Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi, hari ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang

bertajuk “Anjing, Ayam Jantan dan Rubah”.

Anjing dan ayam jantan sahabat baik. Pada suatu hari, mereka
pergi berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba langit menjadi gelap
.

Ayam jantan berkata, "Alamak, hari nak hujan!" "Elok kita mencari
tempat untuk tidur."

Ayam jantan menjumpai sepohon pokok besar. Ayam jantan


terbang ke atas dahan pokok . Anjing pula tidur di lubang pangkal
pokok itu. 

Dua orang sahabat itu tidur nyenyak sepanjang malam. Tiba waktu
subuh, ayam jantan bangun dan berkokok, “ kok kok kok.” Seekor
rubah terdengar ayam jantan berkokok.

Rubah mahu makan ayam itu. Dia menjumpai ayam jantan itu.
Rubah berkata, "Kamu mempunyai suara yang sungguh merdu!
Turunlah, aku mahu menjadi sahabatmu. 

Ayam jantan tidak mempercayai rubah. "Kamu patut bercakap


dengan sahabatku dulu," kata ayam jantan. Rubah pun melaung ke
dalam lubang, “ marilah keluar .”

Anjing berasa marah kerana dikejutkan daripada tidur. Dia mula


menyalak dengan kuat “ wof wof wof” dan melompat keluar dari
lubang. Rubah sangat takut dan melarikan diri.

Ayam jantan dan anjing pun pergi mencari sarapan.

Kawan-kawan, kita mestilah pandai-pandai memilih sahabat.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai