Anda di halaman 1dari 42

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

HAK ASASI MANUSIA MENURUT ISLAM


PISMP SEM 1 AMBILAN JANUARI 2011 MATEMATIK KUMPULAN 2

PEMBENTANG : NORHIDAYAH BINTI MOHMAD

FIQH & PERUNDANGAN ISLAM JILID IV DR. WAHAB AL-ZUHAILI

Definisi Hak
Hak dalam bahasa Arab berbeza tetapi kesemuanya di sekitar erti sabit dan wajib. Dalam kamus dewan sabit bermaksud sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb). Surah yasin 36 : 7 Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakkan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman

(Surah al-Anfal 8:8) Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah(kufur dan syirik) (surah al-Baqarah 2: 241 ) Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mut`ah(pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang yang bertaqwa.

Perkataan hak juga digunakan untuk menunjukkan bahagian atau peruntukan tertentu. (al-ma`arij 70 : 24) dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu
Hak ialah bidang kuasa yang dengannya diakui oleh syara` sebagai mempunyai suatu kekuasaan atau tanggungjawab ( taklif) (Profesor Mustafa al- Zarqa`)

Definisi yang diutarakan oleh Profesor Mustafa al- Zarqa` tadi adalah takrif yang tepat kerana definisi tersebut merangkumi seluruh hak agama seperti
1. 2. 3. 4. 5. Hak Allah kepada hambanya.(sembahyang) Hak-hak sivil seperti hak memiliki, dan hak moral. Hak-hak umum seperti hak kerajaan memperoleh kesetiaan rakyat. Hak harta seperti hak nafkah Hak bukan harta seperti perwalian ke atas diri -definisi ini telah menjelaskan identiti hak sebagai hubungan ikhtisas (bidang kuasa) dengan seseorang tertentu. -Contohnya : hak penjual terhadap harganya di mana harga itu khusus untuknya. -sekiranya tidak ada ikhtisas dengan seseorang tetapi hanya ada keharusan umum seperti berburu dan memotong kayu , maka perkara ini disebut Rukhsah (kemudahan) bagi semua orang.

Hak dalam Islam merupakan kurniaan Allah. Hak ini bukan bersifat semula jadi dan dari akal manusia. Hak dibatasi dengan perlakuan yang memberikan faedah kepada masyarakat dengan menghalang kemudaratan kepada pihak lain . Hak dalam Islam memastikan 2 kewajipan : 1. Kewajipan umum ke atas semua orang supaya menghormati hak seseorang dan jangan mencerobohinya. 2. Kewajipan khas ke atas pemilik hak supaya menggunakan haknya dengan cara yang tidak memberi mudarat ke atas orang lain.

RUKUN HAK
1. Pemilik hak = orang yang berhak 2. Tempat hak = sesuatu yang hak bergantung dengannya . tempat hak boleh menjadi khusus seperti dalam kes alhaq al-`aini (hak benda) atau berbentuk hutang. Al-haq al-syakhsi (Hak peribadi): seperti hubungan orang yang berhutang dengan orang yang memberi hutang. terdapat pernambahan hukum iaitu al-madin (orang yang berhutang) yang dipertanggungjawabkan (mukallaf) dengan hak. Orang yang dipertanggungjawabkan boleh jadi khusus iaitu seorang atau berkumpulan.

PEMILIK HAK
Pemilik hak ialah Allah dalam hak keagamaan. Selainnya pemiliknya adalah manusia atau syarikat/ institusi. Mereke memiliki kuasa yang digunakan ke atas tempat.

JENIS-JENIS HAK
HAK ALLAH HAK MANUSIA HAK MUSYTARAK

HAK ALLAH (HAK UMUM)


Hak Allah bermaksud menghampirkan diri kepada Allah, mengagung dan menegakkan syiar-syiar agama atau memastikan kemanfaatan yang umum bagi alam tanpa dikhususkan kepada seseorang manusia. Perkara yang menjadi hak Allah ini adalah merupakan urusan yang agung dan memiliki manfaat yang lengkap yang merangkumi hak masyarakat. Contohnya :
ibadah yang pelbagai seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya. Mencegah jenayah dan menjalankan `uqubah`(hukum penderaan ) seperti hukum hudud dan ta`zir.

