sahaja
pada sebelah muka surat.
iii. Tajuk boleh menggunakan font bebas
iv. Bahan-bahan dari internet, cetakan komputer, surat khabar, majalah dan brosur
7
adalah DIBENARKAN tetapi MESTI menggunakan teknik tampalan.
v. Gambar kerjaya berbentuk kartun atau bersifat animasi TIDAK dibenarkan.
vi. Folio TIDAK melebihi 70 muka surat. (tidak termasuk kulit hadapan dan belakang
dan “partition” tidak dikira sebagai muka surat)
vii. TIDAK dibenarkan mengambil terus bahan kerjaya dari mana- mana rujukan.
viii. TIDAK meniru mana-mana bahan penerbitan.
ix. TIDAK menghantar buku yang pernah dipertandingkan atau pernah dihasilkan.
x. Bahan fotostat sepenuhnya TIDAK dibenarkan.
xi. Kotak buku TIDAK dipertandingkan.Fungsi kotak sekadar melindungi buku dari
koyak dan rosak.

4. Bahasa
i. Karya yang ditulis atau berbentuk keratan akhbar/majalah dan lain-lain perlu
dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
ii. Keratan akhbar / majalah dalam bahasa lain MESTI diterjemahkan dalam Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

5. Pengesahan
i. Setiap Folio Kerjaya yang dihantar untuk dipertandingkan di peringkat Daerah,
Negeri dan Kebangsaan mestilah disahkan oleh pengetua / guru besar / PPD / JPN
Negeri masing-masing beserta dengan cop rasmi sekolah.

6. Pengadilan
i. Satu Panel Hakim peringkat daerah dan negeri akan dilantik oleh Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).
ii. KEPUTUSAN PANEL HAKIM ADALAH MUKTAMAD

KEPERLUAN PERTANDINGAN

1. Hakim memerlukan bilik khas untuk menilai semua folio yang dihantar .

2. Hakim perlu datang untuk dua hari .

3. Meja dan kerusi hakim semasa pembentangan daripada peserta .

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

Rujuk borang pemarkahan

8
KAEDAH PELAKSANAAN

1. Folio yang lengkap perlu dihantar kepada penyelaras sebelum jam


9.00 pagi sehari sebelum pertandingan.

2. Pemarkahan folio akan dikira bermula jam 9.30 pagi sehari sebelum
pertandingan.

3. Cabutan undi akan dikendalikan oleh Penyelaras pertandingan selepas


semua folio dihantar untuk menentukan giliran pembentangan.

4. Peserta perlu hadir secara berkumpulan (4 orang) pada hari


pertandingan.

5. Peserta perlu memakai pakaian rasmi sekolah yang lengkap.

9
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BORANG PEMARKAHAN
PERTANDINGAN FOLIO KERJAYA

ZON : KERAMAT / SENTUL / PUDU / BANGSAR

SEKOLAH : _____________________________________________________

ASPEK YANG DINILAI


BIL. PENGISIAN FOLIO KERJAYA SEKOLAH RENDAH MARKAH PEROLEHAN

Halaman ( i )
i. Nama dan kelas murid
ii. Gambar murid
iii. Nama dan alamat sekolah.
iv. Nama bidang kerjaya yang dipilih
A Halaman ( ii ) 5
i. Kandungan
Halaman ( iii )
i. Penghargaan
ii. Pengesahan Pentadbir

Pengenalan tentang 18 jenis pekerjaan yang dipilih


B mengikut 6 bidang Inventori Minat Kerjaya Holland. 20

1. Penerangan terperinci mengenai satu kerjaya pilihan


berdasarkan 6 bidang Inventori Minat Kerjaya
Holland.(kesemuanya 6 jenis kerjaya yang berasingan
(yang lain) daripada kerjaya yang dipilih untuk
bahagian B)
2. Tahap kelulusan dan hala tuju selepas UPSR, PT3 dan
SPM untuk menceburi diri dalam kerjaya pilihan
C tersebut. 40
3. Senaraikan mata pelajaran penting yang berkaitan
dengan pekerjaan pilihan.
4. Latar belakang dan persekitaran kerjaya pilihan.
5. Keperluan dari segi kemahiran, personaliti dan minat
kerjaya yang berkaitan
6. Perkaitan nilai -nilai murni dalam kerjaya pilihan.

Kesimpulan / Rumusan
1. Kepentingan mengetahui minat dan kecenderungan
dalam bidang pemilihan kerjaya.
5
D 2. Pandangan murid mengenai kerjaya pilihan.
3. Perkaitan sahsiah dan amalan baik menuju ke arah
kerjaya pilihan.

10
Kreativiti dan Kekemasan
1. Mesra pembaca
2. Pemilihan warna yang sesuai.
3. Persembahan maklumat yang jelas dan menarik.
4. Kepelbagaian bahan media cetak.
E 20
5. Susun atur bahan mengikut syarat-syarat
pertandingan (Aspek yang dinilai)
6. Kesalahan ejaan akan ditolak markah maksimum 5
markah.

Pembentangan
1. Pembentangan secara lisan yang menarik perhatian
dengan menggunakan bahasa yang mudah.
(Penyampaian berbentuk Pidato/choral speaking
/bahas atau syarahan adalah tidak sesuai.)
2. Pembentangan dan Folio mestilah menggunakan
bahasa yang sama.
3. Masa Pembentangan 2-5 minit yang berfokuskan
F 10
kepada latarbelakang, prospek dan sumbangan
kerjaya yang dikaji/diminati yang menarik untuk
dikongsi bersama. Meliputi pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh melalui kajian folio
kerjaya.
4. Sesi Soal jawab tidak kurang 3 soalan dan tidak
melebihi 6 soalan.

JUMLAH KESELURUHAN 100

Tandatangan, Disahkan oleh,

( ) ( )
Hakim Ketua Hakim
Tarikh:

11
KUIZ KERJAYA
(SEKOLAH RENDAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA


PERINGKAT NEGERI

TEMA:
“MINDA SEJAHTERA, KERJAYA CEMERLANG”

12
OBJEKTIF

1. Menguji pengetahuan murid tentang pelbagai bidang kerjaya

2. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelbagai jenis pekerjaan melalui
pembacaan.

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada murid sekolah rendah tahap 2.

2. 5 orang wakil dari setiap daerah sekolah rendah untuk pertandingan peringkat
negeri.

3. Sebarang bentuk bahan rujukan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam
Bilik pertandingan.

4. Sumber rujukan utama :

Siri Pendidikan Kerjaya Sekolah Rendah Keluaran KPM 1995


Unit Perkhidmatan Pelajar
Bahagian Pengurusan Prasekolah, Rendah dan Menengah

KEPERLUAN PERTANDINGAN

1. Bilik Pertandingan yang lengkap dengan 20 meja dan kerusi yang sesuai untuk
murid berusia 10-12 tahun.

2. Alat tulis (pensel, pemadam dan pembaris) dibawa oleh peserta.

3. 21 Set kertas soalan (termasuk penyelia pertandingan).

4. 20 Borang Jawapan OMR.

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

PERINGKAT 1 : SET SOALAN ASAS

1. Peserta terdiri daripada semua wakil zon sekolah rendah dalam kuiz kerjaya.

2. Set soalan mengandungi 50 soalan objektif.

3. Setiap soalan membawa 1 markah.

4. Markah penuh adalah 50 markah.

5. Masa diberikan adalah 60 minit. [Cadangan masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi. Tiada masa
tambahan diberikan kepada peserta yang lewat]
13
PERINGKAT 2 : POP KUIZ

1. Peserta terdiri daripada peserta yang memperoleh markah sama yang tertinggi
(pemutus seri).

2. Set soalan mengandungi 10 soalan berstruktur pendek.

3. Setiap soalan membawa 2 markah.

4. Markah penuh adalah 20 markah.

5. Masa diberikan adalah 15 minit.

PERINGKAT 3 : SOALAN LISAN

1. Peserta terdiri daripada peserta pop kuiz yang memperoleh markah sama yang
tertinggi (pemutus seri).

2. Soalan dipilih sendiri oleh peserta melalui cabutan.

3. Markah diberi berdasarkan maklumat yang paling tepat dan padat.

4. Masa yang diberikan adalah 5 minit untuk setiap peserta.

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN

1. Setiap peserta akan diberikan satu set kertas soalan dan borang OMR.

2. Guru akan membacakan arahan pertandingan.

3. Murid diberikan masa selam 60 minit untuk menjawab soalan.

4. Borang Jawapan OMR akan dikumpul dan disemak oleh Panel Hakim.

5. Pemenang dipilih berdasarkan markah tertinggi.

6. Peserta akan dikuarantin di dalam Bilik Pertandingan sehingga keputusan Kuiz.

7. Peringkat 1 dikeluarkan bagi memudahkan proses Peringkat 2 [Pop Kuiz] dijalankan


jika perlu.

8. Jika terdapat markah yang sama, pop kuiz akan dijalankan kepada murid yang
terlibat.

9. Pop Kuiz berbentuk 10 soalan berstruktur pendek dan masa menjawab adalah 15
minit.

10. Jika masih terdapat markah yang sama dalam pusingan pop kuiz, murid akan
diberikan soalan lisan berkaitan kerjaya untuk memilih pemenang.

14
MELUKIS POSTER
(SEKOLAH RENDAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA


PERINGKAT NEGERI

TEMA:
“MINDA SEJAHTERA, KERJAYA CEMERLANG”

15
OBJEKTIF
1. Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan murid-murid sekolah mengenai
bidang kerjaya
2. Memberi kemahiran untuk menyatukan pemikiran dan kefahaman tentang kerjaya
melalui seni lukis
3. Menggalakkan murid-murid untuk mencari maklumat kerjaya melalui pelbagai media

SYARAT PENYERTAAN
1. Poster kerjaya hendaklah dilukis berteraskan tema – “MINDA SEJAHTERA, KERJAYA
GEMILANG”.

2. Media – Kertas Lukisan


i. Kategori sekolah Rendah Tahap 2 – saiz spara imperial ( A3 ) – 41cm x 29.7cm
ii. Peserta hanya dibenarkan menggunakan kertas lukisan putih yang disediakan
oleh penganjur sahaja.

3. Warna Dan Peralatan


i. Semua jenis warna dibenarkan KECUALI warna minyak (oil paint)
ii. Semua peralatan disediakan oleh peserta
iii. Penggunaan Clear Spray / Lekar jernih / liquid paper adalah TIDAK DIBENARKAN
sama sekali
iv. Semua ruang kertas mestilah diwarnakan

4. Hak Milik Hasil Ciptaan


i. Semua poster yang dipertandingkan adalah menjadi hak milik penganjur untuk
dijadikan bahan pameran.

5. Jangka Masa Pertandingan adalah 3 jam.

6. Penyertaan
i. Penyertaan pertandingan adalah secara individu
ii. Setiap sekolah diwajibkan menghantar seorang peserta sahaja.
iii. Setiap daerah menghantar 2 orang wakil (pemenang Johan dan Naib Johan di
peringkat daerah) ke peringkat negeri.

7. Semua peserta hendaklah menulis / mengisi maklumat diri dengan lengkap di sebelah
kanan belakang kertas poster.

NAMA PESERTA:
NAMA SEKOLAH:
KELAS:

8. Teknik Penciptaan
i. Lukisan poster hendaklah asli dan hasil ciptaan sendiri. Hasil poster hendaklah
hasil kerja yang tidak pernah disiarkan / dihasilkan dalam mana-mana
pertandingan sebelum ini.
ii. Penggunaan sebarang alat geometri adalah dibenarkan.
iii. LIMA kerjaya wajib dilukis dalam hasil lukisan (minima lima jenis kerjaya)
iv. Kerjaya angkasawan tidak dibenarkan.

16
v. Templet / acuan dan huruf blok sedia ada (ready made) DILARANG
penggunaannya. Peserta hanya dibenarkan membuat sendiri templet/ acuan atau
blok huruf dalam masa pertandingan dijalankan.
vi. DILARANG meniru contoh hasil lukisan yang telah disiapka atau dibawa.
vi . Imej kartun/ komik/ karikatur TIDAK DIBENARKAN tetapi imej robot
dibolehkan.
vii Penggunaan warna secara selang seli TIDAK dibenarkan pada tema.

KEPERLUAN PERTANDINGAN

1. Kertas lukisan saiz separa imperial (A3) –41cm x 29.7cm yang telah dicap dan
disediakan oleh urus setia

2. Borang pemarkahan disediakan oleh urus setia

3. Bahan pewarna dan peralatan dibawa oleh peserta.

4. Tiga orang Hakim

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

Rujuk borang pemarkahan

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Pendaftaran

2. Peserta dibawa ke bilik pertandingan

3. Taklimat pertandingan diadakan oleh penyelaras pertandingan

4. Pertandingan dijalankan dalam tempoh 3 jam.

5. Pesera menghantar hasil lukisan kepada pihak penyelaras

6. Sesi penghakiman

7. Menghantar keputusan pertandingan

17
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BORANG PENILAIAN
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

ZON : KERAMAT / SENTUL / PUDU / BAN GSAR

SEKOLAH : _____________________________________________________

BIL ASPEK KETERANGAN MARKAH MARKAH


PENILAIAN PENUH DIPEROLEHI
Kapyen yang bersesuaian dengan
tema wajib dimasukkan di dalam
poster. Muka taip ( tipografi )
1 Tema 10
hendaklah jelas dan mudah dibaca.
Penggunaan tidak melebihi 3 jenis
warna pada tema.
Poster harus menggambarkan 5 jenis
kerjaya, suasana dan keadaan alam
kerjaya (pakaian dan tugas-tugas)
2 Interpretasi 30
dalam konteks pembangunan
identiti Malaysia sebagai sebuah
Negara yang maju.
Olahan Pemilihan warna yang menarik dan
3 10
Warna sesuai.
4 Keaslian Lukisan hasil ciptaan sendiri. 10
Kemas, bersih dan halus.
Penggunaan unsur-unsur seni
5 Kekemasan 10
(garisan, bentuk, ruang, warna,
jalinan).
Kemahiran menggunakan ruang
6 Rekaletak 15
yang seimbang.
Keupayaan melakar dan melukis
dengan tepat dan menarik. Imej
7 Ilustrasi kartun / komik / karikatur tidak 15
dibenarkan tetapi imej robot
adalah dibolehkan.
JUMLAH 100

Tandatangan Disahkan oleh;

……………………………….. ……………………………….
( ) ( )
Hakim Ketua Hakim
Tarikh : Tarikh :

18
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

ZON : KERAMAT / SENTUL / PUDU / BANGSAR

SEKOLAH : _____________________________________________________

NO. KAD
BIL NAMA MURID TAHUN
PENGENALAN

Tandatangan, Disahkan oleh,

………………………………………….. ………………………………………..
( ) ( )

Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar

19
MODEL KERJAYA
(SEKOLAH RENDAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA


PERINGKAT NEGERI

TEMA:
“MINDA SEJAHTERA, KERJAYA CEMERLANG”

20
OBJEKTIF

1. Membentuk keyakinan diri dalam pengucapan awam dan kreativiti murid dalam proses
penyebaran maklumat secara berkesan.

2. Menyediakan peluang kepada murid untuk memperagakan, mengolah semula dan


menyampaikan maklumat dengan menarik dan mudah difahami oleh audien.

3. Menyedarkan pelajar tentang pentingnya maklumat dan merancang kerjaya

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada murid Tahap 2 sahaja (Tahun 4, 5 dan 6). Setiap daerah menghantar 2
orang wakil (pemenang Johan dan Naib Johan di peringkat daerah) ke peringkat negeri.

2. Pembentangan isi kandungan adalah secara INDIVIDU. Peserta DIBENARKAN


menggunakan khidmat dua orang pembantu semasa dalam persembahan.

3. Pemilihan kerjaya adalah bebas dengan memasukkan elemen RIASEK dalam


persembahan KECUALI ANGKASAWAN. (Pindaan 2019)

4. Peserta digalakkan menggunakan alat bantu ketika menyampaikan maklumat sama ada
penggunaan multimedia seperti slide pembentangan, poster, carta, gambar dan
sebagainya.

5. Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan
atau keperibadian seseorang adalah dilarang.

