Anda di halaman 1dari 2

Burung Merak yang Angkuh dan Bangau

Seekor burung merak yang berjalan dengan penuh keangkuhan. Pada suatu
hari ia bertemu dengan seekor burung bangau. Untuk membuat Sang
Bangau kagum, dia merentangkan bulunya yang indah di bawah sinar
matahari.

"Lihat," katanya. "Dapatkah kamu mengalahkan keindahanku? Saya


bermandikan kemewahan dan pelangi, sedangkan bulumu kusam kelabu
seperti debu!"

Sang Bangau merentangkan sayapnya lebar-lebar dan terbang jauh tinggi


ke atas.

"Ikutilah saya kalau kamu biasa," Kata Sang Bangau. Tetapi Sang Merak
hanya biasa berdiri terpaku kerana burung merak termasuk jenis burung
yang tidak dapat terbang, sedangkan Sang Bangau terbang melayang-
layang di langit biru dengan bebasnya.

Kegunaan lebih berharga dan lebih penting dibandingkan hal yang bersifat
hiasan.

Sang Arnab Yang Pemalas

Dalam sebuah hutan, tinggal sepasang sahabat, seekor arnab dan juga seekor
tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari
tupai berkata kepada arnab, "Mari kita buat sarang, sekarang sudah tiba musim
hujan. Apabila hujan kita ada tempat berteduh." kata arnab. "Ya, betul kata awak.
Tapi biarlah saya berehat dahulu," jawab arnab.

Pada petang itu hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di
bawah pokok. Mereka basah dan kesejukkan. "Jika kita ada sarang, tentu kita tidak
basah begini,'' kata tupai. ''Ya, betul kata kamu," jawab arnab. "Pagi esok kita akan
buat sarang." kata arnab lagi.

Keesokkan harinya cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab membuat


sarang. "Lebih baik kita pergi cari kayu untuk buat sarang." kata tupai. "Tapi bukan
sekarang," jawab arnab. "Kita ada banyak masa lagi. Marilah kita mencari
makanan. Saya sungguh lapar! Tupai mengeleng-gelengkan kepalanya melihat
sikap sahabatnya.

Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana
tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya kalau kita ada ada sarang," kata tupai.
"Esok kita mesti buat sarang. Saya tidak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan."
kata tupai. Arnab yang pemalas itu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. "Kita
tunggu esok sajalah," kata arnab.

Kerbau Balar
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah,
tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza
warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak
dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu. Kedua-dua
kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan
mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan
gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang
sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu


melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau


liar yang susah untuk ditangkap lagi.

Anda mungkin juga menyukai