Anda di halaman 1dari 4

MODEL BUNKER AND THORPE 1982

Pengenalan konsep model

 Bunker and Thorpe telah menghasilkan TGFU ( teaching games for


understanding ) pada tahun 1982 kepada pelajar – pelajar sekolah. Menurut
Bunker and Thorpe TGFU merupakan salah satu model pendidikan yang
menekankan 3 aspek iaitu :

 Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan


 Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
 Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk
persaingan, motivasi serta bersuka ria.

Berdasarkan TGFU kaedah ini digunakan secara meluas dalam kejurulatihan


dan pendidikan jasmani sehingga sekarang. Untuk pengetahuan semua,
matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang
pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam sesuatu
permainan yang dijalankan.

Menurut falsafah TGFU, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana cara
untuk menjayakan sesuatu permainan tersebut, malah seseorang pelajar
tersebut haruslah mengetahui bagaimana untuk membuat keputusan yang
sesuai ketika permainan dijalankan. Berdasarkan model ini juga, ia
menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam pelbagai jenis permaianan.
Terdapat beberapa isu timbul dalam kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-
an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU antaranya ialah :

 Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan


 Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak
menonjolkan
 Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan
 Kekurangan pengetahuan tentang sesuatu permainan
 Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat
keputusan .

Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih
diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa. Pada tahun 2004, Webb
and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama
iaitu:

 Target
 Striking / fielding
 Net / wall
 Invasion
KATEGORI PERMAINAN

Target

 Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat


mata
 Contoh:
 bowling
 archery
 golf

Striking / fielding

 Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding
 Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan
dalam masa atau pusingan yang ditetapkan
 Contoh:
 baseball
 softball
 cricket

Net / wall

 Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding


 Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan
syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang
 Contoh:
 badminton
 squash
 table tennis
Invasion / Serangan

 Permainan berpasukan
 Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan
mengumpul mata
 Contoh:
 soccer
 basketball
 handball

Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan
yang mirip atau seiras
Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan
memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam
kategori tersebut
Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori
yang sama

Anda mungkin juga menyukai