Anda di halaman 1dari 55

PEMIKIRAN DAN

TAMADUN ISLAM
(CTU 151)
KONSEP TAMADUN ISLAM
Kandungan
• 1. PENDAHULUAN
• 2. MATLAMAT TAMADUN ISLAM
• 3. PERSAMAAN NILAI ANTARA TAMADUN ( NILAI-NILAI UNIVERSAL)
• 4. INTERAKSI ANTARA TAMADUN :
• 4.1 JENIS INTERAKSI
• 4.2 FAKTOR INTERAKSI
• 4.3 INTERAKSI ANTARA TAMADUN DALAM KONTEKS TAMADUN MALAYSIA
• 4.4 KESAN POSITIF INTERAKSI
• 5. KESIMPULAN

ACIS, UITM CAWANGAN MELAKA


Hasil Pembelajaran
• Setelah mengikuti kursus ini, pelajar dapat :

• 1. Menghurai dan memberi penerangan tentang

matlamat tamadun islam

• 2. Mampu memahami dan menjelaskan tentang nilai-nilai universal

dalam tamadun islam dan tamadun yang lain.

• 3. Menghuraikan tentang interaksi yang berlaku dalam tamadun Islam dan tamadun yang lain.
Pendahuluan

• Nilai-nilai
yang dipegang dan diamalkan oleh umat islam menjadikan tamadun islam
sebagai pemangkin kepada perubahan yang berlaku di dalam tamadun barat dan tamadun
dunia yang lain.

• Tamadun Islam dan tamadun asia seperti China, India dan Jepun mempunyai banyak
persamaan dari sudut nilai, budaya, etika dll-memungkinkan kedua-dua tamadun saling
berinteraksi, pinjam meminjam nilai, berkongsi kemajuan ilmu pengetahuan dan
menghadapi dengan cabaran tamadun barat.
MATLAMAT TAMADUN ISLAM

• Menjaga hubungan dengan Pencipta


• Con. Rasulullah SAW mengutamakan mendirikan masjid di Madinah
• Menjaga hubungan baik sesama manusia
• Con. Rasulullah menyatupadukan masyarakat Madinah
• Menjaga hubungan baik antara makhluk dengan alam
• Con. Rasulullah melarang menebang atau membakar pokok tanpa keperluan
SAMB…..
• MAQASID SYARIAH :
• MEMELIHARA KEMURNIAN AKIDAH
• MENJAGA DIRI DAN NYAWA
• MENJAGA KESELAMATAN AKAL
• MENJAGA MARUAH DAN HARGA DIRI
• MENJAGA KESELAMATAN HARTA BENDA
Samb……Memelihara Agama
Islam membimbing manusia memilih agama yang benar.

Umat Islam dituntut memelihara aqidah Islam dan tidak


mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu atau mengamalkan
khurafat.

Untuk menjaga agama – Pengamalan dan pelaksanaan ajaran


agama dalam seluruh dimensi kehidupan manusia mesti
berdasarkan syariat Allah SWT.

Islam memberikan hak kepada non Muslim untuk menganut


agama pilihannya dan mengamalkan ajaran mereka.
Samb….Menjamin Keselamatan Nyawa
• Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan
nyawa dan anggota tubuh badan manusia.

• Islam mewajibkan individu menjaga keselamatan diri dan


pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang
boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau
orang lain.

• Sebagai contoh: Undang-undang diujudkan bagi larangan


memandu melebihi had laju kerana membahayakan nyawa
Samb…..Memelihara Kemurnian Fikiran

Akal adalah nikmat anugerah Allah yang membezakan manusia


dengan makhluk lain.

Dari segi perundangan, akal merupakan syarat bagi menentukan


seseorang itu “mukallaf” atau mempunyai tanggungjawab dalam
tindakan dan amalan

Islam MENGHARAMKAN perkara-perkara yang boleh merosakkan


akal seperti arak dan dadah dan perkara-perkara yang boleh
mendatangkan kerosakan dan kebinasaan.
Samb….Menjamin Kehormatan Dan Maruah Diri

Islam melindungi kehormatan atau maruah diri individu.

Islam tidak membenarkan terjerumus dalam perbuatan


keji seperti zina.

Islam juga menjaga keturunan dan nasab seseorang


kerana memberi kesan kepada hak
perwalian,perwarisan, nafkah dan sebagainya.
Samb…Menjamin Pemilikan Dan
Penguasaan Harta
• Islam telah menggariskan
peraturan dalam soal kehartaan.

• Islam memberi kebebasan untuk


mencari harta dengan cara yang
halal, mengharamkan umatnya
mencuri dan mengenakan
hukuman hudud jika disabitkan
kesalahan mencuri.
Persamaan Nilai Antara Tamadun (Nilai-nilai universal antara tamadun)
NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM
TAMADUN

Nilai Nilai Nilai


kepercayaan kemanusiaan keadilan

Nilai
Nilai
Nilai kerja kekeluargaa
keilmuan
n

Nilai Nilai alam


Nilai akhlak
ekonomi sekitar
1. Nilai Kepercayaan

• Peranan agama dalam sesuatu tamadun sangat penting kerana ia membantu memantapkan
struktur sosial dan intelektual sesebuah tamadun.

• Semua tamadun sama ada berasaskan kepercayaan samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi
doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains.

• Nilai kepercayaan dalam tamadun islam menitikberatkan persoalan ketuhanan dan kerohanian
yang bersumberkan wahyu.

• Agama memberi tenaga, fikiran dan penggerak kepada dinamisme sesebuah tamadun.
• Kebanyakan tamadun lahir hasil manifestasi dari konsep ketuhanan masing-
masing.

• Tamadun Islam lahir dari manifestasi tauhid.


• Tamadun India dipengaruhi oleh konsep ketuhanan hinduisme yang bersifat
politeisme.

• Tamadun China dipengaruhi oleh konfusianisme, taoisme dan buddhisme.


• Tamadun Barat moden terhasil dari pengasingan agama(sekularisme) dan
negara. Hunting menyatakan, kristian katolik dan protestant adalah satu-
satunya ciri penting tamadun barat.
SE

Setiap tamadun memiliki kepercayaan /agama masing-masing


2. Nilai Keilmuan
• Semua tamadun menerima kepentingan ilmu pengetahuan dalam membangun dan
membina sesebuah tamadun.

• Bangsa yang meneroka dan menguasai ilmu pengetahuan akan dapat membangunkan
tamadun yang gemilang

• Kepentingan ilmu jelas disentuh di dalam wahyu yang pertama diturunkan iaitu surah al
alaq : 1-5.

• Sejarah telah membuktikan umat islam terdahulu menepati gambaran ‘ummatan


wasatan’ yang telah disebut oleh allah dengan kejayaan mereka membangunkan
sebuah tamadun islam yang banyak memberi sumbangan kepada kemajuan dunia.
3. Nilai Akhlak
• Apabila tamadun berjaya dibina, akhlak akan memastikan tamadun itu akan
terus hidup dengan cemerlang.

• Ahmad Shauqi berkata:


“Sesuatu tamadun itu akan kekal selama akhlak mereka kekal,
apabila akhlak mereka pergi tamadun mereka juga akan pergi (runtuh)”.

• Dalam tamadun India: prinsip karma mengajar penganutnya untuk


melakukan sesuatu kebaikan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

• Tamadun China: berpegang kepada ajaran konfucius memberi penekanan


kepada nilai-nilai sejagat seperti ren/jen (kemanusiaan dan kasih sayang).
4. Nilai Ekonomi dan Kebendaan

• Nilai ekonomi atau kebendaan menjadi matlamat utama kebanyakan


tamadun khususnya barat kerana mereka menghalalkan semua kaedah
bagi mencapai matlamat nilai kebendaan.

• Ekonomi islam mementingkan persoalan halal haram dan konsep


keberkatan rezeki.

• Manusia merupakan pemegang amanah dan bukan pemilik mutlak harta.


•Bagi penganut ajaran buddha:
Ajaran jalan lapan lapis mulia dalam konsep moral semesta
memberikan panduan bagi mengelak penyelewengan dan
penipuan.

•Ajaran konfucius turut memandang rendah golongan yang terbabit


perdagangan kerana banyak yang terlibat dalam rasuah, riba dan penipuan.

•Larangan amalan rasuah, riba dan penipuan juga terdapat dalam ajaran
kristian.
5. Nilai Kerja

• Nilai kerja bermaksud etika atau budaya kerja.


• Tamadun barat menumpukan nilai kerja kepada mendapat keuntungan duniawi.
• Masyarakat Jepun dan Korea yang dikaitkan mempunyai disiplin nilai kerja dan etika
yang tinggi juga terarah kepada mendapat keuntungan duniawi semata-mata.

• Tamadun Islam menetapkan nilai kerja mesti mengikut syariat dan mempunyai matlamat
untuk mendapat keredaan Allah SWT.
• Bekerja memenuhi keperluan hidup mengikut syariat adalah merupakan amalan mulia
dan dianggap sebagai ibadah apabila dilakukan memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Dilakukan niat kerana Allah SWT
b. Kerja yang memenuhi kehendak syarak dan dilakukan penuh tanggungjawab
c. Menjauhi larangan Allah dalam melaksanakan ibadah
d. Tidak lalai dan meninggalkan ibadah wajib
6. Nilai Kemanusiaan

• Nilai kemanusiaan merupakan nilai yang mementingkan penghormatan terhadap hak-hak asasi
dan kemuliaan manusia. Nilai ini tidak akan wujud melainkan sesebuah masyarakat memahami
hakikat kejadian manusia secara menyeluruh.

• Nilai kemanusiaan perlu di pupuk dalam masyarakat.


• Tamadun islam diasaskan atas dasar masyarakat yang meletakkan nilai kemanusiaan yang
mengamalkan sifat timbang rasa, lemah lembut, kasih sayang, adil dan sebagainya.
• Tamadun China:
• Sangat mementingkan nilai kemanusiaan. Menganggap manusia
mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting
dalam alam semesta.

• Antaranya nilai humanisme yang mementingkan institusi kekeluargaan,


pendidikan diberi keutamaan dan keharmonian merupakan nilai utama.

• Ajaran Hindu/ Buddha: mengajar tentang nilai kemanusiaan melalui prinsip


ahimsa iaitu tidak melakukan kekejaman. Prinsip ini bukan hanya
melibatkan sesama manusia tetapi termasuk binatang. Oleh sebab itu,
amalan tidak memakan daging menjadi satu unsur penting dalam budaya
india.
7. Nilai Keadilan
• Mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun. Sebagai contoh kerajaan
yang melaksanakan keadilan sosial akan membahagikan kekayaan negara kepada seluruh
rakyat. Menghadkan monopoli golongan kaya , meningkatkan pendapatan golongan miskin –
merapatkan jurang perbezaan.

• Sejarah telah membuktikan antara sebab kejatuhan sesebuah tamadun adalah apabila
kezaliman berlaku dan kerajaan tidak berlaku adil terhadap rakyat dengan mengabaikan hak-
hak mereka.
• Dalam tamadun China: ajaran konfucius menggariskan hubungan antara pemerintah dan rakyat.

• Pemerintah mesti memiliki moral yang tinggi kerana dia berperanan sebagai pelindung kepada
rakyat.

• Jika sebaliknya, mandat ini akan ditarik balik olen Tien (tuhan), namun rakyat dianjurkan supaya
mentaati raja.

• Seorang pengikut konfucius menyifatkan raja umpama kapal manakala rakyat umpama air.

• Di sini wujud konsep bantu-membantu dan raja mesti bersikap adil kepada rakyat.
8. Nilai Alam Sekitar

• Pemuliharaan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama kerana
alam sekitar dianggap sebagai anugerah tuhan.

• Dalam islam, manusia sebagai khalifah allah mempunyai kewajipan untuk memelihara alam
dari sebarang kerosakan. Begitu juga dalam ajaran agama yang lain.

• Ada sesetengah tamadun yang memelihara alam sekitar sehingga alam sekitar disembah
sebagai divine power
9. Nilai Kekeluargaan

• Syariat Islam sangat menjaga hubungan antara manusia dan allah, sesama manusia dan makhluk
lain. Islam meletakkan peranan keluarga sangat besar dalam membentuk keperibadian dan
pembentukan sahsiah diri seseorang individu.

• Ibubapa disarankan mendidik dan mengajar anak dengan kaedah menegur, memberi nasihat dan
merotan dengan kadar sepatutnya sejak kecil.

• Masyarakat China: sangat mengambil berat hubungan kekeluargaan dan hubungan sesama manusia.
Ajaran konfucius menitik beratkan hubungan yang dikenali sebagai wulun, menggariskan 5 hubungan
antara raja dan menteri, ayah dan anak, suami dan isteri, abang dengan adik, kawan dengan kawan.
INTERAKSI ANTARA TAMADUN

• Interaksi: penyerapan budaya luar ke dalam budaya tempatan melalui proses asimilasi
dalam jangka tertentu sehingga budaya asal tempatan kehilangan identitinya

• Membawa perubahan kepada satu pihak atau kedua dua pihak yang bertembung
JENIS-JENIS INTERAKSI
• 1. Interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang
sama

• 2. Interaksi dengan budaya dan peradaban yang


berbeza

• 3. Interaksi kelompok peradaban yang dominan dan


yang tidak dominan
Kepimpinan Politik

• Konsep pintu terbuka yang di amalkan oleh kerajaan.

• Sejarah penaklukan tentera Islam di Andalus telah mewujudkan satu golongan yang

dinamakan sebagai ‘Mozarab’ iaitu orang-orang Kristian yang fasih menggunakan


Bahasa Arab

sebagai bahasa pertuturan, meminati aspek kesenian dan hiasan orang-orang Arab
serta

menerapnya dalam kehidupan seharian mereka.


Faktor Pemerintah
• PENJAJAHAN
Faktor Perdagangan
• PERDAGANGAN
Pendidikan:

Sebagai contoh apabila berlaku penghantaran pelajar-pelajar malaysia yang


belajar ke Korea, Mesir, Jepun, United Kingdom dan sebagainya,

Apabila mereka menetap untuk tempoh beberapa tahun pastinya akan


berinteraksi dan mengenali budaya masyarakat setempat.
• PENDIDIKAN
Roger Bacon
Doctor Mirabilis (Latin: "guru yang sangat
Gregory Bar Hebraeus mengagumkan")
Ketua Bishop Parsi Sarjana Oxford
Meminati falsafah Al-Ghazali Banyak dipengaruhi pemikiran Ibnu Sina
dan Ibnu Rusyd
Perkahwinan

Interaksi yang berlaku antara pendatang-pendatang dari pelbagai kawasan


dengan wanita tempatan melalui perkahwinan mewujudkan satu bentuk
masyarakat baru.

Sebagai contoh perkahwinan Arab dan Melayu mewujudkan golongan syed


dan syarifah, manakala perkahwinan India dan Melayu mewujudkan
golongan India muslim/mamak.
• PERKAHWINAN
Ibadah/Ziarah

Pelaksanaan ibadah umrah/haji atau menziarahi ke tempat-tempat


pelancongan yang lain juga turut mendedahkan kita kepada satu bentuk
interaksi budaya. Sebagai contoh:
Pemakaian jubah, serban, minyak atar dan sebagainya adalah elemen yang
wujud dari interaksi dengan Masyarakat Arab
• IBADAH/ZIARAH
•Kesan-kesan Interaksi Antara Kaum:
i- kesan positif interaksi:

- Wujud pertambahan bahasa dan kosa kata


- Kebudayaan
- Kesenian
- Dasar pendidikan negara
- Bahasa melayu sebagai alat perpaduan

ii- kesan negatif interaksi:

- Jurang ekonomi
- Jurang sosial
KESAN INTERAKSI
POSITIF NEGATIF

• Hilang identiti bangsa


• Pertambahan bahasa dan kosa • Pengaruh budaya kuning
kata

• Pakaian • Sistem politik tanah air


• Kesenian • Ekonomi kapitalis
• Penyalahgunaan teknologi
Wujudnya pertambahan bahasa & kosa kata

• Contoh: makanan dan buah-buahan wujud perkataan bakso, char kuew teow, cincau,
bepang, kincam dll.
• Pakaian dan barang dagangan: tocang, tahil, angklong, candu, kuaci.

Kebudayaan
• Aspek pakaian masyarakat Cina dan India selesa berpakaian baju kurung dan orang
Melayu menggunakan kain Sari dan sutera Cina untuk membuat baju kurung.
Kesenian

• Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina – seni bina.


• Masjid Tengkera di Melaka di mana bumbungnya bercirikan Pagoda
iaitu seni bina Cina.


SOALAN LATIHAN

• 1. JELASKAN TIGA (3) MATLAMAT TAMADUN ISLAM.

• 2. HURAIKAN TIGA (3) PERSAMAAN NILAI YANG ADA DALAM TAMADUN.

• 3. BINCANGKAN DUA (2) FAKTOR INTERAKSI DALAM TAMADUN.

Anda mungkin juga menyukai