6. Persembahan dan alat bantu mesti dalam satu bahasa (sama ada Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris) Penggunaan bahasa dan tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.

7. Peserta tidak boleh ada sebarang komunikasi secara langsung dengan Hakim semasa
persembahan (Pindaan 2019)

KEPERLUAN PERTANDINGAN (Pindaan 2021)

1. 4 orang hakim yang dilantik oleh pihak penganjur. Terdiri daripada Guru Bimbingan dan
Kaunseling yang telah dilantik dan telah menjalani Bengkel Hakim.
2. Borang pemarkahan setiap peserta untuk setiap hakim.
3. Satu borang pemarkahan setiap peserta dari keseluruhan hakim untuk pengiraan
keputusan oleh Ketua Hakim.
4. Borang keputusan pertandingan.

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

Rujuk borang pemarkahan

21
KAEDAH PELAKSANAAN

1. Durasi untuk penyampaian tajuk masing-masing ialah 7 minit SAHAJA. Tiada lagi
sebarang pemberian markah selepas daripada durasi tersebut. (Pindaan 2021)

2. Sebarang perlanggaran syarat yang dinyatakan akan dikenakan mandatori penolakan


10 markah (Pindaan 2019)

3. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

22
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MODEL KERJAYA

ZON : KERAMAT / SENTUL / PUDU / BANGSAR

SEKOLAH : _____________________ ________________________________

NAMA PESERTA

NO. KAD
BIL NAMA MURID TAHUN
PENGENALAN

Tandatangan, Disahkan oleh,

………………………………………….. ………………………………………..
( ) ( )

Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar

23
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BORANG PENILAIAN
PERTANDINGAN MODEL KERJAYA

ZON : KERAMAT / SENTUL / PUDU / BANGSAR


GILIRAN : _________________________________________ ____________

BIL KETERANGAN MARKAH MARKAH


PENUH DIPEROLEHI
ISI KANDUNGAN
1.1 Ketepatan Pemilihan Kerjaya Dengan Elemen
5
RIASEK
1.2 Definisi Pekerjaan 5
1.3 Bidang Tugas 5
1.4 Persekitaran Tempat Kerja 5
1 1.5 Pakej Matapelajaran yang berkaitan. 5
1.6 Kelayakan Akademik / Kemahiran 5
1.7 Maklumat IPTA / IPTS / Pusat Latihan / Agensi 5
1.8 Latihan Dan Kursus 5
1.9 Cabaran dan Gaji / Pendapatan 5
1.10 Prospek Masa Depan 5
JUMLAH 50
BAHASA
2.1 Struktur dan sebutan yang jelas 5
2.2 Intonasi Suara 5
2 2.3 Gaya Bahasa yang berkesan dan tepat dengan
maksud yang disampaikan serta kelancaran 10
penyampaian
JUMLAH 20
PERSEMBAHAN / PENYAMPAIAN
3.1 Kesesuaian Kostum dan Aksesori Dengan Kerjaya 5
yang dipilih (Pindaan 2021)

3.2 Penggunaan Alat Bantu dan Kreativiti 5


3 (Pindaan 2021)

3.3 Gaya dan Perwatakan 10


(Pindaan 2021)

3.4 Keyakinan Diri 10


(Pindaan 2021)
JUMLAH 30
JUMLAH BESAR 100
Catatan
Tandatangan Disahkan oleh;

……………………………….. ……………………………….
( ) ( )
Hakim Ketua Hakim
Tarikh : Tarikh :

24
IKON KERJAYA
(SEKOLAH RENDAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA


PERINGKAT NEGERI

TEMA:
“MINDA SEJAHTERA, KERJAYA CEMERLANG”

25
OBJEKTIF

1. Membentuk keyakinan diri dan kreativiti murid dalam proses penyebaran maklumat
secara berkesan.

2. Menyediakan peluang kepada murid untuk memperagakan, mengolah semula


maklumat dan menyampaikan dengan menarik dan mudah difahami oleh audien.

3. Menyedarkan murid tentang pentingnya maklumat dan merancang kerjaya.

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada murid Tahap 1 sahaja (Tahun 1, 2 dan 3). Setiap daerah menghantar
2 orang wakil (pemenang Johan dan Naib Johan di peringkat daerah) ke peringkat
negeri.

2. Penyertaan adalah secara individu. Pembentangan isi kandungan adalah secara


INDIVIDU.

3. Peserta dikehendaki :
i. Memperagakan pakaian mengikut kerjaya yang dipilih (PAKAIAN MESTILAH
SOPAN DAN TIDAK MENCOLOK MATA).
ii. Menyatakan sebab memilih kerjaya tersebut.

4. Masa yang diperuntukkan adalah selama 7 minit iaitu 2 minit untuk persediaan
bahan / “props” dan 5 minit untuk persembahan.

5. Peserta diminta memperkenalkan diri TANPA menyebut nama sekolah.

6. Loceng pertama akan dibunyikan pada minit pertama sebagai isyarat memulakan
persembahan dan loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke-5.

7. Tiada pemberian markah selepas loceng kedua dibunyikan.

8. Peserta tidak dibenarkan mengemukakan kritikan terhadap isu sensitif yang


berkaitan dengan agama, bangsa, kebudayaan dan keperibadian seseorang.

9. Menggunakan bahasa dan tutur kata yang sopan. Penggunaan dwibahasa semasa
persembahan adalah TIDAK DIBENARKAN. (pindaan 2019)

10. Dibenarkan menggunakan bahan, “props” / alat bantu semasa persembahan. Namun,
penggunaan benda maujud seperti manusia dan haiwan adalah DILARANG.(pindaan
2019)

11. Hanya dua orang guru pengiring dibenarkan untuk membantu penyediaan bahan
atau “props” di atas pentas.

12. Peserta TIDAK DIBENARKAN menggunakan LCD semasa persembahan. Namun,


peserta DIBENARKAN menggunakan sistem audio semasa persembahan. (pindaan 2019)

26
13. Sekiranya peserta tidak mematuhi mana-mana syarat penyertaan, hakim berhak
memotong 10 markah secara mandatori. (pindaan 2019)

14. Peserta sama sekali TIDAK DIBENARKAN mempunyai sentuhan/hubungan secara


langsung dengan hakim semasa membuat persembahan. Hakim tidak boleh diganggu
semasa persembahan sedang dijalankan. (pindaan 2019)

15. Panel hakim berhak menegur peserta yang tidak mengikut syarat pertandingan dan
keputusan hakim adalah muktamad.

KEPERLUAN PERTANDINGAN

PERSEDIAAN TEMPAT / PERALATAN


1. Pentas untuk persembahan

2. Peralatan siaraya – Cordless Mic

3. Loceng penjaga masa

4. Meja dan kerusi hakim, juruacara dan penjaga masa serta meja laptop. (pindaan 2019)

PESERTA

1. Pakaian / kostum peserta mengikut tema kerjaya yang dipilih dan TIDAK
MENCOLOK MATA .

2. Bahan / alat bantu untuk memperagakan kerjaya yang dipilih.

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

Rujuk borang pemarkahan.

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Peserta akan diberikan taklimat sebelum pertandingan dimulakan.

2. Peserta akan menyampaikan persembahan mengikut giliran.

3. Peserta akan diadili oleh panel hakim yang telah dilantik.

27
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BORANG PENILAIAN
PERTANDINGAN IKON KERJAYA

ZON : KERAMAT / SENTUL / PUDU / BANGSAR

GILIRAN : _____________________________________________________

Markah Markah
Bil. Skop Penilaian
Penuh Diperoleh
ISI KANDUNGAN
1.1 Menyatakan kerjaya pilihan. (pindaan 2019) 5
Menghuraikan kerjaya yang dipilih dengan jelas.
1.2 10
Contoh :Sebab memilih kerjaya tersebut. (pindaan 2019)
1 1.3 Kostum yang dipakai beserta huraian. 15
1.4 Bidang tugas kerjaya yang dipilih 15
Ikon pilihan (nyatakan idola pilihan dan sebab memilih
1.5 5
ikon tersebut).
JUMLAH 50
BAHASA
2.1 Struktur dan sebutan yang jelas 5
2 2.2 Intonasi suara 5
Gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud
2.3 10
yang disampaikan serta kelancaran penyampaian
JUMLAH 20
PERSEMBAHAN /PENYAMPAIAN
Kesesuaian kostum dan aksesori yang dipakai dengan
3.1 10
kerjaya yang dipilih. (pindaan 2019).
3 3.2 Penggunaan alat bantu dan kreativiti 10
3.3 Gaya, perwatakan dan kekemasan diri. (pindaan 2019) 5
3.4 Keyakinan diri 5
JUMLAH 30
JUMLAH BESAR 100

