Anda di halaman 1dari 16

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA

HBML3403
Linguistik dan Sosiolinguistik

TUGASAN:
Laras Bahasa Melayu

NAMA: NORFITRIAH MOKTI


NO. METRIK : 751005125556001
NO. IC : 751005125556
NO. TEL : 0199911434
norwansksin@yahoo.com

TUTOR :
EN. AB. MALEK B. HJ. CHE MAT

OUM KUANTAN
SEMESTER JAN 2015
1

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN

1.0 Perbincangan tentang salah satu bidang laras bahasa Melayu


dari segi bidang, konsep dan ciri-ciri khusus

1.1 Konsep laras bahasa


1.2 Laras bahasa pilihan : Laras Bahasa Sukan

1.3 Ciri-ciri laras bahasa sukan

1.4 Jenis ayat : Majmuk campuran

1.5 Ragam ayat aktif


1.5.1 Ayat aktif transitif

2.0 Penggunaan kata dan ayat sebagai penanda dalam laras bahasa Melayu
2.1 Bidang

8
9

2.2 Perbendaharaan kata


2

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

2.3 Tatabahasa

10

2.3.1

Kata terbitan

2.3.2

Akronim laras sukan

2.3.3

Jenis ayat : Ayat penyata

2.3.4

Ragam ayat

2.3.5

Penggunaan ayat majmuk

11

3.0 Perbincangan tentang peranan laras bahasa sebagai alat pemangkin


dan memperkayakan bahasa Melayu

12 - 13

4.0 Rumusan

14 - 15

RUJUKAN

16

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

PENGENALAN
Komunikasi adalah perkara rutin yang kita lakukan setiap hari. Contohnya, kita pergi ke
pasar maka sepanjang perjalanan ke sana, kita mungkin berkomunikasi dengan orang sekeliling
yang kita temui sehinggalah sewaktu kita berada di pasar untuk membeli barangan harian.
Komunikasi boleh berlaku secara lisan mahupun tulisan. Namun, apa yang menjadikan
komunikasi itu berkesan adalah laras bahasa.
Menurut laman sesawang Wikipedia Laras bahasa ialah sejenis kelainan bahasa yang
digunakan berdasarkan oleh sesuatu bidang yang diceburi oleh seseorang. Laras bahasa boleh
diertikan sebagai gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras akan
4

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Di samping itu, setiap laras
menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan
mengikut disiplin atau bidang tertentu.
Rahimah Hj Sabran et. all (1987) mengatakan laras bahasa merupakan variasi-variasi
yang dipilih untuk digunakan dalam situasi-situasi tertentu dalam kehidupan sehari-hari.
Pandangan ini disokong dengan kenyataan Micheal Alexander Kirkwood Halliday yang
menyatakan dialek merupakan variasi bahasa yang digunakan oleh pengguna berdasarkan
tempat, daerah, sedangkan laras merupakan variasi bahasa berdasarkan penggunaannya.
Laras-laras mengikut Haliday, ketidak tepatan bahasa akan menjadi ketara apabila
terdapat penggunaan bentuk-bentuk yang tidak sesuai. (Haliday, 1968) seperti yang dinyatakan
oleh Brian Seaton variasi bahasa merupakan bentuk bahasa yang wujud akibat keadaan yang
berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan. Laras bahasa bidang kewartawanan,
perubatan, perniagaan, sains dan sebagainya berbeza baik dari segi lisan mahupun dari segi
tulisan. Oleh itu, bukan satu perkara yang aneh bagi seseorang itu memiliki beberapa laras
bahasa yang berlainan untuk digunakan dalam situasi yang berlainan.
Nuwairi Hj. Khazaai (1988), pula menyatakan laras mempunyai beberapa ciri khusus dan ini
dapat diteliti pada perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa.
Kesimpulannya, laras bahasa adalah variasi atau kelainan dalam bahasa atau ragam
bahasa. Laras bahasa membantu seseorang pengguna bahasa menyampaikan buah fikiran atau
maklumat dengan tepat, mudah dan senang difahami sama ada melalui penulisan mahupun
komunikasi dan dalam pelbagai keadaan ( umur, jantina, tajuk) dan situasi seperti sukan, berita,
perniagaan dan sebagainya.

