Anda di halaman 1dari 6

STRATEGI P&P

PEMBELAJARAN AKTIF
DISEDIAKAN OLEH : NORHIDAYAH MOHMAD DAYANG NURFARAHAIN FAEEZA HASSIM ZUNADIA ZULKIFLI SITI NURSA`AIDAH SUBRI

Berlandaskan kepada kepentingan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, maka pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK akan melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti yang berikut:

(1) (2) (3) (4) (5)

Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran

aktif koperatif penyelesaiaan masalah mesra budaya dan berkhidmat

KEPENTINGAN PEMBELAJARAN AKTIF

Pembelajaran aktif dalam PSK akan membolehkan murid memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli yang berkesan dalam pelbagai kumpulan sosial (keluarga, sekolah, rakan, komuniti tempatan, agama, negara dan global) sama ada pada masa kini atau masa depan. Ini adalah kerana pembelajaran aktif melibatkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran hands on dan minds-on dan bukanlah secara pasif atau flat.

Melalui pembelajaran yang bermakna sebegini, murid akan diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran dan nilai serta mengaplikasikan pengetahuan sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan hariannya.

CARA MENGAPLIKASI PEMBELAJARAN AKTIF

Untuk mengaplikasikan pembelajaran aktif dalam PSK, aktiviti pembelajaran yang memfokuskan murid seharusnya mencabar, menarik dan relevan supaya murid dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran yang diperolehi daripada sesuatu aktiviti kepada suasana pembelajaran yang lain. Dalam kata lain, melalui aktiviti pembelajaran yang aktif murid dapat mempelajari sesuatu yang bermakna kerana mereka akan diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.

AKTIVITI PEMBELAJARAN AKTIF YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM P&P PSK

Perbincangan atau kerja kumpulan kecil seperti buzzing, sumbang saran, main peranan, simulasi, debat dan forum. Aktiviti pembelajaran koperatif berkumpulan seperti berfikirberpasangan-berkongsi, permainan,main peranan, peer tutoring dan jigsaw. Aktiviti pembelajaran siber. Contohnya, seperti mencari maklumat melalui internet, membina laman web atau bertukar pendapat melalui emel dengan murid dari sekolah lain sama ada dalam atau luar negeri.

Demonstrasi sama ada oleh guru atau murid seperti cara penampilan diri dalam menjaga maruah diri (KBSR Tahun 4) dan cara menolak pelawaan rakan untuk melakukan sesuatu yang negatif (KBSM Tingkatan 1)

Projek yang dicadangkan oleh murid sendiri seperti mengadakan pertunjukan pakaian tradisional (KBSR Tahun 4) atau pertandingan bercerita cerita rakyat Malaysia (KBSM TIngkatan 1)

Pembelajaran refleksi kendiri seperti menyimpan jurnal dan diari mengenai cita-cita diri (KBSR Tahun 4) atau perasaan mengenai peristiwa yang lalu yang berkaitan dengan hubungan murid dengan rakan atau ahli keluarga yang lain (KBSM Tingkatan 1)

Anda mungkin juga menyukai