Anda di halaman 1dari 7

Sepanjang sejarah peradaban manusia, dunia telah menyaksikan pelbagai

siri peperangan. Perang Dunia tentang peluasan kuasa dan hegemoni,


Perang Salib tentang perselisihan agama dan aqidah, Perang Vietnam
menyaksikan kekalahan kuasa unipolar Amerika Syarikat ke atas negara kecil
bernama Vietnam. Tahukah anda, dalam kesemua peperangan ini, Perang
Candu amat berbeza. Perang yang menyebabkan China bertekuk lutut
terhadap kekuasaan Inggeris ini bukan sekadar tentang perdagangan candu
semata-mata, namun turut sarat dengan perihal menuntut kemerdekaan.

Maka, pada hari ini saya ingin mengajak anda,anda dan anda untuk sama-
sama yakin dan percaya bahawa Merdeka, Untukmu Malaysia.

Sekalung Asperiasi............

Asaalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Saudara,

Mark Mazower dalam bukunya Governing The World : The History of an


Idea menyatakan bahawa Merdeka adalah bebas dari penjajah.
Manakala,konatasi Untukmu Malaysia pula ialah sesuatu pengrorbanan
atau perkara yang bernilai yang dilakukan semata-mata untuk negara yang
dicintai ini iaitu Malaysia. Tuntasnya, pembawaan tajuk pidato saya pada
hari ini berkehendakkan kita semua untuk berbicara tentang bagaimanakah
yang dikatakan erti sebuah kemerdekaan itu akan mampu memacu kepada
kegemilangan bangsa pada hari ini, esok dan juga hari-hari yang akan
mendatang.

Maka, empat layar ilmu akan saya bawakan kepada anda semua. Pertama,
ayuh kita belajar mengenali erti sejarah. Kedua, nilai perjuangan tokoh
Merdeka. Ketiga, cabaran Merdeka yang perlu kita santuni dan yang
keempat, Kejayaan Malaysia, 50 Tahun Merdeka.
Hadirin dan Hadirat Sekalian

Pertama, ayuh kita belajar megenali erti sejarah.

Mantan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj pernah berkata, Merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh
didapat, melainkan dengan pengorbanan yang sebenar-benar
pengorbanan. Semangat yang ada dalam sosok tubuh seorang insan yang
bernama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini harus kita teladani bersama,
harus kita jadikan pedoman walau di mana sahaja kita berdiri pada hari ini. .
Buktinya, dengan sikap British pada ketika itu yang angkuh dan tidak
percaya kepada sekalian bangsa di Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj bijak mengorak langkah, berpencak kata, menyusun strategi
dalam menggapai sebuah kemerdekaan.

Sinar kemerdekaan mula menampakkan wajahnya,apabila berlakunya satu


rombongan kemerdekaan ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj dan padang Bandar Hilir Melaka menjadi saksi kepada
penurun bendera Union Jack yang telah berkibar 133 tahun lamanya. Tiba,
masa yang kita tunggu, detik kemerdekaan iaitu Tanggal 31 Ogos 1957, di
mana berdirinya seorang pahlawan dan pejuang-pejuang seperti Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj dihadapan 20 ribu masyarakat Tanah Melayu
dan melaungkan kata keramat Merdeka.

Akhirnya, kemerdekaan berjaya kita kecapi dan membuktikan kepada


kesekalian umat bahawa merdeka ini semata-mata untukmu Malaysia.
Kaum Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh dan sebagainya seiya
sekata senada seirama dalam setiap tindakan, demi sebuah kemerdekaan.
Namun, sejarah juga telah mengajar kita bahawa seandaianya nilai
kemerdekaan ini tidak dijaga dan ditatang dengan baik, maka saat kejatuhan
pasti akan berlaku. Lihatlah,dalam siri sejarah kebangkitan negara. Satu
demi satu siri pengkhianatan kepada kemerdekaan negara tercatat.
Tertubuhnya comango dan gerakan pluralism mencabar kepercayaan
kepada Tuhan, aduka taruna dan gerakan mahasiswa republic cuba
mencabul prinsip raja dan kedaulatan undang-undang yang telah diterima
sejak merdeka. Kesemuanya telah memberi satu isyarat yang jelas kepada
kita bahawa Merdeka ini, untukmu Malaysia.

Di negara kita Malaysia, Merdeka ini benar-benar untukmu Malaysia dapat


di lihat melalui keupayaan pemimpin politik. Buktinya, Kepemimpinan
Melalui Teladan telah dijadikan asas utama. Dalam Program Transformasi
Politik, kualiti pemimpin dan sektor kerajaan sentiasa ditingkatkan selaras
dengan indeks pencapaian utama Negara. Paling jelas hadirin, pada 23 Mac
2015 ikrar integriti pilihan raya telah dilancarkan oleh Transparency
International-Malaysia, bagi melindungi integriti jawatan dan proses politik
demokrasi di negara kita. Kesemuanya ini bukan untuk memberikan
tekanan namun untuk meningkatkan ketelusan para pemimpin dalam
segenap perkhidmatan. Inilah yang dikatakan dengan politik matang dapat
menjaga kemerdekaan negara. Kesemuanya telah dilakukan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam memastikan
negara Malaysia mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi bersama
negara-negara lain. Satu persoalan, pemimpin mana yang anda mahukan?
Pemimpin rakyat hormati atau pemimpin,rakyat harap mati. Anda jawab?.

Warga dewan penuh santun budiman sekalian,

Kedua, nilai perjuangan tokoh merdeka

Ahli pujangga pernah berkata, perjuangan akan sentiasa hadir dengan


derita, tetapi tidak berjuang itu jauh lebih menderita. Tidak berjuang
kadangkala akan memberi nikmat, tetapi dengan berjuang jauh akan
memberi lebih nikmat. Oleh kerana itu, perjuangan tokoh-tokoh tempatan
harus kita ambil ibrah dan pengajaran. Ayuh kita rujuk semula ideologi
penjajah iaitu dengan izin Gold, Glory and Gospel, semakin banyak negara
yang mereka jajah, semakin tinggi kuasa mereka, semakin kuat negara
mereka, semakin digeruni oleh negara-negara lain. Kerana itulah portugis
berjaya menakluki Melaka. Belanda berjaya untuk memerintah 183 tahun
lamanya. Tidak ketinggalan. British dan jepun juga bersama menjajah
persekutuan Tanah Melayu. Pada masa itu, apakah nasib rakyat dan
masyarakat yang berhadapan dengan penjajaha. Sedih hati ini apabila
tenaga mereka dikerah dilombong cari gali, perit hati ini apabila variasi
masyarakat dipecah-pecahkan dalam dasar pecah dan perintah, dan sakit
hati ini bila sistem berasaskan bahasa ibunda dicabuli dan diubah menjadi
sistem pendidikan negara jepun. Mujurlah muncul pejuang-pejuang
kemerdekaan negara yang sedikit pun tidak gentar dengan asakan dan
ngauman penjajah. Lihatlah bagaimana hebatnya Haji Abdul Rahman
Limbong dalam menentang kerakusan pihak berkuasa British mengenakan
cukai terhadap setiap inci tanah yang dibuka oleh rakyat tempatan. .Tidak
cukup dengan itu, lihatlah pula bagaimana hebatnya Tok Ku Syed Saggaf bin
Syed Abdul Rahman Al-Idrus yang telah meneruskan warisan ayahandanya
dalam bijak memperdayakan serta mengelakkan pihak British daripada
campur tangan serta memperluaskan pengaruh mereka dalam Negeri
Terengganu. Nama-nama lain seperti Dol Said, Rentap, Sharif Masahor,
Dato Maharaja Lela, Yamtuan Amtah, Dato Bahaman, Tok Janggut, dan Mat
Salleh kekal dalam ingatan kita semua dek kerana kecekalan dan semangat
mereka dalam mencapai kemerdekaan semata-mata untukmu Malaysia.
Mengenang jasa-jasa pejuang kemerdekaan ini,saya teringat akan bicara
guru saya.Zulqarnain, ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah, ia
tidak bererti, kering dan akhirnya dibiarkan tidak bernilai. Kita tidak mahu
tragedi 13 Mei Berulang. Kerana! Kemerdekaan bukan hanya berkisar
mengenai ikrar dan sumpah setia semata-mata, tetapi kemerdekaan ini
adalah nilai darah tokoh-tokoh pejuang kita yang harus kita pertahankan.
Namun , penghayatan kemerdekaan ini hidup sudah mati tak mahu. Sudah
cukup-cukup sudah , tragedi Taman Medan Himpunan Hindraf 2008,
himpunan menghina sultan terengganu di hadapan istana maziah,
himpunan bersih lawan baju merah. Semua ini mengheret kita pada satu
persoalan yang sama. Sampai bila. Keluhuran dan tatasusila akan
dihina.Mana perginya nila kemerdekaan yang kita sanjungi??Sudah tiba
masanya kita berikrar dan berniat untuk mempertahankan Kemerdekaan
yang kita miliki ini semata-mata untukmu Malaysia.
Tuan-tuan dan puan-puan

Ketiga, cabaran kemerdekaan yang perlu kita santuni.

Usia Merdeka sudah lebih separuh abad lamanya. Namun adakah kita
pernah mengambil ibrah daripada nilai merdeka yang kita kecapi pada hari
ini? Jika ya, mengapa bayi-bayi lahir tanpa nikah, dibuang tanpa rasa
bersalah? Mengapa opium, syabu dan pil kuda, menjadi makanan ruji anak
muda? Mengapa gadis-gadis kita, berlumba-lumba siapa dulu yang hilang
dara? Tidak lupa juga, percakaran antara kaum dan etnik , saling menikam
antara satu sama lain dan saling benci membenci. Menghina dan
menjatuhkan antara satu sama lain akibat penafsiran yang berbeza.
Sudahkah anda lupa catatan R.J Rummel dan dmitri Vulkanov mengenai
jutaan manusia yang terbunuh disebabkan pergolakan kaum. Revolusi Moa
mengorbankan 60 juta penduduk cina, pembunuhan di Ambon indonesia
walaupun pancasila adalah zikir yang melatari bangsanya, pembantaian
kaum di arakan, pembunuhan demi pembunuhan terhadap penduduk
muslim di selatan Thailand membuka kisah dan air mata darah yang jauh
lebih menggerikan.

Jika cabaran merdeka ini tidak di atasi. Kita khuatir, andai belia kita akan
menjadi seperti Si Kitul yang telah menghancurkan Kota Melaka. Kita risau,
andai belia kita lemah tidak berdaya ibarat runtuhnya Tamadun Romawi dan
Parsi akibat pemuda-pemudi tidak membela pertiwi. Kita bimbang, andai
belia kita hanya mampu menang sorak tapi seluruh maruah agama dan
negara kita tergadai.

Namun, kita masih perlu berterima kasih kepada Jabatan Penerangan


Malaysia yang telah mengorak langkah menganjurkan Pertandingan Pidato
1 Malaysia, Pertandingan Pengisahan Negara yang bertujuan untuk
memupuk semangat kemerdekaan , semangat perpaduan dan semangat
cinta akan negara. Oleh yang demikian, bagi memastikan kemerdekaan yang
di capai ini adalah untuk Malaysia, pelbagai usaha segera diungkayahkan.
Budaya integriti kita utamakan, Kempen Budi Bahasa kita pergiatkan, Subjek
Sivik dan Kewarganegaraan diketengahkan, didikan agama dan kerohanian
disemaisuburkan. Hasilnya, kerajaan menambah peruntukan bagi
menangani masalah jenayah di dalam Bajet 2016 kepada hampir RM600
juta. Kementerin Belia dan Sukan merencana program menangani masalah
belia berisiko melalui program berbentuk inklusif sosial. Program Rakan
Muda, Program Belia Mahir 1 Malaysia, karnival 1M4U, parlimen belia
Malaysia dan Y-Centre. Inilah yang dikatakan Merdeka, Untukmu Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Keempat, Kejayaan Malaysia, 50 Tahun Merdeka. Hadirin, mengikut


pengiraan saya, tahun ini tahun yang ke-59, kita merasa nikmat
kemerdekaan. Lembaran keharmonian yang diamati oleh masyarakat yang
berbilang bangsa dan agama terus diwarnai dengan warna-warni kejayaan.
Misalnya, pengamalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pujian
demi pujian kita peroleh daripada ilmuan-ilmuan barat yang ada di dunia
pada hari ini. Misalnya, Frances Sterwart, seorang Profesor Emeritus
Pembangunan Ekonomi Universiti Oxford, telahpun merasa kagum akan
keupayaan negara kita dalam menangani politik ganas yang cukup berbeza
dengan negara luar yang lain, malah perkara yang lebih membanggakan
apabila merujuk The International Property Right Indeks 2015, politik
negara kita berada ni tangga ke-7 terbaik dalam negara Asia dan ditangga
ke-28 negara-negara dunia.

Bahkan, dengan kemerdekaan ini jugalah, transformasi ekonomi yang


direncana telah diadun bersama-sama dengan nilai integriti demi memacu
ekonomi Malaysia dengan jayanya. Berdasarkan laporan daya saing 2015-
2016, yang telah pon dibentangkan di dalam Forum Ekonomi Dunia,
Malaysia merupakan 20 buah negara yang paling berdaya saing apabila
berkedudukan di tangga yang ke 14 daripada 140 buah negara dengan
bacaan skor 5.23. Tidak cukup dengan itu, anlisis terhadap pelaksanaan
sistem cukai barang dan perkhidmatan GST pula, menunjukkan jumlah
kutipan yang berjaya diperoleh pada tahun 2016 telahpun melebihi sasaran
yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu melebihi 30 billion ringgit Malaysia
dan baru-baru ini juga di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, Raja Salman
telah berminat untuk mengunjugi untuk membuat lawatan ke Malaysia dan
melabur hingga RM31 billion di negara ini.

Hasilnya, KDNKK Malaysia telah mencatat pertumbuhan ekonomi daripada


5.9 % kepada 6.8 % pada tahun 2016. Manakala, PNK Malaysia pula
meningkat dari RM 29000 perkapita pada tahun 2009 kepada RM 48000
perkapita pada tahun 2020. Lebih 3.3 juta peluang pekerjaan telah
disediakan untuk rakyat tercinta di bumi bertuah ini. Jelaslah, kemerdekaan
yang diperoleh ini semata-mata untuk negara yang bernama Malaysia.

Akhir kalam, Akhir kalam, saya sedar, saya bukanlah orang yang layak untuk
berbicara tentang apa itu kemerdekaan. Namun percayalah, tatkala
kemerdekaan menjadi suaka, tidak mustahil akan lahir satu negara maju
yang moden tetapi seimbang cacamarbanya tanpa kebobrokan politik,
ekonomi dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai