Anda di halaman 1dari 17

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

KERJA KURSUS: ARTIFAK MELAYU


SONGKET MELAYU
Nama Ahli Kumpulan: Boon Jia Yun ( JEA080009)
Bong Suz Kien (JEA080008)
Stacey Inda Anak Layang(JEA080143)
Joyner Anak Sedin(JEA080028)
Jessica Anak Minggu(JEA080027)

Nama Pensyarah: Prof Dr. Amran Muhammad


PENGENALAN SONGKET

 Sejenis kain yang biasanya ditenun dengan tangan, dan


mempunyai corak rumit benang emas dan perak.
 Songket juga dierti sehelai kain yang telah siap ditenun
melalui 1 siri proses yang teratur.
 Kain tenunan tradisional Melayu yang unik dan kaya
dengan nilai keindahan atau estetika.
 Gabungan dalam unsur-unsur budaya kebendaan.
 Melambangkan corak, pandangan, pemikiran dalam
masyarakat.
 Memaparkan perhubungan ahli-ahli masyarakat dengan
alam sekitar, cara hidup, pemandangan, tumbuhan dan
sebagainya.
ASAL-USUL SONGKET
 Berasal dari perdagangan zaman dahulu di
antara Tiongkok dan India.
 Orang Tiongha menyediakan sutera
sedangkan orang India menyumbangkan
benang emas dan perak.
 Berasal daripada perkataan “sungkit”.
 Pada zaman dahulu, merupakan lambang
kemegahan, kemewahan dan ketertinggian
terutamanya golongan raja atau pembesar.
 Kini, songket menjadi satu pakaian biasa
dipakai oleh masyarakat tidak mengira
pangkat atau keturunan.
Motif-Motif songket
 Penyusunan motif- terbahagi (susunsn bunga
penuh/bunga tabur)
 Motif kain songket - dua unsur penting iaitu unsur
alam dan tumbuhan.
 sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau
pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.
 kesemua bentuk motif terhasil dalam corak
geometrik- Motif pada kain songket disusun dengan
susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan
bercorak.
 Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering
ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan
larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border
design).
contoh motif songket
PROSES TENUNAN SONGKET

1. MENCELUP
~ Benang tersebut dimasukkan ke dalam
kawah berisi air mendidih, kemudian dibilas
dengan air lalu dijemur sehingga kering.
2. MENERAI
~ Benang diceraikan daripada tungkalan besar
dengan menggunakan alat rahat dan guwing.
3. MENGANING
~ Benang yang telah dileraikan atau dipintalkan
disusunkan ke atas anian.
4. MENGGULUNG
~ Benang dianian digulung mengikut
lebar gigi jentera dan panjang loseng.
5. MENYAPUK
~ Benang yang digulungkan dimasukkan
menerusi gigi jentera sebelum
dilekatkan ke pesak yang terletak di
bahagian depan tempat duduk
penenun.
6. MENGGARAK
~ Proses ini dilakukan dengan loseng
turun naik. Caranya dimulakan dengan
menggerakkan loseng silih berganti
apabila jijak karat ditekankan.
7. MENYOLEK BUNGA
~ Dilakukan dengan menyusun lidi atau
bilah ribung melalui celah-celah
benang loseng.
8. MENENUN
~ Proses terakhir adalah dengan memangkah
benang loseng dengan benang pakan untuk
dijadikan kain.
~ Untuk kain songket bercorak penuh, benang
emas dilancarkan melalui torek benang emas
di antara dua lapisan. Benang loseng dan
jentera ditarik ke arah penenun untuk
merapatkan benang.
~ Tenunan dilakukan dengan menggunakan
alat yang dipanggil kek atau “kei” dalam
dialek Kelantan.
FUNGSI SONGKET
1.Songket -fungsi besar dalam masyarakat
melayu - menjelaskan identiti dan nilai
sesuatu masyarakat yang berkelasberdarjat.

2.Songket- dipakai oleh golongan raja dan


bangsawan –menaikkan status.

3.Songket – lambang kehormatan dalam


masyarakat melayu.- merupakan pakaian
khas untuk upacara menghadap raja.
4. Songket -dipakaikan di majlis-majlis
keramaian rasmi. Contohnya,songket dipakai
oleh pengantin semasa majlis perkahwinan.

5. Songket –dipakai oleh golongan lelaki


apabila bersembahyang jumaat/sembahyang
hari raya.

6. Songket-dijadikan barang hiasan seperti


hiasan dinding, beg tangan dan sebagainya.

7.Songket – menjadi fesyen-fesyen pakaian


lelaki dan perempuan.Contohnya, kot
pramugara MAS.
 8.Sebagai
barang hantaran belanja
 untuk pengantin perempuan sebagai
 hadiah perkahwinan.
CONTOH-CONTOH SONGKET
 Contoh songket yang menjadi beg tangan
contoh songket yang menjadi alat hiasan
Contoh songket corak berdiri
KESIMPULAN
 Seni tenunan songket merupakan sesuatu
yang mempunyai keistimewaan.Ciri-ciri
masyarakat melayu terpancar melalui ini.
 Songket menyakinkan kita bahawa
Masyarakat melayu amat peka dan kreatif
dalam mengolah apa sahaja
disekelilingnya.
 Songket –satu unsur kebanggaan bagi
masyarakat melayu.

Anda mungkin juga menyukai