Anda di halaman 1dari 5

DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

PERTANDINGAN BUKU SKRAP

A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar sekolah rendah (7 hingga 12


tahun : Kategori 1) dan sekolah menengah (13 hingga 17 tahun:
Kategori 2) sekolah-sekolah di Negeri Sarawak.

2. Pertandingan ini boleh disertai secara individu atau berkumpulan. Jika


berkumpulan, setiap kumpulan tidak melebihi dua orang.

3. Buku skrap hendaklah bertemakan “Hari Kemerdekaan”.

4. Buku skrap hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

5. Buku skrap yang dihasilkan mestilah karya asli peserta. Sebarang karya
plagiat, terjemahan, atau karya yang pernah disiarkan di mana-mana
penerbitan cetak atau digital dan dipertandingkan akan terbatal secara
automatik.

6. Buku skrap tidak boleh menyentuh sensitiviti, subversif dan unsur negatif
mana-mana pihak.

7. Buku Skrap yang telah dihantar untuk pertandingan ini akan menjadi hak
milik Dewan Bahasa dan Pustaka dan penganjur dibenarkan
menggunakan untuk apa jua penerbitan.

8. Dewan Bahasa dan Pustaka berhak menolak sebarang penyertaan yang


tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

9. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan


sendiri.

10. Keputusan dan pemilihan pemenang oleh penganjur adalah MUKTAMAD.

11. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 OGOS 2022.


B. KAEDAH PERTANDINGAN

1. PENGHANTARAN BAHAN

1.1 Tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 OGOS 2022.

1.2 Setiap penyertaan hendaklah dilengkapkan dengan menghantar


Borang Penyertaan menggunakan aplikasi Google Form yang telah
disediakan.
• https://bit.ly/3aIl5NL : Google Form Borang Penyertaan.
• https://bit.ly/3P4f6BW : Maklumat lanjut Pertandingan Buku Skrap.

1.3 Borang Izin Terbit hendaklah disertakan sekali semasa menghantar


Borang Penyertaan pada aplikasi Google Form. Borang Izin Terbit boleh
didapati melalui pautan kod QR yang disediakan.

1.4 Semua bahan penyertaan yang dihantar adalah menjadi hak milik
Dewan Bahasa dan Pustaka dan tidak boleh dituntut oleh mana-mana
pihak.

1.5 Urus setia pertandingan yang boleh di hubungi Puan Fatin Nabilah Nor
Ekhsan atau Encik Ahmad Nasuha Musa melalui telefon
082-227048/7052 atau menerusi e-mel, dbpsarawak2022@gmail.com.
Puan Leonora melalui telefon 082-661669 atau menerusi e-mel,
leonora@moe.gov.my

1.6 Buku skrap hendaklah dihantar secara pos atau serahan tangan. Pihak
urus setia tidak akan bertanggungjawab sekiranya buku skrap yang
dihantar melalui pos tidak sampai kepada urus setia. Buku skrap dan
borang penyertaan hendaklah dihantar ke alamat:
Urus Setia,
Pertandingan Buku Skrap Hari Kemerdekaan,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak,
Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, SARAWAK.
(u.p. Puan Fatin Nabilah Nor Ekhsan)

2. PANDUAN PENYEDIAAN BUKU SKRAP

2.1 Buku skrap mestilah ditulis dengan tangan dan cetakan bahan
sokongan adalah dibenarkan (buku skrap yang dicetak dengan cetakan
komputer adalah tidak dibenarkan).

2.2 Kandungan buku skrap mestilah dalam bahasa Melayu.


2.3 Penyediaan buku skrap terbahagi kepada dua (2) kategori:

• Kategori Sekolah Rendah:

Bilangan muka surat tidak kurang dari dua belas (12) muka surat
dan tidak lebih dari lima belas (15) muka surat. Tidak termasuk
kulit buku skrap.

• Kategori Sekolah Menengah:

Bilangan muka surat tidak kurang dari lima belas (15) muka
surat dan tidak lebih dari dua puluh (20) muka surat. Tidak
termasuk kulit buku skrap.

2.4 Buku skrap hendaklah bersaiz A4 dengan kulit depan dan belakang
menggunakan kulit keras.

2.5 Penggunaan bahan buku skrap (digalakkan daripada bahan terpakai)


dan penyampaian teknik dalam penyediaan buku skrap adalah bebas
mengikut kreativiti masing-masing.

2.6 Buku skrap hendaklah terdiri daripada enam (6) segmen. Panduan
penyediaan adalah seperti yang berikut:

SEGMEN 1 - BIODATA
Maklumat yang diperlukan dalam segmen ini adalah seperti yang
berikut:
a. Biodata (maklumat ringkas tentang diri peserta).
b. Gambar peserta.

SEGMEN 2 - ISI KANDUNGAN


Isi kandungan keseluruhan buku skrap hendaklah dinyatakan.

SEGMEN 3 – TEMA
Segmen ini perlu menyatakan maksud dan huraian berkenaan
tema, iaitu “Hari Kemerdekaan”.

SEGMEN 4 – CIPTA PANTUN


Segmen ini perlu menampilkan lima (5) buah pantun hasil ciptaan
peserta sendiri yang bertemakan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Pantun
yang dibenarkan hanyalah pantun jenis empat kerat, iaitu pantun
empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris
maksud. Pantun juga mestilah mempunyai rima akhir berpolakan
“a,b,a,b”.

SEGMEN 5 – INOVASI
Segmen ini perlu mencadangkan idea inovasi tentang kaedah yang
boleh dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dunia.

SEGMEN 6 – SEJARAH SEKOLAH


Segmen ini perlu menceritakan 3 bahagian:
1. Sejarah penubuhan sekolah.
2. Latar belakang pemilihan sekolah.
3. Senarai Guru Besar/ Pengetua sekolah.

2.7 Kulit hadapan buku skrap hendaklah diletakkan maklumat yang berikut:
I. Nama peserta
II. Nama kumpulan (jika penyertaan secara berkumpulan)
III. Nama sekolah
IV. Alamat sekolah
V. Kategori peringkat sekolah

2.8 Penyertaan hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan


dilampirkan pada muka surat yang terakhir untuk rujukan.
C. SKEMA PEMARKAHAN

BIL. KRITERIA MARKAH

1. Ketepatan Tema 10

2. Bahasa 30

3. Kandungan 30

4. Kreativiti 20

5. Kekemasan 10

JUMLAH 100

D. HADIAH PENYERTAAN
1. KATEGORI 1 (SEKOLAH RENDAH)

JOHAN RM350.00

NAIB JOHAN RM200.00

KETIGA RM150.00

SAGU HATI RM100.00

SAGU HATI RM100.00

SAGU HATI RM100.00

2. KATEGORI 2 (SEKOLAH MENENGAH)

JOHAN RM600.00

NAIB JOHAN RM400.00

KETIGA RM250.00

SAGU HATI RM150.00

SAGU HATI RM150.00

SAGU HATI RM150.00

Anda mungkin juga menyukai