Anda di halaman 1dari 28

PEMIKIRAN

TAMADUN
ISLAM

CTU151
ISI KANDUNGAN
• 1.0 Pendahuluan
• 2.0 Aspek-aspek Pemikiran Tamadun Islam
• 2.1 Ilmu dan Pendidikan
• 2.2 Keluarga dan Masyarakat
• 2.3 Politik dan Keagamaan
• 2.4 Ekonomi dan Kewangan
• 3.0 Kesimpulan
HASIL PEMBELAJARAN
• Pelajar dapat menjelaskan aspek-aspek dalam pemikiran tamadun
Islam
• Pelajar dapat memahami dan menilai aspek kelimuan dan
Pendidikan, keluarga dan masyarakat, politik dan keagamaan dan
ekonomi dan kewangan dari konteks pemikiran tamadun Islam
PENDAHULUAN
• Islam agama menyeluruh sebagai sumber lengkap dalam segenap
aspek kehidupan.
• Pemikiran Islam berdasarkan al-Quran, al-Hadith dan hasil ijtihad
ulama memimpin manusia ke arah pembinaan tamadun yang
diredhai Allah SWT.
• Aspek-aspek yang diberi penekanan dalam pemikiran Islam ialah
aspek keilmuan dan pendidikan, keluarga dan masyarakat, politik
dan kenegaraan serta ekonomi dan kewangan.
ASPEK-ASPEK
PEMIKIRAN TAMADUN
ISLAM
Ilmu dan pendidikan

Keluarga dan masyarakat

Politik dan kenegaraan

Ekonomi dan kewangan


2.1 KEILMUAN & PENDIDIKAN

Menurut Syed
Dewan Bahasa Naquib al-Attas
dan Pustaka (Edisi pula: ketibaan
keempat), ilmu makna hasil
ialah pengetahuan maklumat yang
Pengertian ilmu:
mengenai hal benar ke dalam
dunia & akhirat diri seseorang.
begitu juga dalam Maklumat benar
hal zahir & batin. & sahih itu adalah
ilmu.
Hierarki ilmu

Wahyu: sumber utama ilmu pengetahuan

Pancaindera: semua pancaindera merupakan


sumber pengetahuan yang utama & amat
berguna walaupun kadang-kadang apa yang
diperolehi tidak semestinya tepat

Akal: sumber utama pengetahuan manusia

Intuisi/Ilham: diperoleh tanpa melalui


proses pemikiran yg tertentu
Klasifikasi
ilmu Ilm
ain
dh u kif u far
fa r ay dh
u ah u
I lm
Ilmu Bersepadu
(integrated
knowledge)
2.2 KELUARGA DAN MASYARAKAT

Keluarga dan masyarakat merupakan entiti penting dalam


pembinaan sesebuah tamadun.

Pakar tamadun Islam terkemuka Ibn Khaldun menyatakan


dalam kitab Muqaddimahnya bahawa manusia ialah makhluk
sosial semulajadi. Ia ungkapkan manusia sebagai ‘al-insan
madani bi al-Tab’.

Masyarakat memberi maksud sebagai sekumpulan orang


yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara dan
peraturan-peraturan tertentu.
• Justeru Islam melihat keluarga dan masyarakat daripada
perspektifnya sendiri berbeza dengan pandangan masyarakat Barat.
Perkahwinan Dalam Islam

• Sunnatullah dalam kehidupan manusia


• Sistem yang baik dalam kehidupan bermasyarakat

• Hikmah Perkahwinan
• Menenangkan jiwa
• Membentuk sifat yang baik
• Menjaga keturunan manusia
• Memberi kerehatan hakiki
• Mengharuskan hubungan antara pasangan
• Memenuhi tuntutan syarak
Pemilihan Pasangan Dalam Islam
• Agama
• Akhlak
• Keturunan
• Anak dara
• Kecantikan
• Harta
• Kufu
• Bukan dari satu rumpun
Rukun Nikah
• Lelaki
• Perempuan
• Wali
• Dua orang saksi
• Ijab dan qabul
Hak Dan Tanggungjawab Dalam
Institusi Kekeluargaan
• Hak Isteri Ke Atas Suami
• - hak keadilan rumahtangga, keselamatan, kebajikan, makanan, pakaian,
tempat tinggal dsb, hak mahar, nafkah
• Hak Suami Ke Atas Isteri
• - hak kepimpinan, hak ketaatan dan kesetiaan, menjaga maruah, harta,
melayani suami, menemani suami, keizinan keluar rumah.
• Hak Bersama Suami Isteri
• - keseronokan berumahtangga, hubungan silaturrahim, saling mewarisi
Pembubaran Perkahwinan
• Talak
• Fasakh
• Khulu’: tebus talak
• Cerai taklik
• Li’an: sumpah laknat
• Zihar: menyamakan isteri dengan mahram suami
• Ila’: sumpah tidak mahu bersama
MASYARAKAT DALAM ISLAM

• Kamus dewan: kumpulan manusia yang hidup Bersama, di sesuatu


tempat dengan aturan dan cara tertentu
• Masyarakat sebagai asas pembinaan sesebuah tamadun
• Manusia mempunyai sifat ‘bermasyarakat’
2.3 POLITIK & PEMERINTAHAN

Politik: ‘polis’ (negara kota), ‘siyasah’. Politik Islam adalah berteraskan al-Quran & al-Sunnah
Kamus Dewan: Ilmu yg berkaitan dgn pemerintahan yg meliputi siasah, kenegaraan, parti politik dan tipu
muslihat

ASAS POLITIK ISLAM:

Rabbaniyyah/Ilahiyyah: kewujudan & kehebatan Allah SWT sebagai pencipta alam ini-kuasa pemerintahan &
perundangan milik Allah SWT

Al-Amanah: tanggungjawab yang diterima & keikhlasan dalam melaksanakannya

Al-’Adalah: keadilan-asas penting dalam politik Islam

Al-Musawah: persamaan taraf-perbezaan warna kulit, keturunan bukan ukuran penting

Al-Musyawarah: bermesyuarat/berbincang dalam memberi pandangan

Al-Hurriyyah: kebebasan bergerak, tempat tinggal, mendapat keamanan, mengajar & menuntut ilmu
2.4 EKONOMI & KEWANGAN
Sejarah ekonomi Islam bermula pada zaman Nabi Yusuf a.s melalui perancangan ekonominya
dalam menghadapi musim kemarau yang melanda pada masa itu

Istilah iqtisad merujuk kepada ekonomi Islam

Asas-asas falsafah ekonomi Islam:

Tauhid: beriman & mangakui kekuasaan Allah

Konsep Rububiyyah: mengesakan Allah sebagai satu-satunya zat yang mencipta manusia &
menguasai alam

Tazkiyyah: pembersihan untuk membentuk jiwa suci

Khilafah: manusia memegang tanggungjawab dengan melaksanakan apa yang telah diperintahkan
Allah SWT
Kesamaan & persaudaraan manusia: kemerdekaan individu, persamaan
hak sesama manusia, peluang/kesempatan yang sama, hak berpolitik, hak
ahli masyarakat lain

Konsep hak milik: setiap individu memiliki harta & menikmati faedah
daripadanya

Matlamat kegiatan ekonomi: pencapaian al-falah (kejayaan dunia dan


akhirat)
KEWANGAN ISLAM
• Sebahagian daripada sistem ekonomi Islam yang menguruskan
aktiviti ekonomi berkaitan kewangan
• Dirujuk sebagai tasarruf maliyyah dalam sektor ekonomi
• Mohd Daud Bakar (2003) menyatakan ia merujuk kepada sistem
kewangan yang berjalan selaras dengan undang-undang Islam yang
berteraskan al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad para ulama’.
• Ia berbeza dengan sistem kewangan konvensional yang wujud hari
ini.
Tujuan Dan Objektif Sistem
Kewangan Islam
• Memenuhi keperluan umat Islam terhadap satu sistem yang
menepati lunas Syariah

• Objektif:
• Mengumpul modal
• Mengagih modal
• Menentukan kestabilan
• Menentukan keadaan ekonomi yang makmur
• Mewujudkan keadilan
Institusi Kewangan Islam

• Perbankan Islam
• Takaful
• Baitulmal: perbendaharaan negara
Sumber Kewangan Dalam Islam

• Zakat
• Wakaf
• Ushur
• Kharaj
• Fai
• Jizyah
• ghanimah
Kaedah pemilikan harta dalam Islam:

Jual beli: pertukaran harta dengan cara transaksi perniagaan

Wasiat: pertukaran hak milik selepas berlaku kematian. Hukum adalah sunat.

Wakaf: bererti menahan dan berhenti. Istilahnya memberi maksud penahanan hak
milik atas sesuatu untuk tujuan menyedekahkan manfaat.

Hibah: pemberian yang memberi manfaat kepada mereka yang menerima

Hak cipta: set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu idea dan
maklumat sewenang-wenangnya.
PRINSIP UMUM PENGGUNAAN:

Kepercayaan tentang wujudnya hari akhirat

Kejayaan dalam Islam

Kekayaan & harta adalah amanah serta ujian


daripada Allah SWT
• Pilihan Keutamaan Penggunaan:

- Penggunaan sumber asli yang lebih baik


- Barang keperluan hidup
- Barang keperluan asas
- Barang keperluan kecekapan
- Barang keselesaan
- Barang mewah
- Barang merbahaya/merosakkan

• Agihan Kekayaan: Hak Yang Adil & Saksama. Fungsi:

- Rapatkan jurang kaya & miskin


- Penuhi keperluan individu
- Tanam rasa kasih pada jiwa penderma
KESIMPULAN

• Pembinaan tamadun Islam dimulai dgn penjanaan aspek-aspek


pemikiran yang bersumberkan al-Quran & al-Sunnah
• Aspek ilmu merupakan aspek utama yang menekankan fardhu ain
& fardhu kifayah
• Sistem sosial dimulakan dengan pembinaan keluarga dan diikuti
masyarakat dan negara
• Sistem ekonomi Islam menekan aspek keadilan
• Sistem politik yang bertunjangkan tauhid terbukti dengan
kehebatan empayar tamadun Islam suatu ketika dahulu.
SOALAN LATIHAN
• Apakah asas-asas Pemikiran Tamadun Islam?
• Jelaskan keluarga dalam konteks pemikiran Islam?
• Jelaskan falsafah ekonomi Islam?

Anda mungkin juga menyukai