Anda di halaman 1dari 9

TITAS SET 1

Tamadun

Islam

Melayu

Cina

India

Ciri-ciri Tamadun

- Penempatan Kekal
- Kehidupan Berkualiti
- Strafikasi Sosial
- Bahasa & Tulisan
- Organisasi Politik & Pemerintahan
- Teknologi & Reka Cipta
- Kreativiti
- Kehidupan Beragama

Interaksi antara Tamadun\dfdfdf

- Bermaksud hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi
antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial
mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun.

Faktor-faktor Interaksi
1) Kepimpinan – peranan pemimpin melalui pelaksanaan visi dan misi untuk
memajukan bangsa dengan aktiviti interaksi.
2) Agamawan – golongan agama memainkan peranan penting dalam interaksi melalui
interaksi agama dan dakwah.
3) Geografi – kedudukan yang strategik memungkinkan berlakunya interaksi
sempadan geografi.
4) Perkahwinan – antara pasangan yang berlainan etnik, bangsa dan budaya.
5) Perdagangan – melalui proses hubungan dagang dua hala antara negara-negara
yang berdagang.
6) Misi politik – melalui pelbagai pendekatan sama ada penaklukan, penjajahan atau
kerjasama antara pelbagai negara.
Jenis Interaksi
1) Budaya sama – Hubungan budaya dalam rumpun kaum yang sama seperti budaya
masyarakat Melayu dan Cina yang terdiri daripada pelbagai suku.
2) Budaya berbeza – Kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan saling
berinteraksi seperti antara masyarakat Islam dan Hindu Buddha di Asia Tenggara.
3) Kuat dengan Lemah – Interaksi antara kelompok yang lemah dengan yang kuat
spt :Yahudi/Kristian dan Islam pada zaman kegemilangan di Semenanjung Tanah
Arab dan Andalus.

Kesan Negatif
o Wujudnya jurang perkauman.
o Wujudnya jurang ekonomi.
o Permusuhan dan peperangan. Buddha vs Konfucius. Islam vs Hindu.
Peperangan Salib antr Islam dan Kristian.

Positif
o Perpindahan Teknologi – Tamadun China ke India misalnya, pembuatan
kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas. Tamadun India ke China
seperti bidang astronomi dan teknologi membuat gula dari tebu.
o Perpindahan Ilmu – Penambahan kosa kata, pengaruh bahasa Sanskrit/Arab
dalam bahasa Melayu.
o Peningkatan Hasil Kesenian – Pengaruh seni bina Ismlam ke dalam seni bina
China terutama seni bina masjid.

Asas pembentukan tamadun

Islam

Akidah

• Iaitu sistem kepercayaan Islam

– Aspek kepercayaan (rukun iman)

– Aspek kaedah perlaksanaan akidah

• Kesatuan pelbagai latar belakang manusia

dengan sistem kepercayaan yang satu

• Rasional,

– Terbuka kepada penemuan baru

– Menolak sesuatu yang tidak realiti, eg. tahyul


– Menolak pertentangan akal dengan wahyu

• Toleransi berpaksikan akidah dan syariah

Syariah

• Iaitu peraturan dan undang-undang

• Keistimewaan

– Mengatur kehidupan manusia dengan sempurna

– Bersifat universal

– Bersifat tetap

• Manifestasi Syariah

– Memelihara agama

– Memelihara nyawa

– Memelihara akal

– Memelihara kehormatan dan keturunan

– Menjaga harta benda

Akhlak

• Nilai dan tingkahlaku manusia yang menepati ajaran Islam

• Mengandungi sifat-sifat terpuji yang patut diamalkan

Melayu

• Masyarakat Melayu dikatakan mula bertapak sejak 5,000 thn dahulu.

• Kemunculan tamadun dan masyarakat Melayu berteraskan penguasaan pertanian.

• Amalan mesyuarah dlm kalangan masyarakat Melayu mencerminkan nilai kesakmaan


anggota masyarakat. Lazimnya diamalkan kalangan masyarakat desa, manakala golongan
Istana berkuasa mutlak

• Nilai2 luar turut mempengaruhi masyarakat Melayu spt. Hindu dan Buddha, Islam, kuasa
Barat – British.

• Istimewanya, masyarakat Melayu boleh menyesuaikan nilai luar dgn nilai tempatan.
Sumbangan Tamadun dalam sains dan teknologi

Melayu

- Teknologi pertanian
- Sains ukuran, timbangan dan sukatan
- Teknologi alam bina
- Teknologi tekstil dan warna.

Cina

- Astronomi – katalog bintang(gerhana dan komet), peralatan, rekod dan kalendar.


- Matematik – pengunaan sempoa, sembilan bab matematik, kuantitif negatif,pi,
pecahan dan perpuluhan.
- Perubatan – akupuntur dan moxibation(membakar daun moxa)
- Teknologi – membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas

Cabaran-cabaran mengadakan dialog/interaksi di antara Tamadun

 Keganasan dan ketidakadilan

 Perebutan kuasa politik dan ekonomi

 Kejahilan tentang tamadun lain

 Layanan buruk

TITAS SET 2

Dunia Globalisasi (kelahiran) sumbangan tamadun

Fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia
disebabkan kepantasan teknologi maklumat.

Asia & Barat – interaksi tamadun.

- Nilai-nilai sepunya
- Menghormati realiti dunia berbilang tamadun
- Saling kebergantungan
- Memahami isu-isu yang memisahkan
- Memahami isu keganasan dari semua perspektif

Israel dan Palestin – peranan kita sebagai negara Islam.

Intergrasi Nasional
Pandangan semesta sesuatu tamadun.

Islam

1. Mengenepikan perbezaan bangsa

2. Konsep keimanan

a- Tauhid (keEsaan kepada Allah)

b- Kepercayaan membuahkan ketaatan kepada syariat

3. Konsep kekuasaan

a- Allah adalah penguasa dan pemilik mutlak seluruh Alam

b- Manusia adalah khalifah (pentadbir)

4. Konsep kemanusiaan

a- Makhluk yang mukallaf, bertanggungjawab terhadap amanah

b- Perlu memenuhi keperluan fizikal dan spiritual (jasad dan roh)

c- Pembinaan manusia atas asas taqwa

India

1. Amnya bergantung pada falsafah dan pegangan agama

2. Hinduisme merangkumi idea2 agama, falsafah dan budaya.

3. Mengandungi kepercayaan kpd kelahiran semula, tuhan yg mutlak, sebab dan akibat,
mengagungkan keadilan dsb.

Cina

Konsep Tian

◦ Kepercayaan Tian dirujuk kpd langit bermaksud dewa utama.

◦ Semasa dinasti Chou,Tian dirujuk kpd makhluk unggul mempunyai kuasa, menguasai
perjalanan hidup dan menentukan nasib yg mendapat mandat dari syurga.

◦ Umumnya,Tian merujuk kpd 4 fahaman utama:

 Tian - sumber kewujudan kpd seluruh makhluk

 Tian – maha agung mengatasi segala sesuatu

 Tian – kuasa penentu nasib sesebuah dinasti


 Tian – penentu bahagia dan sengsara

◦ Raja-raja Chou sering dikaitkan dgn konsep Tian iaitu sbg wakil Tuhan.

◦ Tian mempunyai tggjawab jaga keamanan, lindungi rakyat dan menghukum pesalah.
Mandat akan ditarik jika raja berlaku zalim.

◦ Menurut Konfusius, Tian – tuhan terunggul yg menentukan nasib seseorang.

Konsep Di / Ti

◦ Umumnya ia merujuk kepada bumi

◦ Dalam teori Yin dan Yang, Tian dirujuk kpd proses penciptaan makhluk dan Di bertindak
menjaganya.

◦ Bagi masyarakat bawahan, Di dianggap dewa tertinggi dan menguasai dewa-dewa lain.

◦ Bagi Konfusius,Di bukan dewa-dewa tetapi sebaliknya Tian adalah tuhan.

Dao/Tao

◦ Dao = sesuatu jalan / cara kelakuan atau tabiat sama ada baik @ buruk.

◦ Menurut Kung Fu-Tze – dao dianggap peraturan yg mesti dipatuhi

◦ Berdasarkan kitab anjaran dao, dao sbg asas kepada punca segala benda wujud, termasuk
Tian dan Di berasal dari dao.

◦ Tindakan dao mencipta sesuatu adalah secara spontan dan tidak bertindak dgn apa2 tujuan

Zhongyong

◦ Ianya merujuk kepada kesederhanaan dan keseimbangan. Tidak bersetuju suatu konflik
yang melibatkan manusia diselesaikan melalui kekerasan tetapi melaui perundingan @ tolak
ansur.

Taiji

◦ Iaitu sesuatu yang bersifat universal. Diguna utk menjelaskan perubahan dunia serta segala
kewujudan benda.

◦ Ia adalah prinsip dan disiplin kepada semua benda dan selalu berada dlm keadaan
bertentangan iaitu Yin (negatif) dan Yang (positif)

YinYang

◦ Prinsip ini dianjurkan oleh pendukung Taoisme.

◦ Dalam kehidupan wujud pertentangan spt lelaki & wanita, cerah & gelap, dsb namun saling
melengkapi. Contoh: kegelapan malam terdapat cahaya bintang.
Datong

◦ Diibaratkan sbg jalan agung. Ianya hanya dapat dicapai apabila segala objek / benda di
dunia ini dikongsi oleh semua pihak secara adil, tanpa membazir dan digunakan demi
kepentingan umum.

◦ Termasuk juga yg tua dijaga dan yg muda dipelihara selain tiada


maksiat,mencuri,pemberontakan di dunia ini.

Konfusianisme

◦ Nama sebenar pengasas – Kung Chiu.

◦ Asas Konfusianisme berasal daripada tulisan2 klasik yg diterbitkan atas nama Konfusius.

◦ Ajaran konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yg mulia – ren
(kemanusiaan), li (kesusilaan), xiao (taat kpd ibubapa)

◦ Moral yang baik mampu membentuk pemerintah yang baik.

Buddhisme

◦ Diasaskan – Siddharta Gautama Buddha di India.

◦ Ajaran asing yang sebati dgn kehidupan masyarakat Cina.

◦ Di Cina agama ini mengalami pengubahsuaian sehingga menyerap ciri-ciri kecinaan dan
dikenali Buddhisme Cina.

◦ Ajaran – penderitaan berpunca daripada nafsu yang berakar dlm diri manusia. Nafsu hanya
dpt dihindarkan jika mengikuti Lapan Jalan Mulia:

 Panna (kebijaksanaan)

- Pemahaman yang betul


- Pemikiran yang betul

 Samadhi (penumpuan)

- Pengucapan yang betul


- Tindakan yang betul
- Cara hidup yang betul

 Sila (moral)

- Usaha yang betul


- Pertimbangan yang betul
- Tumpuan yang betul
Daoisme

◦ Diasaskan oleh 2 org pemikir agung Cina – Lao Zi & Zhuang Zi

◦ Lao Zi beranggapan dunia manusia adalah buruk dan menyeru ke arah keadaan semula jadi.
Menekankan pembinaan perwatakan manusia. Menurutnya, kecurian, rompakan, peperangan
adalah usaha manusia mengejar benda yg tidak dpt diperolehi dgn cara baik.

◦ Dunia akan aman dan tidak memerlukan undang2 jika manusia tidak mengejar dunia dan
menahan nafsu.

◦ Baginya, kerajaan yang baik ialah kerajaan memerintah dgn kurang.

Moisme

◦ Diasaskan oleh Mo Zi. Konsep pemikiran – aspek kasih sayang sejagat, mengecam sikap
suka berperang dan menyerah kepada nasib dan mengutamakan golongan cerdik pandai.

◦ Beliau menyatakan,:

 setiap orang harus mencintai semua orang spt mencintai diri sendiri dan menekankan
persamaan kerana ianya boleh mengelak jenayah.

 Kerajaan harus dipimpin oleh org yg berkebolehan dan baik

 Melarang hidup mewah tetapi sederhana.

 Elakkan pembaziran spt adat pengkebumian secara besar-besaran.

 Melarang muzik kerana melalaikan. Negara akan binasa jika raja lalai dgn muzik

Legalisme (Fa Jai)

◦ Diasaskan oleh Xun Zi. Beliau menyatakan manusia asasnya bersifat jahat dan perlu
melihat diri sendiri. Ini berbeza dgn Konfusius di mana manusia asasnya baik.

◦ Undang2 keras dan hukuman berat adalah cara utk membawa keamanan bg negara dan
mengajar manusia ke arah sikap baik.

◦ Antara falsafah legalis:

 Menentang dunia feudal

 Golongan bangsawan perlu diganti dgn hirarki tentera

 Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racun rosakkan masyarakat

 Pertanian dan peperangan dipuji sbg asas kuasa negara.

Islam

◦ Islam sampai ke negara Cina seawal abad ke 7M melalui jalan darat dan laut.
◦ Pedagang Arab-Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Quanzhou.

◦ Manakala pendakwah Islam yang melalui jalan darat (jalan Sutera) tlh membentuk
masyarakat Islam di Xian.

◦ Di zaman dinasti Yuan (1271-1368M) telah lahir tokoh2 Islam yang memberi sumbangan
besar kepada tamadun Cina spt astronomi, perubatan, sains dan teknologi.

◦ Ahli pelayaran Islam Cina – Zhenghe berjaya melakukan pelayaran mengelilingi dunia
termasuk ke Alam Melayu

Melayu

1. Akidah Islam

2. Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin

3. Berpegang teguh kepada adat resam

4. Memuliakan yang tua

5. Mengutamakan ikatan kekeluargaan & hubungan Silaturahim.

6. Saling Menghormati

7. Meraikan tetamu

8. Bertimbang Rasa

9. Bersopan Santun, Berbudi bahasa

10. Bermesyuarah / Bermuafakat

11. Bergotong –royong dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai