Anda di halaman 1dari 1

Peranan Guru Matematik

Objektif Peranan Guru Matematik ialah untuk


Membolehkan pelajar mengetahui dan memahami konsep
Menguasai kemahiran-kemahiran asas yang berkaitan dengan mata
pelajaran tersebut
Merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang melibatkan pelajar secara aktif
Membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan
mencabar bagi semua pelajar
Memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman konsep
dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi
sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara berfikir secara
logik, kritis dan bersistem
Menerapkan nilai murni untuk melahirkan warga negara yang dinamik
dan amanah
Peranan guru juga adalah membolehkan pelajar
Mengetahui dan memahami konsep, takrif, hukum, petua dan teorem
tentang nombor dan ruang;
Memperkukuh dan memperluas penggunaan kemahiran tambah, tolak,
darab dan bahagi
Menguasai kemahiran-kemahiran asas iaitu :
o Membuat anggaran dan penghampiran
o Mengenali bentuk-bentuk dalam alam sekitar
o Mengukur dan membina dengan menggunakan alat matematik
o Mengumpul, merekod, mewakili dan mentafsirkan data dan
Mengenali dan mewakilkan perkaitan secara matematik
Menguasai kemahiran menjalankan algoritma
Menguasai kemahiran menyelesaikan masalah
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam
pengurusan kehidupan seharian
Memperoleh dan menghargai kebolehan membuat sesuatu secara
mantik, bersistem, heuristik dan tepat.
Dengan demikian, pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih mudah,
seronok dan mengembirakan.
Matematik KBSM telah dirancang untuk memberikan pelajar suatu
pengalaman yang mengandungi:
Kesepaduan antara ilmu, kemahiran, nilai dan bahasa;
Kesepaduan antara tajuk-tajuk matematik yang dipelajari;
Kesepaduan antara matematik dengan mata pelajaran lain dan;
Kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan pengalaman di
luar bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai