Anda di halaman 1dari 4

1.4 Menyenaraikan permainan tradisional.

Permainan tradisional merupakan sesuatu permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada
ketika dahulu untuk mengisi masa senggang dan merupakan satu cara masyarakat untuk
berhibur. Antara permainan yang dimainkan adalah gasing, wau, congkak, dam haji, galah
panjang, ketinting bulu ayam, tarik upih dan seumpamanya. Salah satu permainan yang
mahsyur dimainkan pada ketika dahulu selepas musim menuai adalah gasing leper. Gasing
merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya. Popular di negeri Kelantan
dan dimainkan oleh lelaki dewasa. Gasing leper berbentuk rendah dan leper serta mempunyai
berat hampir 8 kg kerana mempunyai simpaian logam, secara tidak langsung itulah sebabnya
gasing ini mampu berpusing ligat dan lama. Dimainkan dalam 2 kategori iaitu pangkah dan
dimainkan berdasarkan tempoh masa sesuatu gasing itu mampu berputar.

1.5 Punca permasalahan kajian.

Permasalahan kajian bagi kerja kursus ini adalah permainan tradisional pada masa kini sudah
tidak dimainkan lagi oleh masyarakat. Tambahan pula dengan kemajuan dan perkembangan
sains dan teknologi, kehadiran komputer, telefon pintar, internet dan pelbagai gajet
menyebabkan permainan tradisional semakin jauh dan dilupakan. Untuk mendapatkan
momen dalam persekitaran dan pemerhatian sebenar, agak sukar untuk saya mendapatkan
bahan-bahan untuk membuat kajian. Dari segi Kos juga tinggi kerana saya perlu membeli
alatan dan bahan. Juga kos bertambah jika saya perlu ke negeri-negeri pantai timur untuk
membuat sedikit penyelidikan akan memakan masa kerana untuk menyiapkan tugasan ini
masa amat terhad tambahan pulu dengan pandemic covid-19 amat menyukarkan lagi
keadaan.

1.6 Cara mengatasi.

Bagi mengatasi permasalahan ini, beberapa perkara perlu saya ambil perhatian. Pertamanya
saya perlu merujuk kepada guru pembimbing sebagai mentor utama dalam menyiapkan
tugasan ini. Selain itu, sumber rujukan seperti bahan bacaan dari buku-buku rujukan di
perpustakaan sekolah & negeri, carian maklumat di internet terutamanta di laman sesawang
Kemeterian Pelancongan, Seni & Budaya, Muzium dan penulisan jurnalistik dari blogger
serta mengenalpasti orang perseorangan yang mempunyai pengalaman langsung berkaitan
permainan tradisional yang akan saya hubungi melalui komunikasi elektronik yang mana ia
akan menjimatkan kos dan masa. Selain itu, Peranan masyarakat, institusi dan organisasi juga
penting dalam mengatasi permasalahan ini secara tidak langsung akan menghidupkan
kembali warisan sukan tradisi ini. Bagi masyarakat, kaedah terbaik ialah mengadakan pesta
sukan tradisional manakala sekolah perlu mewujudkan kelab kebudayaan dalam
menghidupkan kembali sukan tradisional ini dengan mengadakan acara sukan tradisional di
peringkat dalaman, zon negeri dan kebangsaan serta menyebar luaskan aktiviti ini di media-
media elektronik supaya generasi kini dan akan datang dapat memberi apresiasi terhadap
permainan tradisional kerana warisan ini wajib dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman.
Peranan organisasi pula dilihat sebagai tanggungjawab sosial menyatukan masyarakat. Antara
program yang sesuai seperti mengadakan pameran seni lukis dan festival kesenian dan
kebudayaan. Oleh itu, bertepatan dengan tugasan ini, saya juga berpeluang menghidupkan
kembali nostalgia ini dengan menghasilkan catan yang bertemakan Kebudayaan Tradisional
Malaysia.
2.0 Penentuan konsep, subjek dan kandungan

2.1 Konsep
Tugasan yang perlu saya hasilkan ialah karya pengkaryaan iaitu penghasilan catan yang
bersifat 2D dalam pengamatan deria penglihatan dan deria sentuh. Konsep atau sumber idea
penghasilan catan datangnya dari rasa sensitivity terhadap persekitaran dan pemerhatian.

2.2 Subjek
Dalam penghasilan catan ini, temanya adalah Kebudayaan Tradisional Malaysia dan subjek
atau hal benda yang menjadi asas dalam catan ini ialah permainan gasing leper. Aksi ini
dimainkan oleh dua figura utama iaitu pemain gasing dan pembantu. subjek utaman yang
berotot serta berpakaian tradisi kampung sedang beraksi menghayunkan gasing di atas
pelantar dengan pergerakan yang mengkagumkan beserta tali gasing masih kukuh dalam
genggaman tangan manakala figura pembantu cekap dan bersedia menyambut gasing.
Terdapat sekumpulan figura lain sebagai objek sampingan.

2.3 Kandungan
Saya cuba merakam dan menyampaikan maksud tersurat kepada audien tentang satu
peristiwa bermain gasing leper dalam permainan tradisional. Pemerhatian di sebuah kawasan
kampung yang kelihatan Muhibbah dan harmoni. Bagi maksud tersirat, apa yang ingin saya
lontarkan ialah supaya permainan tradisional ini perlu diwarisi dan dipelihara oleh generasi
kini dan akan datang. Selain itu sukan tradisional mampu menyatukan masyarakat serta dapat
dijadikan bahan dokumentasi dan rujukan kepada pendidikan formal kelak.

3.0 Penentuan pendekatan aspek formal dan gaya penghasilan

3.1 Asas Seni Reka

i. Unsur Seni
Penggunaan beberapa jenis garisan seperti garisan berulang, garisan tebal dan
garisan beralun pada hal benda utama iaitu figura dan tali gasing. Penggunaan hue
(rona) warna pada keseluruhan subjek dan pada subjek utama saya akan
menggunakan dominan warna asas dan sekunder secara berulang-ulang bagi
menonjolkan prinsip kontra dan harmoni. Suhu warna juga penting supaya
keseluruhan karya kelihatan ringan. Jalinan juga diterapkan dalam karya kerana
kajian ini melibatkan sifat sesuatu objek agar kelihatan sama pada bahagian
tertentu subjek.

ii. Prinsip Rekaan


Prinsip rekaan yang wujud dalam teknik penghasilan karya ini ialah harmoni
dimana penggunaan unsur-unsur seni seperti garisan dan warna yang berulang.
Imbangan juga amat penting dalam penghasilan catan, jadi saya akan merancang
komposisi yang menarik agar imbangan kelihatan dalam karya. Pada subjek figura
tentunya penggunaan prinsip kadar banding yang tepat supaya imej manusia tidak
kelihatan distorsion pada bahagian otot, jalinan dan postur.

iii. Media & Teknik


Untuk penghasilan catan ini, saya akan menggunakan media cat akrilik di atas
kanvas dimana sifatnya yang boleh menjadikan imej kelihatan berkilau atau pudar
dengan sedikit campuran agen pemudar atau air bergantung pada nisbah tertentu.
Media kanvas masih lagi menjadi pilihan saya dan kebanyakan pengkarya kerana
sifatnya yang boleh bertahan lama hingga ratusan tahun serta penggunaan
pelbagai jenis berus lukisan dan saiz. Beberapa teknik akan saya gunakan dalam
catan ini, antaranya ialah teknik glazing iaitu sapuan rata dan berkilat tanpa
meninggalkan kesan berus serta teknik scumbling iaitu sapuan warna lapisan demi
lapisan yang menimbulkan kesan kedalaman serta variasi warna pada sesuatu
permukaan.

3.2. Gaya Penghasilan

Gaya penampilan realistik bertepatan dengan apa yang akan saya gunakan kerana sesuatu
sifat objek akan divisualkan secara gaya pengolahan imitasi iaitu peniruan sebenar dari alam
semulajadi, imej buatan manusia, gambaran masyarakat dan fenomena alam. Saya sangat
teruja dengan sifat sesuatu objek kerana bagi saya sesuatu permukaan itu berbeza-beza
sifatnya dan mempunyai satah-satah yang mencabar untuk dihasilkan. Oleh itu, saya telah
merujuk kepada aliran realisme. Pengkarya dengan aliran realisme rujukan saya ialah Dato’
Mohammed Hoessien Enas yang mana beliau merupakan pelopor seni moden Malaysia.
Lahir pada 23 Jun 1924 di Cilindek, Bogor, Indonesia. Berhijrah ke Malaysia pada tahun
1947. Beliau telah menubuhkan Majlis Kesenian Melayu yang kemudian dikenali sebagai
Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) pada 1956 dan mendapat gelaran ‘Bapa Lukisan
Potret Malaysia. Karya-karyanya cukup kuat dengan pengaruh aliran realisme. Antara
pameran solo beliau adalah pada tahun 1960 di Charniel Gallery, London dan Balai Seni
Lukis Negara, 1966. Antara karya-karya catan yang dihasilkan adalah ‘Silat’ 1991,
‘Kelantanese Dancer’ 1992, ‘Engrossed’ 1994 dan banyak lagi.

4.0 PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN

4.1 Kepentingan Projek


Projek ini penting kerana ia meliputi 25% daripada markah keseluruhan GPA bagi subjek
Seni Visual (970/3) pada Semester 3 di peringkat STPM. Adalah perlu untuk saya
menyiapkan projek ini kerana bagi menyelesaikan tugasan ini terdapat beberapa peringkat
iaitu penghasilan proposal, penghasilan folio, pembentangan lisan dan penggayaan karya
akhir. Merujuk kepada soalan yang dipilih, saya perlu menyiapkan catan yang bertemakan
‘Kebudayaan Tradisional Malaysia’. Sebagai seorang pengkarya, saya telah dipelawa oleh
Kemeterian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia untuk menghasilkan catan bagi
mengadakan satu pameran seni visual di luar negara bagi tujuan promosi budaya Malaysia.
Jadi, apa yang kementerian ini lakukan merupakan satu apresiasi atau penghargaan terhadap
saya. Dalam pameran ini saya berpeluang mempromosikan nama Malaysia di persada dunia
dengan menyampaikan mesej kebudayaan Malaysia yang berbilang kaum serta hidup dalam
keharmonian, aman dan toleransi. Selain itu, jika karya terjual ia akan memberi sumber
pendapatan kepada saya dan secara tidak langsung karya itu akan dijadikan sebagai
investment kepada art collector atau organisasi yang memiliki karya tersebut. Sebagai
seorang pengkarya tanah air juga, pastinya pengkritik-pengkritik seni akan memberi
pandangan dan apresiasi yang positif dan lebih dikenali serta meningkatkan kefahaman
audien mengenai seni visual dan karya seni.
4.2 Keaslian
Penghasilan karya ini adalah dari konsep atau sumber idea saya sendiri melalui pengamatan
dari persekitaran, pemerhatian, rasa sensitiviti dan menerusi media massa. Saya telah
menjana idea melalui penerokaan dan peniruan terhadap subjek metter iaitu hal benda dalam
kajian. Juga dari pengalaman langsung pada semester satu, semester 2 dan pengalaman
intelektual menerusi pembacaan bahan-bahan ilmiah. Selain itu, kemahiran melukis pada
semester 2, kajian pengukuhan sumber idea untuk memberi makna dalam karya dan
eksperimentasi media dan bahan dalam lakaran perkembangan idea, komposisi dan warna
supaya karya akhir kelihatan ideal. Saya menterjemahkan idea ini menerusi kaedah
penyesuaian iaitu gabungan kaedah transposisis dan kaedah modulasi supaya mendapatkan
hasil penyesuaian yang terbaik.

5.0 Sumber & Rujukan

( rujuk system APA )

Anda mungkin juga menyukai