Anda di halaman 1dari 25

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (HAK ALLAH, INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA)

MOHAMAD AQIB BIN MOHAMED MAHFOT MATEMATIK 2 PISMP SEM 1

DEFINISI HAK
Hak dalam bahasa Arab berbeza tetapi kesemuanya hampir sama ertinya dengan sabit dan wajib. Dalam kamus dewan sabit bermaksud sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang).

HAK ALLAH
-HAK

MILIK ALLAH ATAS HAMBANYA

Definisi : Hak Allah secara umumnya ialah menyembah Allah dan tidak menyekutukannya walau sedikitpun.

Allah menciptakan kita agar kita beribadah kepadaNya dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya berdasarkan firman Allah:
Tidakkah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah pada ku (adz Dzariyat:56)

Dan sabda Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam:


Hak Allah atas hamba-Nya adalah supaya hamba itu beribadah kepada-Nya dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya. (HR. Bukhari Muslim)

Hak Allah meliputi : -perundangan -ibadah -pemerintahan -dsb

Hak Allah wajib dilaksanakan. Hak Allah ini adalah merupakan urusan yang agung dan memiliki manfaat yang lengkap yang merangkumi hak masyarakat. contohnya : ibadah, mencegah jenayah atau menjalankan hukuman. Hak tidak boleh diwarisi. contoh : tidak wajib melaksanakan ibadah yang tidak dilakukan oleh ibu bapa.
Segala bentuk ibadah khususnya solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya adalah merupakan hak Allah. Kes-kes jenayah Islam seperti pembunuhan, zina, liwat, qazaf, pemberontakan dan sebagainya adalah dikategorikan sebagai hak Allah SWT.

Kami datang dari Allah. Dan kepada Allah kami kembali Semua perkara datangnya dari Allah s.w.t dan akan kembali kepada Allah s.w.t juga. Misalnya, api yang dinyalakan, dari mana datangnya jika tidak dari Allah s.w.t dan ke mana perginya bila dipadamkan jika tidak kepada Allah s.w.t. Apabila sesuatu maksud disandarkan kepada Allah s.w.t maka menjadi hak Allah s.w.t untuk melaksanakannya.

Menunaikan hak Allah Menunaikan hak Allah yang melibatkan ibadah kepada Allah seperti yang digariskan oleh Allah. Enggan menunaikan ibadah :
Berbentuk harta seperti zakat : hakim boleh ambil hartanya secara paksa. Bukan berbentuk harta : hakim boleh memaksanya dengan berbagai cara supaya dia melakukannya.

Hak individu
- Meliputi hak manusia ke atas Allah dan sesama manusia
Definisi : Hak ini bermaksud untuk memelihara kepentingan seseorang, sama ada yang umum( memelihara kesihatan, menolak permusuhan dll) atau bersifat khusus (mengawal hak tuan punya barang, hak penjual pada harga)

Di Eropah dan Barat, seseorang individu tersebut berhak melakukan sesuatu perkara yang diinginkannya, selagi perkara itu tidak mengganggu privasi orang lain. Bagi masyarakat Timur termasuk Malaysia, hak dan nilai masyarakat mengatasi hak peribadi. Individu di negara ini tidak boleh sesuka hati melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai masyarakat. Semua pihak mengakui hakikat ini.

berpasangan

Fitrah manusia

Mempertahankan diri

menyembah

Hak individu/manusia
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. HAK HIDUP HAK KEBEBASAN HAK PERSAMAAN HAK KEADILAN HAK INDIVIDU DALAM PERBICARAAN YANG ADIL HAK MEMELIHARA DARI PENYELEWENGAN KUASA HAK MEMELIHARA DARIPADA SEKSAAN HAK INDIVIDU MEMELIHARA MARUAH DAN NAMA BAIKNYA 9. HAK TEMPAT PERLINDUNGAN 10. HAK-HAK GOLONGAN MINORITI 11. HAK MENYERTAI KEHIDUPAN AWAM

12. HAK HAK KEBEBASAN BERFIKIR, PERCAYA DAN BERCAKAP 13. KEBEBASAN BERAGAMA 14. HAK BERDAKWAH DAN TABLIGH 15. HAK-HAK EKONOMI 16. HAK PERLINDUNGAN MILIK 17. HAK DAN TUGAS PEKERJA 18. HAK SESEORANG INDIVIDU HIDUP DENGAN SELESA DAN BERKEPERLUAN 19. HAK MEMBENTUK KELUARGA 20. HAK-HAK ISTERI 21. HAK PENDIDIKAN 22. HAK INDIVIDU MEMELIHARA KEISTIMEWAANNYA 23. HAK KEBEBASAN UNTUK PERRINDAHAN DAN KEDIAMAN TETAP

Menunaikan hak manusia 1-sesama manusia


Pemilik hak boleh mengambil hak itu daripada orang yang dituntut dengan pilihan dan kerelaannya sekiranya enggan menyerahkannya.

2- ke atas Allah
Allah tidak akan mengazab orang yang tidak menyekutukannya.

HAK MASYARAKAT
- Hak yang dituntut ke atas tiap individu dalam masyarakat tersebut dan negara.

Ibnu Khaldun, dalam kitabnya, Muqadimmah, menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh membuat sesuatu perkara dengan sesuka hati sehingga mengganggu-gugat kesejahteraan hidup masyarakat di sekelilingnya. Hubungan yang dijalin di dalam masyarakat mestilah berlandaskan kepada hukum dan syariat Allah yang mana hubungan itu membawa ahlinya kepada ketaatan kepada Allah dan rasulnya. Tolong-menolong dalam melakukan ketakwaan atau kebaikan bukan tolong menolong dalam melakukan dosa.

Masyarakat Islam
Masyarakat Islam adalah satu umat atau kumpulan manusia yang terbina atas dasar ukhuwah. Terikat oleh tali persaudaraan dan kasih sayang yang berlandaskan keimanan , ketaatan dan ketakwaan kepada Allah , yang dilaksanakan untuk menegakkan hukum dan kalimah Allah. Memakmurkan bumi dengan syariat Allah supaya mendapat keredhaan Allah serta kebahagiaan di dunia dan akhirat .

Memahami bahawa terdapat tanggungjawabtanggungjawab atau hak-hak ringkas yang harus dipenuhi di dalam masyarakat sebagaimana sabda Rasulullah saw; Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada enam perkara; (1) apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam (2) apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya , (3) apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya (4) apabila ia bersin dan bertahmid , hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit (5) apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya (6) apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya . ( hadis riwayat muslim)

HAK MENGAWAL
Rakyat berhak mengawasi penguasa sebagaimana pemberi kuasa berhak mengawasi yang diberi kuasa. Bahkan, pada dasarnya pengawasan rakyat atas penguasa bukan saja hak akan tetapi kewajiban. Pengawasan rakyat atas penguasa merupakan sebahagian dari amar makruf nahi munkar yang harus dilaksanakan dengan adab-adab tertentu. HAK MEMILIH Seorang warganegara berhak untuk mencalonkan orang lain untuk menduduki jabatan politik

Hak dari penyelewengan kuasa


Tidak boleh menuduh tanpa bukti.

Hak golongan minoriti


Wajib menggunakan hukum agama mereka sendiri selagi agama berkenaan mempunyai sumber ketuhanan
Hak Ekonomi

Manusia berhak bekerja dengan cara yang diizinkan syara`. Mereka yang miskin berhak mendapat bahagian daripada harta hartawan seperti zakat. Menyalurkan kegunaan sumber kekayaan dan kelengkapan pengeluaran untuk kepentingan umat adalah wajib

Hak perlindungan milik Milikan dengan usaha yang halal tidak harus dilucutkan kecuali sebab kepentingan awam. Mencabuli hak milik awam adalah mencabuli hak milik umat
Hak tempat perlindungan

Setiap org teraniya berhak mendapat perlindungan dalam linkungan negara Islam. Muslim wajib memberi keamanan kepada sesiapa yang minta perlindungan. Makkah adalah tempat kedamaian yang tidak disekat kepada umat islam.

HAK NEGARA
-Hak negara ke atas masyarakat

Secara umum kewajiban rakyat adalah taat kepada Negara selama tidak disuruh untuk melanggar hak Allah. Negara bertanggung jawab atas kehidupan rakyatnya, baik dari sisi agama, sosial ekonomi, keamanan dan ketertiban, serta keadilan. Negara juga berhak ke atas aset atau harta yang dimiliki oleh rakyat terutama rakyat yang kaya atau mewah. Rakyat yang melanggar undang-undang negara atau undang-undang islam boleh dikenakan hukuman.

Hak membuat keputusan


Ketua negara berhak membuat keputusan. Walaubagaimanapun, ianya hendaklah dijalankan secara mesyuarah. Hak milik negara meliputi segala bentuk bayaran yang dipungut oleh negara secara syarie dari warganegara, bersama dengan perolehan dari pertanian, perdagangan dan aktiviti industri, di luar dari lingkungan pemilikan umum di atas. Negara membelanjakan perolehan tersebut untuk kemaslahatan negara dan rakyat

KESIMPULAN
Hak Allah semata-mata ialah hak yang diperakukan untuk kepentingan semua dan bukan untuk seseorang tertentu. Ia diperakukan untuk kepentingan masyarakat umum. Hanya dengan kehadiran hak seperti ini masyarakat boleh kekal dan sejahtera. Pengabaiannya atau perbuatan mencerobohinya menyebabkan keruntuhan dan kemusnahan masyarakat berkenaan. Sekiranya nilai moral yang berasaskan agama dan budaya yang menjadi identiti masyarakat Malaysia tidak dijaga dan disuburkan, ia akan kabur, luntur dan ditakuti akan hilang kelangsungannya.

Anda mungkin juga menyukai