Anda di halaman 1dari 10

KAIN TEKAT

TDT 101
TDT 101

DISEDIAKAN OLEH : NURAMALEENA BT MD YUSOFF


: SITI RAUDHAH BT BAHARIN
PENGENALAN

.
Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan
dengan cara menyulam benang emas ke atas kain dasar
jenis baldu. Tekat menekat ini juga disebut 'sulaman
timbul' atau 'suji timbul'. Asal usul penciptaan dan
penggunaan tekstil tekat dianggarkan sama dengan
penggunaan tekstil songket berdasarkan kepada bahan
asasnya iaitu benang emas, kain baldu dan juga
rupabentuk ciptaannya. Di Malaysia, pusat-pusat seni
tekat berkembang di negeri Perak, Pahang dan Johor
MOTIF
Motif tekat yang biasa dilukis adalah motif flora seperti daun dan
bunga kekwa, buah delima, daun bunga melor dan bunga lawang.
Pada 1980-an, terdapat rekaan motif-motif baru seperti bunga kerak
nasi, bunga kerawang, bunga cempaka hutan dan bentuk geometri
corak Islamik.

Rupabentuk tekatan terbahagi kepada dua iaitu dua dimensi dan


tiga dimensi. Rupabentuk dua dimensi ialah seperti tikar, kipas
dan penyangkut kelambu, selempang dan tetampan (Lapik
dulang). Rupabentuk tiga dimensi pula seperti tepak sirih,
sarung bantal, kusyen, kasut dan tudung saji. Tudung saji
dibentuk tiga segi (kon) berongga. Bahagian yang dihias ialah
bahagian luar dari puncak hingga ke tapaknya. Acuannya dibuat
daripada daun nipah atau rumbia yang diikat dengan rotan atau
buluh. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak
banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur
Rupabentuk Kain Batik
Sarung

CONTOH MOTIF
CORAK:  
 Motif Ayam Motif Ayam
 Motif Bunga Buluh
 Motif Bunga Kerak Nasi 
 Motif Bunga Kotak Bercampur
 Motif Bunga Orkid
 Motif Bunga Raya
 Motif Daun Sireh
 Motif Geometrik
 Motif Pucuk Rebung
 Motif Rama-rama
 Motif Siput
Contoh motif geometrik

Motif bunga Motif bunga raya Motif siput


buluh

Motif Bunga Raya Motif Siput

Motif pucuk rebung


CONTOH KAIN TEKAT
.

KAIN TEKAT BENANG KAIN TEKAT BENANG


EMAS EMAS BERLABUCI
BERMOTIF FLORA
KAIN TEKAT BENANG EMAS
Proses Pembuatan

PROSES MEMBUAT
.

Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih
  dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan
dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk
mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman
timbul.

Jahitan Tekat Selayah


-Lukis motif diatas beberapa helai kertas yang di lekat tindih 6 hingga 8 helai.
-Bentuk motif di potong dan diasingkan.
-Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas antara 0.5cm dan 2.5cm
-Mempulur kertas untuk mem bentuk motif umbuhan dengan gaya organik.
-kain dasar yang tebal dan jenis baldu yang berbulu halus di tegangkan pada
pemidang kayu.pemidang kayu ada dua jenis,satu berkaki dan satu tidak berkaki.
-kain baldu yang digunakan daripada warna gelap seperti warna merah
pulasan,merah tua,ungu,hijau tua dan hitam.
-Selepas itu benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang
putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan
ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum
akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan
benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas benang-
benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur
tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur
dan kemas.
Penggunaan
Ciptaannya merupakan pakaian dan bahan kelengkapan dan wujud serta
berkembang di istana. Alatan yang dihiasi dengan tekat emas merupakan alat
istana. Beberapa rupabentuk tekat dicipta digunakan sebagai bahan atau alat
seharian, juga pakaian rasmi sultan. Seni tekat telah berkembang kepada
masyarakat luar istana dan dilakukan sebagai kraftangan sambilan. Malah kerana
kerjanya yang harus berhati-hati dan memakan waktu yang lama untuk
menyiapkannya, maka ia dibuat beransur-ansur apabila diperlukan. Misalnya bagi
gadis-gadis yang telah bertunang akan menyediakannya sendiri secara
berperingkat-peringkat alat-alat perkahwinannya dengan tekat, sebagai hiasan
pelamin, sarung bantal, alas tempat tidur, kipas, kasut dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, fungsi tekat masih terbatas. Ia hanya digunakan untuk
istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan,
upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan
seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran
dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas
kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah. Penciptaannnya juga memerlukan
waktu yang lama dan hasilnya yang dekoratif serta indah memerlukan penjagaan
yang rapi apabila digunakan.

Anda mungkin juga menyukai