Anda di halaman 1dari 40

BAB 2

KONSEP ETIKA
DAN PERADABAN
Kandungan
• Konsep Etika dan Peradaban
• Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika Peradaban Alam Melayu dan Dunia.
 Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika Peradaban Melayu
 Perkembangan Sejarah Alam Melayu
 Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika Peradaban Asia
 Pengaruh Peradaban Asia: India
 Pengaruh Peradaban Asia: China
 Pengaruh Peradaban Asia: Timur Tengah
 Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika Peradaban Dunia
 Pengaruh Peradaban Barat: Portugis
 Pengaruh Peradaban Barat: Belanda
 Pengaruh Peradaban Barat: Inggeris
 Peradaban Globalisasi
Konsep Etika dan Peradaban

• Etika dan peradaban adalah dua konsep yang bergerak seiring.

• Tokoh-tokoh falsafah awal dunia seperti Socrates, Plato dan Aristotle telah
membicarakan konsep etika dan peradaban sejak dahulu lagi.

• Karya Plato yang paling popular iaitu ‘Republic’ menyentuh mengenai etika
dan peradaban.

 Membicarakan konsep teras utama etika iaitu keadilan.


 Manusia yang adil lebih bahagia berbanding manusia yang tidak adil.
 Pemerintah yang tidak melaksanakan prinsip adil dalam pentadbiran
dianggap sebagai pemerintah yang gagal.
 Untuk menjadi pemerintah yang adil, memiliki ilmu pengetahuan adalah
kunci utama.
• Pembinaan Peradaban Manusia juga jelas dihuraikan dalam karya ‘Republic’.

 Manusia dibahagikan kepada tiga kelas sosial iaitu pekerja, tentera dan
pemerintah.
 Setiap kelas masyarakat ini mempunyai nilai moral atau etika yang harus
dipegang dan dilaksanakan.

Kelas Sosial

Pekerja Tentera Pemerintah

Untuk menjadi kelas Untuk kelas tentera Untuk menjadi pemerintah,


pekerja, seseorang itu pula, seseorang itu perlu memiliki ilmu
mestilah mempunyai harus mempunyai pengetahuan tinggi,
kemahiran-kemahiran sifat keberanian, rasional, kawalan kendiri,
tertentu - ilmu gagah dan sanggup kebijaksanaan dan boleh
pertukangan, pertanian, mengembara. membuat keputusan yang
penternakan. baik untuk masyarakat.
• Peradaban atau tamadun:
 Bermaksud sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa,
kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.
 Taraf kemajuan dan pembangunan kemanusiaan yang tinggi yang
dicirikan oleh tahap pencapaian yang tinggi dalam kesenian, agama,
sains dan organisasi sosial dan politik.
 Keadaan pemikiran (budaya dan moral) yang halus.

• Masyarakat yang bertamadun pula membawa maksud masyarakat yang:


 Telah mencapai tamadun, berperadaban.
 Mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yang halus, berperadaban,
beradab.
• Proses pembentukan peradaban merupakan manifestasi kepada pencapaian
manusia dalam bidang keilmuan kekuatan rohaniah.

• Negara yang bertamadun ialah sebuah negara yang mempunyai bangsa


yang beradab dan berakhlak.

• Bangsa yang bertamadun akan dapat membina satu peradaban.


• Untuk membina satu peradaban pula, memerlukan ketamadunan iaitu
peningkatan kemajuan dalam kehidupan rakyatnya sama ada dari aspek
rohani dan jasmani.
Etika
• Ilmu yang membicarakan kelakuan manusia, perbuatan atau tingkah laku manusia, mana
yang dapat dinilai baik dan mana yang tidak baik dan seharusnya diketahui serta
diamalkan dalam kehidupan sama ada dari sudut individu, masyarakat dan negara.

• Garis panduan yang memandu manusia dalam pemikiran, kelakuan dan perbuatan.

• Etika menurut sarjana:


• Thomas Aquinas:
 Suatu kebiasaan atau keperluan untuk berbuat baik, suatu tingkah laku untuk
bertindak secara baik.
 Kualiti etika yang baik membantu untuk menjalani kehidupan dengan harmoni dan
telus.
• Socrates:
 Ia merupakan suatu usaha yang berterusan dan bersistematik untuk memahami dan
melaksanakan konsep serta prinsip moral.
 Ia merangkumi elemen sama ada tindakan yang diambil betul, salah, dibenarkan,
tidak dibenarkan dan lain-lain.
• Ayn Rand
 Etika ialah satu sains untuk mencari cara-cara yang sesuai untuk kehidupan seseorang
individu. Ia adalah satu kajian tentang nilai”.
Pembahagian Etika
• Etika Deskriptif
 Berkaitan sejarah sistem moral.
 Kepelbagaian sistem moral yang relatif - Contoh: agama
 Tidak dapat membuat penilaian terhadap sistem moral.

• Etika Individu
 Melihat sifat individu dalam kehidupan seharian.
 Etika yang baik terbina daripada niat, perlakuan dan tingkah laku kepada perkara
yang memberi nilai kesejahteraan dan kebahagiaan sejagat.

• Etika Sosial
 Hubungan dengan persekitaran sosial daripada aspek kejiranan dan perhubungan
mesra antara satu sama lain.

• Etika Kerja
 Panduan tingkah laku dalam menguruskan kehidupan secara sistematik.
 Melahirkan pekerja yang berkualiti dan berdaya maju.
 Mewujudkan organisasi yang stabil dan berwawasan
• Etika Meta (Meta ethics)
 Meta – disebalik apa yang dapat dilihat secara kasar.
 Mengkaji asal usul serta maksud konsep-konsep etika.
 Turut memfokuskan kepada isu-isu metafizik, psikologi dan linguistik yang tidak
dapat dilihat secara kasar.

• Etika Normatif
 Berkaitan kritikan dan penilaian pada sistem moral.
 Mencadangkan sistem moral yang standard bagi semua golongan
 Dua teori:
 Deontologikal – berasaskan tindakan individu.
 Teleologikal – berdasarkan kesan sesuatu tindakan.

• Etika Gunaan
 Analisis terhadap isu-isu khusus dan kontroversi dalam pelbagai bidang.
 Mencari penyelesaian terhadap masalah dengan pelbagai konsep dalam etika
meta dan normatif.
 Contoh – isu alam sekitar, perubatan dan perniagaan.
Kaedah Pembentukan Etika
• Berkaitan prinsip dan peraturan terbaik.
• Bukan mengenai apakah jenis manusia yang ingin dibentuk.
• Telelologi – baik atau buruk = akibat.
• Deontologi = kewajipan/tugas.

Konsep Moral
• Tingkah laku atau amalan yang selari dengan tatasusila dan undang-undang
masyarakat.
• Tindakan bermoral dapat dilihat dengan reaksi/tindak balas manusia dalam situasi
berikut:

• Pengawalan diri pada keinginan nafsu dari membuat tingkah laku yang salah.
 Kawalan terhadap keperluan fizikal berdasarkan peraturan masyarakat yang diterima
secara rasional.
 Bertindak secara rasional pada keputusan.
Etika daripada Perspektif Pelbagai Peradaban
Peradaban Islam
• Etika daripada perspektif Islam dikenali sebagai akhlak – jamak kepada perkataan
khuluq.
• Dari sudut pandangan Islam pula, etika merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip
moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai-
nilai baik dan dengan melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala.
• Menurut al-Ghazali – sifat yang tertanam dalam jiwa yang membentuk perbuatan
dengan mudah dan tidak memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
• Terdapat tiga ciri akhlak:
 Aspek batin – sebagai penggerak.
 Aspek luaran – tingkah laku yang bukan kerana paksaan.
 Tabiat yang baik perlu dilaksanakan secara berterusan supaya sebati dalam
kehidupan.
• Akhlak yang baik – Mahmudah (perbuatan yang baik dan menurut akal).
• Akhlak yang tidak baik – Mazmumah (perbuatan yang buruk (berbohong, dengki,
khianat, bakhil dan lain-lain)
Peradaban Cina

• Etika dalam masyarakat Cina pula dipengaruhi oleh aliran falsafah yang
pelbagai dan antara yang popular ialah Konfusianisme, Buddhisme dan
Taoisme.
• Ketiga-tiga aliran ini saling melengkapi dan dijadikan pedoman dalam
kehidupan seharian masyarakat Cina.

• Lima Rukun Moral dalam Agama Buddha (The Five Precepts)


 Jangan membunuh
 Jangan mengambil barang orang lain tanpa kebenaran.
 Jangan berzina.
 Jangan bercakap bohong
 Jangan minum minuman yang memabukkan.
Peradaban India
• Agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda yang mengandungi dasar-dasar
ketuhanan dan prinsip-prinsip etika yang wajib dipegang teguh oleh pengikutnya.
• Kerangka dasar agama Hindu ialah:
i) Falsafah Agama Hindu – inti ajaran agama.
ii) Etika Agama Hindu (Susila) – Su bererti baik manakala sila bermaksud kebiasaan
atau tingkah laku yang baik – ringkasnya, Susila bermaksud tingkah laku atau
kelakuan yang baik / mulia yang harus menjadi pedoman manusia (pemikiran
yang sihat, percakapan yang baik dan melakukan aktiviti berfaedah)
iii) Upacara atau Ritual Agama Hindu – pengorbanan suci sebagai bentuk
rasa syukur kepada Tuhan.
• Bagi masyarakat India yang beragama Hindu, terdapat satu fahaman atau
kepercayaan terhadap konsep Karma.
 Perbuatan baik akan diberi balasan yang baik manakala perbuatan jahat akan
membawa padah.
• Karma dikaitkan dengan kepercayaan kelahiran semula (reinkarnasi) - Semasa hari
pembalasan, manusia akan dibalas mengikut amal perbuatan mereka semasa
hidup.
 Samsara - balasan penerimaan roh ke dalam jasad makhluk yang lebih rendah
sebagai penyeksaaan

 Moksha - balasan penetapan roh kepada tahap yang lebih tinggi sebagai balasan
baik terutama kepada mereka yang kuat beragama.
Teori Etika
• Teori menyediakan prinsip-prinsip moral atau garis panduan yang mengandungi
nilai tertentu.
• Teori etika membantu melihat perbezaan pandangan dalam membuat
penilaian tindakan manusia daripada pelbagai asas teori.
• Setiap individu terikat dengan konsep betul-salah dalam kelakuan kita terhadap
orang lain.
• Oleh itu, kita perlu mewujudkan kaedah analitis yang konsisten untuk
mengklasifikasikan sama ada tindakan kita sebagai 'betul' atau 'salah'.

Egoisme
Teleologi
Teori Etika

Utilitarianisme

Prinsip Kewajipan
Deontologi
Eksistensialisme
Kaedah Pengukuran Gerak Laku Manusia

Kaedah Dentologikal Kaedah Teleologikal


Act-Oriented Result-Oriented
Non-consequentialist Consequentialist
Proses gerak laku Kesan dan akibat gerak laku

Tokoh-tokoh Tokoh-tokoh

Immanuel Kant Jeremy Bentham


(Categorical Imperative) (Utilitarianism Theory)
Kemanfataan dan keselesaaan
Abraham Maslow
(Hierarchy of Need) John Stuart Mill
(Quality of Pleasure)
Carol Gilligan Kualiti Kesejahteraan
(Moral Development Theory)
Ethic of care

Lawrence Kohlberg
(Moral Development Theory)
Ethic of justice
Teori Teleologi

• Berasal dari kata Yunani iaitu telos = tujuan / matlamat.


• Teori ini amat mementingkan hasil akibat daripada sesuatu tindakan.
• Nilai ‘betul’ atau ‘salah’ adalah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan.
• Hasil atau akibat sesuatu tindakan – tindakan atau perbuatan yang dilakukan
yang membawa kebaikan adalah bermoral manakala yang mendatangkan
keburukan adalah tidak bermoral.
• Dua aliran:
• 1) Egoisme - setiap tindakan perlu mengambil kira kepentingan diri.
• 2) Utulitarianisme - setiap tindakan perlu mengambil kira kesan baik dan
manfaat kepada semua yang terlibat.
Utilitarianisme
• Diasaskan – Jeremy Bentham (1748-1832) dan dikembangkan oleh John Stuart Mill
(1806-1873).
• Utility” bermaksud ‘berguna’ & ‘kegunaan’
• Prinsip Kebahagiaan Terbanyak.
• Kegembiraan pihak majoriti adalah diutamakan berbanding dengan kesedihan
yang dihadapi minoriti.
• Tindakan yang membawa kegembiraan atau keseronokan kepada majoriti -
tindakan yang betul dan bermoral.
• Tindakan yang menghasilkan kesusahan atau kesedihan kepada majoriti -
tindakan tidak betul dan tidak bermoral.

• Contoh: Peperangan
 Pertimbangan perlu diberikan terhadap kemudaratan dan kebaikan yang dihasilkan
daripada peperangan,
 Jika kemudaratan dijangka melebihi kebaikan, peperangan tidak boleh dijustifkasikan,
 Jika kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan, peperangan
itu dibolehkan.
* Pengukuran keseronokan (dan kesengsaraan) dilakukan melalui Kalkulus Hedonik
Bentham (Hedonic Calculus) iaitu dengan mempertimbangkan 7 elemen.

Kalkulus Hedonik Bentham


Elemen Keterangan

Kedalaman (intensity) Berapa dalam kesan pengalaman kesengsaraan dan


keseronokan seseorang?
Kelamaan (duration) Berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan dari sesuatu
tindakan?

Kepastian (certainty) Berapa pastikah timbulnya keseronokan dan kesengsaraan dari


sesuatu tindakan?

Kesegeraan (propinquity) Berapa cepat atau lambat pengalaman keseronokan dan


kesengsaraan seseorang?
Kesedaran Bagaimanakah kemungkinan perasaan keseronokan itu akan
(fecundity) membawa kepada keseronokan yang lain?

Keberkesanan Bagaimana kebarangkalian kesengsaraan itu akan membawa


(purity) kepada kesengsaraan yang lain?

Had Berapa banyak individu yang terkesan dengan keseronokan


(extent) tersebut?
• Utilitarianisme dibahagikan kepada DUA:

1) Utilitarianisme Perbuatan / Tindakan (Act Utilitarianism)


- Setiap orang patut melakukan tindakan yang akan membawa kebaikan maksimum
untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu.
- Setiap individu perlu berusaha dan memastikan agar tindakan yang dibuat boleh
memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat dan bukannya untuk kebaikan
individu semata-mata.
- Sesuatu tindakan itu dianggap baik jika tindakan itu membawa kesan yang
menguntungkan.
- Contoh: Jangan berbohong, bagi yang berfahaman act utilitarian, mereka melihat
kepada kesan sesuatu perbuatan terhadap apa yang mereka putuskan.

2) Utilitarianisme Peraturan (Rule Utilitarianism)


- Sesuatu itu dipandang baik jika ia berguna dan tidak melanggar peraturan yang
ada.
- Peraturan dan undang-undang perlu diikuti oleh setiap individu.
- Dalam apa jua situasi dan keadaan, masyarakat akan diadili di bawah undang-
undang.
- Contoh: Jangan membunuh.
Kritikan Utilitarianisme

1) Mendorong manusia bertindak dengan cara tidak baik atas alasan perlu menyekat
perkara yang lebih buruk.
• Mendorong pemikiran ke arah ‘menghalalkan cara’.
• Contoh – mendera keras seseorang yang telah membuat kesalahan, malahan
menghukum orang yang tidak bersalah (scapegoat) sekiranya perlu demi untuk
mengelakkan kekacauan, kerugian, kerosakan, kejatuhan atau kecelakaan yang
lebih besar.

2) Keseronokan dan kesakitan adalah subjektif dan kabur.


• Ada sesetengah perkara yang tidak dapat diterangkan dengan betul dan tepat bagi
menggambarkan keseronokan dan kesakitan.
• Contoh:
 Terdapat sensasi yang tidak enak dan kurang menyenangkan, namun tidak
menyakitkan – misalnya, gatal di kepala.
 Terdapat juga sensasi yang menyakitkan tetapi tidak semestinya merunsingkan atau
menyenangkan, misalnya semasa melahirkan anak.
3) Prinsip utiliti yang menggambarkan manusia hanyalah sebagai pemburu
keseronokan atau manusia itu secara naluri semestinya membenci kesakitan
adalah tidak tepat.

• Contohnya, wujud golongan masochist yang menikmati dan suka kepada


kesakitan atau mendapat kepuasan daripada kesakitan yang dilakukan
terhadap dirinya sendiri.

4) Tidak ada kaedah bagi menentukan atau mengukur sesuatu perlakuan /


tindakan yang dianggap ‘betul’, ‘terbaik’ atau sesuai’.

• Meskipun utilitarianisme menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu sama ada


baik atau jahat boleh disukat dengan menggunakan kalkulus hedonik (dari
segi kuantiti, yang baik dan jahat mestilah diimbangi), namun kaedah ini
kurang sesuai.

• Hakikatnya, keseronokan atau kesakitan yang dirasai seseorang sukar disukat.


Egoisme
• Sesuatu tindakan itu adalah baik dan betul jika membawa kebaikan kepada diri
sendiri dan sesuatu tindakan itu adalah buruk jika merugikan diri sendiri.
• Sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah semata-mata
untuk memanfaatkan diri sendiri.
• Prinsip egoisme – sayangkan diri (self love), menguntungkan diri dan
tanggungjawab untuk kebaikan diri.
• Contoh: Dalam kebakaran, kita tidak sepatutnya membantu menyelamatkan
mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawanya sendiri.

• Egoisme terbahagi kepada DUA:


 Egoisme psikologi (psychological egoism)
 Egoisme Etika (Ethical Egoism)
Egoisme psikologi (psychological egoism)
• Manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri / kepentingan peribadi kerana dibentuk
secara mental untuk berbuat demikian.
• Hanya kepentingan diri yang dapat memotivasikan manusia dalam membuat sesuatu.
• Setiap orang yang menghulurkan bantuan kepada orang lain (seperti menjalankan aktiviti
persaingan secara adil, menjaga kebajikan masyarakat) sebenarnya mempunyai tujuan
untuk mempromosikan dirinya sendiri / mendapat faedah untuk diri sendiri.
• Teori ini menafikan wujudnya nilai moral altruisme - segala tindakan altruitisme hanyalah
satu ilusi.

Egoisme Etika (Ethical Egoism)


• Kita tidak harus mengabaikan secara mutlak kepentingan orang lain tetapi kita patut
mempertimbangkannya apabila tindakan itu secara langsung akan membawa kebaikan
kepada diri sendiri.

• Tindakan menolong orang lain dianggap sebagai tindakan untuk menolong diri sendiri
kerana mungkin sahaja kepentingan orang lain tersebut bertautan dengan kepentingan
diri.
• Contoh - Menyelamatkan mangsa lemas – walaupun perkara ini adalah membahayakan
diri sendiri, namun demikian, ganjaran dalam bentuk wang atau penghormatan yang akan
diterima dapat memotivasikan individu dalam melaksanakan perkara tersebut.
Kritikan Egoisme

• Melahirkan individu yang mementingkan diri dan tidak mengambil


kira kepentingan orang lain.

• Tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar


kepentingan diri sendiri dan hal ini memudaratkan orang lain.

• Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu


piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesuatu tindakan.
Teori Deontologi
• Deontologi – tugas atau kewajipan.
• Teori ini menolak apa yang diperakui oleh teori teleologi.
• Teori deontologi mementingkan perbuatan, tindakan atau kelakuan dan bukannya
kepada akibat dan kesan sebagaimana yang ditekankan oleh teori telelologi.
• Perbuatan atau tindakan yang dilakukan dilihat sebagai satu yang penting bagi
menentukan sama ada ia bermoral atau sebaliknya - sesuatu perlakuan dianggap
bermoral jika mengikut kewajipan dan sebaliknya.
• Terbahagi DUA:
 Prinsip Kewajipan
 Prinsip Ekstensialisme
Prinsip Kewajipan
• Prinsip Kewajipan (principle of duty) dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804)
yang menegaskan “duty for the sake of duty” –sesuatu tanggungjawab itu
dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab.
• Menurut Kant, keutamaan moral ialah mengamalkan kewajipan.
• Individu yang baik dari segi moral ialah individu yang sentiasa berkelakuan atau
bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang.
• Bagi memastikan sesuatu tindakan itu betul atau tidak, tindakan itu perlulah selari
dengan kemoralan universal.
• Menekankan konsep ‘tekad baik’ (goodwill) dan prinsip Perintah Mutlak.

 Konsep Tekad baik – kesungguhan hati untuk melakukan sesuatu dengan tujuan
niat baik dan tanpa syarat (contoh: Memberanikan diri untuk menyelamatkan
seseorang yang berada dalam keadaan yang merbahaya tanpa memikirkan
tentang keselamatan diri sendiri).

 Prinsip Perintah Mutlak –peraturan atau undang-undang moral yang telah


dibentuk mestilah dipatuhi oleh setiap orang tanpa pengecualian (Contoh -
Tidak kira dalam apa jua keadaan, seseorang itu tidak boleh membunuh,
mencuri, bercakap bohong, mungkir janji dan sebagainya).
Prinsip Eksistensialisme

• Menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice)

 Bebas untuk membuat pilihan dan keputusan moral sendiri dengan tidak
membenarkan pilihan atau keputusannya dipengaruhi orang lain.

• Individu mestilah menjauhi semua prinsip, kriteria atau standard dan peraturan
moral dan menetapkan bahawa semua pertimbangan dan keputusan moral
hendaklah bersifat khusus.

 Contoh: “Dalam situasi ini, aku patut bertindak seperti ini” tanpa merujuk
mana-mana peraturan.
Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika
Peradaban Melayu

Perkembangan Pemikiran Enlightenment: Reformasi gereja,


Sejarah Pemikiran Eropah: Sebelum,
Semasa dan Selepas Enlightenment

Sosial: Aristotle, Plato, pemimpin agama dan gereja


Socrates berkurangan, pemisahan agama
daripada politik.

Dunia digital & IR 5.0

Revolusi Perancis (French Revolution):


Sistem beraja diganti dengan
republik - Liberty, Equality, Fraternity,
Perdagangan sedunia Nation.
bermula, kapitalis
sedunia, globalisasi.

Revolusi Industri: Individualisme, hak


asasi, demokrasi, scientific inquiry
Komunikasi &
dan pembangunan - rasional, legal
pengangkutan
dan institutional
• Impak kefahaman dan pemikiran/amalan ini kemudiannya disemai di luar
Eropah.

 Zaman Kolonial
 Agama dipisahkan daripada pentadbiran.

 Pasca Kolonial
 Kerajaan negeri berkuasa dalam soal agama.

 Kerajaan mula mengarusperdanakan Islam dalam projek modenisasi


negara.

• Untuk memahami pergerakan idea dan amalan etika dan peradaban di


Malaysia pada hari ini, kita perlu memahami peradaban, pengaruh dan
perubahan yang berlaku dalam persekitaran Alam Melayu dan Nusantara,
khususnya di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

• Untuk itu, pendekatan melalui garis masa adalah yang paling sesuai
digunapakai dalam memahami perkembangan ini.
Perkembangan Sejarah Alam Melayu

Zaman
Zaman Sejarah Moden
Pensejarahan

Zaman Proto
Sejarah
Zaman Pra Sejarah
Zaman Pra Sejarah
• Zaman Paleolitik

 Kewujudan petempatan paling awal di Alam Melayu


 Kehidupan sara diri & berpindah randah
 Penggunaan alat batu dalam bentuk asas
• Zaman Hoabinhian

 Kehidupan sara diri

 Wujud evolusi dalam kehidupan


 Kegiatan membentuk batu menjadi alatan keperluan & senjata.
 kegiatan pertanian, penternakan, perdagangan awal & perhubungan dengan
kawasan lain.
• Zaman Neolitik
 Wujud teknologi penciptaan baru yang lebih lengkap
 Zaman batu akhir – pelengkap zaman batu.

• Zaman Logam / Gangsa Besi


 Masyarakat mula tinggal menetap di satu-satu Kawasan – tumpuan di kawasan
yang mempunyai sumber air
 Penggunaan peralatan logam
Zaman Proto Sejarah

• Kewujudan kerajaan awal Melayu – Langkasuka, Kedah Tua, Gangga Negara, Chih-Tu,
Lo Yueh, Tan-Tan dan Pan-pan.
• Penggunaan Bahasa Melayu – lingua franca
• Sistem politik tradisi – Sistem Pembesar Empat Lipatan, Sistem Jemaah Menteri, Sistem
Penaung - Dinaung
• Sistem sosial – golongan pemerintah & golongan diperintah
• Sistem ekonomi – sara diri
• Peradaban masyarakat Alam Melayu dan Nusantara terbentuk apabila wujudnya
kuasa-kuasa besar awal seperti Funan, Srivijaya dan Majapahit.

• Apabila munculnya Melaka sebagai kuasa besar di Alam Melayu, ia telah membentuk
sebuah peradaban Melayu yang berteraskan rumpun bangsa Melayu Nusantara
dengan bahasa tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia.
Zaman Pensejarahan
• Kemunculan Kerajaan Kesultanan Melayu yang menjadi titik tolak kepada
perkembangan ‘Peradaban Melayu
• Terdapat Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka -
menggambarkan Melaka mempunyai peradaban yang tinggi.
• Wujud sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun

 Sistem Pembesar Empat Lipatan.


 Menjamin keamanan dan kemakmuran negeri Melaka.
 Menjadi tarikan para saudagar dan pelayar dari India, China dan Timur
Tengah untuk menjadikan Melaka sebagai pusat kegiatan perdagangan
mereka.
• Kedatangan pedagang asing dan pendakwah agama telah membuka ruang
interaksi dan pertembungan peradaban merentas benua.

 Mereka bukan sahaja belajar dan memahami budaya masyarakat Melayu


tetapi mereka turut memperkenalkan budaya dan cara hidup mereka
kepada masyarakat tempatan.

 Interaksi dan pertembungan peradaban rentas benua yang berlaku di


Melaka telah menjadi pemangkin kepada asas kewujudan peradaban
majmuk.
Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika
Peradaban Asia

Pengaruh Peradaban Asia: India


• Hubungan benua India dengan rantau Asia Tenggara telah bermula sejak kurun
kedua Masihi lagi.
• Hubungan awal India dengan Tanah Melayu tidak berbentuk penaklukan politik
kecuali ekspedisi ketenteraan oleh Rajendra Chola yang menyerang dan cuba
melemahkan Srivijaya sebagai kuasa maritim Alam Melayu.
• Kegiatan penyebaran agama Buddha dan Hindu serta pelayaran-pelayaran putera
diraja telah mempercepatkan hubungan dan pengaruh kebudayaan India di rantau
Asia Tenggara yang disebut sebagai Indianisasi (Indianization).
• Pengaruh Peradaban India Terhadap Kebudayaan Masyarakat Melayu ialah dalam
aspek institusi pemerintahan. Undang-undang, dat istiadat, Bahasa, kesusasteraan,
kesenian, kepercayaan.
Pengaruh Peradaban Asia: China
• Hubungan China dengan Alam Melayu telah wujud sebelum permulaan tahun
Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M.)

• Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah
melawat Funan dan negeri-negeri Melayu yang lain di Semenanjung Tanah
Melayu dan Kepulauan Melayu – wujud hubungan diplomatik.

• Semasa kegemilangan kerajaan Srivijaya, kedatangan secara besar-besaran


saudagar dan penuntut agama Buddha dan telah memperkaya demografi sosial
masyarakat alam Melayu.

• Pada zaman Dinasti Tang, laluan maritim Guangzhou ke India dan Parsi melalui
Alam Melayu telah memperkuat hubungan antara tamadun Melayu dan China.
• Kemunculan Melaka telah meneruskan tradisi hubungan baik dengan China
sehingga abad 15 dan telah memberi impak yang signifikan terhadap
perkembangan Alam Melayu sebagai sebuah tamadun.
• Pengaruah peradaban Cina terhadap kebudayaan masyarakat Melayu –
Serapan perkataan,adat, makanan dan pakaian.
Pengaruh Peradaban Asia: Timur Tengah
• Pengaruh utama peradaban dari Timur Tengah - pengembangan agama Islam.

• Pengaruh peradaban dari Timur Tengah di Alam Melayu bermula di Perlak


dengan terbentuknya kerajaan Islam pertama pada 840 Masihi.

• Kewujudan kerajaan Samudera-Pasai pada 1042 telah mempercepatkan


penyebaran Islam sehingga Pasai muncul sebagai pusat pengajian dan
penyebaran Islam, seterusnya mewujudkan kebudayaan Melayu Islam bagi
seluruh Alam Melayu.

• Seterusnya, muncul pula Melaka yang menjadi kuasa besar Alam Melayu dan
menjadikan kebudayaan Melayu Islam sebagai nadi kegiatan pengajaran dan
penyebaran agama Islam bagi seluruh Alam Melayu.

• Pengaruh dari Timur Tengah telah membawa impak yang besar dalam
keseluruhan sistem kehidupan masyarakat Melayu.
Menghakis pengaruh peradaban India.
Mengubah pegangan agama, kepercayaan, pemikiran, cara hidup, sistem
pemerintahan, perundangan dan pelbagai lagi.

