Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera, dan salam Malaysia Baru !

Memetik kata-kata
bapa kemerdekaan kita, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, “Merdeka itu adalah suatu
perkara yang bukan mudah untuk diperoleh, ianya memerlukan pengorbanan bukan sahaja
wang ringgit dan usaha tenaga ! bahkan nyawa sendiri juga !” Justeru, berdirinya saya di pentas
perdana ini dengan penuh iltizam, ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan
wacana para sarjana, melalui mauduk pidato saya. “Malaysiaku Berdaulat,Tanah
Tumpahnya Darahku” apakah maksud sebenar yang perlu kita telusuri di sebalik
mauduk pidato kemerdekaan ini.

Pada dasarnya maksud daulat ialah maruah atau identiti sesebuah negara,manakala
maksud tanah tumpahnya darahku dianalogikan kepada persoalan usaha masyarakat untuk
mengekalkan kemerdekaan negara serta menjamin semangat patriotisme dalam jiwa setiap
masyarakat. Oleh itu kita utamakan persoalan apakah usaha yang perlu dan akan kita
usahakan demi menjaga kedaulatan negara untuk selama-lamanya

Menyingkap fokus perbicaraan saya, semangat nasionalisme membawa kepada


kemerdekaan. Ya, melalui semangat NASIONALISME inilah yang telah menjadikan negara kita
sebagai sebuah sebuah negara bangsa. Setelah dilabel sebagai bangsa yang lemah, malas
dan tidak bertamadun, rakyat negara kita mula menunjukkan kesungguhan yang tidak berbelah-
bagi apabila peluang untuk kemerdekaan mula terbuka selepas Perang Dunia Kedua tamat.

Sidang hadirin penuh santun,


Desakan yang berupa tunjuk perasaan, bantahan, berkabung, perhimpunan gerakan
kemerdekaan dan rundingan akhirnya membuahkan hasil. Akhirnya pihak Inggeris terpaksa
mengaku bahawa penjajahan mereka sudah sampai masanya untuk berakhir pada tanggal 31
Ogos 1957. Bagi saya nasionalisme Melayu harus dipandang sebagai teras nasionalisme
Malaya dan perjuangan kemerdekaan. Mengapa? Pertama, secara akar umbinya warisan politik
dan budaya Melayu adalah wajah keseluruhan Tanah Melayu berabad lamanya. Kedua, selama
lebih 500 tahun orang Melayu dijajah dan akhirnya orang Melayu bangkit menentang penjajah
dengan penuh tenaga dan upaya. Ingin saya menyokong hujah di atas dengan merujuk kepada
penulisan James Ongkili yang bertajuk The British and Malayan Nationalism, yang menyifatkan
nasionalisme Malaya adalah kesinambungan daripada semangat nasionalisme Melayu 1946

Namun hadirin sekalian, wujud segelintir masyarakat kita yang mengaku dirinya sebagai
warganegara Malaysia tetapi pada masa yang sama menghina negara sendiri. Kita imbau
kembali peristiwa pembalikan Jalur Gemilang di Taiwan yang telah berlaku beberapa tahun
yang lalu. Hanya sekadar tidak mempersetujui dasar yang dibawakan oleh kerajaan terus Jalur
Gemilang diterbalikkan. Adakah ini yang kita gelar sebagai warganegara Malaysia, yakni anak
watan yang bakal memegang tampuk kepimpinan negara. Tambahan pula wujud juga
sesetengah warganegara kita yang ingin merancang untuk mengubah Jalur Gemilang. Bendera
yang selama ini elok sudut dan garisnya ingin dibengkok-bengkokkan. Selain itu ada juga
sesetengah warganegara kita yang mengubah genre lagu negaraku. Lagu Negaraku yang
selama ini indah dan dinyanyikan dengan genre patriotik kini dilagukan dengan genre dan nada
rock. Jelas, bahawa warganegara seperti inilah yang akan menyebabkan kedaulatan negara
dihina dan tidak dijaga dengan penuh semangat.
Sidang saksi yang bervisi,

Menyusuri aspirasi saya yang ketiga, iaitu sejarah memerdekakan kita, mengapa sejarah
dikatakan memerdekakan kita? Mari kita merungkai persoalan ini. Sejarah menceritakan prihal
pahlawan-pahlawan dahulu kala yang bertungkus-lumus untuk memerdekakan negeri masing-
masing dari cengkaman penjajah. Mereka mempunyai semangat cinta akan negara yang
membara, dan semangat kental itu tidak berakhir sehingga titisan darah terakhir mereka.
Melalui sejarah yang telah dicipta oleh pejuang-pejuang terdahulu inilah yang menyebabkan
Malaysia sehingga hari ini mampu mempertahankan kemerdekaannya. Mengapa pula? Kerana
rakyat Malaysia mengambil secebis semangat kental pejuang terdahulu untuk dijadikan tangkal
azimat demi memerdekakan negara dan mengekalkan kemerdekaan yang diperoleh. Semangat
ini juga terus mengalir di dalam darah anak-anak merdeka dari generasi ke generasi.
Pengetahuan mereka mengenai sejarah menjadikan mereka terus berusaha mengekalkan
kemerdekaan kerana gusar sejarah akan berulang. Saya ingin memetik bait-bait kata perdana
menteri kita yang ketujuh Tun Dr. Mahathir Mohammad “Orang yang tidak tahu sejarah akan
mengulangi sejarah”. Jelaslah sejarah merupakan kalam pedoman dan tauladan yang perlu
menjadi penanda arah dalam titik kehidupan setiap individu.

Konklusinya, menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa


akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti.
Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk
meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi
inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden. Pengorbanan
pejuang-pejuang kebebasan dan mempertahankan kedaulatan negara haruslah kita kenang
dengan ucapan terima kasih dan doa. Sesungguhnya tiada kemerdekaan tanpa
perjuangan! Oleh itu,kita tanya kepada diri kita, apakah sumbangan dan usaha kita terhadap
negara? Apakah rancangan kita untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan yang telah
dicapai sebelum ini? Adakah kita sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kedaulatan
negara. Tepuk dada tanya dimanakah tahap patriotisme kita jangan asyik bertanya selera
makan, selera yang lain tidak diendahkan. Akhir kata daripada saya selamat menyambut Hari
Kemerdekaan ke-62 Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Sekian. Saya akhiri
pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah,

Anda mungkin juga menyukai