Anda di halaman 1dari 2

Mat Kilau : Pahlawan Terbilang Melayu Pahang

Sejarah telah mencatatkan bahawa Mat Kilau adalah seorang pahlawan dari
negeri Pahang yang suatu ketika dulu bangun menentang penjajah yang bertapak di
tanah air. Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan pemikiran yang matang
terutama dalam mengatur strategi menentang penjajah. Hakikat ini menjadikan
beliau seorang yang amat disegani dan dihormati bukan sahaja oleh masyarakat
setempat bahkan juga oleh penjajah.
Lantaran itu penjajah amat membenci beliau dan menganggap beliau sebagai
seorang pemberontak Keberanian sebagal pahlawan terbilang sentiasa diingati
hingga ke hari ini. Mat Kilau dikenali sebagai seorang pejuang yang tidak gentar
menentang penjajah di Pahang Beliau hurut sama membantu pejuang-pejuang di
Kelantan danTerengganu dalam usaha membebaskan negeri itu dari cengkaman
penjajah. Tokoh perwira Melayu yang berasal dari Mukim Pulau Tawar, Jerantut,
Pahang ini bangkit untuk menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19
hingga menjadi buruan kemudian menghilangkan diri dan muncul semula pada tahun
1970 ketika berusia sekitar 122 tahun. Jiwa perjuangannya tidak pernah luntur
terutama memikirkan bagaimana kuasa asing yang jauh boleh datang menguasai
negeri.
Ketika Perang Semantan meletus, beberapa orang pembesar Pahang telah
ditangkap dan dihukum, walau bagaimanapun Mat Kilau terselamat bersama rakan-
rakannya dan berundur ke Hulu Kelantan untuk mendapatkan pelindungan.
Kemudian, beliau ke Kuala Berang, Hulu Terengganu kerana mendapat sokongan
daripada ulama Terengganu yang terkenal iaitu Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman
Limbong.
Di sana, Mat Kilau belajar ilmu agama daripada Tokku Paloh Mat Kilau
menentang penjajah kerana pentadbiran penjajah yang menekan rakyat Melayu
dengan sistem cukai yang menindas. Lantaran pungutan cukai yang menindas dan
keangkuhan pihak penjajah inilah yang tidak mahu bertolak-ansur menyebabkan Mat
Kilau bangun membuat penentangan. Beliau tidak berseorangan dalam usaha murni
ini. Bersama beliau ialah Dato' Bahaman dan Tok Janggut. Mereka bersatu dan
berganding bahu memulakan pemberontakan ke atas pihak British.
Penjajah telah menuduh perjuangan Mat Kilau, Dato' Bahaman dan Tok
Janggut sebagai perjuangan para pemberontak. Tuduhan ini disokong oleh sultan. Ini
bermakna Sultan sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri berbanding
bersatu dengan para pejuang Melayu. Baginda lebih rela bersama penjajah dalam
usaha mematahkan pemberontakan di Semantan.
Moral : Kita harus tanamkan sikap cintakan tanah air sejak dari kecil lagi.
Mahsuri : Sumpahan Mahsuri dan Pulau Langkawi
Mahsuri lahir dan dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin di Langkawi.
Mahsuri seorang anak yang rajin dan selalu menolong keluarganya membuat kerja.
Dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapanya.

Setelah dewasa, Mahsuri merupakan seorang gadis yang sangat cantik.


Mahsuri berkahwin dengan Kelana. Ramai yang iri hati kepada Mahsuri. Salah
seorangnya adalah isteri penghulu yang bernama Wan Mahura.

Pada waktu itu, askar-askar Siam menyerang Kedah. Ramai penduduk Kedah
yang keluar berperang. Kelana juga keluar berperang. Mahsuri yang tinggal seorang
diri, sentiasa menjaga tingkah lakunya sepanjang suaminya tidak ada di rumah.

Suatu hari, seorang penjual kain telah datang ke rumah Mahsuri. Wan Mahura
yang melihat kejadian itu telah menyebarkan fitnah kononnya Mahsuri berbuat
perkara yang tidak baik. Penduduk kampung telah mempercayai cerita itu tanpa usul
periksa.

Wan Mahura bertambah gembira apabila suaminya turut mempercayai


khabar tersebut. Penghulu mahu menghukum Mahsuri tanpa menyiasat kebenaran
cerita itu. Mahsuri telah dibawa ke Padang Mat Sirat dan diikat pada sebatang pohon
asam jawa. Ramai penduduk kampung turut hadir di padang tersebut.

Sambil menangis, Mahsuri tidak henti-henti menafikan kesalahan yang


difitnahkan kepadanya. Sebelum dihukum, Mahsuri telah bersumpah. Penghulu yang
tidak peduli terus menikam Mahsiri dengan keris. Darah putih telah keluar dari
tempat Mahsuri ditikam. Penghulu dan penduduk kampung terkejut dengan kejadian
itu. Ini membuktikan Maksuri tidak bersalah. Selepas kemaatiannya, askar-askar Siam
telah menyerang Langkawi. Langkawi telah menjadi padang jarak padang tekukur.

Moral : Kita harus menyiasat sesuatu perkara dengan teliti sebelum


menuduh seseorang.

Anda mungkin juga menyukai