Anda di halaman 1dari 3

Fungsi/kesesuaian laras sains

Gaya bahasa laras sains dikenali dengan bahasa saintifik kerana laras
sains selalunya menggunakan istilah dan nama yang saintifik yang hanya dirujuk
dalam ilmu sains dan teknologi.
1. Menyampaikan fakta berkenaan dengan bidang sains
Laras bahasa sains adalah berbentuk logik dan tepat. Hal ini kerana, laras
bahasa Sains mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif
berdasarkan sesuatu kajian dan fakta. Oleh itu, laras bahasa sains mempunyai
istilah tersendiri untuk menyampaikan fakta dan maklumat berkaitan dengan
sains. Sebagai contoh, sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang
berfungsi untuk melancarkan pergerakan kandungan kolon kea rah rektum.
Cecair yang dirembeskan bersifat alkali. 1 Penjelasan fakta dengan
menggunakan laras bahasa sains adalah sukar untuk difahami dan memerlukan
penjelasan yang terperinci agar setiap individu dapat memahami pernyataan
tersebut dengan lebih jelas.
Walaupun laras bahasa sains sukar untuk difahami tetapi maklumat yang
disampaikan adalah tepat dan berbentuk fakta. Hal ini kerana fakta dalam
bidang sains adalah hasil daripada kajian berkaitan dengan bidang tersebut.
Selain itu, penyampaian fakta berkaitan dengan bidang sains adalah sesuai
dengan menggunakan laras bahasa sains. Hal ini kerana, fakta sains sukar untuk
dijelaskan dengan menggunakan laras bahasa yang lain kerana terdapat
penggunaan istilah tersendiri yang menggunakan istilah sains.

2. Menjelaskan sesuatu kajian atau mata pelajaran berkaitan dengan


bidang
Sains.
Penggunaan laras bahasa sains juga adalah sesuai dalam bidang kajian
dan pengajaran terutamanya berkaitan dengan sains. Hal ini kerana, bidang
sains terbahagi kepada beberapa sub bidang utama iaitu fizik, kimia dan biologi.
Bagi menjelaskan perkara yang berkaitan dengan kajian tersebut adalah dengan
menggunakan laras bahasa sains agar mudah dan jelas untuk difahami. Antara
contoh pernyataan dalam bidang kajian sains yang menggunakan laras sains.
Pertimbangkan suatu penghayun harmonik satu dimensi berjisim dan
pemalar spring k, dan bincangkan dalam sebutan mekanik klasik. Tandai
koordinat sesaran pengayun dengan x dan momentum linearnya dengan p.
Ketika itu ruang fasa adalah dua dimensi. Tenaga E pengayun diberikan oleh E =
p + 1.2

1 http://documents.tips/documents/laras-bahasa-56ab8fa3885db.html

Dalam menjalankan kajian berkaitan dengan sains, laras bahasa yang


sesuai untuk digunakan adalah laras bahasa sains. Dalam kajian sains
memerlukan istilah sains yang banyak dan hal ini bagi membolehkan kajian
tersebut mudah untuk disampaikan atau mudah untuk difahami.

3. Penggunaan kata akronim di dalam istilah sains.


Penggunaan istilah sains banyak dipinjam 3 daripada bahasa Inggeris4 dimana
penggunaan laras bahasa lebih banyak memakai kata nama dan ragam ayat
pasif. Kebanyakan di dalam bidang perubatan, istilah sains banyak dipakai
misalnya penggunaan di dalam kata nama am dan kata nama khas. Kata nama
am yang biasa digunakan adalah seperti picagari, pisau bedah, kain kasa, barah,
cirit birit dan lain-lain manakala kata nama khas pula adalah seperti
Parasetamol, Aspirin, dan Propranolol.
Selain daripada itu, terdapat juga istilah-istilah sains yang digunakan di dalam
penggunaan kata akronim. Istilah sains yang diakronimkan di dalam bidang
perubatan adalah seperti AIDS (acquired immune deficiency syndrome) dan HIV
(Human Immunodeficiency Virus). Penggunaan kata akronim di dalam bidang
perubatan adalah bertujuan untuk memudahkan para pembaca mengingati
nama-nama istilah tersebut.
Penggunaan istilah sains dipakai sama ada di dalam pertuturan atau
penulisan. Istilah sains digunakan di dalam pertuturan biasanya apabila
seseorang itu berada di dalam situasi formal seperti ketika berada di dalam
majlis forum, ceramah dan pembentangan kajian. Namun demikian, penggunaan
istilah sains boleh berubah kepada pertuturan yang tidak formal misalnya
apabila berkomunikasi dengan pelanggan di hospital, sekolah dan pergaulan
seharian.

2 F. Reif (Sabar Bauk) (1992). Asas-asas fizik statistik dan terma. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
3 Mohd. Rain Shaari. (2006), Bahasa Melayu siri pengajian dan pendidikan utusan.
Utusan Publications&Distributor Sdn. Bhd. P.47.

4 Halliday, Michael A.K.; Jonathan Webster (2006). On Language and Linguistics [Di
Bahasa dan Linguistik] (dalam bahasa Inggeris). Continuum International Publishing
Group. p. vii. ISBN 0-8264-8824-2.

RUJUKAN

1. F.Reif (Sabar Bauk) (1992). Asas-asas Fizik Statistik dan Terma. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

2. http://documents.tips/documents/laras-bahasa-56ab8fa3885db.html
15 Oktober 2016 11.00am
3. Sulaiman Masri,. Abdullah Yusof & Mohd Rain Shaari (2006). Bahasa Melayu:
dimensi pengajaran dan pembelajaran. Utusan Publications&Distributors
Sdn. Bhd.
p. 545. ISBN 9676119024
4. Awang Sariyan (2014). Teras pendidikan Bahasa Melayu. Dicetak oleh BS print
(M) Sdn.
Bhd. p.254. ISBN 9670444039
5. Seri Lanang Jaya Rohani & Dahlia Janan (2016). Sang budiman. PTS
Akademia. p. 398.
ISBN9670444217
6. Hasuria Che Omar.,

&

Rokiah

Awang

(2009).

Kelestarian

bidang

penterjemahan:
persidangan penterjemahan antarabangsa ke-12. p. 416
7. Mortimer J. Adler (2007). Sebuah leksikon pemikiran barat gagasan agung.
Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad. p. 227

Anda mungkin juga menyukai