Anda di halaman 1dari 12

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal

sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari

mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata

kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan.

Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah

saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan

lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan

kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai.

“Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata

arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat

sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai.

“Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi.

Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-

geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai

dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya

jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu

terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak

menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata

arnab.
KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya

merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Kedua-duanya tidak

dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang. Kedua-dua kerbau balar itu

sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang

menyembelih kerbau. Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor

kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Selamatlah kedua-dua kerbau balar

itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.
KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama

Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai

yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap

kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan.

Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang,

Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan.

Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak

dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari

singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di

sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah

singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan

keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di

sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepaskan kau! Tapi,

kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali

menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita

pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu

masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham

keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.


ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama

Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan

mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony

akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan

lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan

rakannya itu.

Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak

menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit

ikan-ikan itu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakannya. Ia menyangka

mereka cuba mepermain-mainkannya. Jerung itu berenang menghampiri

Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
BUJANG TERBOYOI

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja

melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi.

Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan

menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka

mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.

“Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah

emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu

tetapi apalah dayanya Anak kecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang

Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan

tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua

ibu bapanya amat merindukannya.

Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam

perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular

menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi.

Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.

Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu

melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula

menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.


Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang

melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu?

Putera dari manakah gerangannya?

Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan

permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.

“Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik

kasihan melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah

sepasang suami isteri,pekerja istana.

“Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa

mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang

indah-indah. Dia member mereka makan makanan yang lazat-lazat.

Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri

sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat.

Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

“Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya

ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya

amat gembira. Mereka menangis kegembiraan.

Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan

mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.


HELANG DAN KURA –KURA

Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang

seperti burung. Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang

bebas di udara. Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya.

Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan. Kura-kura meminta helang

mengajarnya terbang. Helang bersetuju dan memegang cengkerang kura-

kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. Helang membawa

kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia dapat

terbang bersama burung-burung lain.

Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu

tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura.

Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu.

Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan

gembira.

Anda mungkin juga menyukai