Anda di halaman 1dari 26

#seminitparenting

Taufiq Razif
10 tanda anak kita mula mempunyai adab dan akhlak
1. Dia dah mula tak menyampuk bila nampak dua orang dewasa sedang berbicara
2. Dia dah mula pandai minta izin jika nak ambil barang yang bukan miliknya
3. Dia dah mula rasa malu nak mengamuk di depan orang yang tak dikenalinya
4. Dia dah mula rasa bersalah bila tertinggikan suara pada ibu dan ayahnya
5. Dia dah mula pandai beratur dan hormat giliran orang lain
6. Dia dah mula pandai minta maaf jika terbuat salah
7. Dia dah mula pandai berterima kasih jika ada orang yang menolongnya
8. Dia dah mula pandai tahan diri daripada mencarut dan mengeluarkan perkataan tak elok ketika
bercakap dengan kawan kawannya
9. Dia dah mula faham hak orang lain dan tak mudah iri hati dengan hak milik orang lain
10. Dia dah mula pandai jaga tangan dan kakinya daripada memukul orang lain terutamanya pada adik
beradiknya sendiri
Tanda kejayaan ibubapa mendidik anak bukan cuma pada akademiknya sahaja tetapi pada akhlak dan
adabnya juga
#seminitparenting
Penyebab anak mula tunjuk perangai kurang ajar
⚠ Tak diajar Boundary
▪ Tugas seorang anak memanglah untuk berlari, memanjat, melompat, menangis, menjerit, berguling, menconteng, mewarna dan
lain lain
▪Cuma, mereka perlukan mak ayahnya untuk tunjuk mereka apakah boundaries-nya.
Contohnya memanjat itu boleh tapi JANGAN SAMPAI panjat meja makan ketika orang sedang makan
Contohnya menjerit itu boleh tapi JANGAN SAMPAI menjerit dan tinggikan suara pada orang yang lebih tua
⚠ Takut pada anak
▪Jangan pelik perkara ni boleh terjadi bila si ibubapa terlampau sayangkan anak anaknya.
▪Bila terlampau sayang tanpa ada panduan akhirnya ibubapa tadi akan terlampau takut untuk :
- menyakiti perasaan anak
- menyakiti kemahuan anak
- menyakiti emosi anak
Sehingga akhirnya tanpa sedar anak tersebut akan menguasai ibubapanya sendiri hingga semua kemahuan anak dituruti tanpa batas
Inilah yang dikatakan ' ibubapa yang melahirkan tuannnya sendiri '
⚠ Overprotective Parents
▪Melindungi anak tu memang fitrah dalam diri mak ayah cuma bila jadi terlampau protective itu yang bahaya
- terlampau backup anak sendiri
- percaya 100% apa yang anak cakap
- akan menyerang sesiapa sahaja yang menyakiti anaknya tanpa siasat terlebih dahulu
Penyebab anak mula tunjuk perangai kurang ajar
⚠ Cuai mendidik
▪Kadang bila kita terlampau sibuk pun boleh rosakkan anak.
▪Anak ini umpama air yang suci bersih.
▪Air yang suci bersih sekalipun jika diletakkan di atas meja tanpa kita berbuat apa apa lama kelamaan ia akan membusuk jua
⚠ Pengaruh rakan sebaya
▪Rakan sebaya adalah Circle anak kita. Circle ini sifatnya menjangkiti.
▪Lebih banyak anak kita spend masa dengan circlenya lebih banyak pengaruhnya pada dirinya.
▪Baik circle anak kita maka insyaAllah baiklah dia tapi jika rosak circle anak kita maka rosaklah jugalah dia
⚠ Terlalu ditekan
▪Anak yang terlalu ditekan dan dikawal secara melampau umpama bom jangka.
▪Sampai suatu masa nanti mereka akan meledak dan meletus juga sebagai tanda protes dan cara untuk mereka memberontak
terhadap tekanan yang diterima.
⚠ Cerminan ibubapa
▪Otak anak terutamanya yang berumur 6 tahun dan ke bawah ni umpama sponge. Mereka serap semua yang mereka lihat
- cara kita marah anak kita
- cara kita layan mak ayah kita
- cara kita layan keluarga kita
Ini semua akan anak kita tonton, rakam dan dia akan ulangtayang suatu hari nanti dalam bentuk perlakuan dan perangainya!
▪Itulah kenapa saya gelarkan anak anak sebagai CCTV paling hebat di dalam dunia!
Ibu ayah akan mulia di mata anak anak apabila
~ pandai kawal emosi
~ tak melampau dalam memarahi
~ selalu merendah diri
~ tegas tetapi penuh cinta di hati
~ selalu ambil tahu perasaan anak
~ selalu ajari anak ilmu agama
~ pandai mendengar luahan isi hati anak

#seminitparenting
Maruah anak perempuan
~ perlu dijaga
~ perlu dilindungi
~ perlu dipertahankan
~ perlu diutamakan
~ perlu dititikberatkan
Pada masa yang sama, ajarkan juga anak lelaki untuk menjaga maruahnya
sendiri
~ ajar tentang self-respect
~ tetap tutup aurat sebagai lelaki
~ tetap kena ada rasa malu dalam diri
~ tidak mengganggu perempuan yang lain
~ menjaga dan melindungi kehormatan perempuan di sekeliling
Don't lose your dignity and self-respect trying to make people accept, love
and appreciate you
#seminitparenting
Anak suka sangat main hp?

InsyaAllah lega bila install apps ni

#seminitparenting
First Born Syndrome pada anak sulung
Nak didik anak sulung ada caranya. Kebanyakan anak sulung rosak bukan
sebab mereka berkawan dengan budak yang rosak tapi sebab cara didikan
yang salah.

Nak salahkan mak ayah pun tak boleh sebab boleh dikatakan 70% cara
didikan mak ayah datang daripada cara mereka dididik dahulu kala oleh
orang tua mereka. Ianya tertanam jauh dalam subconscious mind kita.

Mak ayah zaman dulu pun tak salah. Zaman dulu akses pada ilmu parenting
tak banyak seperti zaman sekarang.

Jadi tak ada siapa pun salah, cuma sekarang ni tanggungjawab kita lah
sebagai ibu ayah untuk cari ilmu dan formula untuk didik anak sulung kita
supaya anak sulung kita terdidik dengan baik dan sempurna.

" Mendidik anak sulung dengan baik umpama mendidik satu keluarga "

#seminitparenting
Bahaya Sarapan SOSEJ
Saya faham semua mak ayah nak cepat pergi kerja
tapi tak berbaloi pun kita gadaikan kesihatan anak
kita dengan menyediakan sarapan sosej/hotdog pada
anak kita
Daripada American Cancer Society :
👉 Makan 50 gram daging yang diproses ( sosej )
setiap hari meningkatkan risiko KANSER KOLON
sebanyak 18%
👉 50 gram tu bersamaan dengan sebatang sosej
Jom ingatkan ahli keluarga kita yang lain juga
Kesiannya anak sulung kita
Anak sulung ada banyak kelebihan contohnya mengikut kajian IQ anak sulung lebih
tinggi kerana mereka mendapat 'Mental Stimulation' yang banyak daripada ibubapa
cuma tanpa didikan yang betul :
1. Mereka jadi Perfectionist
- hilang empati
- hanya fikir nak capai tujuan sahaja
- mudah marah kalau benda tu tak sempurna
2. Mereka jadi Overprotective
- nak kuasai adik beradik
- adik beradik tak boleh buat keputusan
- nak masuk campur semua urusan adik beradik
3. Mereka jadi Bossy
- suka tekan adik beradik
- adik beradik tak boleh bantah langsung
- terlalu memaksa secara melampau
Kesiannya anak sulung kita
4. Mereka jadi hilang Self-Confidence

- takut nak buat sesuatu


- jadi pendiam dan pasif
- biarkan adik beradik pijak kepala

5. Mereka jadi Pemarah

- suka pecahkan barang


- lampiaskan pada adik beradik
- suka guna nada suara yang tinggi

6. Mereka jadi Pendendam

- suka pendam perasaan


- susah nak menangis
- jadi pendiam tetapi protes senyap senyap

Penyebabnya ada bermacam tetapi solusinya satu sahaja iaitu ibubapa kena ada ilmu untuk
mendidik anak sulung kerana mereka anak pertama dan mereka sangat istimewa di hati kita

#seminitparenting
Sifat kepimpinan anak sulung
Anak sulung memang natural born leader cuma bergantung pada didikan, anak sulung boleh jadi
samada Pemimpin ( Leader ) ataupun Bos ( Boss ).
Anak sulung bersifat Leader
~ Suka memujuk
~ Suka menasihati
~ Suka melindungi
~ Suka bekerjasama
~ Suka mendengar terlebih dahulu
Anak sulung bersifat Boss
~ suka memaksa
~ suka memarahi
~ suka menguasai
~ suka pentingkan diri
~ suka beri arahan
" Didiklah anak sulung sebaiknya kerana mereka adalah ketua & pemimpin kepada adik
beradiknya "
#seminitparenting
Ada anak umur 4-6 tahun?
Cuba tengok perkembangan otak anak kita

Newborn - 26%
Anak 1 tahun - 67%
Anak 2 tahun - 77%
Anak 3 tahun - 88%
Anak 4-6 tahun - 91%
Dewasa - 100%

Cuba lihat, 91% perkembangan otak anak kita berlaku pada umur 3-4 tahun! Itulah Golden Age anak kita yang mana kita dah tak boleh
nak patah balik dah.

Sebab itulah kenapa kita kena jauhkan anak kecil kita daripada 3 perkara ini :

1. Jajan ( makanan tinggi kalori, tak ada nilai nutrisi )

Kesannya : Boleh jejaskan IQ anak & penyumbang pelbagai penyakit dan obesiti

2. Selalu pukul & cubit anak

Kesannya : Otak bahagian emosi anak akan aktif hingga menyebabkan anak mungkin makin agresif dan susah kawal emosi

3. Selalu abaikan anak

Kesannya : Ada kajian menunjukkan ukuran otak anak yang diabaikan dan dicuaikan lebih kecil berbanding otak anak yang normal

Tolong ajarkan ilmu ini pada pasangan dan keluarga lain yang punya anak kecil juga ya sebab ianya teramatlah penting

#TaufiqRazif
#seminitparenting
Hebatnya anak perempuan bila
~ pandai berdikari
~ pandai menjaga maruah diri
~ pandai mengawal lisan dan hati
~ pandai menolong dan berbakti
~ pandai mengurus kewangan dan komitmen sendiri

Mendidik anak perempuan umpama mendidik satu


generasi kerana daripada rahim mereka lah lahirnya
sebuah generasi

#seminitparenting
Hebatnya anak lelaki bila mereka
~ pandai bantu ibu di dapur
~ pandai mengemas bilik sendiri
~ pandai menghormati wanita
~ pandai melindungi keluarga
~ pandai mendoakan ibubapa
~ pandai buat kerja rumah tanpa diminta
Jangan malu jangan segan jika anak lelaki dapur masuk ke
dapur
Kerana di situlah mereka akan belajar tentang
tanggungjawab untuk menjaga keluarga mereka sendiri
kelak
#seminitparenting
Tanda jiwa dan fikiran seorang ibu dah mulai serabut
~ Mudah marah anak
~ Hati tak tenang
~ Rasa nak give up
~ Selalu nak menangis
~ Rasa nak lari rumah
~ Wajah dah tak ceria
Kesan serabut :
- efek pada anak
- efek pada pasangan
- mudah jadi depression
- hidup tak bahagia
Apa seorang yang bergelar ayah perlu lakukan untuk
anaknya?
Ilmu ini penting, tolong berikan pada pasangan dan
ahli keluarga yang lain ya

#seminitparenting
Ramai betul mak ayah belum tahu tentang bahaya jajan
pada otak anak kecil
~ Jajan tu sendiri bermaksud makanan yang tinggi kalori tapi takde nilai nutrisi
~ Kanak-kanak yang terdedah dengan jajan ni terdedah pada penyakit kronik seperti kencing
manis, kanser, strok dan juga berisiko besar untuk dapat penyakit kardiovaskular sebelum umur
30 tahun.
~ Lebih parah lagi kalau kanak-kanak tu terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun. Ikut kajian
daripada University of Bristol, kanak-kanak yang terdedah dengan jajan sebelum umur 3 tahun
akan memberi kesan pada IQ kanak-kanak tu.
~ Walaupun mungkin lepas tu ibubapa dah tersedar dan cuba ubah balik gaya pemakanan si anak
tu tapi dah terlambat dah! Sebab perkembangan otak paling progresif dalam 3 tahun pertama tu.
Efeknya? Seumur hidup!
Jadi kepada mana-mana ibubapa tu, tolong la pantau apa yang anak kita makan ye. Zaman
sekarang adalah zaman yang mana ' penyakit orang dewasa ' dah mula menyerang kanak-kanak.
Ni la zaman yang mana umur 20 tahun pun dah ada yang kena potong kaki dan umur 30 tahun
pun dah kena strok dan serangan jantung.
p/s : Tolong ingatkan pasangan dan keluarga kita sekali ye. Sama-sama kita jaga keluarga kita
#seminitparenting
Cara nak jadikan anak bijak dan hebat
Bila anak ada Fixed Mindset ni Intelek mereka akan
cenderung untuk jadi beku dan statik. Mereka susah
nak berkembang dan selalu berada di takuk lama.
Tetapi bila anak ada Growth Mindset ni Intelek
mereka akan mudah berkembang, mudah serap ilmu
baru dan setiap masa anak kita tu jadi lebih baik,
lebih baik dan lebih baik. Ini rahsia yang tak ramai
ibubapa tahu!
Jadi tolong sebarkan ilmu ini pada mak ayah yang lain
juga ya
#seminitparenting
Nak tenangkan anak mengamuk?
Perkara paling penting adalah jangan selalu tekan
butang emosi anak kita ( Enrage ) dengan menjerit &
membentak

Sesekali cuba tekan emosi tenang anak ( Engage )


dengan memahami isi hati anak, merasai kesedihan
dia & wajah penuh empati

Cubalah dan rasailah sendiri kesannya nanti


insyaAllah 😉

#seminitparenting
Nak jinakkan hati anak?
Pastikan anak boleh rasa 5D ini dulu bila bersama kita :
D1 - Difahami
Anak nak kita tahu apa yang sedang mereka rasakan. "Jangan tengok jerit
tangis saya, cukuplah fahami apa yang saya rasa "
D2 - Didengari
Anak nak kita dengar suara hati mereka. Walaupun sibuk cuba ambil masa
untuk menjadi pendengar yang aktif buat anak kita. Jika tak didengari,
mereka akan cuba 'paksa' kita dengarkan mereka dengan jeritan, tangisan
dan gulingan.
D3 - Dihargai
Semua anak anak akan cuba mencari cara untuk 'impress' dan banggakan
mak ayahnya. Sekali sekala tunjukkan lah bahawa kita bangga dan hargai
usaha mereka. Ianya akan membantu menenangkan jiwa mereka.
Nak jinakkan hati anak?
D4 - Dikenal

Anak ada bermacam ragam dan personaliti. Ada yang jenis sensitif, anak yang jenis
strong-willed, ada yang jenis introvert dan ada yang jenis extrovert. Mereka kalau
boleh nak mak ayahnya tahu personaliti mereka sebab setiap anak dikurniakan
karakter dan personaliti yang unik dan berbeza.

D5 - Diterima

Setiap anak akan lalui fasa di mana mereka merasa ada yang kurang dalam hidup
mereka. Mereka akan cuba sorokkan perkara tersebut kerana mereka nak kita
bangga dengan mereka tetapi percayalah mereka takkan tenang selagi mana mereka
tak tahu yang kita terima kekurangan diri mereka sebagaimana kita terima kelebihan
diri mereka.

InsyaAllah bila anak boleh rasakan 5D ini hati mereka akan lebih jinak dengan kita
dan bila hati anak kita jinak, insyaAllah mereka jadi susah nak memberontak dan
senang taat

#seminitparenting
Nak anak jadi baik?
Cuba periksa siapa Circle anak kita :
✔ Kawan rapat dia
✔ Kawan di media sosial
✔ Kawan di taman perumahan
✔ Kawan di sekolah
✔ Diri kita sendiri
Jika baik Circle anak kita insyaAllah akan baik jugalah anak kita
Kenapa?
Kerana Circle itu sifatnya menjangkiti ( contagious ).
Kebaikan atau keburukan Circle akan tular kepada anak kita juga
pada akhirnya.
#seminitparenting
Anak susah dengar cakap?
Ada 4 waktu yang sesuai untuk nasihat anak supaya nasihat itu
senang masuk ke hati anak :
🔴 Waktu makan
Dalam keadaan makan, minda anak akan 'lebih terbuka' untuk
menerima teguran dan nasihat kerana badan mereka dalam
'receiving mood'
🔴 Waktu berjalan
Ketika berjalan-jalan dan bersiar siar, hormon kebahagiaan
anak seperti endorfin dan dopamin akan melimpah.
Makin mereka bahagia, makin mereka boleh terima nasihat
dan teguran kita.
Anak susah dengar cakap?
🔴 Waktu bermain bersama
Ketika bermain bersama anak, kita sebenarnya sedang melakukan teknik memujuk &
mempengaruhi yang kita namakan sebagai Pacing & Leading pada anak kita.
Pacing - Kita buatkan anak kita selesa dengan kata-kata kita untuk bermain bersama
mereka
Leading - Sambil bermain, kita selitkan kata kata nasihat pada anak kita dan ianya
akan masuk dengan mudah ke dalam hati anak kita
🔴 Waktu anak sakit
Ketika anak kita sakit, anak kita juga berada dalam keadaan 'receiving mood' kerana
pada ketika itu mereka sangat memerlukan perhatian kita
Ketika itu hati mereka akan sangat mudah mendengar teguran dan nasihat.
" Bila nasihat sudah berjaya masuk ke dalam hati anak, jangan terkejut kalau anak jadi
lebih taat dan mudah dengar cakap "
#seminitparenting
Semoga Bermanfaat
Taufiq Razif

Anda mungkin juga menyukai