Anda di halaman 1dari 5

1.

PENDAHULUAN
Kursus Artis Desktop Publishing Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional Shah Alam (SMPKV) terdiri daripada murid-murid bermasalah
pendengaran dan pembelajaran dari seluruh Malaysia. Kursus Artis Desktop
Publishing mula ditawarkan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Shah Alam sejak tahun 2005.
Justeru Kursus Artis Desktop Publishing Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional Shah Alam bercadang mengadakan lawatan sambil belajar ke
Balai Seni Lukis Negara dan Pasar Seni bagi menambah pengetahuan dan
pendedahan kepada murid mengenai dunia seni tampak Malaysia. Murid-murid
juga akan didedahkan dengan aktiviti berpameran yang boleh dilihat di Balai
Seni Lukis Negara .

2.0

RASIONAL
Adalah menjadi harapan guru agar murid-murid kursus Artis Desktop
Publishing SMPKV yang mengikuti program lawatan ini mendapat informasi
seterusnya dapat memberi pendedahan tentang dunia seni tampak Malaysia
serta dapat memupuk minat murid-murid menjadi seorang yang kreatif dalam
menghasilkan karya. Pelajar juga akan didedahkan dengan konsep lukisan dan
dapat mengenali tokoh-tokoh pelukis negara. Seterusnya dapat melihat aktiviti
berpameran yang sebenar.

3.0

OBJEKTIF
Selepas menamatkan lawatan diharapkan pelajar dapat:3.1
3.2

Meningkatkan pengetahuan seni tampak Malaysia.


Meningkatkan kreativiti dengan melihat hasil seni lukis pelukis-pelukis di

3.3
3.4

Malaysia.
Memberi pendedahan kepada aktiviti berpameran.
Mengetahui harga dan nilai hasil sesebuah karya.

4.0

KUMPULAN SASARAN
Murid tingkatan 4 Artis Desktop Publishing dan 5 Pereka Grafik .

5.0

TARIKH PELAKSANAAN
5.1
Pelaksanaan
Tarikh : 29 April 2013
Hari
: Isnin
Masa : 10.00 pagi 4.30 petang
5.2

Penyertaan
Jumlah murid : 21 orang
Jumlah Guru :7 orang

5.3

Jadual Anjal
Guru yang terlibat mempunyai kelas sewaktu lawatan di jalankan akan
diberikan jadual anjal bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

5.4

Atucara Program

Isnin, 29 April 2013

Masa

Aktiviti

8.30 pagi

Berkumpul di hadapan surau SMPKVSA

8.45 pagi

Bertolak ke Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur

10.00 pagi

Sampai ke Balai Seni Lukis Negara.

hingga
1.30 petang

Aktiviti

Lawatan berpandu oleh Kurator Balai Seni

Lukis Negara
Sesi fotografi

murid-murid,

guru

bersama

Kurator Balai Seni Lukis Negara.

1.45 petang
2.30 petang
2.45 petang

Bertolak ke Pasar Seni, Kuala Lumpur


Sampai di Pasar Seni, Kuala Lumpur
Aktiviti

hingga
4.00 petang

Melihat hasil seni lukis pelukis di sekitar pasar

seni
Melihat aktiviti pelukis.
Sesi fotografi murid-murid

dan

guru

di

perkarangan Pasar Seni.


Bertolak pulang ke sekolah
4.30 petang

6.0

JAWATANKUASA
6.1

Jawatan kuasa Induk

Pengerusi

: Pn. Loo Huck Huang

Naib Pengerusi

: Dr.Hj..Hamdi bin Ishak

Penyelaras

: Pn. Nor Azura binti Abdul Aziz

Setiausaha

: Cik Nurdiyana binti Mat Nang

6.2

Jawatankuasa Pelaksana

AJK Biro Lawatan

:Cik Nurul Izani Ainun binti Ahmad Zaini


: En. Abu Talib bin Md Top

AJK BiroKeselamatan

: En. ChaTry a/l Bun Dit

AJK BiroDokumentasi

: Pn. Nor Azura binti Abdul Aziz


: Pn.NorSuraida binti Awang

AJK BiroPenilaian

7.0

:En. Sazali bin Mohd Karli

PENUTUP
Adalah

diharapkan

hasil

daripada

lawatan

ini

para

murid

dapat

mempertingkatkan pengetahuan dalam aspek dunia seni tampak di Malaysia.


Seterusnya dapat memupuk minat murid-murid agar menjadi seorang yang berfikiran
kreatif dan kritis dalam menghasilkan karya.

Disediakan oleh :

(NURUL IZANI AINUN BINTI AHMAD ZAINI)

AJK Biro Lawatan,


Kursus Artis Desktop Publishing,
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam.

Disahkan oleh :

(PN. LOO HUCK HUANG)


Pengetua,
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam.

Anda mungkin juga menyukai