Anda di halaman 1dari 12

4.

4 ISLAM DAN HAK ASASI MANUSIA

• Hak Asasi Manusia (HAM) mucul dari keyakinan


manusia itu sendiri bahawa semua manusia
selaku makhluk ciptaan Tuhan adalah sama dan
sama darjat. Manusia dilahirkan bebas dan
memiliki martabat serta hak-hak yang sama. Atas
dasar itulah manusia harus diperlakukan secara
sama adil dan beradab. Hak asasi manusia
bersifat universal, artinya berlaku untuk semua
manusia tanpa membeza-bezakannnya
berdasarkan atas ras, agama, suku dan bangsa
(etnik).
4.4.1 Hak Asasi Manusia dalam Islam

• Sejak mula sebelum lahirnya berbagai gagasan tentang


hak asasi manusia, islam telah meletakkan dasar yang
kuat. Islam memandang bahwa kedudukan manusia
adalah sama dan hanya dibezakan dari sudut
ketakwaannya, tidak ada paksaan dalam beragama,
dan tidak boleh satu kaum menghina kaum yang lain.
• Dari perspektif Islam, hak asasi manusia adalah tidak
mutlak dan bermatlamatkan melindungi maruah dan
karamah manusia yang membezakan antara manusia
dan haiwan. Menurut Dr. Wahbah Al-Zuhaili, Islam
sebagai agama yang bersumberkan wahyu dari Allah
SWT, adalah agama yang mula-mula memperakui dan
mendaulatkan hak-hak asasi manusia.
4.4.1 Hak Asasi Manusia dalam Islam

• 4.4.1.1 Hak Hidup


• 4.4.1.2 Hak Kebebasan
• 4.4.1.3 Hak Kehormatan dan Persamaan
• 4.4.1.4 Hak Kehormatan
• 4.4.1.5 Hak Persamaan
• 4.4.1.6 Hak Milik
4.4.1.1 Hak Hidup

• Menurut Islam terhadap hak ini, dapat dirumuskan beberapa hukum seperti ;
• 1)Setiap perkara yang berhubung dengan hidup dan membawa keselamatan untuk
tubuh badan dikira wajib seperti memelihara kesihatan, merawat, mencegah
penyakit atau wabak.
• 2) Setiap perkara yang mengancam, merosakkan atau mlemahkan nyawa, tubuh
badan seperti meminum arak yang memabukkan dan mengkhayalkan seperi
pengambilan dadah, candu atau heroin adalah haram.
• 3) Setiap perkara yang boleh memelihara kehidupan adalah wajib seperti pakaian,
makanan atau minuman.
• 4) Setiap perkara yang boleh mengelakkan diri daripada mati adalah harus dan
terkadang wajib sekiranya perkara tersebut boleh mengelakkan diri dari mati.
• 5) Islam amat menghargai hidup manusia.. Oleh sebab itu, Islam menjatuhkan
hukuman mati terhadap salahlaku dan keputusan hendaklah dibuat berdasarkan
kepada keputusan pihak pengadil dan berdasarkan kepada ketetapan yang
diizinkan oleh Allah sahaja.
4.4.1.2 Hak Kebebasan

• 1) Islam memberikan hak bersuara dan mengemukakan pendapat atau


pandangan kepada semua orang selagi kebebasan tersebut bukannya untuk
menyebarkan kerosakan, kejahatan dan kebatilan dan digunakan untuk tujuan
menegakkan keadilan dan kebajikan.
• 2) Islam memberikan hak kebebasan berkeyakinan dan beragama kepada
manusia.
• “Tidak ada paksaan dalam agama.”6 Hak ini terkandung dalam ayat Al-Quran.
• Walaupun Allah hanya mengakui bahawa Islam merupakan satu-satu agama yang
benar, diakui dan diredai oleh-Nya, tetapi hak kebebasan untuk berkeyakinan dan
beragama masih kepada setiap individu.
• 3) Islam memberikan hak kebebasan berfikir mendapatkan ilmu pengetahuan
dalam kalangan manusia.
• Islam menentang kejahilan dan mengajak manusia memerangi kejahilan kerana
kejahilan boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Atas sebab inilah, Islam
menuntut setiap penganutnya menuntut ilmu pengetahuan. Hak untuk belajar
ilmu pengetahuan tiada beza antara lelaki dan perempuan.
4.4.1.3 Hak Kehormatan dan
Persamaan
• Kesempurnaan yang Allah SWT kurniakan
menjadikan manusia mempunyai kehormatan
dan persamaan dari sudut kedudukan yang
mesti diiktiraf oleh semua manusia.
4.4.1.4 Hak Kehormatan

