Anda di halaman 1dari 15

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006

ESTETIKA DAN KEINDAHAN SONGKET MELAYU

Othman Mohd Yatim


Zainal Abidin Borhan
Mohammad Nazzri Ahmad
Mohamad Anis Abdul Samad

Ka/au tuan naik ke bukit


Singgah di bawah pohon terap
Tuan umpama benang emas songket
Terang cahqya merelap-relap

Dalam membicarakan tentang seni tekstil Melayu kita tidak dapat lari
daripada memperkatakan juga tentang songket Melayu. Dari itu ada
baiknya kita mengenali terlebih dahulu seni Tekstil Melayu. U mum
mengetahui bahawa seni tekstil ialah salah satu seni rupa Melayu yang
merupakan bahan asas sebelum menjadi busana Melayu iaitu berasaskan
kepada benang hingga menjadi kain.

Busana pula berasaskan daripada kain hinggalah menjadi pakaian


atau kostum. Seni tekstil Melayu merujuk kepada seni kraf tangan
penghasilan kain itu sendiri yang menggunakan pelbagai bahan, peralatan
dan sehinggalah terhasilnya pelbagai jenis tekstil Melayu. Di antara tekstil
tersebut seperti kain batik, kain gerus, kain perada, kain tenun pua, kain
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

panjang, kain bujang, kain kampuh, kain pelekat, kain cindai, kain songket
clan pelbagai jenis lagi. Songket merupakan antara warisan tamadun
Melayu

Serumpun yang penting clan menyedari hakikat kepentingannyalah


kami telah melakukan penyelidikan di Batu Bara clan di Palembang,
Indonesia selain mengkaji songket Malaysia.

Pada masa dahulu pengetahuan untuk membuat pelbagai jenis tekstil


1ru merupakan pengetahuan yang penting untuk seseorang, ini kerana
mereka perlu membuatnya untuk kegunaan sendiri. Dalam penciptaan
tekstil tersebut tidak dapat dipisahkan dari aspek rupa bentuk yang
menekankan nilai formalismenya, aspek utilitinya iaitu kegunaannya
secara praktikal clan aspek maknanya iaitu nilai ritual clan estetikanya yang
menyentuh kandungan isi yang wujud di sebalik rupanya yang tersurat
serta rasa keindahan yang dicetuskan oleh emosi manusia semasa
melihatnya.

Membicarakan estetika seni tekstil Melayu bermakna kita tidak boleh


lari dari membicarakan hiasan atau dekorasinya. Dalam konteks seni
tekstil Melayu, hiasan tersebut diwakili oleh motifnya yang diberikan
pelbagai nama clan rupa. Dari aspek falsafah, setiap motifnya
memberikan pelbagai mesej yang kebiasaannya mengandungi nilai jati diri,
kemasyarakatan clan nilai kepercayaan yang turut menerima nilai-nilai
mistik

Falsafah yang terdapat di dalamnya sangat mendalam, ia bukan


sekadar penutup tubuh tetapi di dalamnya ada unsur keselamatan untuk
si pemakai, menegaskan tentang status sosial si pemakai sama ada dari
golongan kebanyakan atau golongan atasan, bercerita tentang adat,
mengetengahkan harga diri clan tradisi serta kepercayaan clan agama yang
dianuti. Pada penggunaan motif-motifnya pula ia berfungsi menaikkan
seri wajah, memelihara akhlak si pemakainya dengan unsur kesedaran diri

2
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu

yang mendalam menerusi maksud yang dalam di kandungnya,


mendoakan si pemakai dengan kebahagiaan, kesejahteraan, kemakmuran,
kesuburan, kerukunan hidup, clan dijauhi dari kesusahan.

Kain Songket

Kain songket adalah hasil tenunan tradisional masyarakat Melayu yang


sangat bernilai. Kebiasaannya pembuatan songket ini diketuai oleh kaum
perempuan. Ia banyak dihasilkan di Malaysia terutamanya di bahagian
Pantai Timur Semenanjung clan di negeri Sarawak. Sejarah bermulanya
penggunaan songket ini tidaklah diketahui dengan pasti, tetapi dipercayai
ia merupakan satu warisan yang berasal daripada istana atau ada
kaitannya dengan kesultanan Melayu, khususnya sebelum sistem
pemerintahan tradisional beraja, kecuali di Malaysia, dihapuskan oleh
penjajah Barat.

Istilah songket adalah berasal daripada perkataan Melayu, menyungkit


menggunakan benang gimpal (emas clan perak). Ia bukanlah kaedah
membuat kain atau kain secara sulam kerana penghasilan motif dibuat
sebagai hiasan pada kain dilakukan semasa proses tenun. Proses
menghasilkan kain songket melibatkan proses menyungkit benang gimpal
pada benang loseng. Ini bermakna benang pakan emas diselitkan pada
benang biasa (kapas clan sutera) bagi menghasilkan motif pada songket
(Haziyah Hussin, 2004: 33)

Proses menenun kain songket bermula dengan gerak kerja untuk


menenun kain daripada benang. Benang yang sudah sedia dicelup dengan
warna-warna tertentu clan sudah dilerai dari bundalannya ke dalam cuban
akan dialani kepada kek, iaitu digulung ke pasung clan dimasukkan ke gigi
jentera tenunan benang kekuntuk menjadi kain. Proses tenunan untuk
menenun benang menjadi kain itu dipanggil mengarat. Sambil mengarat
benang itu tukang tenun akan menyungkit susunan benang pada

3
Jumal Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006

bahagian-bahagian yang telah dipastikan terlebih dahulu dan melancarkan


benang emas bagi mencipta motif tertentu dalam pembikinan songket.

Dalam konteks tradisi agung Melayu (fhe Malay great tradition)


pemakaian songket melibatkan status pemakainya dan pemakaiannya
pula penuh simbolik sebagai simbol adat istiadat dan pantang larang.
Melalui catatan daripada himpunan teks sastera Melayu lama, kita boleh
menemui kelangsungan tamadun berpakaian dan reka bentuk pakaian
tradisional Melayu. Misalnya di dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Hang
Tuah, Misa Melayu dan beberapa teks lain.

Di dalam teks tersebut terdapat catatan tentang kisah atau ruang


lingkup kehidupan di istana, perhubungan diplomatik dan perdagangan,
perkembangan kebudayaan dan adat istiadat yang dilambangkan melalui
penganugerahan persalinan kepada mereka yang berjasa dalam bentuk
kain songket yang lengkap. Sesungguhnya kemasukan pelbagai budaya
mengayakan songket Melayu dan kemasukan Islam mengemaskan lagi
keindahannya itu.

Pada awal perkembangan songket ini, berdasarkan maklumat yang


didapati daripada hikayat-hikayat lama tadi ia adalah pakaian golongan
bangsawan, golongan istana ini menggunakan songket untuk
menunjukkan kedudukan dan kebesarannya. Pihak istana sahaja yang
dikatakan mampu dan dibenarkan memiliki songket dan mengupah
penenun tempatan dan Sumatera bagi menghasilkan corak pilihannya
(Selvayagam, 1990).

Rata-rata penggunaan songket ini dikaitkan dengan upacara adat dan


perayaan tertentu, paling utamanya ialah pada majlis perkahwinan. Selain
itu, ia turut dipakai di majlis atau keraian lain seperti majlis berendoi,
berkhatan, dan khatam Al-Quran. Apabila seni telah merakyat, khususnya
istana hilang fungsinya sebagai penaung seni, rakyat biasa dibenarkan
memakai songket sewaktu majlis perkahwinan, namun fungsi simboliknya

4
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu

masih kekal, lantaran itu pasangan yang berkahwin itu dipanggil Raja se-
hari.

Nilai Keindahan Songket Melayu

Dalam memahami tentang betapa pentingnya kain songket kepada orang


Melayu adalah bermanfaat seseorang itu memahami tentang
keindahannya. Songket Melayu merupakan hasil kraf tangan Melayu yang
mempunyai nilai estetika yang tinggi, ini dapat dilihat daripada proses
awal pembuatan hinggalah apabila ianya dipakai. Ia menampilkan
kejelitaan dan keanggunan si pemakai selain menegaskan sifat-sifat
tertentu. Kami mengambil gabungan pendekatan Ku Zam Zam Ku Idris
(1984) dan Zakaria Ali (1989) dalam melihat keindahan songket Melayu
101.

Menurut Ku Zam Zam keindahan dalam seni rupa Melayu terbahagi


kepada tiga nilai iaitu nilai kehalusan, kesesuaian, dan keaslian. Manakala
bagi Zakaria Ali, keindahan seni rupa Melayu berdasarkan kepada enam
prinsip iaitu halus, berguna, bersatu, berlawan, berlambang, dan
bermakna. Berdasarkan pendekatan-pendekatan ini, kami merumuskan
bahawa dalam melihat keindahan seni songket Melayu secara
keseluruhannya dapat dilihat daripada tiga prinsip utama iaitu prinsip
bijak, baik, dan benar.

1. Prinsip bijak

Melihat kepada permaknaan yang diberikan melalui Kamus Dewan, bijak


didefinisikan sebagai sangat pandai, cerdik, pintar, arif, dan berakal budi.
Dalam seni songket Melayu, kebijaksanaan ini dapat dilihat melalui
kemahiran yang dimiliki oleh penenun Melayu dalam menghasilkan
songket. Hanya dengan kemahiran yang tinggi penenun dapat
menghasilkan songket yang halus. Kehalusan dalam seni pula adalah satu

5
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

perkara yang semestinya. Dalam penghasilan seni Melayu perkara ini


menjadi asas utama. Dalam sejarah seni juga menegaskan bahawa tanpa
kemahiran ticlak mungkin clapat menciptakan sesuatu yang halus.
Menurut Zakaria Ali (1989), kehalusan clalam penghasilan seni clapat
dilihat melalui clua faktor, pertamanya cara pembuatan clan kecluanya
kejujuran pacla bahan yang digunakan. Manakala menurut Ku Zam Zam
(1984) halus bermaksucl ticlak besar, ticlak kasar, lembut, clan licin sifat
fizikalnya clan clihasilkan clengan cermat clan teliti serta bersungguh-
sungguh.

lni bermakna clalam menghasilkan sesuatu yang halus ia memerlukan


ketekunan clan kesabaran. Sebagai contohnya clalam pembuatan kain
songket yang kaclangkala mengambil masa berbulan-bulan untuk
menenunnya, clengan kesabaran inilah mereka clapat menghasilkan kain-
kain yang halus jalinannya bila dipegang seperti kain cinclai, kain tenunan
benang sutera, clan kain sutera Bugis. Kehalusan songket Melayu acla
digambarkan clalam Hikayat Awang Sulung yang berbunyi jika clikembang
selebar alam, jika dilipat sebesar kuku. Manakala halus yang merujuk
kepacla kejujuran bahan aclalah clilihat claripacla penggunaan benang clan
warna yang tulen clan berkualiti tanpa menukar atau mencampurkannya
clengan bahan-bahan asing.

Kehalusan ini juga dilihat menerusi proses pembuatannya seperti


clalam tenunan Melayu, kain songket tekat tiga lebih halus nilainya
berbanding kain songket tekat lima. Teknik tekat tiga agak rumit untuk
clitenun tetapi kainnya agak ringan berbanding tekat lima yang muclah
clitenun tetapi agak berat clan tebal.

Kehalusan clalam songket juga clapat dilihat melalui garapan motif


terhaclap kain tersebut. Penenun menjaclikan alam sebagai pancluan
menghasilkan motif, tetapi objek sebenar akan digarap atau diolah untuk
menjadi sesuatu yang baru clan ticlak menirunya secara 'total'.

6
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu

Selain aspek kehalusan, prinsip bijak juga melihat bahawa dalam


pemikiran masyarakat Melayu setiap barangan seni yang dihasilkan
haruslah mempunyai fungsi kegunaannya. Malahan berdasarkan sejarah
awal perkembangan seni didapati bahawa mereka menciptakan sesuatu
peralatan untuk tujuan guna kemudian barulah ianya dihiasi untuk
mencantikkannya. Sebagaimana penciptaan songket yang asasnya
bertujuan menutupi dan melindungi tubuh dari panas dan kecederaan.

Sebagai objek yang berfungsi, penghasilan songket tidak dapat


dipisahkan daripada aspek pemaknaannya. Simbolisme pemakaian
songket juga dapat dilihat melalui penggunaan motif, pelbagai motif
yang diletakkan pada songket mengandungi maknanya yang tersendiri.

Songket juga dalam masyarakat Melayu membawa perlambangan


tertentu, misalnya songket ini dikaitkan dengan lambang kemewahan.
Dalam masyarakat Melayu Palembang, Indonesia misalnya, dalam
sesebuah majlis perkahwinan, masyarakat dapat mengetahui jumlah
hantaran melalui penggunaan songket. Semakin tinggi jumlah
hantarannya bermakna semakin banyaklah penggunaan songket.

Selain itu, kebijaksanaan penenun Melayu juga dilihat dari aspek


penghasilan songket yang asli. Menurut Kamus Dewan keaslian ialah
ketulenan, kejatian, dan kemuliaan. Ini bermakna bahawa faktor
pengaruh asing tidaklah ditolak bahkan terjadinya proses penyaringan
atau penapisan, iaitu penafsiran semula makna dan menyaring serta
menggubah dan meninggalkan mana-mana unsur yang dirasakan tidak
sesuai dengan budaya Melayu.

Sebagai contohnya kain songket ini dikatakan berasal daripada


pengaruh negara India dan China tetapi telah dimasukkan unsur-unsur
tempatan dengan meletakkan motif dari alam Melayu seperti pucuk
rehung, bunga padi, daun inai, bunga pecah empat, bunga kekwa,
cengkih, melur, dan bunga cempaka.

7
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Keaslian penghasilan songket Melayu sebenarnya bermula dari proses


mencelup benang hinggalah menenun kain. Keaslian songket Melayu
paling terserlah pada pemilihan motif dan kehalusan tenunannya. Di
sinilah terserlah kebijaksanaan penenun Melayu dalam menghasilkan
keaslian dalam songket Melayu.

2. Prinsip baik

Kamus Dewan mendefinisikan baik sebagai sesuatu yang memberi


faedah dan memuaskan hati. Dalam seni Songket Melayu prinsip atau
nilai baik ini dapat dilihat melalui penghasilan songket yang bersesuaian
dengan kehendak dan nilai dalam masyarakat. Maksud kesesuaian ialah
berpadanan, berpatutan, serasi, secocok, dan tidak membazir. Kesesuaian
merujuk kepada kesesuaian reka bentuk dengan fungsinya, kesesuaian
reka bentuk dengan nilai kepercayaan dan sosial, kesesuaian motif dan
corak dengan bentuk serta kesesuaian pemilihan warna kain dan motif
yang ditonjolkan.

Songket Melayu dikatakan baik kerana dalam penghasilan corak atau


reka bentuk songket ia bersesuaian dengan fungsinya. Berfungsi
bermaksud dalam penghasilan karya seni seperti songket ini, ia bukanlah
sekadar hiasan untuk tatapan mata sahaja. Songket digunakan untuk
menutupi tubuh si pemakai. Sebagai objek yang berfungsi juga ia bukan
sekadar dipakai oleh seseorang tetapi oleh keseluruhan ahli keluarga dan
masyarakat. Melalui pemakaiannya jua ia dapat mencerita tentang
seseorang individu, sebagai contohnya kain songket dan kain limar
mempunyai corak-corak dan motif-motif yang bersesuaian dengan
fungsinya untuk menegaskan status sosial seseorang pemakai.

Selain itu penghasilan corak dan reka bentuk songket Melayu juga
bersesuaian dengan kepercayaan, nilai, dan norma masyarakat. Bagi
masyarakat Melayu setiap motif hiasan mengandungi makna tertentu.

8
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu

Tidak kira sama ada ia berunsurkan geometri, flora atau fauna. Dalam
ungkapan adat ada menyatakan kalau baju memakai bunga, tengok-
tengok pada maknanya. Dengan kedatangan Islam corak fauna tadi telah
diabstrakkan agar memenuhi tuntutan agama. Terdapat pelbagai motif
haiwan yang diabstrakkan antaranya motif burung merak, kupu-kupu,
unduk-unduk laut, siku kluang, gigi yu, kuda laut dan pelbagai lagi.

Berdasarkan puisi di bawah penyesuaian motif dengan nilai


masyarakat dapat dilihat daripada contoh motif itik malu dan itik
bersabung dua:

"Memakai hiasan Itik Malu


Tanda jodoh akan bersatu
Lepas/ah beban dari bahu
Jauh/ah segala aib dan ma/u"

"Memakai Itik Bersabung Dua


Tanda berpadu kasih sqyang'!)a
Tanda keka/ tali darah'!)a
Tanda berbudi berhati mu/ia."

Berdasarkan puisi di atas ia menggambarkan bahawa motif itik malu


hanya dipakai oleh orang yang masih bujang iaitu anak dara ataupun yang
telah bertunang. Manakala motif Itik Bersabung Dua menggambarkan si
pemakainya telah pun bernikah. Oleh kerana itu, dilihat bahawa motif
mempunyai perkaitan dengan nilai sosial Melayu.

Selain itu, penghasilan kain songket yang tidak mp1s dan


pemakaiannya yang tidak ketat sesuai dengan ajaran Islam. Melalui
pemakaian secara ini ia dapat menutup aurat si pemakai dengan
sempurna sebagaimana yang dikehendaki. Bagi golongan lelaki yang
memakai kain songket sebagai kain samping menjelaskan bahawa
masyarakat Melayu memperkukuhkan lagi aurat yang perlu ditutupi oleh
mereka. Masyarakat Melayu menyatakan dalam pantun berbunyi:

9
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

Pasang kubu berlapis-lapis


Kubu berlapis kuat diserang
Pantang Melqyu berbaju nipis
Berbaju nipis adattrya hilang

Jarang berguru ilmu tak dapat


Kalaupun tamat tidaklah mudah
Pantang Melqyu berbqju ketat
Berbqju ketat mer!fatuhkan maruah.
(fenas Effendy: 2004)

Penghasilan songket Melayu juga menekankan kepada aspek


kesesuaian corak dan motif dengan hentuk Ini termasuklah
keseimbangan dengan hentuknya iaitu pada hahagian kepala kain, badan
kain, dan tepi atau kaki kain. Sebagai contohnya motif pucuk rehung
menempati bahagian kepala kain songket kerana bentuk pucuk rehung
terutamanya motif Pucuk Rehung Lawi Ayam adalah yang paling
digemari kerana ia holeh dihuat menegak dan mengiring dengan hertemu
di puncak sesuai dengan tempatnya di kepala kain, Selain itu, motif
pucuk rehung yang hanyak digunakan ialah motif pucuk rehung
herjuang, putu, kendung, dan gigi hota.

Manakala motif-motif seperti unduk-unduk (kuda) laut dan gigi


hota pula sesuai diletakkan di hahagian tepi kain kerana sifatnya yang
sesuai menjadi bingkai manakala motif-motif teluk herantai seperti jari
lipan, unduk-unduk laut, hunga cengkih, tampuk manggis, dan hunga
hintang sesuai diletakkan pada hadan kain kerana sifatnya yang
merangkaikan motif sehingga memenuhkan keseluruhan kain tersehut.
Motif tersehut herbeza saiz mengikut kesesuaian atau keluasan ruang
yang perlu diisi. Bagi songket yang haik, motif yang lehih kecil atau halus
akan diletakkan pada ruang-ruang yang terhad.

Songket Melayu turut menekankan kepada kesesuaian warna dasar

10
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu

Oleh itu, dalam pemilihan warna selain dari aspek kecantikan ia perlu
melihat dari aspek sosialnya. Bagi melahirkan songket yang menarik
pewarnaan motif akan dibezakan dengan warna pada kain dasarnya ini
kerana perbezaan itu dapat menimbulkan kesan visual yang menarik,
kebiasaannya warna latarnya lebih gelap daripada warna motifnya.

Walau bagaimanapun, kain songket yang berwarna kuning di Raja


dan bermotifkan bunga berbenang emas masih menimbulkan keindahan
meskipun hampir dengan warna latar kain. Penonjolan motif berlaku
apabila benang emas itu sendiri berkilau. Sebenarnya untuk menilai
mana-mana kain songket sekalipun, ia perlu dipandang secara mengiring
dan bukannya tepat clan menegak ini kerana kilauan benang emas akan
lebih kelihatan sekiranya dipandang secara mengiring.

Selain itu, kesesuaian warna pula berdasarkan kepada si pemakainya,


iaitu songket berwarna kuning keemasan untuk di Raja, songket
berwarna hijau dan biru untuk orang besar, golongan bangsawan dan
berkedudukan tinggi, songket berwarna putih untuk ulama dan songket
berwarna hitam atau gelap untuk pahlawan dan pendekar. Ini ada disebut
dalam pantun di bawah:

Bukan kuning sebarang kuning


Kuning melata ada hqjaf1!Jla
Bukan kuning sebarang kuning

Kuning rqja ada daulaf1!J!a.


Bukan bertih sebarang bertih
Bertih pe1!J!emah tanda sqjian
Bukan putih sebarangputih
Putih ulama tanda beriman

Bukan lebah sebarang lebah


Lebah bersarang dipohon tinggi

11
Jurnaf Pengajian Melayu, Jilid 17, 2006

Bukan merah sebarang merah


Merah terbilang tanda berani.
(Tenas Effendr. 2004)

Walau bagaimanapun pada masa sekarang terdapat kebebasan


penggunaan warna pada pemakaian songket. Dari pemerhatian kami
kebanyakan songket yang dihasilkan di Terengganu dan Kelantan banyak
menggunakan warna yang cerah manakala songket Pahang lebih
cenderung menggunakan warna yang lembut seperti merah jambu, ungu
muda, biru muda, dan sebagainya. Pada masa ini pengguna bebas
menentukan pemilihan warna yang diingini.

Selain itu, kesesuaian penggunaan songket ini akan lebih terserlah


sekiranya pemakaian songket dan pemilihan warna yang sesuai dipakai
sewajarnya mengikut suasana, majlis, waktu, tempat, dan musim.

3. Prinsip benar

Selepas kehadiran Islam ke Tanah Melayu, songket telah dihasilkan


dengan nilai yang lebih tinggi dan teliti. Ini dapat dilihat dari proses awal
penghasilannya lagi. Seseorang penenun songket itu dikatakan perlu
berada dalam keadaan tenang sebelum menenun, ini kerana kerja-kerja
menenun memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, bagi mereka yang
menjalankan kerja tenunan ini sebagai kerja sampingan perlulah
melaksanakan tugas-tugas utama terlebih dahulu.

Penghasilan songket Melayu juga dilihat memenuhi kehendak Islam.


Cara pemakaian songket dilihat memenuhi kehendak Islam untuk
menutup aurat. Malahan kain songket tidak dihasilkan dalam keadaan
nipis dan pakaian yang diperbuat daripada songket kebiasaannya tidak
ketat. Manakala songket yang dijadikan kain samping oleh orang lelaki
mempertegaskan lagi aurat yang perlu ditutup oleh mereka iaitu dari aras
pusat ke lutut. Pemakaian songket yang bersopan ini secara tidak langsung

12
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu

dapat mendekatkan diri kita kepada Tuhan.

Melalui pemakaian yang bersopan yakni yang tidak ketat, tidak nipis
clan menutup aurat juga sebenarnya boleh memelihara hubungan sesama
manusia. Pemakaian yang sopan ini dapat menghindari diri daripada
perkara-perkara yang negatif.

Jarang berguru zlmu tak dapat,


Kalaupun tamat tidakkan mudah,
Pantang Melqyu berbqju ketat,
Bqju ketat me'!)atuhkan maruah.
(Tenas Effendy: 2004)

Dalam penghasilan motifnya pula, tidak ada menggunakan motif


makhluk bernyawa secara terang atau langsung. Setiap motif akan
diabstrakkan terlebih dahulu. Alam hanya dijadikan sumber inspirasi
dalam mengkayakan lagi songket Melayu. Secara keseluruhannya ia
menjelaskan bahawa dalam penghasilan pemakaian songket Melayu ia
secara tidak langsung sentiasa mengingat kita kepada kebesaran Tuhan.

Kesimpulan

Songket adalah sejenis kain yang menjadi lambang identiti clan daya
kreativiti masyarakat Melayu. Nilai keindahannya sangatlah tinggi clan
perlu dihargai. Idea kesepaduan ketiga-tiga prinsip ini merupakan
kekuatan yang utama kepada songket. Penggunaan songket ini boleh
diperluaskan clan dihidupkan kembali.

Kepada mereka yang dalam usaha memberikan nafas baru kepada


songket janganlah sampai menghilangkan tradisinya. Pemakaian songket
boleh diperluaskan, jika pemakaian batik mula diberikan perhatian
mengapa songket harus diketepikan. Sesungguhnya songket bukanlah

13
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 17, 2006

sekadar kain tradisi, pembuatannya hams dengan keihkalasan, setiap


susunan emas dan benang kapasnya menceritakan sejuta perasaan dan
kenangan. Bercerita tentang tradisi dan jati diri untuk panduan generasi
ke satu generasi.

Motif ditenun penuh mesra


Tampok Manggis diberi nama
Jangan di canggung songketpusaka
Kelak merana generasi kita

Nota

Kertas kerja ini disediakan untuk Seminar Songket Serumpun Me/aka


2004. di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.

Rujukan

Haziyah Hussin, 2004. "Peranan Songket Dalam Perkahwinan Melayu".


JurnalikatanAhliArkeologiMalaysia, Bil. 17, hlm. 33-50.

Ku Zam Zam Ku Idris, 1984. "Nilai Keindahan Dalam Seni Kraftangan


Melayu". Dewan Budaya, hlm. 4-43.

Norwani Mohd. Nawawi, 2002. Songket Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Selvanayagam, Grace lnpam, 1990. Songket Malaysia's Woven Treasure.


Singapore: Oxford University Press.

Si ti Zainon Ismail, 1986. Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14
Estetika Dan Keindahan Songket Melayu

_ _ _ _ _ _ _ , 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka.

_ _ _ _ _ _ _, 1997. Tekstil Tenunan Melqyu. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Tenas Effendy, 2004. 'Etika berpakaian Melayu' dalam Busana Me/aka.


Institut Seni Malaysia Melaka.

Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

15

Anda mungkin juga menyukai