Anda di halaman 1dari 1

Kesan penentangan Mat Kilau

- Dapat menyedarkan pihak British agar tidak memandang remeh


terhadap keupayaan rakyat tempatan yang memiliki kekuatan
tersendiri sebagaimana ditonjolkan oleh Mat Kilau.
- Berdasarkan kepada sumber-sumber rasmi yang terdapat di Arkib
Negara Malaysia, pihak pentadbir British terpaksa membelanjakan
sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan khidmat tambahan
polis Sikh bagi membantu memerangi kumpulan penentang.
- Perbelanjaan tambahan juga diperlukan untuk mendirikan kubukubu pertahanan, jambatan dan menyediakan peralatan senjata
selain membiayai ekspedisi memburu penentang tersebut.
- Perkara ini jelas menunjukan betapa besar ancaman dan tekanan
yang dihadapi oleh pihak British, walaupun kumpulan penentang ini
terdiri daripada orang-orang kampung yang tidak terlatih dan tidak
memiiki senjata yang canggih untuk menandingi senapang dan polis
upahan British sebaliknya hanya berbekalkan semangat juang yang
tinggi dan kecintaan kepada negara yang tidak berbelah bahagi.
Jika rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotik dan ketahan
diri yang tinggi sebagaimana yang dimilik oleh Mat Kilau, kita tidak
perlu untuk mengadakan institusi-institusi bagi menyemai semangat
patriotisme dan cintakan negara seperti Biro Tata Negara, Program
Latihan Khidmat Negara dan sebagainya.
- Namun, kerana ramai di antara kita yang lupa sejarah perjuangan
bangsa serta lemah jati diri, kerajaan telah menubuhkan Biro Tata
Negara pada tahun 1974, yang dipertanggungjawabkan untuk
menyalurkan pendidikan kenegaraan bagi memupuk semangat
patriotisme rakyat Malaysia.
- Pendidikan kenegaraan ini amat penting untuk diterapkan kepada
semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi
pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan,
serta pemimpin dan pemaju masyarakat.
Pendidikan ini juga untuk mempertingkatkan kesedaran,
penghayatan serta komitmen rakyat secara berterusan kepada
wawasan negara dan usaha-usaha ke arah kecermelangan,
mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar negara ke
arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.
Semangat patriotisme dan kecintaan yang tinggi kepada negara
merupakan benteng bagi mempertahankan kemerdekaan dan
menjamin keharmonian yang dinikmati kini dapat terus dikekalkan.
Sebagai rakyat dan juga pemimpin, pastinya tidak mahu peristiwa
hitam 13 Mei 1969 serta penjajahan kuasa asing berulang dan
bertapak lagi di bumi Malaysia tercinta.

Anda mungkin juga menyukai