• Namun, pengaruh peradaban India tidak hilang sepenuhnya. Ia diadaptasi dan


disesuaikan dengan ajaran Islam.

Contoh: hierarki pemerintahan, adat perkahwinan dan warisan kesenian.


Menelusuri Pergerakan Idea dan Amalan Etika Peradaban Dunia

Peradaban Barat
• Pengaruh peradaban dari Barat bermula dengan kedatangan kuasa kolonial ke
Alam Melayu (khususnya Tanah Melayu).
 Portugis (1511)
 Belanda (1641)
 British (1786)

• Perluasan kuasa Barat bukan sahaja membawa implikasi ekonomi, malahan


struktur sosial, pentadbiran dan pemerintahan turut berubah sejajar dengan polisi
kolonial.

• Portugis:

 Tertumpu di Melaka (1511 – 1641).


 Portugis memperkenalkan sistem tulisan rumi.

 Wujud perkataan pinjaman. Contoh: jendela, almari, garfu, tuala, palsu.

 Kewujudan masyarakat Serani – hasil perkahwinan campur.


• Belanda:
 Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) tahun 1602 untuk
menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu dan cuba memonopoli
bijih timah di Negeri-Negeri Melayu.

 1641 – Belanda menyerang Portugis di Melaka.

 Penjajahan Belanda berakhir dengan Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian


London) pada tahun 1824.

• Kesan penjajahan Belanda:

 Tinggalan binaan seperti bangunan Stadthuys, Melaka dan Kota Belanda


(Dutch Fort), Pulau Pangkor.

• Berlakunya penghakisan kuasa sultan dan pembesar


Sistem Residen mengambil alih kuasa sultan dan pembesar.
Sultan hanya berperanan dalam hal ehwal agama dan adat.
• Sebelum kedatangan British, sistem politik tradisional adalah bercorak monarki - diperintah
oleh raja / sultan secara mutlak.
• konsep ini tidak lagi digunapakai pada hari ini kerana kekuasaan seseorang raja atau sultan
terikat dengan konsep raja berperlembagaan.
• Tuntasnya, pentadbiran British sedikit sebanyak mewarnai corak pentadbiran Malaysia pada
hari ini.
• Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan kini adalah tinggalan warisan penjajahan
British.
• Namun, Malaysia tidaklah mencetak sebulat-bulat bentuk tersebut tetapi diadun mengikut
kesesuaian semua masyarakat yang mendiami Malaysia yang mana tertakluk kepada konsep
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai asas kukuh sebuah negara iaitu
Malaysia.
• Tuntasnya, pentadbiran British sedikit sebanyak mewarnai corak pentadbiran Malaysia pada
hari ini.
• Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan kini adalah tinggalan warisan penjajahan
British.
• Namun, Malaysia tidaklah mencetak sebulat-bulat bentuk tersebut tetapi diadun mengikut
kesesuaian semua masyarakat yang mendiami Malaysia yang mana tertakluk kepada konsep
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai asas kukuh sebuah negara iaitu
Malaysia.
Peradaban Globalisasi
• “Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan
peradaban merentasi benua dan sempadan negara menerusi perkembangan
teknologi maklumat dan informasi dan penggunaan media sosial.

• Mempengaruhi aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosiobudaya


termasuklah perkembangan bidang ilmu dan pemikiran.

• Menyumbang kepada pembentukan peradaban majmuk di Malaysia.


Kesimpulan

• Secara ringkasnya, etika dan peradaban Malaysia sentiasa


mengalami evolusi dari era prakolonial sehingga ke pasca kolonial.
• Pembentukan etika dan peradaban di Malaysia adalah melalui
unsur-unsur dalaman dan luaran.
• Unsur-unsur dalaman merupakan etika dan peradaban yang
merangkumi adat resam, budaya dan pembentukan sosial
masyarakat setempat.
• Etika dan peradaban Malaysia juga dibentuk melalui pengaruh-
pengaruh kuasa asing iaitu dikenali sebagai unsur-unsur luaran
dengan memberikan impak yang besar terhadap pengamalan
etika, aspek pentadbiran dan pemerintahan, bahasa, struktur
senibina serta budaya masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai