Anda di halaman 1dari 7

1MURID 1CERITA #24 PLaN

ARNAB YANG PEMALAS


Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai.
Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata
kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita
ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab.
Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok.
Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata
tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab
lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik
kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab
arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh
lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan
turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya
jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah
seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.
1MURID 1CERITA #24 PLaN

KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam
seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar
selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur
sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan
menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih
kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan
itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke
hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah
untuk ditangkap lagi.
1MURID 1CERITA #24 PLaN

KAWAN YANG TIDAK JUJUR


Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah
seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe
sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi
mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu
petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak
dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan
diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini.
Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik
Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh
menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku
akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe
kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi
segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam
gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu
menjadi makanan singa.
1MURID 1CERITA #24 PLaN

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak
disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika
ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!”
Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan
mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang
itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun
Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-
ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada
suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti
biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari
kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu
lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia
menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini
mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung
itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung
itu.
1MURID 1CERITA #24 PLaN

BUJANG TERBOYOI
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka
menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan
menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi
berlagu memujuk ibunya.

“Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah saya.
Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang
Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang
Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya.

Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacam-
macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi.
Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.

Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu
untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.

Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya
siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya?

Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya . Baginda bertanya
akan hajat Bujang Terboyoi.

“Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia
menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana.

“Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan
dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia member mereka makan makanan yang lazat-lazat.
Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik.
Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

“Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi
dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis kegembiraan.

Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan
menjadi raja.
1MURID 1CERITA #24 PLaN

RUSA YANG BONGKAK

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk
melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.

”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak
suka pada kakinya yang kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu
kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar
seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu.
Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-
dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya
daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing
semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya
melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.

Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh
berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu
menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk
atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi
kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa
kebaikan.
1MURID 1CERITA #24 PLaN

ASAL USUL UDANG GALAH BONGKOK

Pada zaman dahulu, kononnya ada seekor udang galah. Udang galah ini adalah haiwan yang paling besar
sekali di lautan. Udang galah sangat suka bercakap besar.

     "Tiada siapa yang lebih besar daripada ku," kata Udang Galah. 

Burung laut yang ada di sekitar dan di pinggir pantai terkejut dan ketakutan menyebabkan burung laut
merasa benci akan keangkuhan Udang Galah.

     "Ada yang lagi besar daripada kamu. Kalau kamu nak tahu, ikutlah aku," kata burung laut. 
      
Burung laut pun terbang dan Udang Galah pun mengekorinya. Mereka sampai di laut selatan. Udang
Galah keletihan di sebabkan perjalanan yang amat jauh lalu ia mencari tempat untuk berehat. Ia
ternampak sebuah gua dan segera masuk kedalam.

"Dapatlah aku berteduh," kata Udang Galah. Tiba-tiba ...

"siapa pula yang mencucuk hidungku," kata ikan paus. Udang Galah tidak sedar ia telah masuk kedalam
lubang hidung ikan paus.

     "Hei! Kamu masuk ke dalam lubang hudung ku," jerit ikan paus. 
Barulah sedar ia telah masuk kedalam hidung ikan paus. Rupanya ada haiwan yang lebih besar
daripadanya. Ikan paus pun bersin. Udang Galah terlambung ke udara dan belakangnya terhempas ke batu
karang. 

"Aduh! Sakitnya," kata Udang Galah. Rupanya pinggangnya patah. 

Semenjak itu udang Galah menjadi bongkok. Ianya tidak berani lagi bercakap besar. Jalannya pun
mengundur semenjak itu.  

Anda mungkin juga menyukai