Anda di halaman 1dari 1

ekat

Definisi 
 Tekat digolongkan dalam seni sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas
kain dasar iaitu baldu.
 seni hias permukaan kain secara timbul atau suji timbul (Tuji timbul) di kalangan pengusaha
tekatan.
 Suji juga sering dikaitkan dengan sulaman sutera. Sama ada disulam, ditekat atau disuji,
ragam hias hiasnya semua dibentuk sama iaitu dalam keadaan yang timbul dari permukaan dasar
kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempelur.
 Tuji mengikut Kamus Dewan adalah sesuatu perkataan lama yang bermaksud bertubi-tubi
dan berturut-turut (melakukan sesuatu).
 Tekatan merupakan hasil seni yang dibentuk dengan kertas yang sederhana tebal dan di salit
dengan benang emas di atas lain atau baldu yang lazimnya berwarna tua.
 menyerupai bentuk ukiran kayu tebukan tembus dan timbul.
 Tekatan kelingkan menggunakan pita kelingkan yang berkilat.
 Tekatan tebukan perada sejenis tekatan yang menggunakan tampalan kertas perada di atas
kain berwarna.
 seni tekat merupakan seni rupa yang bersifat dua dimensi, seni ini digunakan untuk hiasan
barang-barang tiga dimensi seperti tudung saji, tepak sirih dan kasut. Corak yang digunakan untuk
tekat berasaskan corak awan larat tan tumbuh-tumbuhan seperti yang terdapat pada ukiran kayu.
 motif yang sering digunakan ialah pucuk rebung, daun paku, daun keladi,  daun  bunga padi,
daun peria dan lain-lain lagi. Motif bunganya pula adalah seperti bunga cengkih. bunga pecah lima,
bunga kekwa, bunga lawang, dan sebagainya. bunga raya, bunga cempaka dan bunga lalang.

Anda mungkin juga menyukai