1.0 Perbincangan Tentang Salah Satu Bidang Laras Bahasa Melayu dari Segi Bidang,
Konsep dan Ciri-ciri Khusus.
Nik Safiah Karim (1989), menyatakan Laras ialah gaya atau cara penggunaan
sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada
sekumpulan variasi yang ada pada setiap penutur. Menurut beliau lagi, laras bahasa
5

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

berdasarkan penggunaannya, iaitu variasi bahasa yang digunakan oleh seseorang penutur
mengikut situasi tertentu.
1.1 Konsep laras bahasa
Laras bahasa juga dikaitkan dengan kemajuan sesebuah masyarakat.
Dikatakan semakin banyak laras bahasa yang terdapat dalam bahasa sesebuah
masyarakat itu, maka masyarakat itu dikategorikan semakin maju. Ini kerana
masyarakat yang maju mempunyai laras bahasa yang cukup lengkap untuk
memperkatakan pelbagai konsep ilmu dan hal-hal yang berkaitan dengan
kemajuan. Bahasa mempunyai penutur yang tersendiri. Makin banyak jumlah
penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Makin luas daerah
penyebaran satu-satu bahasa itu makin banyak pula perbezaan yang timbul dari
segi penggunannya.
Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2005), menyatakan laras bahasa
sebagai Kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan
khususnya dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian
konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk
perbicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan, waima secara
lisan atau penulisan.
Kesimpulannya laras bahasa mempunyai pelbagai bentuk bergantung
kepada pengguna yang menggunakanya berdasarkan situasi dan keadaan ketika
itu.
Terdapat pelbagai contoh laras bahasa antaranya :
Laras Bahasa Biasa
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
Laras Bahasa Sains
Laras Bahasa Media Massa
Laras Bahasa Rencana
Larasa Bahasa Undang-Undang
Laras Bahasa Agama
Laras Bahasa Sukan
Laras Bahasa Sastera / Kreatif
Laras Bahasa Ekonomi
Laras Bahasa Akademik
6

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

1.2 Laras Bahasa Pilihan : Laras Sukan


Dipetik dari Sinar Harian
Tarikh : 12 Mac 2015
PELUMBA pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Adiq
Husainie Othman berpuas hati dengan kejayaannya meraih tempat ketiga pada
peringkat kelima jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 dari Kuala
Terengganu ke Kuantan, sejauh 200km, hari ini.
Beliau muncul pelumba kedua negara yang melakar kedudukan podium
selepas rakan sepasukannya, Anuar Manan menduduki tangga ketiga pada
peringkat pertama LTdL 2015 sejauh 99.2km di Langkawi, Ahad lepas.
1.3 Ciri-ciri laras bahasa sukan
Ferguson (1968) membincangkan ciri-ciri bahasa yang telah maju,
mengatakan bahawa salah satu ukuran untuk menentukan taraf kemajuan ialah
menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Laras bahasa dapat
digolongkan kepada dua iaitu laras biasa dan laras khusus.
Menurut Kamaruddin Husin (1995), penggunaan laras bahasa berbezabeza. Biasanya laras berbeza-beza ini ditentukan oleh beberapa faktor. Antaranya
ialah perbendaharaan kata, susunan ayat, frasa, perkataan dan tatabahasa.
Penggunaan laras yang berbeza-beza dalam pelbagai perlakuan sosial dan situasi
sangat penting. Berdasarkan ciri-ciri dan jenis laras yang terdapat dalam sesuatu
bahasa, khususnya bahasa Melayu, terserlah beberapa kepentingan penggunaanya.
Laras bahasa sukan yang dipilih adalah dari golongan laras biasa dalam
bidang sukan. Manakala ayat yang digunakan adalah ayat panjang yang
menggunakan ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada rentetan ayat-ayat
tunggal pendek.
Contoh ayat tunggal pendek yang digabungkan :
PELUMBA pasukan Terengganu Cycling Team (TSG),
7

