Anda di halaman 1dari 2

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Falsafah dan Matlamat KBSR Pelaksanaan KBSR ialah memberikan pendidikan secara

a menyeluruh supaya murid-murid dapat perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, intelek, rohani. Melahirkan murid-murid yang dapat membaca, menulis dan mengira, memperoleh ilmu selari dengan perkembangan diri. Memupuk segala minat dan bakat murid-murid agar dapat dikembangkan.

Objektif Am KBSR Murid-murid akan mempelajari pelajaran dalam domain kognitif dan afektif. Mengelakkan sesuatu tajuk diajar berulang kali dalam mata pelajaran lain. Membolehkan murid menggunakan sistem nombor perpuluhan. Melatih murid dalam pemikiran kuantitatif mengikut logik. Membolehkan murid mengetahui pola dan sifat nombor.

Objektif Khusus KBSR Menguasai kemahiran menulis angka, membilang dan menyatakan nilai tempat. Menguasai kemahiran dalam keempat-empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Menguasai kemahiran mengukur, menyukat dan menimbang, menyatakan waktu dan menentukan nilai wang. Mengenal dan menamakan bentuk dan bongkah serta menentukan dan mengetahui ciri-cirinya. Menyelesaikan masalah yang melibatkan bilangan, sukatan, timbangan, wang, jarak, ruang dan masa. Membuat anggaran dan membuat kiraan hampir. Merekod dan membaca data dalam bentuk jadual dan graf yang mudah.

Sumbangan Meningkatkan kefahaman murid dalam subjek Matematik. Murid dapat memahami dengan baik cara pengiraan menggunakan operasi asas. Minat murid terhadap subjek Matematik meningkat. Peningkatan kefahaman bagi mengenalpasti bentuk-bentuk bongkah.

Kelebihan Menyerapkan nilai murni dalam semua aktiviti PNP. Kemahiran disusun semula daripada paling asas kepada yang kompleks mengikut topik. Amalan Perdagangan diserap dalam aktiviti PNP dalam topik ukuran,wang dan sukatan. Murid lebih memahami subjek Matematik dengan berdasarkan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Anda mungkin juga menyukai