Anda di halaman 1dari 6

Konsep Kesenian Mengikut Islam

Pandangan Al-Quran: Kesenian = sesuatu yang bersifat fitrah dan digalakkan oleh all-Quran selagi tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak serta dapat meningkatkan keimanan, ketakwaan, amal soleh dan akhlak yang mulia. Pandangan as-sunnah: Pada dasarnya, Rasulullah s.a.w menerima kesenian sebagai suatu yang baik. Sama seperti al-Quran, as-sunnah tidak menyekat kesenia asalkan kesenian itu tidak merosakkan akidah, syarak dan akhlak. Sebaliknya jika dapat meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh adalah kesenian yang diutamakan. Pandangan Ijmak: Ijmak = persepakatan fatwa ulama Kesenian menjadi halal selagi tidak bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak. Contoh: - Dari segi akidah ukiran berhala atau patung yang dijadikan objek penyembahan diharamkan jika ia membawa syirik. Begitu juga dengan lukisan makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan. - Dari segi syarak, seni muzik yang melalaikan seseorang daripada mengingati Allah S.W.T seperti sembahyang diharamkan. Asas Kesenian Islam: Akidah - Setiap umat Islam merupakan mereka yang beriman - Keimanan inilah yang terpancar dalam segala kegiatan mereka termasuk dalam seni - Akidah merupakan asas dan matlamatnya - Contoh: ukiran yang mempunyai keistimewaan sendiri digabungkan dengan seni khat. Seni khat dan ukir Islam merupakan jambatan untuk mengeratkan hubungan seseorang dengan Allah S.W.T dengan syarat ukiran itu diabadikan dengan ayat-ayat al-Quran yang terjalin dalam akidah Islamiah Syarak - 5 garis utama dalam berkarya iaitu wajib, haram, sunat, harus dan makruh - Sebarang karya yang boleh melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah S.W.T adalah diharamkan - Seni sewajarnya dijadikan media amar takruf dan nahi mungkar bukan sebaliknya Akhlak - Asas utama kesenian di samping akidah dan syarak - Sebarang hasil yang boleh merosakkan akhlak adalah diharamkan - Contoh: lukisan yang boleh menaikkan nafsu syahwat, novel yang mengandungi babak galakan jenayah dan ranjang, seni suara yang mempunyai kata-kata lucah dll - Tamadun Mesopotamia, Mesir, Greek, Rom, India, China dan Islam masing-masing kaya dengan karya seni sendiri. Cuma karya seni Islam bersumberkan al-Quran dan asSunnah serta berasaskan kepada akidah, syarak, dan akhlak

1. Kesusasteraan: Islam memandang kesusasteraan daripada 2 aspek: Sasterawan & Karya Sasterawan Sasterawan Musyrik Sasterawan yang tidak berpegang teguh kepada akidah, syarak dan akhlak Mereka sentiasa berpeleseran, berfoya-foya, kusut masai, tidak terurus dan berpakaian compang-camping Sasterawan Muslim Sasterawan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh Sasterawan yang sentiasa memperkatakan kebenaran dan amanah sebaliknya membencikan fitnah dan propaganda Karya Karya Musyrik Karya yang mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah seperti ateisme, sosialisme dan sekularisme Karya yang boleh meluapkan mafsu syahwat seperti unsur-unsur porno Karya yang mengandungi pujian dan pujaan terhadap tokoh-tokoh yang terkenal dari segi kejahatannya Karya Islam Karya yan gmengandungi unsur-unsur tauhid yang boleh meningkatkan keimanan dan ketakwaan Karya yang mengandungi unsur-unsur yang boleh merangsang pembacanya melaksanakan syariah Islamiah dalam setiap aspek kehidupan dan melarang melakukan dosa dan pelanggaran hukum

2. Seni Bina: Seni bina Islam tertumpu pada pembinaan masjid sebagai pusat ibadat, pusat pendidikan, pusat kemasyarakatan, pusat kebudayaan dan sebagainya. Ciri-ciri Seni Bina Bahagian luaran tidak melambangkan kegunaan sesuatu bangunan Pintu gerbang dan kubah adalah ciri utama seni bina Islam Elemen-elemen seni bina digunakan secara berulangan. Contohnya, hiasan berbentuk geometri atau tumbuh-tumbuhan Motif geometri dan tumbuhan itu tidak semesti wujud pada setiap bangunan seni bina Islam, tetapi bergantung kepada kebudayaan sesuatu tempat

Ciri-ciri Hiasan Dalaman Motif khat, dinding, kubah, menara dan ruang dalaman dibina dengan khat ayat-ayat al-Quran Motif geometri seperti empat segi, pentagon, heksagob dll berulang-ulang Motif tumbuh-tumbuhan, ukiran lukisan dan hiasan biasanya menggunakan motif tumbuh-tumbuhan Motif Arabesque secara berselang-seli, daun. Pokok, bunga atau bentuk pokok digunakan sama ada diukir atau dilukis di atas permukaan objek yang dihiasi Ciri-ciri Masjid Sahan ~ Dewan sembahyang ~ Ruang terbesar di bahagian tengah Kubah ~ Tanda ruang sembahyang ~ Dibina bagi membolehkan tiang dibina di bahagian tepi ~ Bentuk bergantung kepada kebudayaan setempat Maqsurah ~ Bilik sembahyang yang dikhaskan kepada khalifah bagi memelihara daripada percubaan membunuhnya ~ Bukan semua masjid memilikinya ~ Hanya negara Islam beraja yang berkuasa mutlak mempunyai maqsurah Mihrab ~ Tanda arah kiblat di dalam sesebuah masjid ~ Arca diletakkan di bahagian atasnya dalam pelbagai bentuk ~ Tempat imam mengetuai ibadat sembahyang Mimbar ~ Dibina di sebelah mihrab ~ Digunakan pada hari Jumaat, 2 hari raya dan sebagainya ~ Untuk membaca khutbah ~ Biasanya mempunyai mata tangga Menara ~ Ciri yang ditambah kemudian ~ Digunakan untuk azan Tempat wuduk ~ Didirikan di ruang halaman atau anjung ~ Mesti tidak boleh diselangi oleh ruang yang tidak suci kerana selepas berwuduk seseorang itu tidak lagi perlu memakai kasut untuk sampai ke dewan sembahyang Liwanat ~ Anjung ~ Digunakan untuk pelbagai tujuan seperti beriktikaf, beristirahat, tempat berwuduk dan sebagainya ~ Berbumbung dengan kubah

3. Seni Halus: Seni Khat Sebelum alat cetak dicipta, umat Islam mengabadikan dan memperbanyakkan jumlah kitab melaluji tulisan tangan Bukan sahaha menulis dengan menggunakan tulisan Arab tetapi khat itu mempunyai irama, bentuk dan pelbagai rupa sebagai saluran perasaan seni umat Islam hinggakan huruf alit ada coraknya dan bentuknya Seni khat berkembang selari dengan perkembangan ilmu pengetahuan. Seorang ahli khat yang baik akan dihormati dan dibanggakan oleh masyarakatnya Ciri-ciri: estetik(indah), jinak, patuh, mudah dilentur, pelbagai variasi sperti bentuk tumbuh-tumbuhan Jenis-Jenis Khat: ~ Khat Kufi = seni khat yang terawal di dunia Islam yang lahir di Kufah ~ Khat Baghadi = seni khat yang lahir pada zaman keagungan Baghdad ~ Al-Farisi = seni khat yang lahir di Parsi ~ Daiwani, Nasakh dan Raihani = Mesir ~ Qairawani = utara Afrika ~ Al-Andalusi = zaman keagungan Andalusia Seni Ukir Antara seni ukiran yang dihasilkan oleh umat Islam di istana-istana khalifah Islam sepanjang zaman yang dicatatkan ialah bekas pen yang dibuat daripada perak dan emas, papan catur, payung, vas bunga dan pohon yang diperbuat daripada batubatu yang mahal Venice, Itali merupakan bandar di mana ahli seni ukir Islam berhimpun dan menghasilkan banyak hasil seni ukir yang akhirnya lahirlah mahzab seni ukir Venice Ahli seni ukir yang terkenal di Venice: Mahmud al-Kurdi Ukiran Kayu: ~ Seorang ahli Sejarah Islam, Nansir-I-Krusrau telah menerima undangan untuk melawat istana khalifah kerajaan Fatimiah pada tahun 1047 dan merakamkannya dalam kitab Safar Nameh. ~ Beliau melaporkan bahawa istana tersebut mempunyai 11 ruang utama. Setiap ruang dihiasi dengan ukiran kayu yang sungguh mengagumkan. Setiap ruang memiliki ciri-motif yang berlainan. Ukiran khat ayat-ayat alQuran memnuhi ruang dinding istana tersebut. Keindahannya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangunan di dunia ini pada masa itu. Ukiran Batu Marmar: ~ Hasil ukiran umat Islam yang terindah dapat dilihat kini ialahsebuah pasu yang tersimpan di Victoria and Albert Museum di London ~ Pasu itu diperbuat daripada batu marmar yang diukir dengan khat Kufi yang amat indah dan terukirnya nama Muhamad II iaitu Sultan Hama ~ Umat Islam juga menghasilkan perhiasan yang diperbuat daripada batu marmar seperti vas dll yang diukir dengan motif geometri dan tumbuhtumbuhan yang melambangkan seni ukir Islam yang tulen

Ukiran Gading Gajah: ~ Digunakan untuk membuat kotak dan peti kecil serba guna untuk menyimpan barang kemas dan sebagainya ~ Diukir dengan indah sekali dan kebanyakkannya disimpan di Muzium Arquelogico, Madrid ~ Ayat-ayat al-Quran diukir dengan indah di setiap ruang kotak tersebut Ukiran Bahan Logam: ~ Pengukiran bahan-bahan logam seperti emas, perak dan tembaga ~ Pelbagai alat keperluan di rumah seperti pinggan, mangkuk, sudu, cawan, cerek dan kendi dihasilkan dalam pelbagai saiz di Cordova ~ Antara alat yang teindah ialah kendi yang diperbuat daripada tembaga. Lehernya diperbuat daripada perak dan tertulis nama pengukirnya iaitu Syuya Ibnu Hanfar, di Mosul Ukiran Seramik: ~ Pusat yang menghasilkan seramik yang paling bermutu tinggi ialah di Mosul. Parsi, India dan China juga menghasilkan seramik yang bermutu tinggi ~ Pada abad ke-16, ukiran marmar digantikan dengan ukiran seramik sebagai hiasan pada dinding istaman khalifah ~ Seramik juga digunakan untuk membuat piala. Piala seramik yang bermutu tinggi dihasilkan di Syria. Warna latar belakang piala itu ialah merah putih dan diukir gambar alat-alat muzik ~ Segala hasil kesenian halus umat Islam yang tersebut dihasilkan untuk perdagangan Penjilidan Buku Diasaskan dan diperkembangkan oleh umat Islam di Venice pada abad ke-15 Antara seni jilid yang diperkenalkan oleh umat Islam: Kulit buku diperbuat daripada kertas tebal dan keras agar dapat tahan lama Kulit buku diperbuat daripada kulit haiwan. Judul dan nama pengarang dicatatkan pada kulit tersebut Judul dan nama pengarang dilorek dengan besi panas sehingga huruf itu tenggelam pada kulit. Air emas disapukan pada lorekan itu agar memperlihatkan keindahan Tanaman & Sulaman Orang Eropah mempelajari tenunan dan sulaman daripada umat Islam dan membuka kilang perusahaan tersebut. Buktinya, hasil sulaman Eropah yang terkenal pada abad ke-19 iaitu embroydary. Istilah ini diambil sempena nama burdah (salah satu nama jubah Rasulullah s.a.w) Para Sultan daripada kerajaan Saljuk pada abad ke-12 menggunakan sulaman sebagai lambang pada lencana pangkat-pangkat dalam angkatan tentera yang kemudiannya ditiru oleh raja-raja Eropah hingga kini Permaidani Untuk tujuan tempat duduk, rehat, tidur dan hiasan dinding Permaidani yang dihasilkan di Turki dan Parsi adalah yang paling indah dan paling tinggi mutunya (Cth: Victoria dan Albert Museum, London)

Anda mungkin juga menyukai