Anda di halaman 1dari 2

Fakta-Faedah Membaca

Soalan 1 (kedah-2009)
Membaca memberi banyak faedah kepada kita. Tuliskan faedah-faedah membaca.

Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Seseorang yang suka membaca
mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan
majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan
mempunyai wawasan.

Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata
yang meluas baik dalam bahasa akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi
secara lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika
kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang
konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses
pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Oleh itu,
masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia dengan membaca.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus
memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, membaca
jambatan ilmu.
Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di
kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai
seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai
berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu
pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita
semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-
lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu karangan kita kerana banyak fakta yang kita
ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang
selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat yang lebih garamtis kerana lebih
banyak perkataan yang mereka ketahui atau kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak pengajaran dan
pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman untuk kebaikan mereka dalam
kehidupan sehari-harian.

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan
bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi.
Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini
kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para


pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan
mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap
suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru
dan ibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai