Anda di halaman 1dari 5

10 prinsip islam hadhari 1. Keimanan dan ketaqwaan kepada allah i. Keimanan yang mantap ii.

Ketaqwaan yang menyeluruh iii. Pegangan agama yang teguh iv. Pengamalan kolektif dan nilai-nilai murni v. Masyarakat beragama yang berteraskan prinsip rukun Negara 2. Kerajaan adil dan beramanah i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan tanggungjawab iii. Kebajikan rakyat terpelihara iv. Berjimat cermat elak pembaziran 3. Rakyat berjiwa merdeka i. Semangat jati diri ii. Berfikiran terbuka iii. Kreatif dan inovatif iv. Mampu bersaing v. Berdaya maju vi. Tidak terbelenggu kesan penjajah vii. Berdikari viii. Berusaha menerima perubahan 4. Penguasaan ilmu pengetahuan i. Umat yang cintakan ilmu ii. Menjadi bangsa peneroka ilmu iii. Mendalami ilmu fardhu ain iv. Menguasai semua bidang ilmu kifayah v. Bersedia menggialkan ilmu negative yang boleh merosakkan akidah dan masysarakat 5. Pembangunan ilmu seimbang dan komprehensif i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah ii. Umat yang maju dibidang ekonomi iii. Negara yang maju dan barakah iv. Elak pembaziran dalam aktiviti ekonomi v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan vi. Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal vii. Keseimbangan ekonomi antara Bandar dan luar Bandar

viii. Kerjasama kondusif antara sector awam dan swasta ix. Mengutamakan kepada ekonomi tang berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat 6. Kehidupan berkualiti i. Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti ii. Tempat tinggal yang selesa iii. Persekitaran yang selamat iv. Kehidupan yang sihat v. Keluarga yang harmoni vi. Pemakanan yang berkualiti vii. Masyarakat yang penyayang viii. Prasarana yang lengkap dan sempurna 7. Pembelaan hak minoriti dan wanita i. Member perhatian kepada kumpulan etnik yang minor ii. Beri keadilan yang sewajarnya kepada wanita iii. Memberi perhatian kepada ibu tunggal iv. Member perhatian kepada OKU 8. Keutuhan budaya dan moral i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama ii. Membangunkan nilai moral masyarakat berdasarkan nilai murni iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat 9. Pemeliharaan alam sekitar i. Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khlifah ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan iii. Pembangunan yang seimbang dan berkesan iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan v. Mengelak pembaziran sumber alam vi. Mengekalkan keindahan alam vii. Memelihara sumber air dan udara viii. Melindungi habitat kehidupan fauna

10. Kekuatan pertahanan i. Membina pertahanan melalui modal insan (mental dan spiritual) ii. Menyemarakkan semangat patriotic dan cintakan Negara iii. Memastikan sistem pertahanan terbaik dan disegani iv. Membangunkan kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan Negara semenjak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Selepas berlaku rusuhan kaum pada pertengahan tahun 1969, kerajaan telah melancarkan pembangunan ekonomi Negara berdasarkan Sosial-Engineering iaitu dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. Seterusnya pada tahun 1990, kerajaan telah melancarkan Dasar Ekonomi Pembangunan pada tahun 1990. Dasardasar ini memberikan tumpuan khusus ke arah meningkatkan status bumiputra, khususnya orang-orang Melayu terutama di dalam sektor korporat. Akan tetapi kejayaan yang dicapai oleh orang-orang Melayu nampaknya masih lagi tidak memuaskan dan masih tidak tahan dalam menghadapi cabaran. Dalam sektor korporat, pencapaian orang-orang Melayu masih lemah dan kurang daya saing. Di samping itu umat Islam pada umumnya tidak mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai ajaran Islam yang sepatutnya mendorong kepada kejayaan. Kemunduran umat Islam dewasa ini dapat dirumuskan oleh beberapa sebab utama berikut: 1. Kefahaman sebahagian umat Islam terhadap Al-Quran dan hadith tidak selaras dengan perkembangan semasa. 2. Sebahagian umat Islam menolak kemajuan yang datang dari barat seperti ilmu sains dan teknologi. 3. Sebahagian umat Islam lebih menghayati ajaran-ajaran Islam yang dikenali sebagai fardhu ain sahaja dan melupakan fardhu kifayah. 4. Sebahagian umat Islam tidak dapat menghayati tamadun yang pernah dicapai oleh umat Islam dahulu. 5. Sebahagian umat Islam berpendapat bahawa kemajuan dan tamadun bangsa tidak ada kena mengena dengan agama. Perkara yang disenaraikan diatas merupakan sebahagian faktor yang dikenalpasti menjadi penghalang kepada tindakan memajukan bangsa Melayu dan umat Islam. Keadaan ini sebenarnya memang disedari oleh pemimpin-pemimpin Negara. Beberapa usaha berterusan melalui dasar pelajaran dan pembagunan ekonomi telah dibuat untuk merealisasikan tamadun bangsa dan Negara ke tahap yang lebih mantap. Antara langkah awal adalah mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Manakala langkah kedua ialah mengisytiharkan pelan tidakan melalui pendekatan program Islam Hadhari oleh YAB Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Kedua-dua perisytiharan itu semata-mata untuk memperkasakan orang Melayu dan tidak ada penentangan serius daripada penganut agama lain khususnya yang berada dalam kerajaan. Maksud Islam Hadhari Walaupun banyak para ilmuan telah memberikan berbagai-bagai definisi Islam Hadhari, kesemuanya boleh dirumuskan bahawa Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Pendekatannya berasaskan ketamadunan dan mengambil kira persekitaran semasa. Berikut dikemukakan pendapat Perdana Menteri dan tokoh-tokoh yang terlibat dengan gagasan Islam Hadhari. 1. Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan dan tamadun yang menyeluruh yang berupaya menjadi pengerak dan

pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu (Ucapan PM di Perhimpunan Agong UMNO, 23 Sept 2004) 2. Islam Hadhari bukanlah merupakan ajaran baru, tetapi ia adalah berlandaskan kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu berpaksikan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. (Ucapan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, TPM di Seminar Percambahan Pemikiran Islam Hadhari di UKM, 28 Feb, 2005) 3. Islam Hadhari ialah Islam yang menekankan kekuatan ummah dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan semasa seperti membina kekuatan dengan menguasai sains dan teknologi. ( Tan Sri Abdul Hamid Othman, Dewan Agama, Sept 2004) 4. Islam Hadhari ialah Islam yang bertamadun dan mementingkan kebaikan dunia dan akhirat (Dato Dr. Abdullah Mat Zin, Berita Harian, 1 April 2004) 5. Islam Hadhari merupakan perlaksanaan Islam secara lebih bertamadun dan dinamik, sesuai dengan kebangkitan ilmu dan teknologi terkini tanpa membelakangkan asas akidahnya yang amat unik (Dato Dr. Ismail Ibrahim, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan , Dewan Masyarakat. Mac 2005) Bedasarkan kepada pandangan beberapa tokoh pemimpin kerajaan dan ilmuan, dapat kita simpulkan bahawa Islam Hadhari ialah satu istilah yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri bagi menjelaskan program bertindak untuk memperkasakan perlaksanaan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh untuk mengerakkan pembinaan tamadun baru dalam perjuangan bangsa Melayu yang berasaskan ajaran Islam. Intisari kefahaman Islam Hadhari hendaklah dirujuk kepada yang empunya program iaitu kerajaan. Perdana Menteri menegaskan bahawa pendekatan Islam Hadhari merupakakan satu hikmah bagi memajukan Negara dan bangsa, bukan pendekatan yang menafikan agama Islam atau mengajak umat Islam meninggalkan ajaran sepertimana yang digariskan dalam AlQuran. Seterusnya kerajan tidak berniat membawa rakyat Negara ini melupakan hal-hal lain yang berkaitan ajaran Islam apabila menekankan konsep Islam Hadhari. (Ucaptama kepada seminar percambahan pemikiran Islam Hadhari Peringkat Negeri Kedah, 3 Mei 2005) Islam Hadhari Tidak Bertentangan Dengan Ajaran Islam Islam Hadhari adalah merupakan satu gagasan pemikiran yang menyeru rakyat kepada pembangunan dan berusaha membawa kemajuan kepada ummah yang merupakan pendekatan yang sebati dengan ajaran Islam. Antara tuntutan ajaran Islam yang menjadi penekanan Islam Hadhari ialah:

1. Manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan dan memajukan bumi Allah dengan memperbanyakkan amalan fardu kifayah. ( Surah al-baqarah ayat 2:30 ) 2. Menghapuskan kemiskinan dan kefakiran supaya tidak menjadi umat yang lemah. ( Surah al-nisa ayat 4:9 ) 3. Mengalakkan umat Islam supaya berkerja kuat dan bersedia untuk merantau demi untuk mencari rezeki yang halal. 4. Islam pentingkan ilmu pengetahuan dan sains. 5. Perluasan makna ibadat, agama sebagai ad-din 6. Budaya berasaskan nilai murni dan moral diberikan penekanan.
http://bujangalfongsuri.blogspot.com/2009/05/10-prinsip-islam-hadhari-exam-edition.html 9 may 2009,bujang alfansori http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/351/konsep-islam-hadhari arbain muhayat, 20 desember 2008

Anda mungkin juga menyukai