Anda di halaman 1dari 3

Faedah membaca / manfaat membaca

Membaca merupakan amalan yang banyak memberikan faedah.


Terdapat banyak bahan bacaan di pasaran seperti majalah, buku,
dan surat khabar.

Membaca dapat menambahkan pengetahuan. Hal ini demikian


kerana seseorang dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di
luar atau di dalam negara. Maka, kita tidak akan menjadi seperti
katak di bawah tempurung.

Selain itu, membaca juga dapat meningkatkan kosa kata.


Dengan ini, kita dapat menghasilkan karangan yang baik.

Amalan membaca dapat memberikan hiburan kepada


pembaca. Pembaca akan membaca pelbagai buku cerita yang
diminati. Buku-buku cerita ini akan menimbulkan keseronokan
kepada mereka.

Melalui pembacaan, murid-murid dapat mengisi masa lapang


dengan aktiviti yang berfaedah kerana masa itu emas. Oleh itu,
kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang
tidak sihat seperti melepak, mencuri, dan merokok.

Kesimpulannya, amalan membaca memang membawa manfaat


kepada kita. Oleh itu, semua pihak harus mengambil langkah-
langkah untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid-
murid sejak kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
PUSAT TUISYEN INTERAKTIF (PTI)SRJ 2240

Faedah membaca / manfaat membaca

Pendahuluan:

- amalan - banyak – memberikan

- bahan bacaan – seperti -

Isi 1:

- menambahkan pengetahuan

- mengetahui - di luar atau di dalam Negara

- Maka, kita tidak akan menjadi seperti ___________________

Isi 2:

- meningkatkan kosa kata

- menghasilkan karangan

Isi 3:

- memberikan hiburan

- membaca - buku cerita

- menimbulkan keseronokan

Isi 4:

- mengisi masa lapang - aktiviti yang berfaedah

- mengelakkan diri - melakukan perkara yang tidak sihat seperti

Penutup:

- membawa manfaat
- semua pihak - mengambil langkah-langkah - memupuk - sejak kecil lagi, bak

kata pepatah, ____________________________

Anda mungkin juga menyukai