Anda di halaman 1dari 14

SONGKET PENGENALAN SONGKET

Songket adalah hasil seni rupa yang menjadi warisan turun temurun nenek moyang selain dari batik, tekat, anyaman dan ukiran. Seni songket, anyaman, ukiran, tekat dan batik merupakan seni halus yang yang begitu dekat di hati orang Melayu. Kreativiti yang dihasilkan melalui seni halus ini tiada nilai bandingannya kepada masyarakat. Reka bentuk yang diilhamkan adalah diambil dari cetusan idea alam semesta iaitu flora dan fauna yang membentuk satu bentuk hasil yang halus, unik dan kreatif dan menjadi suatu visual yang apresiasi, sensitiviti, kreativiti dan unik sehingga menjadi satu bahan khazanah seni yang tidak ternilai pada zaman ini.

Pada zaman dahulu, songket hanyalah dipakai oleh golongan bangsawan iaitu kaum kerabat diraja dan orang besar negeri. Hal ini demikian, kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak pada zaman itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Songket juga mempunyai nilai sejarah yang agung sebagai warisan agung. Selain itu, warna dan motif songket juga menunjukkan lambang kedudukan seseorang. Di Malaysia, pusat tenunan seni rupa songket telah bermula di negeri pantai timur iaitu negeri Terengganu dan berkembang ke negeri Kelantan. Pada masa kini, kedua-dua buah negeri tersebut merupakan pusat pengeluaran utama kain tenunan songket.

Kain songket mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Nilai estetika itu bergantung kepada bahan yang digunakan untuk menenun songket. Antara bahan yang digunakan iaitu benang kapas, nenas, pisang, emas dan perak. Pada zaman dahulu, rakyat biasa menggunakan kain songket yang diperbuat daripada benang kapas, nenas dan pisang, manakala kain songket yang diperbuat daripada benang emas dan perak adalah khusus untuk persalinan DiRaja. Kain songket limar yang ditenun menggunakan teknik gabungan ikat dan songket merupakan songket untuk pemakaian DiRaja.

Kualiti kain songket juga terletak pada perancangan pembinaan fabrik dalam penghasilan ukiran motif yang ideal dan konsistensi pada kain yang ditenun itu. Selain itu, pembuatan kain songket yang halus memaparkan ketekunan, kerajinan, ketelitian dan juga menunjukkan sikap penenun yang gigih. Penenun yang mahir akan mengambil masa selama dua hinnga tiga bulan

untuk menyiapkan tenunan sehelai kain sarung songket sutera bercorak penuh berbanding songket biasa yang hanya memakan masa empat hingga enam hari untuk disiapkan.

Kehalusan reka bentuk dan pembuatan kain songket ini tidak melambangkan kekayaan khazanah seni tekstil Melayu tradisional sahaja, malahan ianya merupakan penggerak idea dan pemangkin kepada pereke-pereka tekstil generasi yang terkini.

Songket pada asalnya adalah hasil tenunan benang sutera atau kapas. Tenunan ini ditenun bersama benang emas dan perak dan terhasillah tenunan songket. Songket bermaksud membawa benang dan menarik keluar daripada kain. Kain songket adalah merupakan hasil tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang longsin (yang menunggu) dan benang pakan (yang mendatang.

Asal usul nama kain songket adalah berasal daripada teknik membuat songket iaitu menyongket atau menyolek bunga emas pada tenunan sutera. Songket terbahagi kepada dua jenis iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama tekat tersebut berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan jarak di antara lembaran benang emas yang disongket. Tenunan tekat tiga lebih sukar dan rumit daripada tekat lima. Tekat tiga hasilnya adalah lebih halus berbanding tekat lima. Selain itu, penggunaan benang emas yang dikembar dua yang dilakukan dengan selembar benang sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutu dari segi teknik dan kesan.

MOTIF SONGKET

Kain songket mempunyai reka bentuk yang tersendiri. Reka bentuk kain songket tersebut adalah mengandungi kepala kain atau petak kain, tepi kain atau kaki kain, pengapit kepala kain, tanah kain, punca, pengapit badan kain, kaki punca, kendik.

Tenunan songket yang bermotifkan bunga-bungaan sering diletakkan di bahagian sarung yang memaparkan keindahan alam, perasaan halus, ketenangan dan kesegaran. Selain itu, motif kain songket dari pohon muda yang masih menjalar disusun pada bahagian kendik sarung perlu diapit dengan tali air. Motif ini melambangkan kehidupan awal remaja yang diberikan kebebasan yang terhad dan masih memerlukan bimbingan. Di bahagian kaki sarung songket ini, motif bunga mekar melambangkan kedewasaan seseorang manusia. Manakala, di

bahagian kepala sarung dihiasi motif pucuk rebung yang merupakan simbol keibubapaan dan merupakan bahagian yang terpenting di bahagian kain songket. Manakala, motif tenunan songket dari unsur kosmos seperti awan berarak, bintang, ombak dan air muleh diletakkan di tepi kaki motif yang memaparkan makna yang amat simbolik iaitu tentang menempuh kehidupan manusia yang penuh rintangan, cabaran dan dugaan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Selain itu, fenomena perdagangan juga dijadikan motif seperti songket corak penuh Telok Berantai iaitu menggambarkan keadaan kapal dagang yang ketika itu berlabuh di teluk-teluk dan disusun secara berantai. Motif tersebut menjadi motif utama disusun bertabur dan dirantai dengan motif penyeri untuk menghasilkan corak penuh Teluk Berantai.

Songket corak penuh Jong sarat juga merujuk kepada aktiviti perdagangan yang aktif dan membayangkan kapal dagang berlabuh sarat dengan pelbagai barang dagangan. Ianya diolah dari segi saiz, garisan geometri, dan disusun secara berombak, beralun, dan siku keluang.

MOTIF SONGKET TRADISI

Tenunan songket yang berkonsepkan tradisi seringkali dikaitkan dengan mesej yang berunsurkan nasihat sebagai panduan di dalam mengharungi kehidupan. Pada zaman dahulu, penenun sangat berhati-hati untuk memilih imej dan mengolah supaya seiring dengan mesej yang ingin disampaikan.

Dari segi motif tradisi ini, penenun lebih peka terhadap alam sekeliling mereka iaitu flora dan fauna. Mereka kreatif mengolah sumber motif tersebut sehingga terhasilnya motifmotif seperti Tampuk Manggis, Tampuk Buah Kesemak, Buah Nenas, Cendawan, Bunga Tanjung, Awan Larat, Daun Inai, Rama-rama,Pucuk Rebong, dan Tapak Sulaiman.

Motif tampuk manggis adalah motif tradisi yang amat popular di kalangan penenun tradisi dan di olah dari buah manggis. Motif ini mempunyai unsur seni yang menarik dari segi sudut rupa dan jalinannya. Lapan penjuru rupa tampuk manggis telah diolah secara cerminan dan disusun bertaut di antara motif. Motif ini juga dikenali sebagai Tampuk Pedada dan sering dijadikan motif utama kain sarung.

Motif Tampuk Kesemak di olah dari buah kesemak. Olahan motif ini mempunyai empat penjuru. Setiap penjuru dibahagikan kepada dua bahagian kecil. Jadi, terhasillah empat penjuru dengan lapan pecahan yang berbentuk bunga.

Motif Buah Nenas diolah berdasarkan beberapa keratin yang menarik dari belahan buah nenas yang menampakkan pucuk buah dan buah tersebut. Motif ini selalunya digunakan di bahagian kepala kain atau di badan kain dan disusun dengan menggunakan susunan orgee.

Cendawan diolah dijadikan motif kerana mempunyai bentuk yang sangat menarik dan menjadi popular dalam penghasilan songket. Motif Cendawan diolah iaitu dengan pecahan di bahagian kelopak cendawan tersebut. Motif ini mempunyai empat kelopak yang menyerupai cendawan. Empat kelopak cendawan yang besar digabungkan pada empat kelopak yang kecil. Seterusnya, empat kelopak kecil tersebut akan diletakkan secara menyerong diantara kelopakkelopak besar tersebut. Motif Cendawan ini seringkali digunakan di bahagian badan kain.

Motif Bunga Tanjung diolah dari kelopak bunga itu sendiri yang mempunyai kelopak yang membujur dan menganjur keluar. Biasanya bunga ini mempunyai 12 hingga 14 belahan kelopak. Setiap 3 kelopak bunga tersebut bercantum di dalam empat penjuru. Motif bunga ini diolah dari segi empat penjuru menjadi empat persegi seperti kelopak bunga. Motif ini kebiasaannya terdapat di bahagian badan kain disusun secara berterabur atau bercorak penuh. Selain itu, motif ini juga boleh digunakan di bahagian kepala kain.

Motif Awan Larat ini diolah oleh penenun dari pengamatan mereka yang melihat kelompok awan yang sedang berarak di langit. Motif ini adalah antara motif yang paling popular yang kebiasaannya terdapat di tepi kain. Rekacorak awan yang unik dan berangkai ini dinamakan awan larat yang membawa maksud motif corak yang bersambung-sambung. Motif ini menggambarkan kehalusan budi pekerti melalui falsafah-falsafah yang tersirat di sebalik corak tersebut.

Songket motif Daun Inai banyak dijual di negeri pantai timur. Kebanyakan motif ini boleh didapati dari sampin. Motif ini kebiasaannya disusun secara berterabur bersama motif lain di bahagian badan kain. Motif ini membawa maksud tentang pendirian, prinsip hidup dan pegangan yang teguh melalui bentuknya yang teguh dan kukuh.

Motif Rama-rama diolah dan disusun dalam corak yang berjalur di bahagian sarung atau di bahagian tepi sarung songket. Imej rama-rama yang disusun secara berkumpulan, bersentuhan dan cerminan seringkali terdapat di bahagian badan sarung songket.

Motif Pucuk Rebung pula melambangkan unsur pendidikan yang perlu dilentur oleh ibu bapa sejak dari kecil. Penenun mendapat ilham pucuk rebung ini dari segi kegunaan dan bentuknya yang meruncing. Pucuk rebung ini diolah menyerupai tiga segi yang dikenali sebagai motif tumpal seperti segitiga isosceles. Motif ini kebiasaannya terdapat di bahagian kepala kain dan menjadi daya penarik utama pada sampin. Manakala di bahagian selendang dan kain panjang, motif ini terdapat di bahagian penghujung kain.

Motif Tapak Sulaiman diambil dari pecahan lima tapak sulaiman. Motif ini diolah dalam bentuk imbangan simetrikal di dalam empat pecahan. Ditengah-tengah motif ini diselitkan juga motif empat empat persegi yang diserongkan dalam bentuk 90 darjah.

MOTIF SONGKET KONTEMPORARI

Zaman sudah berlalu menampakkan pengubahsuaian seni tenunan songket. Rekaan songket motif kontemporari adalah tidak formal, dan direka dengan kepelbagaian ukuran, ruang dan arah perletakkan yang agak bebas. Teknik tenunan tradisional dipermudahkan lagi dan diubahsuai untuk mendapatkan kesan jalinan seperti teknik limar ikat loseng didalam teknik tenunan tradisional. Proses mengikat itu ditukar kepada proses sapuan pada loseng untuk menghasilkan corak. Antara motif kontemporari ialah motif Rama-rama, Buah Nenas, Buah Manggis, Bunga Orkid, Naga Laut, Kala Jengking, Bunga Mawar, Buah Manggis, Labu, Bunga Kenanga, dan Bunga Kenanga.

Motif Rama-rama, Buah Nenas, dan Buah Manggis diolah dari motif tradisional dengan lebih moden. Bagi motif Rama-rama, bentuk rama-rama tersebut diolah dari bahagian sayap dengan gaya yang lebih lembut dan disusun dengan pelbagai cara. Motif Buah Nenas pula diolah mata kulit nenas tersebut kepada ceraian empat penjuru dan diringkaskan kepada bentuk yang lebih kontemporari. Manakala bagi motif Buah Manggis, tampuk manggis ini telah ditambahkan jalinan di bahagian rupa tampuk yang dimujaradkan secara simetri.

Bagi motif Bunga Orkid, kelopak bunga tersebut diolah kepada bentuk helaian. Di bahagian tengah bunga Orkid ini mempunyai satu bentuk yang berbeza dengan kelopak bunga. Ceraian kelopak bunga tersebut disusun di dalam bentuk kitaran yang beralun dan menjadikan bunga orkid sebagai satu motif kontemporari yang sangat menarik.

Motif Naga Laut diambil dari bahagian badan naga laut yang mempunyai helaian seperti kepak yang berukuran berbeza. Motif Naga Laut ini diolah dari helaian kepak Naga Laut dan menjadikan dalam rupa imbangan bentuk simetri yang lebih kontemporari.

Motif Kala Jengking diambil dari bahagian bentuk kaki yang banyak, penyepit, sesungut dan badan Kala Jengking itu yang mempunyai tanduk penyengat. Bentuk kala jengking ini diolah dan hasilnya dipecah-pecahkan daripada kaki Kala Jengking tersebut menjadi satu motif yang sangat menarik.

Motif Bunga Mawar menjadi motif hasil dari pemerhatian terhadap kelopak bunga Mawar kerana pembahagian yang jelas satu persatu disusun dari luar ke dalam. Bunga ini diolah di bahagian kelopak dan dibuat ceraian-ceraian helaian mengikut saiz yang berbeza. Motif ini sesuai untuk digunakan di bahagian badan kain.

Motif Buah Labu diambil dari bentuk buah labu itu sendiri yang berbentuk berbilah dan akan menjadi lebih menarik rupa buah tersebut jika dibelah. Buah tersebut akan berubah seakanakan menyerupai rupa bentuk bunga. Buah ini diolah di dalam bentuk kitaran untuk dijadikan motif.

Motif Bunga Kenanga diambil dari helaian kelopak bunga tersebut yang memanjang dan melengkuk lembut di hujung kelopak tersebut. Kleopak bunga tersebut diolah didalam imbangan yang simetri dalam pelbagai ukuran untuk menghasilkan motif yang menarik.

Motif Bunga Kekwa diambil dari kelopak bunganya yang mempunyai banyak kelopak. Setiap lapisan kelopak bunga tersebut mempunyai saiz yang berbeza-beza. Kelopak bunga tersebut diolah menjadi motif. Gabungan ukuran kelopak bunga yang berbeza itu menghasilkan motif yang menarik.

Walaubagaimanapun, hanya terdapat enam tenunan songket yang utama iaitu songket Bunga

Penuh, Songket Bunga Bertabur, Songket Corak Jalur, Songket Corak Siku Keluang, Songket Tapak Catur dan Songket Pucuk Rebung.

PROSES MENENUN

Untuk menghasilkan sehelai kain songket seorang penenun itu akan membuat persiapan yang awal dengan pencarian motif yang hendak digunakan, dan sehinggalah kepada proses kiraan benang. Terdapat lapan peringkat dalam proses menenun iaitu mencelup benang, menerai bennag, menganing, menggulung, menyampak, mengarat, menyongket dan mengikat butang dan menenun. Setiap proses ini memerlukan perancangan yang teliti kerana ia saling berkait.

Pertama adalah proses mencelup benang. Pada zaman dahulu, penenun akan menggunakan bahan pewarna semulajadi untuk mewarnakan benang seperti warna kuning menggunakan kunyit hidup. Namun pada zaman kini, proses mencelup benang menjadi mudah kerana bahan pewarna kimia dalam bentuk serbuk sudah wujud. Benang sutera yang sudah diikat dan berbentuk tongkol direndam didalam larutan pewarna yang panas supaya benang tersebut mudah menyerap warna. Selepas warna sudah menyerap ke atas benang, benang tersebut kemudiannya akan diperah dan dibilas sehingga terhasil warna yang dikehendaki. Kemudian, benang tersebut dibilas dengan air sejuk. Hal ini kerana untuk menambahkan ketahanan warna pada benang tersebut. Benang tersebut akan dijemur di kawasan teduh selama 2 hingga 3 jam. Antara alat mencelup benang yang digunakan ialah periuk stainless steel atau palong, dapur, iron rod, alat penimbang, alat penyukat larutan, besen, bikar, rod kaca dan penyidai.

Kedua, adalah proses menerai benang. Tongkolan benang tadi diasingkan ke dalam bentuk tongkol kecil di dalam peleting. Proses ini perlu dilakukan secara padat dan kemas supaya proses seterusnya dapat dijalankan dengan mudah. Kualiti gulungan ini akan menetukan kualiti benang loseng dan mestilah sesuai dengan jumlah panjang dan lebar loseng yang diperlukan untuk proses menenun. Antara bahan yang digunakan adalah rahak, mata rahak, darwin, kaki rahak, dan peleting.

Ketiga adalah proses menganing benang. Tujuan proses ini adalah untuk menentukan panjang dan lebar loseng yang dikehendaki. Benang pada peleting ini akan disusun di atas bumbung anian yang mengandungi kayu-kayu pancang. Panjang loseng ini akan ditentukan antara satu

kayu ke kayu pancang yang lain. Proses menarik benang kepada kayu pancang dari hujung ke satu hujung pancang kayu anian diteruskan sehingga ukuran benang yang dikehendaki diperoleh. Antara peralatan yang digunakan didalam proses ini ialah rumah anian, dawai dan gunting.

Keempat adalah proses menggulung benang. Benang loseng yang telah siap dianing akan dipindahkan kepada anak kayu dan belira supaya proses menggulung dapat dijalankan. Benang loseng tersebut akan digulung dan disimpan di papan gulung. Sebelum menggulung, anak kayu dan belira akan diukur mengikut lebar loseng yang diperlukan. Benang loseng tersebut perlulah disusun dengan baik dan kemas di anak kayu dan papan gulung. Ketika proses menggulung dijalankan, benang akan diregangkan dengan seimbang supaya hasil gulungan menjadi padat dan kemas. Antara peralatan yang digunakan adalah anak kayu, belira kecil, papan gulung, gunting, pensil, tali penanda dan pita ukur.

Kelima adalah proses menyampak benang. Proses ini adalah menyusup benang loseng ke dalam gigi jentera satu persatu. Setiap gigi jentera, 2 urat benang akan dimasukkan dengan berpandukan persilangan benang. Jika terdapat kesilapan ketika proses ini dijalankan, benang loseng perlu dikeluarkan dan ulangi semula. Antara peralatan yang digunakan adalah gigi jentera, jarum menyampak, anak kayu, dan belira.

Keenam adalah proses mengarat. Proses ini dilakukan untuk mengasingkan benang di bahagian atas dan bawah loseng. Proses ini untuk membuka ruang bagi melancarkan benang pakan semasa proses menenun dijalankan. Benang ini akan dimasukkan sebaris dengan benang loseng yang terangkat di bahagian ruang yang diletakkan belira atau ruang belira. Proses mengarat ini akan dimulakan dari bahagian hujung loseng dengan mengaitkan benang dan jari keatas dan benang ini akan dililitkan mengelilingi dua anak kayu dan papan karat secara berselang-seli dan akan membentuk seolah-olah angka 8 dan akan diulang proses ini sehingga selesai. Proses ini akan diulang sehing satu set benang bahagian atas selesai dan dituruti dengan set kedua benang bawah.

Proses ini seterusnya menjalin karat dengan mengambil lima belas hingga enam belas gelung karat dan diikat dalam satu ikatan. Proses ini bertujuan untuk menguatkan lagi karat tersebut dan dikenali sebagai ikat karat. Kedua karat ini akan digantungkan dengan tali caman di bahagian atas palang kek dan di bahagian bawah karat digantung ke bawah sebagai pijak karat

dalam keadaan yang seimbang. Antara alatan yang digunakan ialah belira kecil, anak geliging nibong, kayu sandal, papan karat dan jarum puli atau caman.

Ketujuh adalah proses menyongket dan mengikat butang. Proses ini bermaksud motif-motif yang telah dipilih dipindahkan dari kertas graf ke atas benang loseng dengan menggunkan bilah lidi dengan berpandukan tekat dan gigi belalang. Setiap kotak di kertas graf tersebut merupakan satu tekat pada benang loseng. Seterusnya, proses mengikat butang akan dilakukan setelah proses menyongket dijalankan. Butang merupakan satu rangkaian benang nylon yang digunakan untuk menyimpan motif yang telah disongket pada benang loseng. Proses ini bertujuan untuk membuat pengulangan motif dan untuk memudahkan proses menenun. Setiap rangkaian akan disusan dengan kemas untuk memperbaiki motif yang salah apabila benang loseng tersebut putus dan apabila butangnya rosak.

Terdapat dua tujuan menyongket iaitu pertama menyongket untuk mendapatkan jumlah gigi belalang. Antara peralatan dan bahan yang digunkana adalah lidi, belira, benang nylon dan kertas graf. Manakala tujuan kedua ialah menyongket benang dan mengikat butang. Antara peralatan dan bahan yang digunakan ialahlidi, belira, benang nylon dan kertas graf.

Akhir sekali, adalah proses menenun kain songket. Proses ini adalah proses yang terakhir di dalam penghasilan songket. Proses ini hanya memerlukan seorang penenun sahaja. Penenun tersebut perlu teliti dan dan tekun. Pembantu sebanyak dua oarnag diperlukan untuk mengangkat butang. Kain songket yang akan terhasil daripada persilangan benang loseng menggunakan karat ini akan dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu sehingga satu bulan mengikut motif dan teknik yang digunakan. Seterusnya, kayu pijak karat amat penting kerana kayu tersebut akan menggerakkan karat untuk menghasilkan persilangan benang. Torak benang pakan ini akan dilancarkan dari kanan ke kiri dan gigi jentera akan diasak apabila pijakan kayu pijak ditukar dan seterusnya torak benang pakan dilancarkan dari kiri ke kanan dan proses tersebut akan diulang. Antara peralatan yang digunakan adalah kek tenun melayu, belira, torak, kayu pijak karat, pulley, gigi jentera, karat, tali regang dan bahan yang digunakan adalah benang loseng, benang pakan, tali makarami, benang hias, benang metalik dan benang nylon.

KESIMPULAN

Gabungan motif dan warna yang baik akan dapat melahirkan sesuatu karya seni yang sangat tinngi martabatnya. Songket Melayu merupakan satu contoh kraf tekstil yang mempunyai cirri-ciri tersebut. Kebiasaannya, songket digunakan untuk upacara khas seperti pertabalan dan perkahwinan DiRaja sahaja.

Songket menyakinkan kita bahawa masyarakat Melayu amat peka dan kreatif dalam apa sahaja sumber ilham yang berada di sekeliling mereka. Selain itu, songket menjadi satu kraftangan yang menjadi kebanggaan masyarakat.

RUJUKAN

1.

Nael, 16 Ogos 2010 : Cara Menenun Songket http://naeltrg.blogspot.com/2010/08/cara-

menenun-songket.html

2.

11 November 2008 : Mengenal Kraf

Tradisional http://kenalkraftradisional.blogspot.com/

3.

Kraftangan Malaysia, 7 May 2010 : Motif Kain

Songket http://www.kraftangan.gov.my/main/content/88/?page_name=Motif_Kain_Songket_ 88&menuid=1

4.

Warisan Budaya Malaysia, 2000 :

Songket http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm

5.

Cikgu Kema, 13 April 2010 : Tenunan Songket

Malaysia http://norakmary.blogspot.com/2010/04/tenunan-songket-malaysia.html

6.

Halimaton Abdul Shukor, Noridah Jusoh, Arsad Ibrahim, Abdullah Saari, Norizah

Abdullah, Araiyah Abd Rahman, Sharifah Nazirah Syed Mohammad, Nor Azian Mohd Amin, Yusnida Yusof (2009). Seni Kraf Tenunan Motif & Teknik. Rawang, Selangor : Institut Kraf Negara

Sejarah Songket
Songket hanya dipakai oleh golongan bangsawan iaitu keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Songket telah terkenal di Malaysia dan Indonesia (rumpun melayu) sejak abad ke-13 yang lampau. Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada menyungkit kerana dalam bahasa Siam kek membawa erti menyungkit selain songkok (China) membawa maksud yang sama. Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya. Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinan penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa antara dua Negara sekitar abad ke-15. Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas atau perak ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

Corak dan motif


Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekali gus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan: Susunan bunga penuh Susunan bunga bertabur Susunan bercorak

Terdapat juga kajian daripada pakar yang mengkategorikan corak songket kepada tujuh jenis iaitu :

Songket bunga penuh (overall or full pattern) Songket bunga bertabur (spotted or scattered pattern) Songket corak berjalur (stripes) Songket corak berdiri (vertical stripes) Songet corak melintang (horizontal stripes) Songket corak siku keluang (chevron) Songket corak tapak catur (checks) Songket corak pucuk rebung (bamboo shoot pattern) Tepi kain (border pattern) Motif yang biasa digunakan pula adalah seperti: Motif Tumbuh-tumbuhan Motif Binatang Motif Alam/Benda Motif Kuih

Fabrik songket yang paling popular dan menjadi pilihan ramai ialah songket bunga penuh yang bermotifkan corak teluk berantai

Sejarah

Kedatangan kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada menyungkit kerana dalam bahasa Siam kek membawa erti menyungkit selain songkok (China) membawa maksud yang sama. Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya. Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15. Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Mela

Songket telah menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu. Songket juga lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket

melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai