Anda di halaman 1dari 17

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: MURID AKAN DIAJAR CARI PERIMETER DAN LUAS BENTUK GABUNGAN 2-D

Disediakan oleh: Dayang Siti Hamizah Binti Abang Bolhan Dyg Nurfathiah Binti Abang Saini Nurshabirah Binti Sudin Siti Zakirah Binti Mohd Rosli

PENGENALAN
Perimeter adalah jumlah panjang sisi luar sesuatu bentuk. Luas adalah ruang dan kawasan yang dipenuhi oleh sesuatu bentuk yang tertutup. Hadkan bentuk segi empat kepada segi empat sama dan segi empat tepat dan bentuk segi tiga kepada segi tiga bersudut tegak.

Contoh di bawah adalah bentuk gabungan 2D yang melibatkan dua atau lebih bentuk segi empat dan segi tiga.

4 cm

4 cm

4 cm Perimeter bagi rajah di atas ialah : 4 cm + 4 cm + 4 cm+ 4 cm + 4 cm = 20 cm

4 cm

4 cm

3cm

Luas bagi rajah di atas ialah : Segi empat sama : 4 cm X 4 cm = 16 cm Segi tiga : X 4 cm X 3 cm = 6 cm Jumlah luas : 16 cm + 6 cm = 22 cm

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT SEGITIGA MENGGUNAKAN GSP


Bukakan sistem The Geometers sketchpad. Klik ikon File dan pilih New Sketch. Lukiskan satu bulatan dengan klik pada ikon bulatan dan tarik sehingga saiz yang dikehendaki. ( klik pada ikon compass toll)

Buat salinan pada bulatan pertama untuk mendapat bulatan kedua yang sama saiz. Silangkan keduadua bulatan pada titik tengah bulatan.( klik pada gambar rajah bulatan kemuidan klik ikon edit, copy dan paste).

Bentukkan satu segitiga sama dengan menggabungkan tiga titik persilangan pada keduadua bulatan tersebut. ( klik kesemua titik dan klik ikon construct dan pilih segment)

Sembunyikan kedua-dua bulatan supaya hanya segitiga sama yang kelihatan. (klik semua titik yang tidak diperlukan dan kedua-dua bulatan dan klik ikon display dan hide objects). Labelkan bucu-bucu dengan A, B dan C. (klik ikon text tool)

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT SEGI EMPAT DENGAN MENGGUNAKAN GSP


Bukakan perisian The Geometers Sketchpad. Klik pada ikon File dan pilih New Sketch. Klik pada ikon garisan iaitu Segment Straightedge Tool dan pilih garisan pertama dan lukis garisan mengikut saiz yang dikehendaki dan tandakan AB (seperti Rajah 4.1.1).

Klik pada titik A dan garisan AB, kemudian pilih Construct dan klik pada Circle by Center+Point.

Klik pada garisan AB dan titik A. Kemudian pilih Construct dan klik pada Perpendicular Line dan tandakan C pada titik persilangan bulatan dan Perpendicular Line.

Seterusnya, klik pada garisan AB dan C. Kemudian, pilih Construct dan klik pada Parallel Line.

Klik pada titik B dan garisan AC. Pilih Construct dan klik pada Parallel Line. Tandakan D pada titik persilangan antara Parallel Line dan garisan C

Sembunyikan bulatan dan garisan supaya hanya titik A, B, C dan D sahaja yang kelihatan. Seterusnya klik pada titik A, B, C dan D dan pilih Construct kemudian klik pada Segment.

Langkah seterusnya ialah membuktikan bahawa ABCD adalah segi empat sama sisi. Klik pada garisan AB kemudian pilih Measure dan klik Length. Cara ini diulang dengan menggantikan garisan AB kepada garisan BC, CD dan DA. Kemudian, pembuktian kedua pula melibatkan sudut yang tedapat pada setiap bucu. Klik pada titik A, C dan D, kemudian pilih Measure dan klik Angle. Ulang langkah ini dengan menggunakan titik CDB, DBA dan BAC.

Anda mungkin juga menyukai