Anda di halaman 1dari 21

PENGHARGAAN

Pertama, saya ingin memberi penghargaan kepada kedua-dua ibubapa saya, Encik
Mohammad Azlan Charles Bin Abdullah dan Puan Azizah Binti Abu Bakar kerana telah
memberi sokongan serta memberi semangat untuk melaksanakan kerja kursus Seni Visual
Kertas 4 (970/3) Penggal 3 tahun 2022 yang bertemakan “Sayangilah Hidupan Liar”. Jasa
mereka amat dihargai.

Selain itu, saya juga ingin mengucap terima kasih kepada guru matapelajaran seni visual
saya, Encik Syed Omar, kerana telah berkorban dan membimbing saya untuk melaksanakan
kerja kursus ini dengan sempurna. Seterusnya, saya juga berterima kasuh kepada semua guru
yang telah memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus
ini.

Saya hendak memberi penghargaan kepada rakan-rakan saya yang telah memberi bantuan
kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya dengan seikhlas hati ingin berterima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam kerja kursus ini.
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
RUJUKAN
1.0 PENGENALAN

Kerja kursus mata pelajaran Seni Visual kod (970) dikeluarkan oleh MPM, memberi
tugasan kepada pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Seni Visual dan perlu
mengikut manual yang disediakan dan mengikut tempoh yang ditetapkan. Kajian kerja kursus
ini akan dibimbing dan dinilai oleh guru matapelajaran Encik Syed Omar.

Seni Visual adalah bentuk, ungkapan seni yang berfokus pada penciptaan karya yang
bersifat visual seperti seni lukisan, seni catan, seni fotografi, seni arca, dan sebagainya.
Mengikut Ibn. Khaldun "seni itu adalah kebenaran,keindahan dan kebaikan di mana di
dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika".

Seni bermaksud suatu ekspresi perasaan manusia yang memiliki unsur keindahan di
dalamnya dan diungkapkan melalui suatu media yang sifatnya nyata, baik itu dalam bentuk
nada, rupa, gerak, dan syair, serta dapat dirasakan oleh panca indera manusia. Menurut Leo
Tolstoy, pengertian seni adalah ungkapan perasaan pencipta yang kemudian diungkapkan
pada orang lain dengan harapan mereka dapat merasakan apa yang dirasakan oleh
penciptanya.

Menurut buku teks Seni Visual, Visual pula bermaksud sesuatu yang nampak dan
tampak. Manusia boleh menggunakan deria penglihatan mereka untuk merasa dan melihat
sesuatu hal benda secara visual. Dengan ini, seni visual dapat dihayatkan dengan sepenuhnya.
Dengan deria penglihatan, manusia dapat memerhati unsur-unsur seni dan rekaan seperti
garisan, warna, rupa, jalinan dan harmoni, penegasan, kontra, kepelbagaian. Seni boleh
dibahagikan kepada dua iaitu pengkaryaan dan perekaan. Kedua-duanya menerapkan
keindahan dan estetika.

Menurut wikipedia, Seni cetak ialah proses penghasilan karya seni melalui teknik percetakan,
biasanya di atas kertas. Kecuali dalam kes monotaip, proses ini mampu menghasilkan salinan karya yang
sama dalam jumlah banyak, yang dikenali cetakan atau gambar teraan. Setiap kepingan karya bukanlah
tiruan tetapi hasil asli kerana ia bukan diciplak daripada mana-mana karya seni yang lain dan secara
tekniknya dikenali sebagai teraan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian menentukan hala tuju kajian ini, hal ini kerana dengan adanya objektif
kajian, kajian ini dapat dijalankan dengan lebih tepat tan terarah kerana terdapat objektif yang
hendak dicapai. Terdapat lima objektif kajian yang hendak dicapai dalam kajian ini. Objektif
tersebut adalah:

1. Setiap calon dikehendaki mencapai standard dan kriteria MPM dengan


mengikuti arahan dengan menggunakan bantuan manual Kerja Kursus
Pendidikan Seni Visual Penggal 3 dan bimbingan guru mata pelajaran sebagai
panduan serta membuat penyelididkan tentang tema “Sayangilah Hidupan
Liar” untuk menggambarkan tema tersebut dengan tepat dan jelas.

2. Calon hendaklah menggambarkan tema “Sayangilah Hidupan Liar” dengan


tepat supaya dapat memberi impak kepada audien dan memberi kesedaran
kepada masyarakat kepada kepentingan hidupan liar.

3. Kajian ini juga bertujuan untuk memberi ilmu tentang definisi, konsep dan
jenis-jenis seni cetakan dalam seni visual dengan jelas. Pengkaji juga dapat
menerangkan tema dan jenis-jenis serta kaedah seni cetakan yang boleh
digunakan dalam hasil karya akhir.

4. Seterusnya, pengkaji dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang


ancaman yang mengancam hidupan liar ini melalui seni cetakan dengan penuh
emosi yang akan dipesembahkan dalam pameran seni.

5. Akhir sekali, pengkaji dapat memaparkan emosi dan kesungguhan dalam


karya akhir dengan menggambarkan tema “Sayangilah Hidupan Liar” dengan
tepat.
3.0 PEMASALAHAN KAJIAN

1. Definisi Alam Sekitar

Menurut wikipeda, Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud
secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil
flora dan fauna. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama iaitu Unit landskap yang berfungsi
sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan
sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku, dan Sumber sejagat semula jadi serta fenomena
fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas
elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.

2. Definisi Hidupan Liar

Menurut Cambridge, hidupan liar ialah haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang tumbuh secara
bebas daripada manusia, biasanya dalam keadaan semula jadi. Oleh itu, hidupan liar merupakan binatang
dan tumbuh-tumbuhan yang hidup secara semulajadi tanpa campur tangan manusia dalam persekitaran
yang tidak diterokai. Binatang liar boleh dibahagikan kepada tiga iaitu karnivor, herbivo dan omnivor.
Haiwan Karnivor

Haiwan Herbivor

Haiwan Omnivor
3. Burung Kenyalang

Kajian ini akan berfokuskan burung kenyalang sebagai subjek karya terakhir. Menurut
World Land Trust, kenyalang atau The Rhinoceros Hornbill merupakan suatu spesies burung
yang mempunyai tanduk kuning keemasan yang terkenal, di bahagian atas paruhnya. Tanduk
ini adalah struktur berongga yang terdiri daripada keratin (bahan yang sama dengan kuku
manusia) dan bertindak sebagai ruang untuk menguatkan panggilan burung. Mereka
mempunyai bulu hitam di sayap dan badan mereka. Bulu ekor mereka pula berwarna putih.
Kedua-dua jantan dan betina burung kenyalang kelihatan serupa, tetapi burung jantan
mempunyai cincin oren atau merah di sekeliling mata mereka, manakala betina mempunyai
cincin putih. Bagi sesetengah kumpulan Dayak asli Borneo, burung kenyalang mewakili
ketua burung dan ia adalah burung negeri untuk negeri Sarawak.
4.0 SEJARAH SENI CETAKAN

Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah
dihasilkan oleh orang Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej
kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak
bentuk relif. Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula
apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di Negara China dan
seterusnya kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan di negara barat
menjelang abad ke-14 Masihi. Ketika itu, cetakan yang dihasilkan adalah warna hitam putih
sahaja dan kemahiran mencetak ini digunakan untuk mencetak bahan yang berkaitan dengan
keagamaan, hiasan ilustrasi untuk buku dan poster, propaganda, bahan untuk pendidikan dan
cetakan tekstil untuk pakaian.

Pada abad ke-15 pula, penggunaan warna dalam cetakan telah diperkenalkan dan
berkembang sehingga munculnya pelbagai karya yang menarik dan berkualiti. Kini, seni
cetakan telah berubah dari traditional yang menggunakan tangan dan ukiran sendiri kepada
moden dengan menggunakan alatan elektronik seperti komputer, cetakan laser, dan jet.
Cetakan yang menggunakan komputer juga dikategorikan sebagai komputer grafik. Abad
ke-16 pula, cetakan telah mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan
kewujudan karya seniman dari Eropah Utara iaitu Albrecht Durer.

4.1. SEJARAH SENI CETAKAN DI MALAYSIA

Sejarah awal seni cetak di Malaysia dapat dikesan sejak era penjajahan Barat.
Pihak penjajah menghasilkan cetakan gurisan bagi merekod dan mendokomentasi lokasi,
peristiwa, potret dalam bentuk ilustrasi sepertiwajah pembesar dan peta Kota Melaka dalam
tahun 1542 dan terbitanmanuskrip ‘Malacca L’inde Meridionale’ pada 1882(Ahmad
Suhaimi, 2008).Penerbitan keluaran tempatan pula dapat dikesan menerusi majalah ‘The
Indo-Chinese Gleaner’ sekitar 1819, mengandungi ilustrasi hasil seni cetak kayu yang berasal
daripada lukisan Munsyi Abdullah.Seterusnya Abdullah Ariff telah menghasilkan karya
‘Penang Glorious Holidays Abroad’(1935)sebuah poster cetakan skrin sempena kempen
melawat Pulau Pinang. Beliau juga telah menghasilkan pelbagai ilustrasi cetakan lino untuk
majalah terbitan Anglo-Chinese School (A.C.S) sekitar 1936 (Long, 1993). Masalah
peperangan revolusi di Negara China telah membawa kaedah dan teknik medium cungkilan
kayu gaya “Creative Print Movement” yang berunsur propaganda revolusi oleh beberapa artis
cina yang berhijrah ke Singapura sekitar 1930an.Mereka telah menubuhkan “The Society of
Chinese Artists” pada 1936 dan Akademi Seni Halus Nanyang pada 1938 (Sarah, 2012).

Akademi ini adalah Institusi Seni rupa yang terawal ditubuhkan di Tanah Melayu
yang membentuk pendidikan formal termasuk memperkenalkan teknik seni cetak dikalangan
pelajar tempatan (Long,1993;Piyadasa, 2000). Kaedah cungkilan kayu teknik hitam-putih
digunakan bagi mengambarkan suasana realiti kehidupan masyarakat tempatan yang
dipengaruhi oleh seni cetak cina, prinsip-prinsip pelukis Nanyang serta pendekatan seni cetak
yang lebih bersifat media komunikasi.Antara contoh karya-karya seni cetak artis Nanyang
sebelum merdeka ialah karya bertajuk “Lorong Belakang” (1953)oleh Tan Tee Chie dan
“Pertunjukan Boneka” (1955) oleh Lim Mu Hue(BSVN, 2004). Gaya dan tema seni cetak ini
sangat berbeza dengan kegiatan media catan pada masa itu yang lebih bertumpu kepada tema
lanskap alam semulajadi yang romantik (Muliyadi, 2003).

Selepas kemerdekaan ramai artis berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni
halus di luar negara. Antaranya adalah Long Thien Shih, Sulaiman Esa, Loo For Sang, Abdul
Latiff Mohidin yang telah mendapat pendidikan khusus seni cetak di Atelier 17, Paris dan
Lee Kian Seng di Jepun (Long, 1993; Muliyadi, 2003).Pendedahan di luar negara telah
mendorong mereka menghasilkan karya seni cetak yang telah memberi sumbangan kepada
perkembangan gaya dan tema seni rupa tanahair, walaupun disiplin ini bagi kebanyakkan
artis bersifat sampingan berbanding catan (Muliyadi, 2003). Pengaruh gaya seni rupa barat
banyak mempengaruhi karya-karya mereka sehingga era 70an. Pengaruh gaya-gaya barat
seperti abstrak, semi abstrak, surealis, kubis dan seni pop kelihatan jelas dengan tema sejagat
menggunakan medium konvensi seperti gurisan asid, potongan kayu dan lino, litografi dan
sutera saring. Antaranya adalah karya-karya oleh Long Thien Shih, Lee Joo For, Ismail
Hashim,Abdul Latiff Mohidin, Ahmad Khalid Yusof, William K.K.Lau.Pengaruh seni
Nanyang masih terus diaplikasikan dalam era pasca merdeka seperti karya Seah Kim Joo dan
T. K. Karan dengan medium cetakan ‘monotype’ gaya semi abstrak sekitar 1960an. (BSLN,
2004; Muliyadi, 2007). Walaupun aktiviti berkarya dengan medium seni cetak tidak
sepopular catan, terdapat juga pameran khusus seni cetak telah diadakan di Kuala Lumpur
iaitu pameran potongan kayu Akademi Nanyang pada 1966 dan pameran gurisan asid pelukis
Atelier 17 Paris pada 1968 (Muliyadi, 2007). Loo For Sang telah mengadakan pameran
solonya di Kuantan, Kuala Lumpur dan Singapura pada tahun 1969 walaupun pada ketika itu
masih berada di Paris (Clement, 2014). Bidang seni cetak terus hidup apabila beberapa
institusi pengajian tinggi tempatan menawarkan pelajaran formal dalam bidang ini. Di
antaranya adalah Institut Teknologi MARA (ITM)pada 1967, Universiti Sains Malaysia
(USM)pada 1974 dan Maktab Perguruan Ilmu Khas selain kolej swasta seperti ‘Central
College of Art’ dan ‘Malaysian Institute of Art’ (A. Rahman, 2010).

Penubuhan kumpulan Anak Alam 1974, turut memberi sumbangan awal kepada
perkembangan seni cetak tanahair. Abdul Latiff Mohidin banyak memberi pendedahan
kepada ahli-ahli kumpulan yang kebanyakannya terdiri daripada self-taught artis. Beliau
menyediakan mesin etching yang diubahsuai untuk digunakan. Hasilnya satu pameran seni
cetak telah dapat diadakan dalam tahun 1977 dan 1980. Urutan dari itu sebuah bengkel seni
cetak dapat ditubuhkan di premis Anak Alam pada 1985 oleh Rahime Harun. Dengan adanya
bengkel tersebut, banyak teknik seni cetak dapat dipraktikkan dan pelbagai bahan diuji untuk
manfaat ahli-ahli mereka (Juhari Said, 2008; Nur Hanim, 2013).Penglibatan Rahime Harun
turut memberi sumbangan besar dalam perkembangan seni cetak negara. Selain menjadi artis
seni rupa yang aktif dengan disiplin seni cetak, beliau adalah seorang promoter, pengurus dan
kolektor seni rupa yang berpengaruh (Pakhruddin, 2008). Beliau membantu Anak Alam
mengerakkan bengkel seni cetak dan galeri seni sekitar 1980an. Melalui AP studio beliau
berjasa membentuk artis-artis muda ketika itu bagimendorong dan memajukan bidang seni
cetak Negara (Juhari, 2008, BSLN, 2008).

Pengaruh gaya barat terus diserap dalam karya pada era 70an dan 80an, namun
penekanan kepada tema berkaitan isu-isu jati diri dan identiti tempatan telah menjadi idea
utama oleh sebahagian besar artis ketika itu apabila Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)
dibentuk pada 1971. DKK yang menyarankan tiga konsep penting berkaitan dengan
kebudayaan melayu dan peribumi serta Islam yang menjadi unsur penting telah
diperkukuhkan lagi melalui Seminar Akar-Akar Peribumi 1979, Pameran ‘Rupa dan Jiwa’
1979 dan fenomena kebangkitan Islam sekitar tahun 80an (Muliyadi, 2008).Antara karya
yang kelihatan menggunakan media seni cetak dalam menyahut DKK adalah karya Ahmad
Khalid Yusof menerusi cetakan sutera saring bertajuk “Alif Ba Ta” (1971), Ponirin Amin
“Dalam Sinar Mata Mu” (1978),Raja Azhar Idris “ALLAH” (1980) danSulaiman Esa dengan
cetakan gurisan asid “Waiting for Godot I” (1977).Victor Chin pula mengabadikan siri
Monumen bangunan bersejarah dengan menggunakan cetakan Lithografi berwarna dalam
tahun 1980an dan 1995. Berbeza dengan Ilse Noor yang menghasilkan cetakan gurisan asid
bagi siri lanskap bangunan tradisional sekitar tahun 1986,siri “Kris” (1994) dan siri
“Samudera” yang berkaitan dengan lagenda kesusasteraan Melayu tradisi. Karya cetakan
potongan kayu oleh Juhari Said dilihat meneruskan pengaruh DKK hampir dalam semua siri
karya beliau seperti siri Taman, siri Baju Kurung, siri peribahasa dan perumpamaan melayu
yang mengarap konsep nilai keislamam, sosial dan persoalan isu identiti sinis(Muliyadi,
2003).Pembukaan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) pada 1958, memberi lebih banyak
peluang dalam menerapkan agenda perpaduan dan membantu artis memajukan diri. Beberapa
penganjuran pameran dan pertandingan seni cetak oleh BSLN telah diadakan. Dalam
pertandingan Terbuka Seni Lukis dan Cetakan Grafik 1971 anjuran ESSO dan BSLN, Lee
Kian Seng memenangi hadiah utama menerusi karya “Of Image Object, Illusion off Series
Mechanism” dengan gaya seni Pop menggunakan mediasutera saring. Pertandingan Seni
Cetak Kebangsaan 1974 pula,dimenangi oleh Raja Zahabuddin Raja Yaacob dengan karya
cetakan sutera saring “Luar dari yang Tidak Diketahui” (1972).

Dalam Salon Malaysia 1978/79, karya Ponirin Amin “Di Pentasmu Nan Sepi” dan
karya Ismail Latiff “Lembah Binaan” telah memenangi anugerah Frank Sullivan. Juhari Said
“Tiga Cawan Kopi” menggunakan cetakan timbulan, memenangi hadiah utama kategori seni
cetak dalam Salon Malaysia 1991/1992 (Muliyadi, 2003).Pertandingan Bakat Muda Sezaman
(BMS) telah menobatkan hadiah utama kepada dua artis seni cetak iaitu Lee Kian Seng
(“Poker Game”1975) dan Ponirin Amin (“Alibi Catur Di Pulau Bidong”1980) yang
dikategorikan sebagai media campuran.

Perkembangan dan kemajuan teknologi fotografi dan komputer di seluruh dunia sejak
1960an turut mempengaruhi karya-karya seni cetak tempatan sekitar 1980an seperti karya
cetakan komputer oleh Kamarudzaman Md Isa, Ismail Zain, Ponirin Amin, dan Bahaman
Hashim. Manakala Ismail Hashim,Yee I-Lann, Narajan Rajah dan Norma Nordin telah
menggunakan media fotografi dan cetakan digital (BSVN, 2004).Karya-karya seperti ini
menurut Muliyadi, (2003) boleh dipertikaikan sebagai karya cetakan asli kerana
mengaburkan definisi dan etika penghasilannya. Walaupun tujuan berkarya untuk
memperluaskan kemungkinan baru dalam pengolahan tatabahasa visual seni cetak,hilangnya
batasan dalam mentakrifkan seni cetak hanya akan merugikan bidang itu sendiri. Muliyadi
seterusnya menyarankan agar pengertian serta etika menghasilkan seni cetak asli sewajarnya
dipertahankan di samping menggunakan kemajuan teknologi sebagai pengukuhan dalam
proses pengkaryaan.
Menjelang 1990an menyaksikan lebih banyak karya seni cetak dihasilkan oleh artis
yang telah terkenal serta artis golongan pelajar institusi seni halus. Karyakarya seni cetak
dapat dikesan melalui aktiviti berpameran yang kebanyakannya secara berkumpulan.
Beberapa siri pameran seni cetak telah diadakan, antaranya‘Contacts in Prints’(1992),
Pameran ‘Alternative Prints’(1995), Pameran ‘Step by Step’ di Pelita Hati Art Gallery
(1995), Pameran GRAFIKA (1996), Pameran British in Print/Print in Malaysia (2005) di
BSLN, Pameran Rentas Sempadan (2007)dan Pameran Antarabangsa Seni Cetak Penang
(PIPE 2010) di Balai Seni Lukis Pulau Pinang serta Pameran ‘GoBlock’ (2009) di Galeri
Petronas.Pameran ‘Alternative Prints’ 1995 di Galeri Petronastelah menampilkan
kepelbagaian idea dan eksperimentasi yang dipupuk daripada pendidikan seni cetak serta
pengaruh seni cetak global. Kebanyakan karya yang dipamerkan 865menguji pendekatan
berbeza dari segi pengolahan, penggunaan medium dan persembahan yang membuka batasan
definisi cetakan tradisi. Pameran GRAFIKA, 1996 yang disertai oleh tiga artis seni cetak
terkenal yang diantaranya ialah Juhari Said yang bereksperimen dengan pelbagai bahan
campuran. Begitu juga dengan Pameran British in Print/Print in Malaysia, 2005 menyaksikan
pelbagai artis yang berlainan disiplin seni rupa, berkarya dengan pengucapan seni cetak
mengikut kefahaman mereka.Pameran ‘GoBlock’, 2009yang disertai oleh limaartiscuba
mentafsir konsep seni cetak ‘tanpa blok’ dengan pengolahan‘matrik’melangkau batas
sempadan seni cetak tradisi.Manakala pameran terbuka peringkat internasional seperti
pameran Rentas Sempadan (2007)dan Pameran Antarabangsa Seni Cetak Penang (PIPE
2010)kebanyakan karya masih terikat dengan bentuk dua dimensi bagi mematuhi syarat
pameran yang terdiri daripada seni cetak konvensional dan kontemporari.
4.2 MEDIA CETAKAN

1. Cetakan Timbulan
● Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada
permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino
● Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas
● Contoh jenis cetakan ialah
a) Cetakan kayu
b) Cetakan Lino
c) Cetakan Kolograf
d) Cetakan Kolaj

2. Cetakan Stensil atau Skrin


● Cetakan ini memerlukan sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu
● Cetakan Sutera/ Stensil/ Sarigrafi.
● Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan.
a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
b) Kaedah Filem Leker
c) Kaedah Skrin Foto

3. Cetakan Lithografi/ Planograf/ Cetakadn datar


● Juga dikenali sebagai Plonografi
● Menggunakan blok batu kapur sebagai persembahan imej
● Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air
● Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan likisan
pensil
● Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak

4. Cetakan Benaman (Intaglio)


● Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di
atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya
di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
● Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau
kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
● Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

5. Cetakan Gurisan Asid


● Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui
boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.
● Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang
menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya
utama mereka
● Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan
sejenis bahan yang kalis asid
● Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam
● Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini

6. Cetakan Kayu
● •Kaedah yang paling awal digunakan.
● Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
● Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak
rekaan
pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan,
keagamaan,
propaganda dan tekstil untuk pakaian.
● Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun
ke-16,
cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan
penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.
● Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
● Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
● Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu
menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino
menggunakan lino kesannya yang licin.
● Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik.
Oleh itu, seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan
teknik ini.

7. Cetakan Lino
● Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul
● Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino
manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu

8. Cetakan Lithografi
● Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder
● Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu
dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec.
● Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi
● Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej
● Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air
● Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan
pensil
● Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak

9. Cetakan Sutera Saring


● Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya
mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini
● Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi
● Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang
● Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto
● Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau
warna di atas permukaan kertas
● Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring
10. Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
● Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang
skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej
yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang
skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji
untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang
skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin.
Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang
dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar

5.0 PENENTUAN TEMA, KONSEP, SUBJEK DAN KANDUNGAN

5.1 TEMA

Tema karya dan kerja kursus Seni Visual ini berdasarkan arahan manual Kerja Khusus
Pendidikan Seni Visual kod 970/3 dikeluarkan oleh MPM dengan tema “Sayangilah Hidupan
Liar” sempena hari alam sekitar dunia. Dalam konteks ini calon akan mengekspresikan tema
tersebut dengan gaya tersendiri dengan sewajarnya. Definisi hidupan liar yang calon gunakan
adalah perasaan hidupan haiwan dan tumbuhan yang menikmati kebebasan di habitat
semulajadi yang sudah lama dilupakan akibat penerokaan dan campur tangan manusia.

5.2 KONSEP

a) Konsep Minimalisme
Minimalisme adalah tren artistik yang hanya menggunakan elemen minimal dan
dasar. Dengan ekstensi, dalam bahasa saat ini, minimalis dikaitkan dengan segala
sesuatu yang telah direduksi menjadi esensial dan yang tidak menghadirkan elemen
apa pun yang melebihi aksesori

b) Konsep Traditional
Tradisional erat kaitannya dengan kata “tradisi” yang berasal dari bahasa latin: traditio
yang artinya “diteruskan”. Tradisi merupakan suatu tindakan dan kelakuan
sekelompok orang dengan wujud suatu benda atau tindak laku sebagai unsur
kebudayaan yang dituangkan melalui fikiran dan imaginasi serta diteruskan dari satu
generasi ke generasi berikutnya yang didalamnya memuat suatu norma, nilai, harapan
dan cita-cita tanpa ada batas waktu yang membatasi. Dalam erti kata lain, tradisional
atau tradisi merupakan cara pemikiran dan kelakuan sekolompok masyarakat di suatu
tempat yang diturunkan kepada generasi seterusnya

c) Konsep Alam Sekitar


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara
semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga
boleh dipanggil flora dan fauna. Dalam seni visual, konsep alam sekitar ialah
penggunaan flora yang pebagai disertakan kegunaan warna semulajadi sepert warna
hijau

d) Konsep Ekspresionisme
Ekspresionisme adalah aliran seni rupa yang menganggap bahawa seni merupakan
sesuatu yang keluar dari diri pelukis, bukan dari peniruan alam dunia. Pelukis
memiliki ingatan dan cara pandang tersendiri dari apa yang pernah dilihatnya di alam,
lalu diekspresikan pada karyanya.

Affandi Koesoma - Pengemis


5.3 SUBJEK

Burung Kenyalang merupakan burung yang berasal dari Asia Tenggara dan boleh
dijumpai dalam negeri Sarawak, Malaysia iaitu di Pulau Borneo. Dalam budaya orang Iban,
Burung kenyalang ini merupakan ketua burung dan merupakan simbol kemegahan atau ketua.
Bulu burung Kenyalang digunakan dalam pemakaian tradisional mereka iaitu ketapu yang
hanya dipakai oleh kaum lelaki sahaja. Dalam kajian ini, burung kenyalang akan dijadikan
subjek untuk penghasilan karya akhir.

5.4 KANDUNGAN

Karya ini akan menggambarkan seekor burung kenyalang yang sedang terbang,
membuka sayapnya dan memberi kesan burung kenyalang itu menikmati kebebasan dalam
habitatnya. Karya ini akan memberi kesedaran kepada audien tentang kepentingan untuk
menjaga kebebasan dan habitat spesis haiwan ini.

Selain itu, burung kenyalang juga merupakan burung yang mempunyai pengaruh
dalam kepercayaan dan agama kaum-kaum di Sarawak. Burung kenyalang ini dikatakan
berkait dengan Tuhan Perang dan menjadi petand dalam cerita dongeng kaum-kaum di
Sarawak seperti Singalang Burong. Festival Gawai Burong dijalankan untuk memberi
kehormatan kepada Singalang Burong.

Dalam Kaum Ulu, tanduk burung kenyalang itu dipercayai mempunyai kuasa mistik
yang boleh mempengaruh orang lain. Tanduk itu sering diapakai dalam bentuk rantai leher
atau diukir menjadi sebentuk cincin.

Burung kenyalang juga, walaupun dihormati, merupakan spesis haiwan yang dijaga kerana
mereka dikategorikan sebagai haiwan yang terancam. Hal ini kerana spesis burung ini sangat
terkesan dengan pemburuan dan kemusnahan habitat. Pada suatu ketika dahulu, burung
kenyalang ini diburu untuk tanduk mereka. Kini harga tanduk burung kenyalang ini adalah
tidak ternilai.
Oleh itu, burung kenyalang ini sesuai digunakan dengan tema “Sayangilah Hidupan Liar”
kerana merupakan spesis yang terancam dan perlu dijaga. Kajian ini akan memberi kesedaran
unutk menjaga kemegahan burung kenyalng ini.

6.0 PENENTUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN

Penentuan pendekatan aspek formal yang akan digunakan dalam karya ini adalah
dengan menggunakan unsur-unsur seni seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna. Dari
segi rupa pula bersifat 2 dimesional dan rupa-rupa organik yang bebas dan tanpa sudut seperti
subjek burung kenyalang itu bersertakan daun-daun dan ranting kayu.

Warna yang akan digunakan untuk subjek burung kenyalang ini ialah warna hitam,
kuning, jingga dan putih iaitu warna asal spesis burung ini. Bagi warna latar belakang pula,
penggunaan warna kromatik untuk daun-daun dan ranting-ranting kayu serta warna untuk
pokok-pokok.

Teknik yang akan digunakan ialah teknik cetakan lino seperti yang telah diarahkan
oleh MPM untuk penghasilan karya kerja khusus seni ini. Akhir sekali, karya ini akan
mempnyai mesej tersurat yang akan memberi kesedaran kepada audien tentang kepentingan
menjaga alam sekitar dan hidupan liar.
7.0 KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN

7.1 KEPENTINGAN PROJEK


● Memberi mesej dan impak kepada audien tentang kededahan spesis-spesis hidupan
liar ini dan kepentingan menjaganya.
● Karya ini akan menampilkan seekor kenyalang berterbangan dalam habitat
semulajadinya dengan bebas.
● Karya ini juga dapat memberi nila-nilai moral dan empati kepada masyarakat.

7.2 KEASLIAN
● Keaslian projek kerja khusus dan karya ini adalah dihasilkan daripada idea asal
pengkarya sendiri dan tidak ditiru dari mana-mana sumber atau hasil karya yang sedia
ada.

RUJUKAN
https://dictionary.cambridge.org/dictionary/english/wildlife

https://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_sekitar

https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_cetak#:~:text=Seni%20cetak.%20Daripada%20Wikipedia
%2C%20ensiklopedia%20bebas.%20Seni%20cetak,jumlah%20banyak%2C%20yang%20dik
enali%20cetakan%20atau%20gambar%20teraan.

https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35571/1/35571.pdf

http://jiansiong.blogspot.com/2011/11/jenis-jenis-cetakan.html?m=1

https://www.google.com/url?q=https://bocahkampus.com/seni-rupa-modern&sa=D&source=
docs&ust=1665470943721265&usg=AOvVaw1UyqsQOjqAnxTafiPvdAle

https://blog.my-baju.net/archives/1173/baju-traditional-kaum-iban/

https://www.theborneopost.com/2012/10/21/hornbills-revered-but-endangered/#:~:text=THE
%20rhinoceros%20hornbill%20is%20one%20of%20nine%20species,of%20extinction%20du
e%20to%20hunting%20and%20habitat%20destruction

Anda mungkin juga menyukai