Anda di halaman 1dari 34

Islam Hadhari Prinsip islam hadhari

Siti haja daud Yolanda chandie

Rasional Pendekatan Islam Hadhari


Islam sebagai agama persekutuan Kesinambungan kepada dasar penerapan nilainilai Islam Pendekatan Islam Hadhari sebagai pemacu Wawasan 2020 Menjadikan insan sebagai penyelesai cabaran semasa

Merealisasikan islam sebagai agama yang dapat memberi rahmat kepada alam sejagat

Definisi
Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam

VISI
Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam

MISI

Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang

OBJEKTIF
Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan rohani, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai

PRINSIP-PRINSIP ISLAM HADHARI

Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi

Mengamal serta menunjukkan kemurnian ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah

Kerajaan adil dan beramanah Keadilan dan amanah ditekankan supaya sesiapa sahaja yang diberikan kekuasaan tidak menyalahgunakan kuasa tersebut dan memegangnya sebagai satu amanah dari Allah

Rakyat berjiwa merdeka

Setiap rakyat perlu bersedia untuk berubah dan memerdekakan pemikiran serta budaya yang positif dan melihat ke hadapan

Penguasaan ilmu pengetahuan

Menyeru rakyat Malaysia supaya menjadi umat peneroka ilmu dalam pelbagai bidang

Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif

Memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di peringkat global

PRINSIPPRINSIP ISLAM HADHARI

Kehidupan berkualiti

Pembelaan Hak Kumpulan minoriti dan wanita

Keutuhan budaya dan Moral

Pemeliharaan Alam semulajadi

Kekuatan pertahanan

Prinsip 6 : Kehidupan berkualiti


Kehidupan berkualiti bermaksud setiap aktiviti yang mencapai merit keredhaan Allah. Kehidupan berkualiti ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia.

Kehidupan Berkualiti
- Melalui penguasaan ilmu & kepakaran - Pembangunan insan & kerohanian - Pembangunan kesihatan & fizikal

15

Islam menuntut agar setiap individu berusaha untuk menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat merupakkan hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari semua aspek termasuk kerohanian, fizikal dan material.

Individu menjadikan ibadat sebagai asas kepada kehidupan yang berkualiti. Ibadah mencakup seluruh aspek kehidupan manusia sebagaimana yang disyariatkan dalam Islam. Di dalam Islam, Allah menginginkan segala yang dilakukan oleh umatnya dalam hidup menjadi ibadah, iaitu dari cara berpakaian, cara mengatur rumah tangga, pergaulan dan pertuturan semuanya menjadi ibadah.

Keluarga yang harmoni akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi.
Institusi keluarga yang harmoni memberikan sumbangan yang besar dalam mencorakkan kecemerlangan anak-anak.

Prinsip 7: Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita Kumpulan minoriti orang asli & peribumi, golongan kurang upaya, kaum-kaum lain Diberi hak yang sama
Perlukan perlindungan Keupayaan menjaga hak Islam dipandang tinggi
19

Prinsip 7: Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita


Hak-hak ke atas golongan minoriti ini ini dijamin oleh undang-undang negara dimana jaminan tersebu meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Hak kemuliaan insan di atas merupakan salah satu prinsip Maqasid as-Syariah. Penafian hak tidak boleh berlaku kerana halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang.

Selaras dengan
Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu).

Surah al-Hujuraat: 13

Perlembagaan Persekutuan, mengandungi jaminan ke atas hakhak tersebut. Di dalam bahagian kedua perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi atau Fundamental Liberties.
Jaminan tersebut telah meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.

Wanita dalam Islam Hadhari adalah wanita yang benar-benar mengilap potensi dalam dirinya dan dapat mengubah persepsi individu yang menganggap bahawa mereka adalah kaum yang sesuai untuk dieksploitasi bagi keseronokan orang lain. Menggalakkan pendidikan sepanjang hayat dan kaum wanita tidak disisihkan daripada terlibat dalam pembangunan negara malah dijadikan daya saing yang kuat untuk kaum lelaki berusaha gigih dan bersifat inovatif dalam arus globalisasi.

Prinsip 8: Keutuhan Budaya Dan Moral


Ketamadunan sesuatu bangsa dan negara apabila wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti kepada negara tersebut. Islam Hadhari amat menekankan keutuhan budaya dan moral dalam diri individu untuk menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk di

Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral dalam kalangan individu khasnya golongan remaja yang dicerminkan oleh gejala negatif.

Kesejahteraan sosial dalam negara tidak akan dicapai jika budaya yang tidak sihat semakin menular dalam negara.
Setiap individu yang mempunyai keutuhan nilai dan akhlak yang tinggi mampu

Keutuhan budaya dan moral merangkumi aspek memperteguhkan dan membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni. Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat Malaysia adalah di antara identiti rakyat Malaysia.

Prinsip 9: Pemuliharaan Alam Semulajadi


Islam menekankan pentingnya masyarakat memahami Huquq al-Alam (Hak-hak Alam) di mana perlakuan dan perbuatan yang menyalahi hak-hak alam adalah dilarang sama sekali. Kesejahteraan yang dinikmati oleh setiap manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam semulajadi.

Prinsip Islam Hadhari menekankan pemeliharaan semulajadi untuk memastikan setiap umat memelihara dan memulihara alam ciptaan Tuhan untuk menjamin kehidupan yang sejahtera dengan keadaan alam yang kondusif kepada setiap manusia.
kerajaan memberikan tumpuan bukan sahaja kepada kepesatan pembangunan tetapi juga kepada aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang

Berdasarkan ajaran agama Islam, manusia telah dilantik oleh Allah sebagai khalifahnya di atas muka bumi untuk menunaikan tanggungjawab memenuhi tuntutantuntutan Allah dalam bentuk fizikal yang baik dan bersesuaian.
Manusia digalakkan menggunakan seluruh potensi dan keupayaan akal untuk memanfaatkan alam ciptaan

Prinsip 10: Kekuatan Pertahanan


Kekuatan pertahanan meliputi aspek kekuatan persenjataan, ketenteraan dan kekuatan diri, fizikal dan spritual (al-anfal:60) Kekuatan ketenteraan untuk mempertahankan diri bukan untuk menyerang, menceroboh dan menguasai bangsa lain Kekuatan ketenteraan menjamin kestabilan, keamanan, keselamatan

Melalui pendekatan Islam Hadhari ini, pertahanan bermula dengan kekuatan dalaman atau spiritual yang akan menjana kekuatan fizikal.
Pendekatan Islam Hadhari ini memupuk dan memastikan jati diri yang tinggi dalam diri setiap umat serta kekuatan untuk mempertahankan negara dengan penuh kesungguhan.

Segala keperluan fizikal berupa prasaranan dan peralatan perang yang berteknologi tinggi perlu disediakan oleh sesebuah negara bagi mengekalkan keamanan.

Peralatan yang berteknologi tinggi ini perlulah dicipta Langkah ini sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah yang sangat bertepatan dengan kehendak ajaran Islam yang menuntut umatnya menyediakan pasukan pertahanan yang lengkap sedia bagi menjamin kedaulatan

Kekuatan rakyat dan pengetahuan rakyat dalam bidang sains dan teknologi merupakan pemangkin kepada benteng pertahanan negara. Sokongan yang padu daripada rakyat, akan mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai