Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan

Awam
Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang
telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak
sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah
mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang
mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian
pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem
Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang
sebagai warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang akan
menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi
untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa
kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah
mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan
penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket
bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam.
Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan
pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses pelaksanaan sistem
tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil
contoh negara barat seperti Melbourne yang penumpangnya hanya perlu membeli satu tiket untuk
menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan
sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur perjalanan
laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai
sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam
adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api
atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara
kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik
seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan
penggunaan perkhidmatan KTM oleh rakyat di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan
penggunaan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang
terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kualiti
pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu
komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan penumpang secara keseluruhan. Dalam era
globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kualiti perkhidmatan pengangkutan
awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan
terhadap pengangkutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk menambat
semula keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak
komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam
perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada
dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluas dalam pengangkutan awam seperti
komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam.
Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu
menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan
rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan
sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan
sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang
terkini dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan
bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi cita rasa rakyat
Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan bayaran yang
minimum. Manifestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menggalakkan para
penumpang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari


rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan
rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran
tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan
pengangkutan awam supaya dapat menanamkan konsep yang mendalam dalam minda pelajar
supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha
ini bukan sahaja didedahkan kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberikan kepada mereka
yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam dalam hati mereka. Melalui pendidikan,
kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai
pengangkutan utama mereka. Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki
pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan
menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika
konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam secara mendalam kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak


perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi
dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi
yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling
optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam
menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Anda mungkin juga menyukai