Anda di halaman 1dari 12

TUJUAN

Tujuan kertas konsep ini adalah sebagai rujukan dan garis panduan kepada
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah yang berminat untuk
menyertai dua (2) pertandingan seni visual yang dianjurkan bagi murid
sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1 LATAR BELAKANG

Festival Apresiasi Seni Visual ini adalah satu program pembangunan dan
kecemerlangan seni visual yang dirancang untuk keberhasilan murid KPM
dari sekolah menengah. Festival ini merangkumi beberapa aktiviti
pertandingan seni visual seperti berikut:
1.1 Pertandingan Seni Catan Kategori Menengah Rendah Peringkat
Negeri, dan
1.2 Pertandingan Seni Arca Kategori Menengah Atas Peringkat Negeri

2 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid sekolah

‘ASEV’ eMAS 5.0


menengah KPM memperkembangkan bakat dan potensi melalui penganjuran
pertandingan seni visual bagi memupuk minat lebih mendalam, memberi
kesedaran dan kepekaan murid terhadap nilai murni dan estetika kesenian
dalam bidang seni visual.
Kertas Konsep ini menyokong kepada Pelan Pendidikan Seni Kebangsaan
[Kertas Konsep]
(PPSK) 2021 – 2030:
#1.1 Teras 1: Seni Untuk Semua:
1.0d) FESTIVAL
Menjalankan APRESIASI
18 program kesenian wajib SENI
Majlis VISUAL
Kesenian
Peringkat
Sekolah Negeri
(MAKES) di pelbagai Sarawak
peringkat; dan
1.1c)
Tahun 2024
Perbanyakkan penyertaan murid sekolah dalam program
kesenian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
#1.2 6-8 Mei 2024
Teras 3: Pemantapan Jaringan Kesenian
3.0) Kolaboratif Seni Bersama GO/NGO/GLC dan Swasta.
Pertandingan ini secara amnya adalah untuk menyemarakkan penglibatan
murid dalam kecemerlangan seni visual di pelbagai peringkat. Dengan usaha
ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK KELOLAAN PPD SERIAN
‘ASEV’ eMAS
5.0
sama padu antara KPM dan rakan strategik seni visual, program ini juga
diharap akan menjadi satu aktiviti sebagai pemangkin dalam memperkasakan
martabat Seni Visual Negara di persada dunia.

3 RASIONAL

3.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid KPM melalui kegiatan


pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual bagi menyatakan idea dan ekspresi diri;
3.2 Mengembangkan bakat seni yang ada di dalam jiwa murid ke arah
hobi yang berfaedah;
3.3 Menyediakan platform kepada anak muda di Malaysia untuk
menyerlahkan bakat dan mempamerkan hasil karya mereka; dan
3.4 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti seni visual
yang dijalankan di peringkat sekolah/daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa secara terancang.

4 OBJEKTIF

4.1 Mencungkil dan mengasah bakat murid pada peringkat menengah


rendah dan menengah atas dalam seni catan dan seni arca;
4.2 Menyediakan ruang yang lebih besar di peringkat negeri, kebangsaan
dan antarabangsa untuk murid KPM mempamerkan bakat dalam
bidang seni visual;
4.3 Membentuk dan membudayakan apresiasi terhadap nilai sesuatu
karya catan serta arca; dan
4.4 Menambah jumlah penggiat seni visual muda di Malaysia.

5 MOD PROGRAM/FESTIVAL

5.1 Pertandingan yang dijalankan adalah secara berperingkat iaitu


pemilihan karya lukisan dari peringkat sekolah ke peringkat
kebangsaan/antarabangsa.
5.2 Bilangan penyertaan bagi Pertandingan Seni Catan Kategori
Menengah Rendah Peringkat Negeri dan Pertandingan Seni Arca
Kategori Menengah Atas Peringkat Negeri adalah terhad kepada satu

1
‘ASEV’ eMAS
5.0
(1) penyertaan sahaja daripada setiap Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD).
5.3 Senarai pertandingan yang ditawarkan dalam Apresiasi Seni Visual ini
dan mod pelaksanaan adalah seperti berikut:
BIL PERTANDINGAN KATEGORI UMUR PENYERTAAN MOD
. PELAKSANAAN
1 Pertandingan Menengah 13 – 15 1 penyertaan Bersemuka.
Seni Catan Rendah tahun dari setiap PPD Peserta
Kategori menghasilkan
Menengah karya di lokasi
Rendah pertandingan
Peringkat Negeri
2 Pertandingan Menengah 16 – 18 1 penyertaan Pameran arca.
Seni Arca Atas tahun dari setiap PPD Peserta
Kategori menghasilkan
Menengah Atas karya di tempat
Peringkat Negeri sendiri dan
membawa karya
untuk pameran di
lokasi
pertandingan

5.4 Kesimpulannya, setiap PPD perlu menghantar keseluruhan dua (2)


penyertaan sahaja mewakili daerah ke peringkat negeri.

6 KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

6.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (13
tahun hingga 18 tahun) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.
6.2 Setiap penyertaan hendaklah mendapatkan pengesahan (surat
iringan) dari sekolah/PPD masing-masing.

7 FORMAT PERTANDINGAN

7.1 Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan


sekolah bantuan kerajaan.
7.2 Penyertaan murid adalah secara individu.
7.3 Terdapat dua (2) pertandingan yang ditawarkan secara percuma.
2
‘ASEV’ eMAS
5.0
7.4 Setiap murid hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam SATU
PERTANDINGAN sahaja.
7.5 Perincian setiap pertandingan adalah seperti dalam jadual yang
disediakan:

PERTANDINGAN SENI CATAN KATEGORI MENENGAH RENDAH


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2024
Kategori Murid Menengah Rendah
Umur Penyertaan 13 hingga 15 tahun

Jenis Karya Catan


Medium Kertas atau Kanvas
Bahan Media Basah atau Campuran Media Basah; contoh
cat air, cat akrilik, cat minyak, cat poster dan lain-
lain media basah yang bersesuaian.
Saiz Karya Kertas atau kanvas A3 (42.0 cm x 29.7 cm) tidak
termasuk bingkai lukisan (wajib dibingkai)
Tema Seni dan Teknologi
*MEDIA KERING DAN ELEMEN DIGITAL TIDAK
DIBENARKAN
Bingkai Karya murid ditampal di atas mounting board putih,
berbingkai hitam dan bercermin perspeks/plastik
keras

PERTANDINGAN SENI ARCA KATEGORI MENENGAH ATAS


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2024
Kategori Murid Menengah Atas
Umur Penyertaan 16 hingga 18 tahun
Jenis Karya Asemblaj
Medium Bebas
Bahan Kitar Semula
Saiz Karya Saiz Maksima 100cm x 100cm x 100cm
Saiz Minima 50cm x 50cm x 50cm
Tema Haiwan Serata Dunia

3
‘ASEV’ eMAS
5.0

7.6 Hasil karya catan murid perlu dilekatkan di atas mounting board putih
dan berbingkai hitam serta bercermin perspek atau plastik keras
bagi memastikan keselamatan hasil karya murid terjaga seperti contoh
berikut:

Lebar mounting board = 2 inci

Lebar mounting board = 2 inci lukisan


bersaiz A3 Lebar mounting board = 2 inci

Rangka/frame hitam

Lebar mounting board = 4 inci

Nota:
 Pastikan menggunakan gam/pelekat yang tidak merosakkan
karya
 Jangan guna cermin kaca
 Bagi karya menggunakan kanvas, tidak perlu dibingkaikan seperti
karya kertas lukisan

8 PROSEDUR PENYERTAAN

8.1 Peserta melengkapkan borang penyertaan dan disediakan dalam


dua(2) salinan untuk diserah kepada urus setia semasa sesi
pendaftaran di lokasi pertandingan.
8.2 Peserta membuat pendaftaran secara dalam talian untuk membuat
pengesahan awal bagi penyertaan pertandingan.
8.3 Semua hasil karya akan menjadi hak milik pihak penganjur.
8.4 Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan
publisiti, promosi, percetakan dan terbitan.
8.5 Hasil karya mestilah ASLI. Sebarang unsur PLAGIAT adalah tidak
dibenarkan sama sekali.
8.6 Hasil karya hendaklah mematuhi syarat-syarat penyertaan dan
penyertaan yang tidak mematuhi syarat akan dibatalkan.

4
‘ASEV’ eMAS
5.0
8.7 Setiap penyertaan hendaklah mendapatkan pengesahan (surat iringan)
dari sekolah/PPD masing-masing.
9 PEMARKAHAN

Markah Keseluruhan = 100 markah


ASPEK PENILAIAN
Prinsip Rekaan (Reka 30 markah
Letak/Gubahan Komposisi)
Kreativiti 30 markah
Interpretasi 20 markah
Keaslian 10 markah
Kekemasan Karya 10 markah

10 PENGHAKIMAN

10.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri di bawah penyelarasan dari


Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, JPN Sarawak.
10.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

11 GARIS MASA

Perkara Tarikh
Peringkat Negeri
Pendaftaran Penyertaan Secara Dalam Talian 23-30 April 2024
Pertandingan Peringkat Negeri 6-8 Mei 2024
Majlis ASEV Peringkat Negeri 8 Mei 2024
Peringkat Kebangsaan
Penghantaran Karya dari JPN ke KPM 10 Mei 2024
Penilaian Peringkat Kebangsaan 19 Mei 2024
Majlis ASEV Peringkat Kebangsaan 23-24 Mei 2024

5
‘ASEV’ eMAS
5.0

12 HADIAH / SIJIL

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Sijil pencapaian dan hadiah
2 Naib Johan Sijil pencapaian dan hadiah
3 Tempat ke-3 Sijil pencapaian dan hadiah
4 Tempat ke-4 Sijil pencapaian dan hadiah
5 Tempat ke-5 Sijil pencapaian dan hadiah
6 Penyertaan Sijil Penyertaan

13 AM

13.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.
13.2 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku
JPN Sarawak.
13.3 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

NOOR ZAIMAH BINTI BAKAR


Penolong Pengarah (Kesenian)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473654/ 013-8211621

MOHD AMIR FIRDAUS ABDULLAH


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Seni Visual)
013-8186901

MISNIE BINTI SAMSUDIN


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Seni Visual)
013-8406901

PATRICK AVON
Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Seni Visual)

6
‘ASEV’ eMAS
5.0
019-8189568

Pertanyaan mengenai pendaftaran peringkat negeri boleh hubungi:

LEE AI LIN
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
PPD Serian
082-874104/ 013-5704070

7
‘ASEV’ eMAS
5.0

Borang A (i)

BORANG PENYERTAAN
Pertandingan Seni Catan Kategori Menengah Rendah
Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024
(Mohon diisi menggunakan Font Arial, Saiz 12, Huruf Besar)

PEJABAT PENDIDIKAN
1
DAERAH
PERTANDINGAN SENI CATAN KATEGORI
2 KATEGORI MENENGAH RENDAH PERINGKAT NEGERI
SARAWAK TAHUN 2024
3 NAMA PESERTA

4 MYKAD PESERTA

5 UMUR PESERTA

NAMA
6
IBU/BAPA/PENJAGA
NO. TELEFON
7
IBU/BAPA/PENJAGA
NAMA & NO TELEFON
8
SEKOLAH
NAMA GURU
9
PENASIHAT

10 NO. TELEFON GURU

11 E-MEL GURU

12 TAJUK KARYA

MEDIA/BAHAN YANG
13
DIGUNAKAN

14 SAIZ KARYA

KETERANGAN KARYA
15 (tidak lebih 30 patah
perkataan)

8
‘ASEV’ eMAS
5.0

Borang A (ii)

BORANG PENYERTAAN
Pertandingan Seni Arca Kategori Menengah Atas
Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024
(Mohon diisi menggunakan Font Arial, Saiz 12, Huruf Besar)

PEJABAT PENDIDIKAN
1
DAERAH
PERTANDINGAN SENI ARCA KATEGORI
2 KATEGORI MENENGAH ATAS PERINGKAT NEGERI
SARAWAK TAHUN 2024
3 NAMA PESERTA

4 MYKAD PESERTA

5 UMUR PESERTA

NAMA
6
IBU/BAPA/PENJAGA
NO. TELEFON
7
IBU/BAPA/PENJAGA
NAMA & NO TELEFON
8
SEKOLAH
NAMA GURU
9
PENASIHAT

10 NO. TELEFON GURU

11 E-MEL GURU

12 TAJUK KARYA

MEDIA/BAHAN YANG
13
DIGUNAKAN

14 SAIZ KARYA

KETERANGAN KARYA
15 (tidak lebih 30 patah
perkataan)

9
‘ASEV’ eMAS
5.0

LAMPIRAN CONTOH KARYA


1) SENI CATAN KATEGORI MENENGAH RENDAH

10
‘ASEV’ eMAS
5.0

2) SENI ARCA KATEGORI MENENGAH ATAS

11

Anda mungkin juga menyukai