Anda di halaman 1dari 23

KURIKULUM PENDIDIKAN

ISLAM DAN CABARAN IR


4.0
PIMK2063R
PENSYARAH:USTAZAH SAFINAH BINTI YAAKOB

DISEDIAKAN OLEH :
1. MOHD BADRUDDIN BIN AB PATAH
2. NOR HAFIZ AKMAL BIN RAZAK
3. MOHD KAMEL BIN MUHAMAD
PENDAHULUAN
• Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat dititik
beratkan oleh Islam. Ia tergambar dalam bentuk ayat pertama
al-Quran yang diturunkan. Pendidikan bukan sekadar
pemindahan maklumat dari seorang guru kepada murid
bahkan ia merupakan suatu proses untuk membentuk insan
yang cemerlang menurut kacamata atau ajaran Islam
DEFINISI KURIKULUM
• Perkataan kurikulum berasal dari bahasa Latin yang luas digunakan oleh bangsa Yunani. ’Curriculum’
dalam bahasa Latin bermaksud ‘Luang tempat pembelajaran berlaku’ (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986).
• Menurut Zuharani (1983), ”Kurikulum adalah semua pengetahuan, kegiatan-kegiatan atau
pengalaman belajar yang diatur dengan kaedah yang sistematik, yang diterima anak untuk mencapai
suatu tujuan”.
• Seterusnya, Pg. Dr. Hj. Abu Bakar(2008) menjelaskan:
”Kurikulum adalah maklumat dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau yang dipelajari oleh pelajar di
sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks
dalam setiap tahap pendidikannya”.
• Seterusnya,Prof. Dr. Omar Al-Syaibani (1991) menjelaskan kurikulum (manhaj) dimaksudkan sebagai
jalan terang yang dilalui oleh pendidik atau guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya
untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap mereka.
• Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan ”Kurikulum bermaksud segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pelajaran untuk mencapai
matlamat pendidikan”.
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM
• 1.Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai”satu latihan aqliah,
jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang berkebudayaan tinggi,
sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang baik dan warganegara
yang berguna.
• 2.Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai “proses melaksanakan
falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam bidang pembinaan,
pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan keperibadian yang
digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah dapat terbentuk dalam setiap tindak
tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim, walau bila dan di mana sahaja berada”.
• Menurut Al-Attas,Hassan Langgulung dan Burlian Somad maksud pendidikan itu ialah
perubahan dalaman dan perubahan tingkah laku (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Apabila
disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang
berteraskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan perubahan yang
dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku menurut Islam.
DEFINISI KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
• Kurikulum pendidikan Islam adalah bahan-bahan pendidikan Islam berupa
kegiatan, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan
sistematis diberikan kepada anak didik dalam rangka mencapai tujuan
pendidikan Islam. Atau dengan kata lain kurikulum pendidikan Islam
adalah semua aktiviti, pengetahuan dan pengalaman yang dengan
sengaja dan secara sistematis diberikan oleh pendidik kepada anak didik
dalam rangka tujuan pendidikan Islam (H.syamsul Bahri Tanrere, 1993).
PERKARA ASAS DALAM
KURIKULUM PENDIDIKAN
ISLAM
• Bahagian aqidah menyentuh hal-hal yang bersifat iktikad (kepercayaan).
Termasuklah mengenai iman setiap manusia dengan Allah,Malaikat,Kitab-
kitab, Rasul-rasul, Hari Qiamat dan Qada dan Qadar Allah swt.
• Bahagian syariah meliputi segala hal yang berkaitan dengan amal
perbuatan manusia dalam kehidupan sehari-hari yang berpandukan
kepada peraturan hukum Allah dalam mengatur hubungan manusia
dengan Allah dan antara sesama manusia.
• Bahagian akhlak merupakan suatu amalan yang bersifat melengkapkan
kedua perkara di atas dan mengajar serta mendidik manusia mengenai
cara pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat
OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM
• i.Mengajar murid-murid didikan agama supaya mengenal Tuhan.
• ii.Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran beragama yang mendalam
dalam jiwa mereka.
• iii.Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang terpuji sejak kecil di samping
memandu mereka supaya menghargai kemuliaan tingkah laku dan beramal dengan tuntutannya.
• iv.Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama.
• v.Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang kelebihan-kelebihan hukum agama yang
berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadith.
• vi.Memupuk kecenderungan ke dalam jiwa murid-murid perasaan suka mempelajari al-Quran dan
membacanya.
• vii.Mengajar hadith-hadith Nabi s.a.w. supaya murid-murid mendapatkan pengajaran dari segi
kesopanan, adab dan tingkahlaku.
• viii.Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi Rasulullah s.a.w., para sahabat dan
pahlawan-pahlawan Islam yang berjasa
FALSAFAH PENDIDIKAN
ISLAM
• Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan,
kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada
falsafahnya.Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai
dari generasi ke generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini
adalah ditentukan oleh falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.
• Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara tersurat mula disedari
oleh Jawatankuasa Pengubal Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam. Beberapa siri
perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan. Hasilnya pernyataan FalsafahPendidikan
Islam dirumuskan seperti berikut:
"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi membentuk sikap,
kemahiran keperibadian dan pandangan hidupsebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat."
(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)
MATLAMAT PENDIDIKAN
ISLAM
• i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang
yang beriman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di
dunia dan di akhirat.
• ii.Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak
mulia dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama
kerana Allah SWT. iii.Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan
segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat
khusus yang berpusat di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t.
Menghormati ulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin
kebebasan beragama dalam kalangan orang yang bukan Islam.
• iv.Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar
yang paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk
mencetuskan manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran
dan kesejahteraan manusia sejagat.
SEJARAH REVOLUSI
Industri 1.0

Industri 2.0

Industri 3.0
INDUSTRI 1.0
• Perkembangan teknologi lebih tertumpu kepada tenaga wap.
• Penggunaannya lebih tertumpu pada kilang-kilang
• Penggunaan air ataupun wap yang mampu menggerakkan jentera
berasaskan kuasa wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya oleh kudrat
manusia.
• Secara umumnya revolusi perindustrian ini,pertukaran kegiatan ekonomi
dari kegiatan yang bergantung sepenuhnya tenaga manusia kepada
sesuatu yg dilakukan oleh mesin ( magnusson 2009)
INDUSTRI 2.0

• Perkembangan teknologi dalam kehidupan lebih tertumpu kepada kuasa


eletrik ( hudson 1992).
• Sumber tenaga berasaskan elektrik telah menjadi sumber utama kepada
industri untuk melaksanakan proses pengeluaran berskala besar dan
syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Ford, US Steel, General Electric,
Bayer AG dan Standard Oil.
INDUSTRI 3.0

•  Penggunaan lebih kepada komputer dan teknologi maklumat (ismail


sualman 2018 )
• Fokus utama adalah komunikasi dan sumber tenaga
DEFINISI IR 4.0
• Terdapat pelbagai definisi mengenai IR 4.0 ini kerana terdapat perbezaan mengenai terjemahan
istilah.
• Menurut Hermann et. al (2015), IR 4.0 merujuk kepada teknologi dan konsep nilai rantaian
organisasi.
• Menurut Klaus Schwab (2017), IR 4.0 merupakan perubahan yang dipacu oleh tiga domain
teknologi utama iaitu fizikal, digital dan biologikal.
• Manakala Oesterreich & Teuteberg (2016), IR 4.0 merupakan trend untuk meningkatkan
penggunaan teknologi maklumat dan automasi dalam sektor pembuatan.
• Menurut Keong (2017), IR 4.0 adalah mesin yang dapat menghantar, menerima dan bertindak
mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem melalui rangkaian komunikasi yang
membolehkan ianya berinteraksi dengan mesin lain serta manusia untuk menghasilkan produk
atau barangan.
• lahirnya teknologi automasi, iaitu satu keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia
secara langsung. Mesin dan jentera boleh bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila ia
dimuatkan dengan program komputer tertentu bagi melakukan sesuatu aktiviti terancang.
CABARAN KURIKULUM PENDIDIKAN
ISLAM MENDEPANI IR 4.0
• Terdapat 3 elemen Kurikulum Pendidikan Islam :
• AKIDAH
• SYARIAH
• AKHLAK
AKIDAH
• Dengan beredarnya zaman maka bertambahlah cabaran-cabaran terutamanya
melibatkan isu akidah.
• Teknologi sekarang menjadikan segala maklumat itu boleh diperoleh dihujung
jari sahaja.
• Antara cabaran teknologi masa kini ialah media massa, pelbagai isu-isu akidah
yang berlegar di laman sesawang.
• Kurikulum Pendidikan Islam mestilah menekankan lebih mendalam berkenaan
akidah yang benar bagi menjadi benteng kepada murid supaya dapat
membezakan akidah yang bendar dan salah.
• Guru mestilah mengaplikasikan dan menerangkan elemen merentas kurikulum
dengan menerapkan berkenaan dengan teknologi masa kini kepada murid.
SYARIAH
• Isu Syariah merupakan isu yang penting dalam mendepani cabaran IR
4.0.
• Guru hendaklah memberikan penekanan kepada murid berkenaan
dengan konsep halal dan haram yang termasuk dalam kurikulum
Pendidikan Islam.
• Seperti contoh teknologi masa kini menjadikan perhubungan diantara
lelaki dan perempuan tidak terbatas. Mereka bebas berbual, berkongsi
gambar, video, tanpa mengira batas halal dan haram.
• Perkara ini akan merosakkan murid tersebut jika tidak dikawal dengan
baik. Disebabkan itulah penekanan terhadap aspek halal dan haram
mestilah ditekankan lagi di dalam pengajaran dan pembelajaran guru.
AKHLAK
• Menurut (Mohd. Kamal, 2012; Nasarudin, Tengku Intan Zarina & Sabri, 2018) di sebalik
keghairahan mengenai persiapan dan kesediaan masyarakat di negara ini untuk
berhadapan dengan IR 4.0, apa yang menjadi kebimbangan ialah kita masih dibelenggu
krisis keruntuhan moral dan isu sosial dalam kalangan masyarakat.
• Isu keruntuhan akhlak ini merupakan isu yang kritikal dan sedang berlaku kepada anak
muda masa kini. Kewujudan aplikasi hiburan yang melalaikan menyebabkan anak muda
masa kini hilang sifat malu dan akhlak.
• Oleh kerana itulah pengukuhan kurikulum Pendidikan Islam khususnya mengenai
akhlak ini perlu diberikan perhatian bagi mendepani cabaran dunia teknologi masa kini
yang semakin canggih.
• Peranan Guru Pendidikan Islam mestilah tidak lagi terbatas kepada tugas mendidik
dalam sekolah sahaja bahkan perlu diperluas kepada ahli masyarakat iaitu antaranya
sebagai pendakwah (Ab. Halim & Zawawi, 2012; Ahmad Kilani, 2005; Asmawati, 2005),
PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM
MENDEPANI CABARAN IR 4.0
• GPI perlu bersiap sedia bagi berdepan pelbagai cabaran dalam menuju
era IR 4.0 agar modal insan yang dilahirkan menerusi sistem pendidikan
di negara ini kekal menjadi ummatan wasathan (umat pertengahan) yang
tidak larut dalam spiritualisme, tetapi tidak juga hanyut dalam alam
materialisme.
• GPI terutamanya perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan
teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) bagi membolehkan mereka
mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0
• GPI perlu memiliki kefahaman yang jelas mengenai teknologi terkini
untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
seterusnya dapat membantu melaksanakan sesuatu perancangan yang
telah diaturkan oleh kerajaan mahupun kementerian.
KAEDAH MENDEPANI IR 4.0
• Sistem pembelajaran yang fleksibel dan interaktif.
• Seperti mengadakan smart class room agar proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik serta mampu merangsang minat
pelajar sekalis gus dapat membantu meningkatkan prestasi akademik
para pelajar.
KESIMPULAN
• GPI memerlukan kepada anjakan paradigma baru bagi menghadapi
cabaran IR 4.0.
• Kemajuan Teknologi IR 4.0 ini akan terus memberi kesan dalam
kehidupan manusia dan ianya tidak dapat dielakkan.
• Sebagai warga pendidik khususnya GPI, kita perlu mengadaptasi kaedah
baharu pengajaran selari dengan perkembangan pantas teknologi demi
menyediakan generasi yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi selain
mempunyai kecekapan dalam menggunakan teknologi untuk mendepani
cabaran Revolusi Industri 4.0.
RUJUKAN
Asyraf Wajdi Dusuki. (2017, 5 Julai). Cabaran umat Islam era 4IR. Dimuat
turun daripada
https://www.sinarharian.com.my/kolumnis/drasyraf-wajdi-dusuki/caba
ran-umat-islam-era-4ir-1.697230
Adam Badrulhisham, Muhammad Hilmi Mat Johar & Taufiq A. Rashid (2019).
Mendepani Cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) Dalam Konteks
Mahasiswa : Analisis Menurut Perspektif Islam. Journal Of Ilmi Jilid 9,
2019 : 90-101.
Maziahtusima Ishak, Norhasni Zainal Abiddin & Fathiyah Mohd. Fakhruddin.
(2017). Eksplorasi 10 Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Agen
Perubahan Masyarakat Dari Perspektif Pendidikan Pengembangan.
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(6),
214-230
RUJUKAN
Maziahtusima Ishak, Hazlina Abdullah, Sakinah Ahmad & Yuslina Mohamed
(2018). Mendepani Cabaaran Era Revolusi Industri 4.0 : Hubungan
Amalan Pembelajaran Berterusan Dengan Prestasi Peranan Guru
Pendidikan Islam Sebagai Agen Perubahan Masyarakat. Dimuat turun
daripada
https://www.academia.edu/38412983/MENDEPANI_CABARAN_ERA
_REVOLUSI_INDUSTRI_4_0_HUBUNGAN_AMALAN_PEMBELAJARAN_BER
TERUSAN_DENGAN_PRESTASI_PERANAN_GURU_PENDIDIKAN_ISLAM_S
EBAGAI_AGEN_PERUBAHAN_MASYARAKAT
Muhammad Husni Mohd. Amin. (2018, 26 Mac). Tentang Revolusi Industri
4.0. Dimuat turun daripada

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/tentang-revolusi-industri-4-0-1.

Anda mungkin juga menyukai