Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KONSEP KARNIVAL SENI VISUAL ZON ARTGENG @ UMALL 2011

KERTAS KONSEP KARNIVAL SENI VISUAL ZON ARTGENG @ UMALL 2011


PENGENALAN
Di Negara kita telah lahir ramai individu yang telah berkerja dalam pelbagai bidang kreatif. Mereka ini termasuklah pelukis, pengarca, pereka fesyen, pereka grafik, kurator galeri, pensyarah-pensyarah seni, guru-guru seni dan sebagainya. Kemahiran, ilmu dan pengalaman mereka ini boleh dimanfaatkan untuk membantu perkembangan murid dalam pendidikan seni visual.. Institusi-institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus seni visual dan pendidikan seni visual seperti UTM, UiTM, UNIMAS, USM, IPGM POLITEKNIK dan sebagainya juga boleh menyumbang sesuatu untuk manfaat pelajar. .Selain itu persatuan pelukis setiap negeri dan Gabungan Angkatan Pelukis SeMalaysia (GAP) juga boleh membantu dalam menjayakan sesuatu program yang melibatkan pelajar dalam bidang pendidikan seni visual. Saluran yang sesuai untuk individu, institusi dan organisasi tersebut untuk membantu ialah melalui Persatuan Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah dengan diberi penjenamaan semula sebagai Artgeng Artgeng telah bermula di SK Taman Universiti 1 dengan sokongan dari Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor. Aktiviti Artgeng berskala kecil

telah dilaksanakan oleh murid-murid SK Taman Universiti 1 pada tahun ini. Antaranya Demo Seni Artgeng di UMall pada Februari 2011, Bengkel jual Ilmu Seni Artgeng di Perpustakaan Sultanah Zanariah pada April 2011, Bengkel Jual Ilmu Seni Artgeng di Perpustakaan Awam Johor Bahru pada bulan Mei 2011.

Susulan dari itu, Zon Artgeng @ UMall 2011 yang akan diadakan pada 9 Julai dan 10 Julai 2011 adalah merupakan satu karnival seni visual yang akan mengenengahkan konsep perkongsian ilmu pendidikan seni visual kepada pelajar daripada pengiat seni tampak, institusi pendidikan tinggi berkaitan seni tampak dan Persatuan pelukis negeri.

Pengiat seni tampak yang terlibat adalah terdiri dari pelukis, pengarca, pelukis potret dan karikatur yang datang dari dalam dan luar negeri Johor. Institusi pendidikan tinggi yang terlibat pula ialah dari Politeknik Pasir Gudang Johor, Politeknik Seberang Perai Pulau pinang, Falkuti Seni Bina Universiti Teknologi Malaysia. Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA) bertindak sebagai mentor kepada Artgeng Sk.Taman Universiti 1 dalam menjayakan karnival ini.

TUJUAN
Memanfaatkan kekuatan-kekuatan luar seperti individu, persatuan, institusi yang berkaitan seni visual untuk manfaat pelajar. Mengumpul pengiat seni di Malaysia untuk berkongsi ilmu seni visual dengan pelajar dan masyarakat melalui pameran dan demontrasi seni mengikuti disiplin atau isme masing-masing. Membawa institusi-institusi pendidikan tinggi yang berkaitan seni visual untuk mempromosikan maklumat dan kursus-kursus seni visual yang ditawarkan di IPT kepada pelajar-pelajar sekolah.

PENGANJUR BERSAMA
Persatuan Pendidikan Seni Visual Artgeng SK Taman Universiti 1 Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor (SERUPA) Pasaraya UMall, Skudai, Johor Bahru.

KERJASAMA
Kumpulan pengiat Seni Artgeng Politeknik Pasir Gudang, Johor Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang Fakulti Seni Bina (KALAM) Universiti Teknologi Malaysia.

URUSETIA
Persatuan Pendidikan Seni Visual Artgeng SK Taman Universiti 1 Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor ( SERUPA)

KONSEP
Zon Artgeng ini memanfaatkan kekuatan-kekuatan yang ada di luar untuk membantu perkembangan pembelajaran murid dalam bidang seni visual. Memanfaatkan setiap individu yang telah berkerja dalam pelbagai bidang kreatif seperti pelukis, pengarca, pereka fesyen, pereka grafik, kurator galeri, pensyarah-pensyarah seni, guru-guru seni dan sebagainya utuk membantu perkembangan murid dalam pendidikan seni visual melalui demontrasi dan interasi bersama. Institusi-institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus seni visual dan pendidikan seni visual seperti UTM, UITM, UNIMAS, USM, IPGM, Politeknik dan sebagainya juga boleh membantu menyalurkan maklumat pendidikan berkaitan seni visual. Persatuan pelukis setiap negeri dan Gabungan Angkatan Pelukis SeMalaysia (GAP) juga boleh membantu dalam mengatur program yang lebih tersusun. Saluran yang sesuai untuk individu, institusi dan organisasi tersebut untuk membantu ialah melalui Persatuan Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah dengan diberi penjenamaan semula sebagai Artgeng

TARIKH DAN TEMPAT


TARIKH 9 Julai 2011 dan 10 Julai 2011 (10 pagi hingga 10 malam ) TEMPAT

Pasaraya UMall, Taman Pulai Utama, Skudai, Johor Bahru.

PELAKSANAAN
PELANCARAN Tarikh Masa Tempat 9 Julai 2011 (Sabtu) 11.00 -12.00 tgh Pasaraya UMall Taman Pulai Utama, Johor Bahru

Perasmi

YB Dato Hj Abd Aziz Sapian, ADUN Nusajaya

AKTIVITI

o Demontrasi Seni dan Pameran Pelukis 9 Julai 2011 Masa : 10 pagi hingga 10 malam 10 Julai 2011 Masa : 10 pagi hingga 6.00 ptg bil Nama Pelukis 1. Munif Muhd Nor Negeri/ institusi Pahang catatan

2. Hasren Hj Ismail (UNEH) 3. Hisham Salmin 4. Fai Zakaria

Water colour, akrilik, media campuran, potret. Kuala Lumpur pensil warna Kuala Lumpur Water colour Kuala Lumpur Akrilik, pereka hiasan

5 6 7 8 9

Ishak Salehuddin Suhaila Basar Mohd. Zull Ihsan Mohd Musli Khatijah Md. Saad

Mohd. Hamdan Mohd Shah 10 Nor Rofizah Johari 11 Noorhati Abdul Kadir 12 MD Noor Bidin 13 Yahya Muhammad 14 Muhd Nor Rahman 15 16 17 18 Ashok Kumar Ramzan Omar Nasir Suraimi

dalaman Kuala Lumpur Water colour Politeknik Batik Pasir Gudang Politeknik Arca Pasir Gudang Politeknik Pasir Gudang Politeknik Pasir Gudang Politeknik Pasir Gudang Politeknik Pasir Gudang Johor Water colour Johor Water colour, potret Johor Poster colour Johor Akrilik Johor Potret Johor Batik Johor Media campuran Universiti Teknologi Malaysia Johor Johor Johor Seni bina Relief painting Arca kayu Batik

19 Fakulti Seni Bina (KALAM) 20 Norazlan Ahmad 21 Abdul Majid Yahya 22 Abdul Rashid

o Bengkel Jual Ilmu Seni Artgeng 9 Julai 2011 Masa : 10 pagi hingga 6 petang 10 Julai 2011 Masa : 10 pagi hingga 6.00 ptg Bengkel ini akan dilaksanakan oleh murid dari persatuan pendidikan seni artgeng SK Taman Universiti 1 bil 1. 2. 3. 4. 5 6

Aktiviti Membentuk dan membina pelekat peti ais menggunakan te plastisin dan plaster Membentuk dan membina papan tanda menggunakan tekn dan plaster Membentuk dan membina gelang menggunakan tiub getah Membuat anyaman kelarai Membuat tenunan mudah Membuat penanda buku batik tulis

o Bicara Seni 9 Julai 2011 Masa : 10 pagi hingga 6 petang Bil Penyampai 1 Sanip Lasman Jawatan / institusi Pengerusi Persatuan Seni Lukis & Reka Cipta Johor Pelukis SENIKA Tajuk ART IN ACTION

Munif Muhd Nor

Pengalaman pelukis dan

Pahang

Suhaila Basar

Fawazul Khir Ibrahim

penerokaan media baru dalam bidang seni visual Pensyarah KursusJabatan kursus Rekabentuk & berkaitan komunikasi seni yang Visual ditawarkan Politeknik di Pasir Gudang, politeknik. Johor Pensyarah Seni Bina Fakulti Seni Tradisional Bina Melayu Universiti Teknologi Malaysia

o Pertandingan Panitia Seni Visual Zon Skudai 9 Julai 2011 Masa : 9 pagi hingga 1 petang Peserta Pertandingan Pelajar-pelajar sekolah zon Skudai Bil Aktiviti 1 Tahap 1 ( individu ) Pertandingan Membuat Gurisan Nilai Murni 2 Tahap 2 ( kumpulan 2 orang ) peserta Seramai 48 orang pelajar tahap 1 sekolah zon Skudai Seramai 48 orang pelajar Catatan Masa : 9.30 pagi hingga 12.30.

Masa : 9.30 pagi hingga 12.30.

Pertandingan Membuat Gurisan Nilai Murni

tahap 1 sekolah zon Skudai

PENUTUP
Penganjuran Karnival Zon Artgeng ini adalah satu langkah berterusan untuk memperkembangkan kecerdasan visual /spatial pelajar ke arah melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan inteliktual pelajar. Diharapkan penganjuran karnival ini akan memangkin perkembangan pendidikan seni visual peringkat sekolah khususnya dan negara amnya. Semoga karnival ini boleh menjadi titik permulaan kerjasama persatuan pendidikan seni sekolah dengan individu, institusi, persatuan berkaitan seni visual supaya hasrat kerajaan untuk melahirkan individu kreatif dan inovatif lebih berjaya.

Anda mungkin juga menyukai