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

Mohd Adiq Husainie Othman berpuas hati


Kejayaannya meraih tempat ketiga
peringkat kelima jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL)

1.4 Jenis Ayat :


Jenis ayat yang digunakan adalah ayat majmuk campuran yang terdiri daripada
ayat majmuk pancangan yang dan tanda baca koma ( , ). Contoh : Beliau muncul
pelumba kedua negara yang melakar kedudukan podium selepas rakan
sepasukannya, Anuar Manan menduduki tangga ketiga pada peringkat pertama
LTdL 2015 sejauh 99.2km di Langkawi, Ahad lepas.
1.5 Ragam ayat aktif digunakan:
1.5.1 Ayat aktif transitif , contoh :
Selain mengutamakan subjek asal sebagai judul, ayat aktif transitif
ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti
oleh frasa nama ataupun klausa komplemen sebagai objek atau unsur
penyambutnya.
Subjek = Mohd Adiq Husainie Othman
Kata kerja transitif = berpuas hati dengan kejayaannya meraih
Objek tepat = tempat ketiga
Objek sipi = pada peringkat kelima jelajah Le Tour de Langkawi
(LTdL) 2015 sejauh 200km, hari ini.

Klausa
komplemen

Ayat aktif lain seperti :


.melakar kedudukan podium selepas rakan sepasukannya.
Anuar Manan menduduki tangga ketiga pada peringkat pertama .
2.0 Penggunaan Kata dan Ayat Sebagai Penanda dalam Laras Bahasa Melayu.
Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998), berpendapat laras sukan
ialah satu wacana tentang sukan. Setiap cabang sukan mempunyai istilahnya sendiri.
Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan daftar istilah untuk isi cabang sukan yang
dipertandingkan di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Istilah yang digunakan dalam
laras sukan biasanya merujuk peraturan-peraturan sukan yang dipertandingkan. Sebagai
contoh dalam perlawanan bola sepak dan hoki para pengulas sukan akan menggunakan
8

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

istilah-istilah sukan. Setiap laras mempunyai perbendaharaan kata yangberbeza-beza


terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan
format yang digunakan. Sudah menjadi kebiasaan setiap pengulas sukan sama ada
pengacara mahupun wartawan akan menggunakan istilah-istilah sukan untuk membuat
ulasan sukan. Setiap laras bahasa mempunyai perbendaharaan kata yang berbeza-beza
terutamanya perkataan-perkataan khusus, struktur ayat serta cara pengungkapan dan
format yang digunakan.
Menurut Kamaruddin Hussin, (1996) lagi, Pengkajian terhadap siri sesuatu laras
bahasa sememangnya dipengaruhi oleh banyak faktor tertentu. Mengkaji dan menilai ciri
sesuatu laras bererti meneliti sesuatu peristiwa bahasa iaitu situasi penggunaan bahasa itu.
Setiap peristiwa bahasa berlaku dalam konteks dan keadaan tertentu, yang sebahagian
besarnya telah ditentukan secara konvensi oleh masyarakat. Kajian terhadap laras bahasa
perlu melihat kepada dua faktor utama iaitu ciri-ciri keperihalan peristiwa bahasa itu dan
ciri-ciri linguistik yang wujud.
2.1 Bidang
Sukan tidak formal kerana laras sukan pilihan adalah berbentuk
artikel dalam surat khabar. Artikel dibaca oleh pelbagai lapisan
masyarakat iaitu tidak menjurus kepada VIP atau dif-dif kehormat.
2.2 Perbendaharaan kata
Bagi penggunaan perbendaharaan kata, laras bahasa perniagaan
menggunakan istilah khusus atau penanda laras seperti berikut:
sejauh 200km
Pelumba Pasukan
Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL)
pelumba kedua Negara
kedudukan podium
2.3 Tatabahasa
Dari segi tatabahasa dapat dilihat pada morfologi atau kajian terhadap
perkataan. Kata-kata umum iaitu kata tunggal bahasa Melayu boleh
menjadi kata-kata khusus dalam bidang perniagaan apabila menjadi
kata terbitan. Sebagai contoh:
2.3.1

Kata terbitan
Kata umum

Istilah
9

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

jauh
lumba
dua
duduk
jaya
raih
tiga
lima
ringkat
pasukan

sejauh
pelumba
kedua
kedudukan
kejayaannya
meraih
ketiga
kelima
peringkat
sepasukan

2.3.2

Akronim bagi penggunaan laras sukan adalah seperti berikut :


LTdL - Le Tour de Langkawi
TSG - Terengganu Cycling Team

2.3.3

Jenis ayat yang digunakan adalah ayat penyata :


PELUMBA pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd
Adiq Husainie Othman berpuas hati dengan kejayaannya
meraih tempat ketiga pada peringkat kelima jelajah Le Tour de
Langkawi (LTdL) 2015 dari Kuala Terengganu ke Kuantan,
sejauh 200km, hari ini.
Beliau muncul pelumba kedua negara yang melakar kedudukan
podium selepas rakan sepasukannya, Anuar Manan menduduki
tangga ketiga pada peringkat pertama LTdL 2015 sejauh
99.2km di Langkawi, Ahad lepas.

2.3.4

Ragam ayat :
Menggunakan ragam ayat aktif , contoh :
berpuas hati dengan kejayaannya meraih tempat ketiga
melakar kedudukan podium selepas rakan
sepasukannya
Anuar Manan menduduki tangga ketiga pada peringkat
pertama LTdL 2015 sejauh 99.2km di Langkawi, Ahad
lepas.

2.3.5

Penggunaan ayat majmuk


Mendukung beberapa isi dalam satu ayat untuk
menimbulkan kelancaran dan kesinambungan wacana. Contoh:
10

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

Beliau muncul pelumba kedua negara yang melakar


kedudukan podium selepas rakan sepasukannya ( , ) Anuar
Manan menduduki tangga ketiga pada peringkat pertama LTdL
2015 sejauh 99.2km di Langkawi( , ) Ahad lepas.
2.4 Gaya bahasa
Laras bahasa sukan memerlukan perkataan-perkataan yang berunsur
kesukanan seperti liga, penalti, pegadil, padang, gol, sepakan percuma,
atlet, kad merah, kad kuning, balingan ke dalam, tendangan gol,
tendangan sudut, tendangan terus dan tendangan tidak terus, pukulan
penalti, sudut, gol padang, kad hijau dan sebagainya.
Dalam petikan laras sukan pilihan, perkataan yang berunsur sukan
seperti pelumba, pasukan, Terengganu Cycling Team (TSG), tempat
ketiga, pada peringkat kelima, jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL),
sejauh 200km, pelumba kedua Negara, kedudukan podium, menduduki
tangga ketiga, dan sejauh 99.2km.
3.0 Perbincangan Tentang Peranan Laras Bahasa Sebagai Alat Pemangkin dan
Memperkayakan Bahasa Melayu.
Setiap hari kita mendengar orang bercakap sama ada secara bersemuka,
mendengar di radio atau televisyen. Bidang yang diperbualkan pula berbeza-beza seperti
bidang sukan, berita, drama, dan pelbagai lagi. Bahasa memainkan peranan penting untuk
menyampaikan maklumat tetapi laras bahasa membantu menjadikan penyampaian
maklumat itu lebih berkesan dan mudah difahami.
Laras bahasa memainkan peranan penting terhadap masyarakat di Malaysia dalam
pelbagai urusan kehidupan. Laras bahasa merupakan penggunaan bahasa mengikut
bidang tertentu. Laras bahasa membayangkan konteks penggunaan bahasa yang
berdasarkan hubungan,bidang dan wahana.
Menurut Asmah Hj. Omar (1983) jika sesuatu laras itu diteliti berdasarkan
bidang,maka laras tersebut ditandai oleh dua ciri sahaja iaitu istilah-istilah yang mewakili
11

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

bidang itu dan juga gaya pengungkapannya atau phraseology. Contohnya istilah bidang
sukan seperti gol, penalti, layangan kad merah, luar garisan dalam acara bola sepak
membantu pemahaman individu terhadap undang-undang permainan bola sepak.
Jumlah laras bahasa sesebuah masyarakat atau individu bergantung kepada fungsi
bahasa sosial tersebut dalam budaya sesebuah masyarakat seperti yang diyatakan oleh
Nik Safiah Karim (1982:629) menyatakan bahawa laras bahasa bermaksud:
gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
sesuatu variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada
pada bahasa tersebut.
Hymes dan Gumperz (1980:216) mendefinisikan laras sebagai gaya percakapan
dalam situasi tertentu. Jika laras berbeza,maka situasi pun akan turut berbeza dan
begitulah sebaliknya. Laras merupakan satu konvensi sosial. Contohnya laras bahasa
perniagaan tidak sama dengan laras bahasa sukan. Laras tersebut dari segi penggunaan
istilah atau perbendaharaan kata yang digunakan.
Bahasa diperlukan untuk melaksanakan atau mewujudkan peristiwa dan keperluan
tertentu. Sebagai contohnya bahasa diperlukan untuk menyatakan maksud atau perasaan,
bahasa digunakan dalam upacara yang tertentu seperti pertunangan,perkahwinan. Bahasa
juga digunakan dalam memberi arahan, memujuk dan sebagainya. Dalam setiap situasi
sosial, terdapat penggunaan bahasa, peserta yang terlibat dan fungsi peristiwa tersebut
dalam sesuatu masyarakat. Ciri-ciri linguistik membuat penganalisisan sesuatu laras
daripada beberapa dimensi.
Dari satu segi, ciri-ciri linguistik dilihat berkait rapat dengan faktor sosial seperti
latar belakang orang yang menulis atau bercakap, hubungan penulis dengan pembaca atau
pendengar dengan topik yang bicarakan. Dari sudut yang lain pula, sifat-sifat bahasa itu
sendiri yang bersifat luwes dan pragmatis yang menyebabkan wujudnya aspek-aspek
kehadiran dan ketidakhadiran sesuatu ciri, kekerapan kehadiran dan suasana struktur
tertentu. Terdapat faktor-faktor kewujudan laras bahasa. Laras merupakan bentuk bahasa
yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan. Antaranya ialah bangsa, jantina, status
sosial, pendidikan, kerjaya dan disiplin ilmu.

12

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

Penggunaan laras bahasa dari bidang dan situasi yang pelbagai, linguistik
persekitaran umpamanya, dapat menambah kosa kata bahasa Melayu. Ini kerana ada
diantara istilah-istilah atau perkataan-perkataan tersebut merupakan terjemahan atau
perkataan pinjaman dari bahasa lain contohnya bahasa Inggeris. Contoh perkataan yang
dimaksudkan seperti penalti, atlet, liga dari istilah sukan, dan istilah atau perkataan
komposit, baki debit dari laras perniagaan.
Secara keseluruhan laras bahasa banyak memberikan sumbangan kepada
komunikasi yang lebih berkesan dan bermakna serta membantu memartabatkan bahasa
Melayu di mata dunia.
4.0 Rumusan
Seseorang penutur yang menuturkan sesuatu bahasa boleh mempunyai pelbagai
jenis variasi bahasa melalui laras bahasa. Laras bahasa merupakan suatu yang amat
penting dalam kehidupan seharian kita dan juga kepada masyarakat di Malaysia pada
amnya. Laras bahasa ialah penggunaan bahasa secara khusus mengikut bidang
penggunaannya atau pola penggunaan bahasa yang lazim mengikut keadaan tertentu
dalam bidang-bidang atau disiplin ilmu yang tertentu. Jumlah laras sesuatu bahasa
mencerminkan keadaan bahasa itu menjadi ukuran maju mundurnya sesuatu bangsa.
Sebagai contoh perbandingan jumlah bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka,
sudah dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang
pesat. Dahulu penggunaan bahasa Melayu lebih kepada bahasa Melayu Klasik. Kini,
selepas merdeka bidang pengungkapan bahasa Melayu bertambah dengan istilah-istilah
dari bahasa-bahasa lain khususnya bahasa Inggeris.
Abdullah Hassan (1997) telah membahagikan Laras bahasa kepada beberapa jenis
seperti Laras Umum,Laras Undang-undang,Laras Agama, Laras Himbauan, Laras Klasik,
Laras Kreatif, Laras Bahasa Kanak-kanak, Laras Teknikal dan Laras Bahasa Iklan.
Masyarakat dalam pelbagai taraf sosial dan akademik menggunakan laras bahasa yang
berbeza mengikut kesesuaian penggunaannya.
Pelbagai jenis laras bahasa membantu menjadikan segala urusan dalam kehidupan
akan menjadi lancar. Penggunaan bahasa yang sesuai dan memenuhi ciri-ciri sesuatu laras
bahasa dalam satu bidang ilmu yang berlainan membantu maklumat disampaikan dengan
13

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

penuh makna dan lebih berkesan. Lebih-lebih lagi setelah bahasa Melayu menjadi bahasa
rasmi Negara dan juga bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, Jabatan-jabatan
kerajaan dan sekolah-sekolah rendah dan menengah. Supaya masyarakat benar-benar
menguasai bahasa kebangsaan mereka sendiri, pembelajaran laras bahasa dalam bahasa
Melayu haruslah dimulakan di bangku sekolah bukannya baru di institut pengajian tinggi.
Oleh itu, penutur bahasa Melayu haruslah mengenali laras-laras bahasa Melayu.
Malah hendaklah tahu membezakan antara laras tersebut, ciri-ciri utama laras tertentu,
terutama laras formal dan juga laras tidak formal. Maka, sudah tentu tidak mengalami
masalah menggunakan laras sesuai dengan situasi. Oleh itu amat penting bagi kita rakyat
Malaysia menggunakan laras yang sesuai dalam bentuk yang sempurna kerana bahasa
itu adalah jiwa bangsa.

(2397 patah perkataan)

14

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

RUJUKAN :
Abdullah Hassan (1997). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-esei lain. Shah
Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf (2008). HBML3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK. Kuala


Lumpur : Open Universiti Malaysia.

Asmah Haji Omar. (1992).Bahasa Iklan Perniagaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2011_02_01_arc...

cikgu-rozali.blogspot.com/.../kepentingan-laras-bahas..

Kamaruddin Haji Husin. (1995) Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn.Bhd.
Kasmuri Selamat. (2002). 3 Sendi Agama Tauhid-Fekah-Tasauf. Kuala Lumpur: Darul
Numan.
Mhd.Amin Arshad. (2004). Bahasa Melayu Tinggi, Modul BBM 3401.Serdang: PPL
Universiti Putra Malaysia.
Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin (2002). BAHASA MELAYU STPM (Kertas
1 &2 ) Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. (1989). Laras Bahasa.Kuala Lumpur: Nurin Enterprise


15

NAMA : NORFITRIAH MOKTI

NO. IC :751005125556

rosiah70.blogspot.com/.../peranan-bahasa-melayu-1-a...

Sinar Harian,12 Mac 2015

wajayu.blogspot.com/.../bahasa-melayu-bahasa-penga...

zuluzana.blogspot.com/.../fungsi-dan-kepentingan-ba...

16

Anda mungkin juga menyukai