Anda di halaman 1dari 5

KOLEKSI CERITA PENDEK

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.
Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai.
Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata
kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita
ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab.
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok.
Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata
tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

 Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik
kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab.
“Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!”
Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi.
Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada
sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita
tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam
seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar
selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur
sekandang.
 "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
 Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
 Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan
menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
 Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih
kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan
itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.
 Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke
hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah
untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

 Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah
seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe
sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi
mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu
petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak
dengan seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan
diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini.
Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik
Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan
boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah,
aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe
kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi
segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam
gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu
menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika
ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!”
Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan
mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang
itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun
Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-
ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada
suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti
biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari
kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu
lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia
menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini
mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung
itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung
itu.

BUJANG TERBOYOI
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang
anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu
boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.
       Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh
gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.
       “Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak
pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah
dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan.
Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi
bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya.
        Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia
berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya.
Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang
Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.
        Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh.
Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin
sakti.
        Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya
hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah
gerangannya?
        Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan
permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
       “Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan  melihat mereka,”
kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana.
      “Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air
terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia member
mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok
cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu
amat terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.
       “Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan
ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka
menangis kegembiraan.
       Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat,
Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

Anda mungkin juga menyukai