Anda di halaman 1dari 10

KEWAFATAN

RASULULLAH
SAW
aina & arissa
HAJI WADA’
MAKSUD HAJI WADA’: HAJI PERPISAHAN/HAJI TERAKHIR NABI
MUHAMMAD SAW SEBELUM BAGINDA WAFAT

LATAR BELAKANG HAJI WADA’:

• HAMPIR 9 TAHUN NABI MUHAMMAD SAW BERADA DI MADINAH


DAN TIDAK MENUNAIKAN HAJI
• PADA TAHUN KE 10 HIJRAH DI BULAN ZULKAEDAH, NABI
MUHAMMAD MENGUMUMKAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI
• PADA 25 ZULKAEDAH TAHUN KE 10 HIJRAH, BAGINDA BERSAMA
SAMA HAMPIR 90000 ORANG ISLAM BERANGKAT KE MEKAH UNTUK
MENUNAIKAN HAJI.
• HAJI WADA’ ADALAH SATU SATUNYA HAJI YANG DILAKUKAN
OLEH RASULULLAH SAW SELEPAS DILANTIK MENJADI RASUL.
PERISTIWA BERLAKU SEMASA HAJI
WADA’
• Pada 9 Zulhijjah tahun ke 10 Hijrah
• Wahyu terakhir diturunkan
• Di padang Arafah
• Menjelaskan kepada ummat Islam bahawa agama islam
telah lengkap dan sempurna Firman Allah swt:

surah Al-Maidah:3 Maksudnya : Pada hari ini telah Aku


sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku reda islam
itu menjadi agama bagimu.
KRONOLOGI PERISTIWA HAJI WADA’

1. Di 2. Di Zu 3. Di
Zulhulaifah Thuwa Mekah

6. Di 5. Di 4. Di
Muzdalifah Arafah (9 Mina (8
zulhijjah) zulhijjah)

7. Di Mina
(11-13 8. Di Mekah
zulhijjah)
Ringkasan Rhutbah Akhir Nabi
1. Muhammad
Tanggungjawab saw
mengeratkanpersaudaraan
sesama Islam
2. Amalan jahiliyyah hendaklah dihapuskansama
sekali dalam masyarakat Islam sepertimementingkan
perkauman.
3. Bersikap dan berlaku baik terhadap kaum wanita
4. Menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai
pegangan hidup.
5. Wajib mentaati pemimpin selagi tidak melanggar
syarak
6. Mendirikan solat fardu 5 waktu,
berpuasa,menunaikan zakat dan haji.
7. Menjauhi riba' kerana riba' mengandungi unsur
penindasandan adalah haram
HIKMAH & PENGAJARAN HAJI WADA’
1. Nabi Muhammad SAW mengajar kita cara melaksanakan ibadat haji dan
meninggalkan pesanan buat umat Islam supaya kita memperolehi kejayaan
di dunia dan akhirat.

2. Islam mengharamkan umatnya membunuh dan menceroboh hak orang


lain kerana tiap-tiap orang mukmin adalah terpelihara. Perbuatan
membunuh dan mencuri adalah dilarang keras.

3. Nabi telah meninggalkan ntuk kita Al-Quran sebagai panduan. Selagi


mana kita berpegang dengan Al-Quran, selagi itulah kita tidak akan sesat.

4. .Allah swt akan menyoal manusia di padang masyar nanti atas apa yang
sudah dilakukan di dunia.
PERISTIWA KEWAFATAN RASULULLAH
SAW
PERISTIWA SEBELUM KEWAFATAN RASULULLAH SAW:

• Baginda ditimpa sakit pada penghujung bulan Safar tahun ke-11 hijrah setelah
baginda pulang dari menziarahi tanah perkuburan Baqi.
• Baginda ditimpa sakit kepala & demam yang teruk.
• Apabila keadaan semakin tenat, baginda meminta izin daripada para isteri
baginda untuk berada di rumah Aishah binti Abu Bakar.
• Baginda telah dipapah oleh Ali bin Abu Talib dan Al Fadl bin Abbas ketika
berjalan menuju ke rumah Aishah.
• Baginda tampil berucap di khalayak ramai & membayangkan bahawa baginda
akan wafat tidak lama lagi.
• Baginda juga meminta para sahabat daripada golongan muhajirin agar berbuat
baik dengan orang ansar.
PERISTIWA SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW

• Pada 12 Rabiulawal, ketika para sahabat sedang menunaikan solat subuh


berjemaah, baginda menyelak tirai pintu rumah Aishah dan melihat ke arah
mereka sambil tersenyum.
• Perbuatan nabi disedari oleh ramai orang dan mereka gembira kerana
mereka menyangka baginda sudah sihat dan akan menjadi imam.
• Baginda memanggil anak-anaknya Fatimah, cucu-cucu dan isterinya untuk
memberikan pesanan.
• Baginda meninggalkan pesanan berulangkali kepada umatnya agar
memelihara solat.
• Dan baginda wafat di pangkuan Aishah ketika berumur 63 tahun.
REAKSI PARA SAHABAT & UMAT ISLAM
TERHADAP KEWAFATAN RASULULLAH SAW

• Para sahabat sangat sedih dan berdukacita atas berita kawafatan


baginda.
• Apabila mendengar berita kewafatan baginda, Abu Bakar terus
bergegas ke rumah baginda dan menangis kesedihan atas pemergian
Rasulullah.
• Abu Bakar menenangkan Umar yang kelihatan begitu terperanjat
dan sukar mempercayai berita kewafatan Nabi Muhammad.
• Jenazah baginda dimandikan dan dikafankan, seterusnya
disembahyangkan secara berperingkat oleh kaum muslimin.
• Akhirnya, baginda dimakamkan di tempat baginda wafat iaitu di
rumah Aishah.
KESAN KE ATAS UMAT ISLAM DI ATAS
KEWAFATAN RASULULLAH SAW

● Umat Islam terus berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al Sunnah.

● Keimanan umat Islam terhadap Allah dan Nabi Muhammad semakin kukuh.

● Umat Islam bersatu hati dan semakin mengukuhkan strategi dakwah untuk
menyebarkan agama Islam.

● Sistem Syura diteruskan dalam pemerintahan dan Abu Bakar As Siddiq


dilantik sebagai khalifah melalui kaedah syura.

Anda mungkin juga menyukai