Anda di halaman 1dari 3

PATRIOTISME PEMANGKIN PEMBINAAN BANGSA NEGARA

Patriotisme adalah suatu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan
kecintaan yang mendalam kepada negara. Mempertahankan kedaulatan negara dan
kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi negara memperlihatkan tahap
patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seorang warganegara.
Semangat patriotisme yang tinggi sangat penting bagi setiap rakyat dalam sebuah negara
yang merdeka. Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbeza antara satu sama
lain dan biasanya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, kecintaan yang mendalam kepada
negara adalah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka dari sebarang
bentuk
penjajahan.
Era awal selepas kemerdekaan mempamerkan semangat sayangkan negara yang tinggi dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, rakyat berbilang kaum telah mempelajari
mata pelajaran sejarah dan sivik bagi memupuk dan menyuburkan semangat cintakan tanah
air.
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban
bangsa semakin dilupakan. Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu aset
intelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau bernilai perdagangan. Oleh itu ia tidak
dipentingkan dan dianggap sekadar satu pengetahuan am.

Namun, sedari atau tidak, pendidikan sejarah merupakan aset yang amat penting dalam
pembentukan keperibadian bangsa dan negara yang lebih kukuh, tersusun dan terarah. Ia juga
amat penting untuk membina semangat patriotik yang semakin tandus dalam kalangan
generasi muda kini. Justeru, kebanyakan kita lupa bahawa negara kita pernah dijajah selama
446 tahun (1511 1957), satu jangkamasa yang amat panjang.

PERJUANGAN GENERASI TERDAHULU


Kita juga lupa tentang kesengsaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita
tidak pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang tidak
mengetahui nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman, Abdul
Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari mereka disogokkan
dengan cerita-cerita hero khayalan seperti Spiderman atau Superman yang lebih
menyeronokkan dan mengkhayalkan.

PERJUANGAN MAT KILAU


Bagi tatapan generasi kini, elok jika diimbau sedikit perjuangan Mat Kilau, salah seorang
tokoh pejuang yang unggul di negeri Pahang. Beliau terkenal dengan keberanian dan
kegagahannya melancarkan gerakan-gerakan penentangan (18911895) kerana membantah
campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri Pahang. Beliau membantah
perlaksanaan sistem Residen yang telah mengurangkan kuasa sultan dalam hal-ehwal
pentadbiran, sekaligus mengenepikan peranan pembesar tempatan serta kesejahteraan rakyat
jelata.
PENENTANGAN MAT KILAU
Dalam strategi awal penentangannya, Mat Kilau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya
memotong talian telegraf bagi menyukar dan memutuskan perhubungan antara pegawaipegawai pentadbir British. Walaubagaimanapun, perbuatan ini dapat dikesan oleh pihak
British. Pihak British pula cuba memujuk Mat Kilau agar bekerjasama dengan mereka,
namun pelawaan ini telah ditolak oleh Mat Kilau.
Keengganan Mat Kilau untuk bekerjasama ini telah dijadikan alasan oleh British untuk
menangkapnya. Dengan ini gerakan-gerakan memburu Mat Kilau serta pengikut-pengikutnya
mula dilancarkan.

FAKTOR KEGAGALAN MAT KILAU


Perjuangan dan ketokohan Mat Kilau ini dapat dilihat daripada kesungguhan dan
kesanggupan beliau berjuang berterusan menentang British walaupun menghadapi pelbagai
kesukaran. Beliau menyedari Sultan yang berada di bawah pengaruh dan telunjuk British
tidak mungkin memberi sokongan kepada usaha penentangan tersebut. Ditambah pula dengan
adanya beberapa pembesar dan orang-orang tempatan sendiri yang sanggup berpihak kepada
British dengan menyalurkan maklumat dan menyertai gerakan memburu beliau dan pengikutpengikutnya.
Mat Kilau juga menyedari bahawa segala alatan senjata tradisi dan jumlah kecil senjata yang
digunakan oleh pengikut- pengikutnya, sukar untuk menandingi senjata moden yang
digunakan oleh askar upahan British. Gerakan penentangan yang tidak bersepadu ditambah
dengan jumlah pengikut yang tidak ramai, menyukarkan lagi peluang mereka mengalahkan
dan menghaau British dari bumi Pahang. Namun Mat Kilau tetap meneruskan perjuangannya
habis-habisan sehingga kampung tempat tinggalnya, iaiyu Kampung Budu dibakar oleh pihak
British seperti yang dinyatakan dalam petikan berikut:
Found much paddy. Burnt all Mat Kilaus houses, returned to camp around 5.30
p.m. advanced party fired one round shrapnel and crossing a deep stream double across
the paddy field and up the hill, saw no one, burnt two houses and took away about 40
gantangs riceentered Tulang Badang along struggling mukim burnt all houses and
destroyed all paddy that was stored Cabutan daripada fail 579/92 Pahang Disturbance
Report from Col. Walker, dated Raub 24th May 1892. (Sumber: Arkib Negara Malaysia)

Anda mungkin juga menyukai