Tandatangan Disahkan oleh;

……………………………….. ……………………………….
( ) ( )
Hakim Ketua Hakim
Tarikh : Tarikh :

28
MEWARNA
(SEKOLAH RENDAH)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA


PERINGKAT NEGERI

TEMA:
“MINDA SEJAHTERA, KERJAYA CEMERLANG”

29
OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan murid -murid sekolah mengenai


kerjaya.

2. Meningkatkan potensi dan kreativiti kanak-kanak.

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada murid tahap satu (7-9 tahun). Setiap daerah menghantar 2 orang
wakil (pemenang Johan dan Naib Johan di peringkat daerah) ke peringkat negeri.

2. Setiap peserta hanya layak untuk satu template mewarna yang dibekalkan oleh
pihak penganjur.

3. Masa pertandingan adalah 2.5 jam.

4. Semua peserta hendaklah menulis maklumat diri dengan lengkap pada bahagian
belakang template mewarna.

5. Peserta dibenarkan menggunakan pensel warna, krayon, oil pastel, marker dan alat
warna yang lain.

6. Teknik kolaj, templet dan acuan tidak dibenarkan.

7. Peserta yang melukis dan mewarna objek tambahan pada template mewarna akan
diberi markah kreativiti.

8. Keputusan hakim adalah muktamad.

9. Hasil lukisan atau mewarna adalah milik penganjur.

KEPERLUAN PERTANDINGAN

1. Template mewarna (penganjur)

2. Borang penyertaan pertandingan (penganjur)

3. Peralatan mewarna (peserta)

4. Borang penilaian untuk hakim (penganjur)

5. Persediaan penyelaras pertandingan


a. Template mewarna hendaklah direka berteraskan tema : “ MINDA
SEJAHTERA, KERJAYA GEMILANG”.

b. Rekaan keseluruhan hendaklah mengambilkira ruang untuk membolehkan


murid membuat penambahan objek (untuk penilaian kreativiti)

30
c. Saiz template mewarna : Kertas A3 dengan bingkai selebar 2.5cm (1 inci)
yang dihitamkan seperti di bawah:

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

Rujuk borang pemarkahan

KAEDAH PELAKSANAAN

1. Talimat ringkas daripada penganjur

2. Tempat - kelas atau dewan

3. Penyertaan secara individu

31
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MEWARNA

ZON : KERAMAT / SENTUL / PUDU / BANGSAR

SEKOLAH : _____________________________________________________

NO. KAD
BIL NAMA MURID TAHUN
PENGENALAN

Tandatangan, Disahkan oleh,

………………………………………….. ………………………………………..
( ) ( )

Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar

32
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA
PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

BORANG PENILAIAN
PERTANDINGAN MEWARNA

ZON : KERAMAT / SENTUL / PUDU / BANGSAR

SEKOLAH : _______________________________________ ______________

BIL ASPEK KETERANGAN MARKAH MARKAH


PENILAIAN PENUH DIPEROLEHI
Kualiti Produk 1. Menarik dan menyerlah
1 (Secara 2. Mewarna memenuhi 20
Keseluruhan) keseluruhan ruang
1. Kemas
2 Kekemasan 2. Bersih 20
3. Halus
1. Pemilihan warna dan
penggunaan ton warna
3 Olahan Warna yang menarik 30
2. Ketepatan warna yang
digunakan
1. Objek tambahan
berdasarkan tema
4 Kreativiti 30
2. Asli dan mempunyai ciri-
ciri tersendiri
JUMLAH 100

Tandatangan Disahkan oleh;

……………………………….. ……………………………….
( ) ( )
Hakim Ketua Hakim
Tarikh : Tarikh :

33

Anda mungkin juga menyukai