• Manusia merupakan makhluk yang dicipta oleh Allah SWT


dalam keadaan mulia dan terbaik kejadiannya.
• Islam telah memberikan penghargaan khusus terhadap
kehormatan, maruah dan kesucian wanita.
• Islam memberikan hak kehormatan dan maruah kepada
wanita yang harus dipelihara dan dijaga oleh semua pihak.
Wanita tidak seharusnya diperlakukan sebagai barang
permainan, orang suruhan, hamba atau objek semata-mata
malah harus dilindungi.
• Manusia dikurniakan hak kehormatan dan maruah yang
perlu dijaga dan dipelihara oleh semua pihak. Manusia
sendiri dikhendaki menjaga hak kehormaan ini agar tidak
terjatuh ke tempat yang rendah dan hina (asfala safilin)
4.4.1.5 Hak Persamaan

• Islam adalah agama yang tidak


memandangperbezaan darjat
hanya berdasarkan warna kulit,bangsa,
kekayaan dan sebagainya.
Pembahagian manusia berdasarkan bangsa,
warnakulit hanyalah bertujuan untuk
menjadikan kita untuk saling berkenalan
antara satu sama lain.
4.4.1.6 Hak Milik

• 1) Hak Milik Allah


• Islam menegaskan bahawa harta kekayaan yang dimiliki manusia itu adalah hak milik mutlak Allah S.W.T . Manusia
harus menyedari bahawa dia merupakan makhluk Allah yang bekerja di bumi Allah dengan kekuatan yang
dikurniakan Allah.
• Pada hakikatnya harta yang dimiliki manusia ialah harta Allah kerana hasil sumber alam semulajadi dijadikan oleh
Allah. Manusia hanya berperanan menggunakan bahan sedia ada daripada sumber alam ciptaan Allah dan
melakukan pengubahsuaian dengan menukarkannya dalam bentuk baru yang boleh digunakan sebagai keperluan
hidup. Maka waja manusia memanfaatkan harta yang dimiliki itu untuk beribadat kepada Allah.
• 2) Hak Milik Individu
• Terdapat ayat Al-Quran secara jelas mengisyaratkan pemilikan individu terhadap harta.
• Al Quran menegaskan hak individu terhadap harta dibatasi oleh hak masyarakat kerana sebahagian harta individu
itu perlu dimanfaatkan kepada masayarakat.
• Al Quran ada menegaskan tentang pemilikan harta individu disyariatkan juga oleh ayat mengenai hak waris bagi
keluarga.
• 3) Hak Milik Masyarakat
• Islam juga mengiktiraf hak harta milik dalam masyarakat. Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang menegaskan
tentang hak orang lain dalam harta milik individu. Dalam ayat ini, Islam telah memperuntukkan sebahagian hak
milik masyarakat dalam harta milik individu. Ini agar individu tidak menyimpan dan menumpul harta untuk
kepentingan diri, tetapi juga perlu memenuhi kewajipan terhadap masyarakat dengan memeberikan sedikit harta.
• Islam memerintahkan manusia memberikan hak masyarakat kepada ahli keluarga, anak yatim, fakir miskin, dan
orang yang memerlukan bantuan. Begitu juga dengan mengeluarkan zakat agar masyarakat dapat miningkatkan
taraf hidup mereka kepada yang lebih baik. Dengan itu, keadilan social dapat ditegakkan.

4.4.2 HAK-HAK LAIN

• 4.4.2.1 Hak warganegara


• 4.4.2.2 Hak berperang
4.4.2.1 Hak Warganegara

• Antara hak warganegara yang diperuntukkan


dalam Islam ialah hak keamanan untuk hidup,
hak terhadap pemilikan harta benda, hak
terhadap perlindungan kehormatan diri dan
maruah, hak kebebasan diri dan mendapat
perlindungan,hak bersuara dan mengemukakan
pandangan, hak kebebasab mengamalkan agama,
hak terhadap keperluan hidup, hak mendapat
keadilan, dan hak untuk turut sama dalam politik
dan pemerintahan negara.
4.4.2.1 Hak Berperang
• Peperangan adalah satu langkah dasar pertahanan untuk tujuan melindungi kehormatan dan
keutuhan agama, masyarakat, dan negara. Islam juga telah meletakkan garis panduan dalam
peperangan.

• Antara aspek yang diperhati ialah ;
• 1) Bagi musuh yang terdiri daripada wanita, kanak kanak, orang tua, orang sakit san sebagainya,
mereka tidak boleh dibunuh dan dicederakan.

• 2) Musuh yang menyertai peperangan, larangan menggunakan api untuk membunuh, perlindungan
tentera musuh yang cedera, dan tawanan perang tidak boleh dikasari dan dibunuh.

• 3) Tentera Islam tidak dibenarkan membuat kerosakan di daerah seperti merompak.

• 4) Tentera pihak musuh yang gugur perlu diserahkan kembali dan jangan sekali diseksa mayatnya.

• 5) Tentera Islam dilarang melanggar peraturan dan perjanjian yang telah dipersetujui dalam mana-
mana peperangan.

Anda mungkin juga menyukai