Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Kemunculan batik di Malaysia masih menjadi tanda Tanya sehingga kini. Kesukaran
menemui artifak yang berupa kain batik terawal menjadi satu rintangan kepada pengkaji-
pengkaji terdahulu. Perkembangan batik di Malaysia boleh disimpulkan kesan akibat yang
berakar umbi daripada kemahiran perkembangan mencelup kain sejajar dengan
perkembangan mencelup benang untuk tenunan songket dan tenunan ikat. Sebelum batik lilin
dikenali dengan meluas, telah wujud penciptaan kain batik pelangi yang dihasilkan melalui
teknik mencelup kain dasar berikat. Corak dihasilkan pada permukaan kain dengan pelbagai
kesan warna dari proses pencelupan. Teknik ini dikatakan mendapat pengaruh langsung dari
India dan China. Ini turut disokong penyataan yang digambarkan oleh Sarah Arney yang
mengandaikan bahawa ketajaman fikiran orang Melayu menggutip ilmu berkaitan kain
daripada kehadiran orang asing.

Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak
rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik
benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.Dari segi sejarah,
ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri.
Kehalusan tenunan dan kesukaran motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat
dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak
abad ke-13 yang lampau. Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan
agung. Selain mengangkat reputasi si pemakai, motif dan warna tenunan songket
melambangkan kedudukan seseorang. Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak
dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal
daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain
‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.

1.1 SEJARAH BATIK DAN SONGKET MALAYSIA

1.1.1 Songket

Songket yang sangat terkenal di Malaysia telah berkembang pesat di pantai timur
terutama di Terengganu dan Kelantan. Kedatangan seni kraf tenunan berkait rapat dengan
sejarah perdagangan. Di Asia, seni tekstil dikatakan berkembang dengan pesat setelah

1
perhubungan dagangan dengan negara luar terjalin. Manakala di Tanah Melayu, ianya hasil
kedatangan pedagang dari Jawa, Pulau Maluku, Borneo dan Bugis. Menurut sejarah, kain
tenun telah ditemui di Langgar, Kedah. Kain tenun pada waktu itu tidak menggunakan motif
emas atau songket. Selain daripada itu, kain tenun juga ditemui ketika zaman Che Siti Wan
Kembang (1610-1677). Perkembangan kain tenun di Kelantan juga telah ditemui di Kota
Kubang Labu ketika zaman pemerintahan Long Pandak, manakala tenunan songket bermula
di perkampungan Gerung, Tumpat. Kebiasaannya kain tenunan ini halus pembuatannya.

Perkataan "songket" berasal dari perkataan Melayu yang bermaksud menyulam


dengan benang emas atau perak (menyulam). Songket telah dikenal di Malaysia sejak abad ke
15. Songket mula menjadi popular terutamanya di negeri-negeri Malaysia seperti Terengganu
dan Kelantan. Kain-kain songket dibuat daripada benang sutera atau kapas yang ditenun
bersama-sama dengan benang emas atau perak.

Nama “kain songket” berasal daripada teknik membuat songket, iaitu menyongket
atau menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada amnya songket terbahagi kepada dua
jenis, iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan
lembaran benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga
lebih sukar dan rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Penggunaan benang emas
yang dikembar dua yang dilakukan dengan selembar benang sutera akan menghasilkan
tenunan yang lebih bermutu dari segi teknik dan kesan.

1.1.2 Batik

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Dahulu, orang
Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap untuk cap corak-corak batik.
Sekarang,  modern terknologi telah menghasilkan cap-cap modern. batik berasal dari
Indonesia dan perkataan "batik" terbit dari perkataan Jawa "ambatik". Perkataan akhir "tik"
bermaksud menitik atau melukis titik-titik.

Batik di Malaysia mula bertapak sejak awal tahun 1920-an. Kini batik Malaysia telah
berkembang pesat dan mempunyai identiti yang tersendiri.vBatik berasal dari Indonesia. Ia
berkembang ke Malaysia setelah ramai orang tempatan berminat dengan batik Jawa yang
cantik dan halus buatannya. Tidak dinafikan, di Kelantan dan Terengganu, pengusaha batik

2
cuba meniru corak-corak batik dari batik Jawa. Bagaimana pun kehalusan pembuatannya
tidak dapat ditandingi.

Dengan perkataan 'ba-tik' membawa maksud menghambakan diri untuk menitik lilin
di atas kain putih. Titik dihasilkan daripada lilin dengan menggunakan canting. Canting
adalah sejenis alat yang diperbuat daripada logam (tembaga) berbentuk kasut kecil ruang di
mana lilin diisikan. Bekas ini muncung pada penghujung dan buluh atau kayu
diperlengkapkan sebagai pemegangnya. Batik adalah salah satu daripada teknik-teknik resis.
Lilin dijadikan sebagai bahan penyekat daripada kemasukan pewarna di atas kain.

1.2 MOTIF YANG DIGUNAKAN KE ATAS BATIK DAN SONGKET

1.2.1 Motif Pada Batik

Motif fauna pula menjurus


kepada motif haiwan yang kerap
digunakan ialah ayam,itik,
serangga dan unggas.

JENIS MOTIF
PADA BATIK
Motif geometri selalunya lebih
Motif flora merupakan unsur
digemari dalam pembikinan
tumbuhan yang amat digemari
batik kerana ianya lebih mudah
dan digunakan ialah pucuk
dan ringkas untuk diolah.
rebung,bunga mangga,
Antara motif geometri yang
kenangga,cempaka,melur dan
popular ialah segi tiga pucuk
sebagainya.
rebung,segi empat.
3
1.2.2 Jenis-Jenis Motif Pada Batik

Bentuk-bentuk motif batik yang dihasilkan dalam dua bentuk utama, iaitu Motif
Organik dan Motif Geometrik. Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu
unik adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta
diwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan biasanya yang
berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah
bermotifkan fauna, flora dan geometri.

(i) Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan
digunakan ialah pucuk rebung,bunga mangga, kenangga,cempaka,melur dan
sebagainya. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting digunakan dan
diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.

(ii) Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah
ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan
dengan motif flora.

(iii) Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya
lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular
ialah segi tiga pucuk rebung,segi empat,garisan lurus, swastika, gandaan huruf
“S”,bulatan dan sebagainya.

Contoh Motif Fauna

- Motif Ayam
- Motif Rama-rama
- Motif Siput

Contoh Motif Flora

- Motif Bunga Buluh


- Motif Bunga Orkid
- Motif Bunga Raya
- Motif Daun Sireh
- Motif Pucuk Rebung

4
Contoh Motif Geometrik

- Motif Bunga Kerak Nasi


- Motif Bunga Kotak Bercampur
- Motif Geometrik
- Motif Pucuk Rebung

i. Motif Fauna/ Burung

ii. Motif Geometri

5
iii. Motif Benda Abstrak

1.2.3 Motif Pada Songket

Motif yang diilhamkan daripada


alam sekitar pula dinamakan
bintang buta, air molek, awan
larat, dan teluk berantai.

JENIS MOTIF
PADA SONGKET

Motif songket yang diilhamkan


daripada tumbuh-tumbuhan ialah
Motif yang diilhamkan daripada
pucuk rebung, bunga lawi ayam,
haiwan ialah bunga lawi ayam,
bunga baling, tapak kecupu, bunga
undukunduk, bunga hati, dan
tanjung, bunga cermai, bunga setelop,
sisik kelah.
tampuk kesemak, tampuk manggis,
dan buah delima.

1.2.4 Jenis-Jenis Motif Pada Songket

6
Contoh motif-motif songket ialah:

(i) Motif Tumbuh-Tumbuhan Pucuk Rebung

Di antara corak dan rekaan songket yang menggunakan motif pucuk rebung dan pecah
lapan ialah

(ii) Motif Binatang Rama-rama

(iii) Motif Alam/Benda Segiempat

7
2.0 TEORI CORAK DAN REKAAN

Dalan teori corak dan rekaan pendidikan seni kraftangan, susunan asas bagi suatu
motif dijelaskan mengikut jenis-jenis berikut.

(i) Susunan Berselang Seli:


Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan
yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik
dan teratur.

(ii) Susunan Batu Bata:


Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di
antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

(iii) Susunan Bertimbal:


Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

(iv) Susunan Bertindih:


Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga
membentuk corak yang menarik.

(v) Susunan Beralun:


Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak.
Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

(vi) Susunan Berpusat:

8
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini
boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

(vii) Susunan Ulang Sekata


Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan
corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai
panduan.

2.1 SUSUNAN CORAK BATIK

Corak adalah bagaimana motif yang dipilih dicorakkan. Contoh-contoh susunan corak
yang selalu digunakan ialah susunan :
i. Corak Berdiri
ii. Corak Jalur
iii. Corak Melintang
iv. Corak Menyeruluh

Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas
kain batik tersebut.

(i) Susunan Corak Berdiri

Corak yang digunakan ialah garisan yang dilukis secara berdiri. Susunan garisan pula
kelihatan sedikit beralun. Pada setiap garisan itu, terdapat motif bunga yang disusun secara
bertindih di atas beberapa garisan. Motif bunga tidak dilukis secara menyeluruh tetapi
bertabur. Walau bagaimanapun, motif bunga masih kelihatan berpaut pada setiap garisan.
Contoh seperti di bawah.

9
(ii) Corak Melintang

Corak melintang ini banyak menggunakan konsep warna. Jika dilihat pada susunan,
kita dapat melihat susunan beralun telah dihasilkan bagi menjelaskan maksud alam sekeliling.
Penggunaan warna yang berbeza telah menghasilkan susunan secara melintang pada kain.
Beberapa susunan warna dilukis secara bertindih antara satu sama lain tetapi masih Nampak
menarik.

(iii) Corak Menyeluruh

Batik corak menyeluruh memang banyak dihasilkan. Walau bagaimanapun, perbezaan


corak dapat dilihat dari segi motif yang digunakan. Bagi corak batik di atas, batik pertama
telah menggabungkan motif rama-rama dan bunga-bunga yang disusun dalam pelbagai cara.
Motif rama-rama disusun bertindih di atas daun hijau. Begitu juga dengan bunga-bunga yang
disusun secara bertindih antara satu sama lain sehinggakan Nampak kepadatan susunan motif
pada kain tersebut.

10
Berlatarkan corak garis-garis halus, motif keluk bunga pakis disusun bertindih di atas
latar dan corak tersebut. Motif-motif tersebut disusun secara bertabur dan beralun tetapi
masih Nampak sekata dan menarik.

(iv) Corak Ulangan dan Bertimbal

Susunan corak motif bunga dan geometri di atas adalah berulang-ulang dan selang-
seli selepas satu corak atau motif. Jika dilihat dan diperhati dari sudut lain, susunan corak dan
motif juga adalah secara bertimbal iaitu dalam bentuk cerminan. Seperti yang kita ketahui,
susunan cerminan adalah sama dengan susunan simetri. Susunan corak simetri di atas adalah
secara melintang dan juga menyerong. Penggunaan dua warna sudah cukup menyerlahkan
corak dan motif pada kain batik tersebut.

Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi susunan corak yang menggunakan motif
alam dan benda abstrak yang disusun secara menyerong, batu-bata dan selang-seli seperti di
bawah.

(v) Corak Menyerong

11
(vi) Corak Ulangan Batu-bata

Pada zaman sekarang, batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik
lepas. Ia juga boleh digunakan dalam majlis-majlis formal atau keramaian. Batik digunakan
sebagai hiasan seperti alas meja dan cadar. Batik boleh didapati dengan harga yang murah
dan berpatutan. Banyak pelancong gemar dengan keunikan corakkan batik.

2.2 SUSUNAN MOTIF SONGKET

Susunan corak motif pada songket adalah berbeza daripada Batik. Ini mungkin disebabkan
songket ditenun menggunakan benag emas atau perak dan kadangkala ditenun mengikut grid.
Contoh-contoh susunan corak yang digunakan ialah:

i. Susunan Bunga Penuh


ii. Susunan Bunga Bertabur
iii. Susunan Bercorak

(i) Susunan Bunga Penuh

12
Corak penuh bersulam juga dikenali songket cuban. Motif benang emas dan perak
ditenun memenuhi keseluruhan kain. Motif bunga yang disusun adalah dalam motif pucuk
rebung. Motif dilukis dengan abstrak dan disusun seperti batu-bata dan secara menyerong ke
atas. Bagi menyerlahkan warna benang, latar kain gelap berwarna hitam digunakan. Corak ini
bianya menghiasi kain sampin lelaki.

(ii) Susunan Bunga Bertabur

Corak ditenun secara bertaburan dan tidak terikat atau berangkai antara satu sama
lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak
dan lain-lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi dengan garisan corak di kepala dan
kaki kain. Motif bunga yang digunakan disusun dalam susunan selari ke atas (hijau)
manakala susunan motif bunga dibuat secara melintang bagi songket berlatar oren dan ungu
di atas.

(iii) Susunan Bercorak

13
Susunan motif bercoraak bunga emas di atas dibuat secara jaluran berdiri atau
melintang. Susunan Beralun. Manakala susunan motif bagi benang perak merah kelihatan
berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan terdiri
daripada motif yang sama bagi (benang perak) manakala bagi motif benang emas, corak
disusun dengan motif berbeza. Susunan dan motif berbenang emas yang dihasilkan pada kain
merah hati di atas kelihatan lebih kepada pakaian diraja dan bangsawan manakala benang
merah dan perak boleh digunakan oleh orang biasa.

3.0 RUMUSAN

Batik dan Songket adalah seni kraftangan orang Melayu yang telah wujud sejak
seabad lalu. Keunikan dan kecantikan motif yang dicorak dan ditenun telah menyebabkan
pedagang luar turut berminat untuk mengembangkan hasil seni itu menjadi perusahaan yang
berjaya. Walaupun batik pada mulanya diperkenalkan di Indonesia tetapi pada masa
sekarang, orang Melayu sudah mula menghasilkan batik yang bertemakan alam melayu
sekaligus membawa seni batik Malaysia terkenal di mata dunia. Keupayaan orang-orang
Melayu menenun songket adalah sangat unik dan patut dihargai. Walaupun pada masa
dahulu, songket hanya dipakai oleh golongan bangsawan dan diraja tetapi sekarang songket
seakan-akan pakaian tradisi pengantin Melayu disamping kegunaan kain songket itu yang
digunakan sebagai perhiasan dinding dan cenderanata. Kita seharusnya menghargai dan
menyanjungi seni batik dan tenunan Malaysia ini kerana tidak semua orang dapat
menghasilkannya melainkan waris dan anak cucu orang Melayu terdahulu saja yang
mewarisinya. Selain daripada membantu memartabatkan batik dan songket di mata dunia,
kita juga perlulah memelihara kerahsiaan penghasilan songket terutamanya agar tidak jatuh
ke tangan pihak luar yang ingin mengambil kesempatan meniru hasil seni kraftangan
terunggul Malaysia itu.

14
RUJUKAN

Kathleen Chee. (2008). Pendidikan Seni Visual : SPM. Selangor. Pelangi Publishing Group
Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,
KBSR.KL.,DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,
KBSR.KL., DBP.

Open University Malaysia, (2010) HBAE2103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, UNITEM
Sdn.Bhd.

http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm

http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/batik-buatan-malaysia.html

http://zuraidaqzan.webs.com/pendidikansenivisual.htm

http://eprints.usm.my/9589/1/TRANSFORMING_TRADITIONAL_MALAYSIAN_SONGK
ET_INTO_CONTEMPORARY_SONGKET_FOR_BROADER_APPAREL_USAGE.pdf

15

Anda mungkin juga menyukai