Hukum hak Allah


Tidak harus digugurkan walaupun dengan pengampunan atau perdamaian atau penarikan diri. Tidak boleh diubah-ubah. Hak ini tidak boleh diwarisi. Cth : ibadah yang tidak dilakukan oleh si mati tidak wajib digantikan oleh warisnya. Kecuali jika terdapat wasiat untuk mengeluarkan zakat bagi pihaknya.. Waris tidak akan disoal tentang jenayah yang dilakukan oleh si mati. `uqubah yang dilakukan untuk menjamin hak Allah boleh berlaku tadakhul (bermasuk-masukan). cth : sesiapa yang berzina atau mencuri berulang-ulang dan tidak dihukum pada setiap kali berlakunya, maka cukuplah dengan satu `uqubah sahaja. - hal ini kerana `uqubah sendiri bermaksud menghalang atau membendung.

HAK MANUSIA(HAMBA)
Hak ini bermaksud untuk memelihara kepentingan seseorang, sama ada yang umum( memelihara kesihatan, menolak permusuhan dll) atau bersifat khursus ( mengawal hak tuan punya barang, hak penjual pada harga dll). Hukum hak ini adalah harus sekiranya pemilik hak tersebut menarik diri daripadanya.
Hak ini boleh digugurkan dengan pengampunan/perdamaian atau perlupusan/ pengharusan. Berlaku perwarisan pada hak ini Tidak berlaku tadakhul `uqubah dijalankan berulangkali pada setiap jenayah yang dijalankan. Penunaian hak ini berlaku pada tuan punya hak atau walinya.

HAK MUSYTARAK ( BERSEKUTU )


Hak bersekutu merupakan hak yang berkumpul iaitu hak Allah dan hak manusia. Namun dalam hal tertentu hak Allah melebihi daripada hak manusia. Contoh
`iddah perempuan yang dicerai :
Hak Allah : memelihara keturunannya daripada bercampur-baur Hak isteri : memelihara keturunan anak-anaknya. - Hak Allah melebihi daripda hak manusia kerana terdapat manfaat umum iaitu bagi memelihara masyarakat daripada berkecamuk.

hak Qisas bagi wali yang dibunuh :


Hak Allah: membersihkan masyarakat daripada jenayah pembunuhan Hak manusia: meredakan kemarahan dan menenagkan jiwa. - Hak ini melebihi daripada hak Allah

SUMBER DAN SEBAB HAK


Sumber hak atau sebab utama hak adalah syarak. Syarak boleh menimbulkan hak secara langsung tanpa terhenti kepada sebab yang lain.
Contoh : perintah melakukan ibadah, larangan melakukan jenayah merupakan hak yang dilakukan berdasarkan dalil-dalil syari`ah.

Syarak juga boleh menimbulkan hak atau hukum berdasarkan sebab-sebab lain yang dilakukan oleh manusia.
Contoh : `akad perkahwinan menimbulkan hak nafkah kepada isteri dan mewarisi.

`akad dan rampasan merupakan sebab secara langsung Dalil-dalil syarak merupakan sebab tidak langsung.

HUKUM HAK
PENUNAIAN HAK

JENIS HAK YANG DIAMBIL

PENJAGAAN HAK
MENGGUNAKAN HAK DENGAN CARA YANG DIHARUSKAN

PENUNAIAN HAK
Menunaikan hak Allah yang melibatkan ibadah kepada Allah seperti yang digariskan oleh Allah.
Enggan menunaikan ibadah :
Berbentuk harta seperti zakat : hakim boleh ambil hartanya secara paksa. Bukan berbentuj harta : hakim boleh memaksanya dengan berbagai cara supaya dia melakukannya.

Menunaikan hak manusia


Pemilik hak boleh mengambil hak itu daripada orang yang dituntut dengan pilihan dan kerelaannya sekiranya enggan menyerahkannya.

JENIS HAK YANG DIAMBIL


Penunaian hak hendaklah dilakukan dengan adil. Jika sesuatu hak itu diketahui jenis dan ditetapkan kadarnya seperti harga rumah, sewa dan ganti pinjaman, maka tidak harus ditambah ke atasnya dalam penunaian hak. Jika hak itu tidak ditetapkan jenis dan kadarnya maka hendaklah ditunaikan secara sederhana menurut pandangan syarak. Misalnya seperi dalam zakat.

TOLAK ANSUR DALAM PENUNAIAN HAK


Penunaian hendaklah dilakukan dengan sempurna tetapi Allah menggalakkan pemilik hak menunaikan semua hak atau sebahagiannya atas dasar tolak ansur dan ihsan. Terutamanya kepada mukallaf atau penghitang yang berada dalam kesempitan. Hal ini akan menjadi kebajikan yang diberi ganjaran kepada pelakunya.

PENJAGAAN HAK
Hak Allah
Hisbah : menyuruh melakukan kebajikan apabila nyata peninggalan dan mencegah kemungkaran apabila nyata melakukannya. Muhtasib ( pengendali hisbah) : boleh memerintah orang yang meninggalkan sembahyang atau zakat supaya menunaikan apa yang ditinggalkannya. Setiap muslim berhak menghadapkan pelaku maksiat dengan hukuman yang boleh mencegahkannya daripada meninggalkan ibadah-ibadah lainnya.

Hak manusia
Penjagaan hak Allah adalah dengan sekatan agama yang mewajibkan setiap individu menghormati hak orang lain. Kesalahan yang dilakukan oleh pesalah boleh diheret kepengadilan untuk membuat tuntutan daripada orang wajib menunaikan hak.

MENGGUNAKAN HAK DENGAN CARA YANG DIHARUSKAN


Manusia tidak boleh menggunakan haknya yang boleh memudaratkan orang lain. Contohnya : manusia diharuskan membina binaan sesuai dengan kehendaknya tetapi dia dikehendaki tidak membina binaan yang boleh menghalang cahaya dan udara daripada sampai kepada jirannya. Penggunaan hak yang memudaratkan orang lain dikenali sebagai ta`assuf(pengalahgunaan hak). Misalnya penyewa yang mengambil manfaat dengan rumah. Penggunaan hak orang lain pula dikenali sebagai i`tida`. Seperti penceroboh.

MANUSIA DAN ISLAM JILID 3 DR. HARON DIN


HAK ASASI MANUSIA MENURUT ISLAM
HAK HIDUP HAK ILMU PENGETAHUAN DAN PELAJARAN

HAK KEBEBASAN

HAK KEHORMATAN ATAU MARUAH

HAK HIDUP
Allah kurniakan hidup bagi setiap insan dan juga merupakan hak masyarakat. Menodai nyawa seseorang bermakna menceroboh hak masyarakat. ( al-Ma`idah 5:32)
barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakanakan dia telah membunuh manusia seluruhnya

HAK HIDUP (RUMUSAN)


1. Setiap perkara yang berhubung dengan hidup dan membawa keselamatan tubuh badan dikira wajib seperti memelihara kesihatan, merawat dan mencegah penyakit dan mengawal penyakit dari menular adalah wajib. 2. Setiap perkara yang boleh merosakkan tubuh badan, mengancam nyawa dan melemahkan adalah haram seperti dadah. 3. Setiap perkara yang boleh memelihara kehidupan hukumnya wajib seperti makan, minum dan pakaian namun tidak keterlaluan. 4. Setiap perkara yang boleh mengelakkan diri daripada mati itu hukumnya harus, bahkan terkadang wajib.

HAK KEBEBASAN
Hak kebebasan telah diberikan dalam Islam sejak manusia lahir lagi. Sayyidina Umar bin al-Khattab : bagaimana kamu memperhambakan manusia padahal dia diperanakkan dengan bebas hak kebebasan tidak harus dilucutkan kecuali dalam darurat (mempertahankan kemerdekaan dan keselamatan bagi umat Islam). Hak kebebasan itu merangkumi kebebasan bercakap, berfikir, bersuara dan sebagainya. Contoh : membebaskan manusia daripada penyembahan dan pendewaan terhadap benda atau sesama manusia.
.

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan

Kebebasan dalam berfikir

Tidak ada paksaan dalam beragama Kebebasan dari sebarang kezaliman, pengabdian terhadap kebendaan dan hawa nafsu. Kebebasan dalam tanah air Kebebasan dalam memerintah Namun semua kebebasan ini terikat dengan hukum Allah demi keselamatan manusia.

( al-Baqarah 2: 256)

HAK ILMU PENGETAHUAN DAN PELAJARAN


Islam menuntut umatnya menuntut ilmu. (al-Nahl 16 : 43 ) Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang yang pandai, jika kamu tidak mengetahui
sabda Nabi : manusia itu ada dua golongan sahaja, orang pandai dan peelajar dan tidak ada kebajikan selain daripada keduanya. Fuqaha` (Ahli perundangan Islam ) telah menetapkan hukum Fardu `Ain dan Fardu Kifayah bagi pengetahuan tertentu. Fuqaha` telah menetapkan bahawa perbelanjaan menuntut ilmu dan alat pelajaran bagi pelajar adalah tertanggung di atas bahu keluarga mereka yang mampu. Agama Islam tidak mengakui ilmu pengetahuan yang dicapai kecuali melalui tiga cara : Melalui perkhabaran yang benar dan tidakk ada keraguan padanya. Melalui cara percubaan logik melalui akal fikiran dan undang-undang

HAK KEHORMATAN DAN MARUAH


Dalam Islam hak kehormatan hendaklah dikawal kerana manusia yang beriman adalah manusia yang mulia disisi Allah.

(AL-Tiin 95 : 4 )
Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Oleh sebab itu, manusia tidak boleh menghina antara satu sama lain. Walaupun manusia mempunyai budaya yang berbeza-beza, namun manusia digesa membantu antara satu sama lain. kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkanal-kanalan (al-Hujurat 49 : 13 )

KEHORMATAN HAK-HAK MANUSIA MENURUT ISLAM (SUATU KAJIAN PERBANDINGAN)

HAJI MOHD. MARZUQI SHAFIE

HAK MANUSIA MENURUT ISLAM


1. 2. 3. 4. 5. HAK HIDUP HAK KEBEBASAN HAK PERSAMAAN HAK KEADILAN HAK INDIVIDU DALAM PERBICARAAN YANG ADIL 6. HAK MEMELIHARA DARI PENYELEWENGAN KUASA 7. HAK MEMELIHARA DARIPADA SEKSAAN 8. HAK INDIVIDU MEMELIHARA MARUAH DAN NAMA BAIKNYA 9. HAK TEMPAT PERLINDUNGAN 10. HAK-HAK GOLONGAN MINORITI 11. HAK MENYERTAI KEHIDUPAN AWAM
12.

13. 14. 15. 16. 17. 18.


19. 20. 21. 22. 23.

HAK HAK KEBEBASAN BERFIKIR, PERCAYA DAN BERCAKAP KEBEBASAN BERAGAMA HAK BERDAKWAH DAN TABLIGH HAK-HAK EKONOMI HAK PERLINDUNGAN MILIK HAK DAN TUGAS PEKERJA HAK SESEORANG INDIVIDU HIDUP DENGAN SELESA DAN BERKEPERLUAN HAK MEMBENTUK KELUARGA HAK-HAK ISTERI HAK PENDIDIKAN HAK INDIVIDU MEMELIHARA KEISTIMEWAANNYA HAK KEBEBASAN UNTUK PERRINDAHAN DAN KEDIAMAN TETAP

Hak keadilan
Individu berhak mempertahankan dirinya atau diri orang lain dari kezaliman. Tidak harus menyanggah hak seseorang individu ketika ia mempertahankan dirinya dalam bentuk apa sekalipun. Seseorang tidak berhak memaksa seseorang Islam mentaati perintah yang menyalahi syarak.

Hak individu dalam perbicaraan yang adil


Tidak disalahkan sesuatu melainkan dengan dalil syara`. Sekiranya thabit kejahilan, maka hukumannya dipertimbangkan sebagai kesamaran atau shubhat yang menyebabkan tertolaknya hukuman had.

Hak memelihara dari seksaan


Tidak harus memaksa untuk mengakui kesalahan yang tidak dilakukan. Sesuatu yang diperolehi secara paksaan adalah terbatal

Hak berdakwah
Individu berhak menyuruh berbuat baik dan melarang kejahatan Berhak menubuhkan yayasan dan menyediakan anggotanya utk menjalankan tanggungjawab tersebut

Hak menyertai kehidupan awam


Individu berhak menyertai perkara yang berkaitan dengan kehidupan umat mengikut kemampuannya Mesyuarat merupakan asas hubungan diantara umat dan pemerintah

Hak dan tugas pekerja


Dibayar upah lengkap tanpa ditangguh Diberi layanan selayaknya oleh masyarakat. Diberi mendapat perlindungan yang menjaganya dari penipuan dan eksploitasi.

Hak pendidikan
Pendidikan yang betul adalah hak bagi anak ke atas bapa. Menjadi hak bagi orang yang belajar ke atas orang yang berilmu. Masyarakat perlu bagi peluang yang cukup untuk individu belajar.

Hak membentuk keluarga


Perkahwinan adalah satusatunya cara membentuk keluarga dan membiakkan zuriat. Setiap suami dan isteri mempunyai hak dan tugas masing-masing.

Hak individu memelihara keistimewaan


Jangan mengintip rahsia mereka. Jangan menghina mereka

HAK MASYARAKAT
Hak dari penyelewengan kuasa Tidak boleh menuduh tanpa bukti. Hak golongan minoriti Wajib menggunakan hukum agama mereka sendiri selagi agama berkenaan mempunyai sumber ketuhanan Hak Ekonomi Manusia berhak bekerja dengan cara yang diizinkan syara`. Mereka yang miskin berhak mendapat bahagian daripada harta hartawan seperti zakat. Menyalurkan kegunaan sumber kekayaan dan kelengkapan pengeluaran untuk kepentingan umat adalah wajib

Hak perlindungan milik Milikan dengan usaha yang halal tidak harus dilucutkan kecuali sebab kepentingan awam. Mencabuli hak milik awam adalah mencabuli hak milik umat
Hak tempat perlindungan

Setiap org teraniya berhak mendapat perlindungan dalam linkungan negara Islam. Muslim wajib memberi keamanan kepada sesiapa yang minta perlindungan. Makkah adalah tempat kedamaian yang tidak disekat kepada umat islam.

BIMBINGAN MU`MIN PADA MENCARAI REDHA RABBIL-`ALAMIN


IMAM GHAZALI PENTERJEMAH : SYED AHMAD SEMAIT

HAK TETANGGA/MASYARAKAT
jiran atau tetangga itu mempunyai 3 macamnya. Jiran yang mempunyai satu hak, dan jiran yang mempunyai 2 hak dan jiran yang mempunyai 3 hak. Jiran yang mempunyai 3 hak ialah jiran Muslim yang berkerabat,dan maka baginya hak ketetanggaan, hak keislaman dan hak kekerabatan.adapun jiran yang mempunyai 2 hak ialah, ialah jiran Muslim yang mempunyai hak ketetanggaan dan keislaman. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik

Hak-Hak
1. 2. 3. Memberi salam Ziarah bila sakit/ meninggal Memaafkan kesalahan dan kesilapan Tidak menyempitkan perasaannya Menutup keaiban dan kecelaan. Meringankan bebannya Menghormatinya.

4.
5. 6. 7.

http://menaraislam.com 2 feb 2011 HAK NEGARA


Secara umum kewajiban rakyat adalah taat kepada Negara selama tidak disuruh untuk melanggar hak Allah. Negara bertanggung jawab atas kemaslahatan kehidupan rakyatnya, baik dari sisi agama, sosial ekonomi, keamanan dan ketertiban, serta keadilan

Hak membuat keputusan


Setiap keputusan yang akan diambil oleh ketua negara hendaklah melalui musyawarah melalui majlis syura. Al-Quran : ... Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu ... (Ali Imran: 159) Pihak yang perlu ada dalam musyawarah tersebut bergantung kepada masalah yang dibincangkan
Dalam masalah-masalah penting yang berkaitan dengan seluruh rakyat, ketua negara harus bermusyawarah dengan seluruh rakyat. Dalam hal ini ketua negarajuga boleh bermusyawarah dengan ahlul hall wal `aqd yang mewakili rakyat. Dalam masalah-masalah yang memerlukan keahlian maka hendaknya ketua negara bermusyawarah dengan para ahli.

HAK MENGAWAL (HAQQ AL-MURAQABAT)


Rakyat berhak mengawasi penguasa sebagaimana pemberi kuasa berhak mengawasi yang diberi kuasa. Bahkan, pada dasarnya pengawasan rakyat atas penguasa bukan saja hak akan tetapi kewajiban. Imam Muslim meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda,Agama itu nasihat. Para sahabat pun bertanya,Untuk siapa, wahai Rasulullah?Maka beliau menjawab,Untuk Allah, Kitab-Nya, RasulNya, para pemimpin kaum muslimin, dan masyarakat pada umumnya. Pengawasan rakyat atas penguasa merupakan sebahagian dari amar makruf nahi munkar yang harus dilaksanakan dengan adab-adab tertentu.

Diantara adab-adabnya ialah : Harus dimulai dengan cara yang lemah lembut seperti Musa yang memperingatkan Firaun dengan lemah lembut Nahi mungkar tidak boleh menimbulkan kemungkaran yang lebih besar. Seorang penguasa harus bersedia untuk dinasihati dan lebih baik lagi apabila dialah yang terlebih dulu meminta nasihat, sebagaimana yang dilakukan oleh khulafarasyidun

Hak untuk Mencalonkan (Haqq al-Tarsyih)


Seorang warganegara berhak untuk mencalonkan orang lain untuk menduduki jabatan politik. Namun seorang warganegara, pada dasarnya, tidak berhak untuk mencalonkan dirinya sendiri, karena Nabi melarang yang demikian. Namun jika keadannya darurat (seperti di zaman ini dimana banyak orang-orang fasiq dan tidak memiliki keahlian saling berebut jabatan politik) maka pencalonan diri sendiri menjadi boleh asalkan memenuhi syarat-syaratnya. Ia hanya boleh menunjukkan visi, misi, dan pemikiran-pemikirannya, dan tidak lebih dari itu. Politik Islam adalah politik yang penuh etika. Berpolitik, dalam Islam, senantiasa dibingkai oleh kerangka akhlaq yang mulia

Hak untuk Dipilih (Haqq Tawalliy al-Wazha-if al-Ammat)


Memangku jawatan dalam politik bukanlah hak akan tetapi taklif dan amanah. Nabi melarang umat-Nya untuk memberikan jabatan kepada orang yang memintanya (karena ambisi). [Taisir al-WushulJuz 1] Ketua negara hendaklah melantik mereka yang terbaik untuk menjawat jawatan. Nabi bersabda,Barangsiapa memegang satu urusan kaum muslimin (maksudnya menjadi penguasa) kemudian ia mengangkat seseorang menjadi pemegang jabatan padahal ia mengetahui ada orang lain yang lebih baik bagi (kemaslahatan) kaum muslimin, maka sungguh ia telah mengkhianati Allah dan Rasul-Nya. [oleh Ibn Taimiyyah, hal. 4]

BIBLIOGRAFI
BUKU

1.
2. 3. 4.

Dr. Wahbah al-Zuhaili (1995).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid IV. Ampang, Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr. Haron Din (1990).Manusia dan Islam Jilid 3. Ampang, Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Jarishah (1990). Kehormatan Hak-hak Manusia Menurut Islam (Suatu Kajian Perbandingan ). Bandar Tun Razak , Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Imam al-Ghazali (1990). Bimbingan Mu`min (-pada mencari redha rabbil`lamin). Singapura. Pustaka Nasional Pte. Ltd.

INTERNET 1. http://menaraislam.com pada 2 feb 2011

Anda mungkin juga menyukai