Anda di halaman 1dari 16

Sila rujuk bahagian (PERMOHONAN KEMASUKAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2023)

CALON DIGALAKKAN MENGGUNAKAN KOMPUTER


(PAPARAN TERBAIK PELAYAR TERKINI)

Panduan Permohonan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4 MRSM 2023

Halaman Utama

1. Calon perlu muat turun (download) dan membaca dengan teliti perkara berikut:
a. Syarat dan Pilihan Program MRSM
‐ Flipbook Sistem Pendidikan MRSM
b. Buku Panduan Pemohonan MRSM
‐ Panduan mengisi permohonan MRSM secara dalam talian
c. FAQ
‐ Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan MRSM tahun 2023
2. Calon perlu menanda (/) pada Perakuan Permohonan dan klik Setuju sebelum mengisi permohonan
secara dalam talian.

Sekiranya calon tidak menanda (/) pada Perakuan Permohonan, popup berikut akan dipaparkan:

3. Untuk mengisi permohonan, sila Klik Di Sini pada


a. Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2023, atau
b. Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2023
Halaman Log Masuk

1. Klik Daftar Pengguna untuk mendapatkan kata laluan permohonan.

Tingkatan 1:

Tingkatan 4:

** Nota:
Panduan berikut menggunakan tangkap layar (screen shot) permohonan calon tingkatan 1
2023 sebagai contoh bagi mengisi permohonan tingkatan 1 dan tingkatan 4 dengan lengkap.
2. Isikan nombor kad pengenalan calon tingkatan 1 atau tingkatan 4 tanpa simbol (-) pada skrin daftar
pengguna dan klik Hantar.

Contoh no kad pengenalan : 

070101010111 

1
2

Sekiranya nombor kad pengenalan calon tidak lengkap (tidak mencukupi 12 digit), popup berikut akan
dipaparkan:
 
3. Bagi paparan berikut, sila pastikan calon mengisi maklumat nama, e-mel yang sah dan aktif, aliran
sekolah calon dan keputusan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkini bagi
subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris di skrin Daftar Pengguna dan klik Hantar.

Tahap Penguasaan 1
4
Tahap Penguasaan 2

Tahap Penguasaan 3

Tahap Penguasaan 4

Tahap Penguasaan 5

Tahap Penguasaan 6

4. Mesej (popup) pendaftaran telah berjaya dipaparkan. Sila rujuk dan simpan kata laluan yang diberikan
untuk tujuan log masuk. Kata laluan ini juga dihantar ke e-mel yang didaftarkan.

1
5. Sila isikan nombor kad pengenalan calon serta kata laluan dan klik Log Masuk untuk memulakan
permohonan.

3
* SEKIRANYA PEMOHON LUPA KATA LALUAN:

1. Klik Lupa Kata Laluan

2. Isikan nombor kad pengenalan calon serta e-mel dan klik Hantar.

1
2

3
3. Kata laluan baharu akan dipaparkan pada popup dan skrin Lupa Kata Laluan.

Halaman Maklumat Pemohon

1. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon di ruangan yang disediakan. Peringatan:

a. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.


b. Nombor telefon bimbit yang diisi mestilah nombor yang aktif supaya makluman dapat dihantar
melalui Khidmat Pesanan Ringkas atau Short Message Service (SMS).
c. E-mel ibu/ bapa atau penjaga juga perlu dinyatakan (sekiranya ada).
d. Bagi calon OKU, sila nyatakan nombor kad OKU dan kategori OKU.
e. Bagi calon yang mempunyai penyakit kronik, sila pilih jenis penyakit berkenaan di senarai yang
disediakan. Sekiranya tiada penyakit kronik dalam senarai pemohon perlu nyatakan di ruangan
yang tersedia.
f. Pemohon dikehendaki mengisi maklumat Pentaksiran Bilik Darjah bagi subjek Matematik, Bahasa
Inggeris dan Matematik (keputusan PBD yang terkini)
2. Klik Seterusnya untuk ke halaman berikutnya.
Halaman Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga

1. Sila lengkapkan semua Maklumat Ibu, Bapa dan Penjaga di ruangan yang disediakan. Perhatian:

a. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.


b. Sekiranya maklumat ibu atau bapa adalah sama seperti maklumat penjaga, sila tandakan (✔)
pada Maklumat Ibu/ Bapa sama dengan penjaga.
c. Sekiranya pekerjaan ibu, bapa atau penjaga adalah Polis dan/ atau Tentera, sila nyatakan
nombor anggota di ruangan yang disediakan.
d. Sekiranya pekerjaan ibu, bapa atau penjaga adalah dari Felda / keluarga Felda (Peneroka Asal),
sila nyatakan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan.
e. Sila nyatakan sama ada ibu, bapa atau penjaga calon adalah OKU atau telah meninggal dunia di
ruangan maklumat tambahan yang disediakan.
2. Sila lengkapkan Maklumat Pendapatan Keluarga di ruangan yang disediakan. Peringatan:

a. Sila pastikan semua maklumat di ruangan kosong diisikan dengan tepat.


b. Sila masukkan ANGKA sahaja di ruangan yang disediakan.
c. Maklumat pendapatan ialah pendapatan kasar bulanan termasuk elaun dan punca pendapatan
lain (sebelum ditolak potongan seperti pinjaman rumah, kenderaan, pinjaman peribadi dan lain-
lain potongan).
d. Bagi yang bekerja sendiri atau tidak mempunyai penyata pendapatan/ slip gaji, sila isikan
borang yang dilampirkan dan perlu disahkan oleh penghulu mukim atau pegawai kerajaan dari
kumpulan pengurusan dan professional. (Borang Pengesahan Pendapatan boleh dimuat turun
semasa semakan tarikh UKKM)
e. Slip gaji atau borang pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga perlu dibawa bersama
semasa menduduki UKKM.

3. Klik Seterusnya untuk ke halaman yang berikutnya atau klik Sebelum untuk ke halaman Maklumat
Pemohon.
Halaman Pilihan Program dan MRSM

1. Calon perlu mengisi tiga (3) pilihan program dan MRSM.

2. Calon tidak dibenarkan membuat pilihan MRSM yang sama (secara berulang). Sekiranya calon
memilih MRSM yang sama, popup berikut akan dipaparkan:
3. Calon hanya dibenarkan membuat 3 pilihan MRSM sahaja.

4. Klik Seterusnya dan semua maklumat permohonan akan dipaparkan.


1

5. Tanda (✔) di bahagian Perakuan Pemohon dan Perakuan Penjaga/ Bapa/ Ibu bagi mengesahkan
semua maklumat yang diisi adalah benar dan klik Hantar.

6. Popup berikut akan dipaparkan apabila permohonan telah berjaya dihantar.

7. Klik Cetak untuk mencetak permohonan yang telah lengkap diisi.

8. Klik Log Keluar setelah selesai semua proses.

9. Semakan semula atau kemas kini maklumat permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh
permohonan.

10. Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh di e-melkan melalui e-mel:
pengambilanmrsm@mara.gov.my
Cetakan Permohonan:
 

Anda mungkin juga menyukai